Anda di halaman 1dari 32

1.

0 PENGENALAN
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN.
1.1 HAIWAN KESAYANGAN
Hamster merupakan haiwan daripada spesis roden. Sejak dahulu lagi, hamster
merupakan haiwan peliharaan yang diminati pelbagai lapisan masyarakat daripada
usia muda hingga dewasa. Hamster adalah haiwan yang prihatin terhadap
persekitarannya sama seperti haiwan-haiwan peliharaan yang lain. Haiwan
peliharaan ini juga akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pemilik
dan keadaan tempat baru seperti sangkar dan lain-lain. Penjagaannya mudah dan
tidak memerlukan ruang yang besar. Hamster adalah antara haiwan ternakan yang
mudah dijinakkan dan manja dengan pemiliknya.
Hamster merupakan haiwan peliharaan yang prihatin terhadap
persekitarannya sama seperti haiwan kesayangan yang lain. Walaupun jika
dilepaskan ia kelihatan seperti mahu melarikan diri, hamster adalah binatang yang
dikategorikan dalam senarai binatang ternakan jinak. Hamster akan mula
menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya dan mula makan makanan yang
diletakkan di dalam sangkar. Hamster mudah untuk menyesuaikan dirinya dengan
keadaan persekitarannya melalui bau.
Sewaktu hamster di dalam sangkar, kita tidak digalakkan untuk meletakkan
jari ke dalam sangkar kerana hamster mungkin akan menggigit jari kita kerana
mereka tidak biasa dengan keadaan persekitaran yang baharu. Jika mahu
memegang hamster, usap belakang badan hamster terlebih dahulu sebelum
mengangkatnya kerana hamster mungkin akan menyerang kita kerana menganggap
dirinya terancam.





JENIS-JENIS HAMSTER.
Hamster terdiri daripada pelbagai jenis dan kategori yang dapat kita kenali dan
pelihara. Pemeliharaan hamster adalah berbeza mengikut jenis-jenisnya. Di dunia ini
ada 21 spesies hamster yang diketahui dan rata-ratanya berasal dari Negara kutub
utara. Namun begitu terdapat 4 jenis spesis yang selalu kita temui di kedai-kedai
haiwan peliharaan dan di tempat-tempat yang lain. Antara spiesis dan ciri-cirinya
adalah:

1) Hamster Syrian

Hamster ini adalah hamster yang berukuran paling besar dan boleh mencecah
sebesar genggaman tangan. Ianya memiliki banyak variasi warna dan panjang
bulu. Hamster ini juga mudah dilatih dan agak jinak.

2) Hamster winter white

Winter White adalah jenis hamster yang sangat mudah untuk dijinakkan.
Hamster jenis ini juga tidak suka menggigit dan tidak agresif. Hamster ini
sangat sesuai dipelihara oleh pemelihara baru.


3) Hamster campbel

Hamster Campbel juga salah satu hamster terkenal dan popular bagi orang-
orang yang menyukai hamster jenis mini. Hamster Campbel mempunyai
banyak variasi bulu yang menarik. Bagi hamster Campbel yang biasa adalah
berwarna kuning gelap dengan garis hitam di punggung dan mempunyai bulu
yang panjang di sekitar kaki.

4) Hamster Roborovksi

Roborovski ini merupakan jenis hamster yang dapat berlari secara lincah dan
cepat. Dengan bentuk ukuran tubuhnya yang kecil dapat membuatkan
hamster tersebut dapat berlari dengan lincah dan lebih cepat. Umur normal
bagi hamster ini adalah dalam lingkungan 3-4 tahun dan panjangnya hanya 4-
5 cm sahaja.



Hamster-hamster berikut merupakan haiwan yang biasa diperlihara oleh pencinta
haiwan dan ia juga mudah di dapati di kedai-kedai haiwan. Pihak IPG telah
menyediakan hamster kepada seluruh kumpulan dan hamster yang diberi kepada
setiap kumpulan ialah hamster jenis syrian. Setiap kumpulan diberi dua ekor hamster
berpasangan. Hamster ini sangat menarik perhatian kami kerana gelagatnya dan
mampu membesar sehingga sebesar genggaman tangan manusia.


















BAHAN DAN KEPERLUAN HAMSTER.
Perkara yang wajib bagi penjagaan haiwan peliharaan adalah bahan dan keperluan
haiwan tersebut. Ia sama seperti manusia yang memerlukan makanan, minuman,
pakaian dan tempat tinggal untuk hidup. Begitu juga bagi hamster, ia memerlukan
makanan, minuman, tempat tinggal dan sebagainya untuk hidup dengan baik. Jika
keadaan tempat tinggal atau sangkar hamster dalam keadaan bersih, maka hamster
tersebut juga akan bersih dan pandai menjaga kebersihan diri.
Antara bahan dan keperluan hamster adalah:
1) Tempat tinggal atau sangkar
Sangkar merupakan tempat tinggal kepada haiwan peliharaan dan
keperluan asas bagi haiwan seperti hamster dan lain-lain.
Aksesori yang digunakan untuk melengkapkan dan mencantikkan
sangkar.
Alatan dan bahan yang digunakan harus sesuai untuk haiwan
peliharaan tersebut.
Kandang hamster kebiasaannya berukuran minimal 35 x 40 cm untuk
seekor hamster.
Terdapat pelbagai jenis kandang dari segi saiz dan bentuk yang dapat
kita lihat di kedai-kedai dan di tempat-tempat lain.


2) Bedding
Bedding ialah alas kandang hamster yang terdiri daripada serbuk kayu
seperti pine dan kaytee.
Ianya senang didapati di 'petshop' dan kebiasaannya berwarna
kentang dan mestilah bebas bahan kimia berbahaya. Tujuannya adalah
untuk memastikan hamster dan kandang tersebut kering, bersih, bebas
debu, lebih putih dan hal ini menjamin keselamatan hamster dan juga
memperindah bulunya. Ketebalan serbuk hamster yang baik adalah
sekitar 2-3 cm dari permukaan kandang.
Kegunaan serbuk kayu
1. Sebagai alas tidur
2. Sebagai media penyerap kencing hamster
3. Sebagai tempat berlindung dari panas dan dingin.
4. Sebagai bahan pembuat sarang. Sarang mereka berbentuk
serbuk yang ditumpuk dengan lubang untuk tidur di tengahnya.


3) Makanan dan minuman hamster
Makanan paling sesuai ialah bijian kering yang terdiri daripada kuaci,
kekacang dan makanan proses.
Anda juga boleh menukar selera dengan memberi diet yang lain seperti
epal, lobak merah dan pisang dengan syarat anda membuat
pemerhatian jika hamster anda menyukainya atau tidak.
Pemberian makanan yang basah juga tidak boleh terlalu kerap kerana
ia boleh mengganggu sistem penghadaman
Hamster minum air dengan banyak.
Cara penyediaan air dengan membancuh dengan pati sayuran.



4) Alat permainan
Hamster adalah haiwan yang suka bermain-main. Hamster mungkin
akan mengalami stress dan cepat mati sekiranya alat permainan tidak
diberikan.
Alat permainan yang biasanya disukai oleh kebanyakan hamster
adalah roda.
Antara contoh-contoh alat permainan yang boleh didapati dikedai-kedai
haiwan peliharaan adalah:
1. Roda berputar
2. Rumah kecil
3. Bola hamster


5) Ubat-ubatan dan vitamin
Perubatan adalah salah satu keperluan untuk memelihara hamster dan
juga haiwan kesayangan yang lain.
Pemberian ubat dan vitamin diberikan bagi menjaga dan mengekalkan
kesihatan haiwan peliharaan supaya ianya tidak dijangkiti pelbagai
penyakit-penyakit yang tidak diingini.
Ubat ubatan harus diberikan mengikut masa yang sesuai dan
mempunyai jadual yang tepat bagi mengelakkan haiwan tersebut
mendapat lebihan dos yang diperlukan.

PELAN TEMPAT TINGGAL ATAU SANGKAR HAMSTER.
Kumpulan saya menggunakan sangkar kami sendiri untuk menjaga hamster. Kami
menyediakan tempat tinggal atau sangkar hamster yang lebih selesa dan menarik
untuk hamster tersebut.












BAJET ANGGARAN KOS, PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN.
Dalam pemeliharaan haiwan kesayangan seperti hamster, kos dan perbelanjaan
perlu direkodkan supaya kita dapat mengetahui jumlah anggaran kos yang
digunakan untuk menjaga haiwan tersebut. Kami telah membuat rekod penjagaan
hamster tersebut dalam bentuk jadual.
BIL. BUTIRAN KUANTITI ANGGARAN KOS
1. Hamster Sepasang RM15 X 2 = RM30
2. Sangkar 1 unit -
3. Rumah 1 unit -
4. Roda 1 unit -
5. Bekas makanan 1 unit -
6. Pengering rambut 1 unit -
7. Besen mandi 1 unit -
8. Serbuk kayu 1 paket RM10 X 1 = RM10
9. Makanan 1 paket RM7.50 X 1 =
RM7.50
10. Air vitamin 1 botol RM6 X 1 = RM6
11. Syampu kering 1 botol RM8 X 1 = RM8
12. Tuala kecil Sehelai RM1 X 2 = RM2
JUMLAH RM 63.50





JADUAL TUGASAN PENJAGAAN HAMSTER.
Jadual tugasan penjagaan haiwan kesayangan perlu dibuat supaya haiwan yang
dipelihara tidak terabai dan sentiasa dijaga dengan rapi. Jadual tersebut juga
merangkumi penjagaan hamster seperti pemakanan, pembersihan, kesihatan dan
sebagainya.
MINGGU AKTIVITI TUGASAN
PERTAMA MEMBERSIHKAN
SANGKAR DAN
MEMANDIKAN HAMSTER
NAZIRUL, ZAFIR, YUSRI
KEDUA MENJAGA KEPERLUAN
HAMSTER
ZAFIR, YUSRI
KETIGA MEMBELI BARANG
KEPERLUAN HAMSTER
YUSRI, NAZIRUL
KEEMPAT MEMBERSIHKAN
SANGKAR DAN
MEMANDIKAN HAMSTER
NAZIRUL, ZAFIR, YUSRI

Jadual tugasan yang kami sediakan akan berulang mengikut bulanan.









REKOD PENJAGAAN RUTIN HAMSTER.
Kumpulan kami telah menyediakan satu jadual rekod penjagaan rutin hamster
mengikut hari dalam masa seminggu.
AKTIVITI
HARI
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD
Memberi
Makan


/

/

/

/

/

/

/
Membersihkan
Tempat
Makanan

/





/

/
Mengisi Botol
Minuman


/

/

/

/
Bermain
Bersama
Hamster

/

/

/

/

/

/

/
Memandikan
Hamster




/
Membersihkan
Sangkar


/
Pemberian
Vitamin


/

/

/

/

1) Memberi makanan
Pemberian makanan perlu dilakukan pada setiap hari supaya tidak
kehabisan makanan.
Makanan yang diberikan perlulah berkhasiat dan sesuai dengan
pemakanan hamster untuk mengelakkan diserang penyakit.

2) Membersihkan tempat makanan.
Tempat makanan perlu dibersihkan tiga kali seminggu untuk
mengelakkan daripada dijangkiti kuman.
Bersihkan tempat makanan dari najis-najis hamster bagi tujuan
kebersihan.

3) Mengisi botol minuman
Botol minuman hendaklah diisi dengan air yang bersih sekurang-
kurangnya empat kali seminggu.
Air hendaklah dicampur dengan vitamin supaya hamster berada dalam
keadaan sihat.

4) Bermain bersama hamster
Hamster perlu kerap diberi masa bermain bersama tuannya untuk
menjinakkan hamster tersebut.
Kita perlu berhati-hati untuk membelai hamster supaya ia tidak
tercedera dan mencederakan kita.

5) Memandikan hamster
Hamster tidak perlu dimandikan secara kerap.
Hamster perlu dimandikan sekurang-kurangnya sekali dalam masa
seminggu sama ada mandian basah atau mandian kering.
Mandian basah boleh dilakukan dengan cara memandikan hamster di
dalam sebuah bekas dengan kuantiti air yang sedikit dan sabun.
Setelah selesai memandikan, hamster perlu dilap dengan tuala yang
bersih dan dikeringkan dengan pengering rambut.
Mandian basah juga boleh dilakukan dengan cara mengelap badan
hamster dengan kain yang lembab.
Hamster dikeringkan dengan pengering rambut setelah selesai
mandian.
Mandian kering pula hamster dimandikan dengan menggunakan bedak
yang khas.
Letakkan bedak dalam sebuah bekas dan biarkan hamster
memandikan dirinya dengan bedak tersebut.

6) Membersihkan sangkar
Sangkar hamster perlu dibersihkan sekurang-kurangnya seminggu
sekali.
Sangkar hamster perlu dibasuh dan diletakkan bedding yang baru.
Peralatan-peralatan hamster juga perlu dibersihkan untuk tujuan
kebersihan dan mengelakkan penyakit menyerang hamster.
Tujuan pembersihan sangkar juga adalah untuk membersihkan tempat
tinggal hamster dari najis-najis.











PENYAKIT HAMSTER
Pelbagai jenis penyakit yang sering dijangkiti hamster jika keadaan persekitarannya
tidak bersih dan pemakanan yang kurang sesuai. Namun, setiap penyakit yang
dihadapi oleh hamster dapat disembuhkan dengan membawa haiwan tersebut ke
klinik haiwan. Antara penyakit hamster ialah;
1) Selsema
Penyakit ini disebabkan oleh udara panas atau penurunan suhu secara
berlebihan. Suhu yang sesuai ialah 18-22C. Ia boleh juga dijangkiti
melalui manusia.
Antara tanda penyakit ini ialah hamster sering bersin, keluar cecair dari
mata dan hidung, kelihatan lesu, mata separuh tertutup, kerap tidur dan
terasa sejuk apabila disentuh.
Jika tidak diberi rawatan awal akan menyebabkan radang paru-paru
dan juga kematian.
Cara rawatan ialah memindahkan hamster ke tempat yang lebih panas
atau sangkar yang mempunyai lampu, letakkan sebanyak mungkin
serbuk kayu, dan diberi campuran susu, air dan madu sebagai ubat.

2) Diarea
Simptom yang dapat dikenalpasti ialah ekor hamster kelihatan basah
disekitar dubur kerana kerap membuang air dan sangkar berbau, kotor
dan basah.
Punca berlaku diarea ialah disebabkan pemberian sayur dan buahan
yang berlebihan.
Cara rawatan ialah hentikan pemberian sayuran dan buahan, gantikan
dengan makanan kering, air minuman hendaklah sentiasa disediakan
kerana hamster memerlukan air yang banyak disebabkan dehidrasi.
Hamster yang dirawat akan pulih dalam masa satu ke dua minggu.


3) Kulat dank kutu
Punca penyakit adalah disebabkan Yersinia pestis disebarkan melalui
gigitan kutu tikus.
Tanda atau simpton yang dapat dikenalpasti ialah hamster selalu
kelihatan gatal, kulit kering, dan bulu mudah gugur.
Cara pencegahan ialah menyembur hamster dengan ubat antikutu
setiap bulan paling kurang sekali dan yang paling penting menjaga
kebersihan sangkar.

4) Keguguran bulu
Minyak ikan boleh diberikan kepada hamster sebulan sekali bagi
menjaga bulu hamster.
Keguguran bulu berlaku disebabkan oleh usia hamster yang mencecah
umur dua tahun dan lebih yang menyebabkan bulu hamster akan gugur
sehingga botak.
Hamster memerlukan vitamin agar sentiasa seimbang.











PROGRAM PEMBIAKAN
Hamster membiak dengan cara mengawan melalui hubungan seks yang dilakukan
secara berpasangan. Hamster jantan dan betina akan sampai ke tempoh matang
untuk melakukan proses pembiakan. Pada kebiasaannya, hamster betina akan
matang terlebih dahulu daripada hamster jantan.
1) Induk jantan.
Tempoh subur bagi hamster jantan ialah dalam masa 18 minggu.
Hamster kebiasaanya akan menggaru belakang badannya
menandakan bahawa ia sedia untuk mengawan.
Testis hamster jantan juga akan membesar dan jelas kelihatan
menandakan ia sudah matang untuk mengawan.
Hamster jantan juga akan mencium alat kelamin hamster betina untuk
menandakan ia sudah bersedia untuk mengawan.
Proses mengawan biasanya akan mengambil masa 10 hingga 15 minit.


2) Induk betina.
Induk betina yang berusia 4 hingga 11 bulan dengan bentuk tubuh dan
badan yang sihat adalah sesuai untuk proses mengawan.
Hamster betina biasanya tidak boleh mengawan lagi pada usia 12
bulan.
Jika hamster bunting selepas usia 12 bulan berkemungkinan anak
hamster akan mati dan hamster betina juga akan lemah dan mati.
Tempoh mengawan hamster betina syrian 4 hari sekali.
Biasanya hamster ini akan mengawan pada waktu malam sekitar jam 8
malam sehingga 7 pagi
Anak hamster akan lahir dalam tempoh 16 hari bunting.


3) Tempoh bunting dan melahirkan anak.
Ketika bunting, biasanya hamster betina tidak akan menerima hamster
jantan, bahkan kelihatan lebih garang dan agresif.
Dalam tempoh 10 hari, perut hamster betina akan mula membesar dan
puting susu akan keluar.
Jika tanda-tanda bunting kelihatan, segera pisahkan hamster betina
tersebut ke dalam sangkar khas. Untuk melahirkan anak, seekor
hamster memerlukan sebuah sangkar untuk dirinya sendiri. Sangkar
perlu diletakkan di tempat yang tenang.
Selain membersihkan sangkar, perkara lain yang perlu dilakukan ialah
memastikan induk hamster mendapat makanan yang berkhasiat.
Ketika proses melahirkan anak, hamster betina memerlukan
ketenangan. Biarkan hamster betina sendirian dan tidak diganggu.
Keadaan yang tidak tenang akan menyebabkan ibu hamster memakan
anaknya.
Setelah melahirkan anak, jangan dipindahkan. Makanan diberikan
seperti biasa. Apa yang penting ibu dan anaknya tidak disentuh.
Keadaan ini perlulah diteruskan sehingga lebih kurang 2 minggu
selepas proses kelahiran.
Makanan yang boleh diberikan dalam jumlah yang lebih banyak kerana
anak-anak hamster sudah mula belajar makan.
Hamster yang berusia 2 minggu biasanya sudah mula membuka mata
dan jika diangkat ia akan melompat dari tangan kita.
Pada usia 4 minggu kita boleh memisahkan ibu dan anak-anaknya.
Hamster ini seelok-eloknya dipisahkan daripada hamster-hamter
dewasa.














REKOD INVENTORI ALAT DAN STOK BAHAN
Kumpulan kami telah menyediakan jadual tentang rekod inventori alat dan stok
bahan bagi hamster yang kami pelihara. Ini bertujuan untuk membuat laporan pada
akhir pembelajaran ini.
1) Rekod inventori alat.
No. Jenis Inventori Alat Bilangan
1 Sangkar 1
2 Bekas Makanan 2
3 Tempat Mandian Kering 1
4 Roda Permainan 1
5 Rumah Berlindung 1
6 Alat Penggerit 1
7 Bekas minuman 1


2) Rekod stok bahan.
No. Jenis Stok Bahan Bilangan Kuantiti
1 Makanan Hamster 1 paket 500g
2 Serabut Kayu 1 paket 1000g
3 Syampu Hamster 1 botol 115ml
4 Vitamin Tambahan 1 botol 70ml
5 Pasir Mandian Kering 1 paket 150g


1.2 IKAN HIASAN
Terdapat pelbagai jenis ikan yang ada seperti ikan air masin, ikan air tawar, dan ikan
air payau. Ikan yang sering dijadikan hobi bagi pencinta haiwan ialah ikan hiasan.
Ikan hiasan sering menjadi tumpuan kerana rupanya yang cantik dan menarik. Ikan
tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan, dan haiwan yang mempunyai
tulang belakang. Ciri-ciri haiwan ikan adalah seperti berikut :-
a. Hidup di dalam air.
b. Mempunyai sisik yang berlendir.
c. Mempunyai sirip untuk bergerak.
d. Bernafas melalui insang.
e. Membiak secara bertelur.
f. Berdarah sejuk.
g. Hidup di dalam air.
h. Mempunyai sisik yang berlendir.
i. Mempunyai sirip untuk bergerak.
j. Bernafas melalui insang.
k. Membiak secara bertelur.
l. Berdarah sejuk.

Malaysia merupakan kawasan yang sesuai kerana mempunyai cuaca yang
sesuai untuk spisis ikan hiasan. Industri ikan hiasan di Malaysia bermula pada tahun
1950-an di negeri johor, Pada permulaannya, aktiviti tersebut terhad kepada
pemungutan ikan-ikan hiasan di perairan semulajadi dan diedarkan ke Singapura
dan seterusnya dieksport ke negara eropah
Pembangunan ketara ikan hiasan hanya bermula pada 80-an, kini terdapat
lebih daripada 250 spesis ikan hiasan daripada 550 variati yang diternak di Malaysia.
Pada tahun 2007, Negara telah menghasilkan 679 juta ikan hiasan bernilai sebanyak
RM 192 juta dan ianya merupakan peningkatan sebanyak 5% dari segi kuantiti
daripada tahun 2006 yang menghasilkan 647 juta ikan hiasan yang bernilai sebanyak
RM182 juta.
Negeri Johor merupakan pengeluar Ikan hiasan yang terbanyak di Malaysia.
Ini diikuti oleh perak, Selangor, Sarawak dan Pulau Pinang. Lebih 90% kolam-kolam
ternakan ikan terletak di negeri-negeri ini. Negeri Johor banyak mengeluarkan produk
ikan hiasan seperti arowana dan tumbuhan akuatik. Manakala Pulau pinang lebih
menumpukan pembenihan ikan hiasan Biskus. Penternak ikan di perak pula banyak
menghasilkan ikan emas dan keloi.
Kaedah-kaedah yang digunakan untuk menternak ikan hiasan ialah dalam
kolam tanah, Kolam konkrit, sangkar, akuarium kaca dan tangki gentian kaca.
Akuarium merupakan satu bekas yang di isikan air dan diletakkan ikan peliharaan.
Akuarium diperbuat daripada kaca atau plastik. Akuarium yang diperbuat daripada
kaca, harganya mahal berbanding akuarium yang di perbuat daripada plastik.
Terdapat dua jenis ikan yang dipelihara dalam akuarium iaitu Ikan air tawar
dan Ikan air masin. Ikan air tawar yang boleh di pelihara seperti Ikan Emas, Ikan Koi,
Ikan Puyu, Ikan Sepat Ronggeng, Ikan Gapi, Ikan Pelaga Siam, Ikan Kalui, Ikan
Ketutu, Ikan Keli putih. Ikan air masin yang boleh dipelihara seperti Nemo, Blue
Damsel, Yellow Tail Damsel, Yellow Tang, Brown Tang, Angel Fish, Doctor Fish,
Doctor Shrimp, Kuda Laut, Tomato clown.
Kumpulan kami memilih beberapa jenis ikan hiasan iaitu bandaraya, molly,
dan tetra. Ikan-ikan berikut merupakan antara ikan air tawar yang paling popular
dibela sebagai ikan hiasan.
1. Ikan Molly (Poecilia)
2. Ikan Tetra (Hyphessobrycon)
3. Ikan Bandaraya (Hypostomus)


JENIS-JENIS IKAN PELIHARAAN
1) Ikan molly (poecilia)
Poecilia ialah satu jenis ikan air payau dalam keluarga Poeciliidae
dalam spesies Cyprinodontiformes.
Spesies jenis ini ialah P. vivipara. Ikan ini merupakan ikan yang
beranak dan hidup dengan berenang bebas di dalam kawasan air
tawar.
Spesies Poecilia dikenali secara umum sebagai molly, dengan
pengecualian kepada ikan Endler livebearer/P wingei (sejenis ikan
guppy) dan ikan gupi terkenal (P reticulata).
Ikan-ikan jenis ini adalah ahli-ahli keluarga Poecilidae, yang termasuk
juga dengan ikan platyfish selatan atau "platy" (Xiphophorus
maculatus), dan swordtail hijau (X hellerii).
Molly merupakan sebahagian daripada kumpulan akuakultur penting
yang beranak, boleh hidup daripada dalam air tawar kepada
sepenuhnya air laut, dan juga dalam pelbagai keadaan lain.
Nama genus Poecilia berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud
beraneka berdasarkan kepada sifatnya yang mempunyai pelbagai
warna.
Molly hidup di dalam air yang bersuhu 25-28C.






2) Ikan tetra (hyphessobrycon)
Hyphessobrycon ialah satu jenis ikan air tawar dalam karasin keluarga
(Characidae keluarga) perintah Characiformes.
Spesies Hyphessobrycon adalah di kalangan ikan-ikan yang dikenali
sebagai tetra.
Semua spesies jenis ini merupakan peribumi di Neotropic ecozone di
Amerika Selatan.
Jenis characins besar ini termasuk dalam lebih daripada 100 spesies
ikan.
Sistematik Kajian Hyphessobrycon sebahagian besarnya masih belum
selesai.
Enam kumpulan dalam jenis ini telah diakui berdasarkan pola-pola
warnanya sahaja.
Tiada analisis filogenetik yang khusus bagi ikan jenis ini. Oleh itu,
spesies-spesies ini dimasukkan ke dalam anatomi yang ditakrifkan oleh
Carl H Eigenmann pada 1917.
Dengan takrif ini, Hyphessobrycon dikenalpasti melalui kehadiran satu
sirip adipos, garis sisi yang tidak lengkap, dua siri gigi dalam
premaksila, dengan gigi-gigi bersiri luar selanjar dalam satu siri-siri
tunggal, gigi-gigi tidak berbentuk kon, preventral penimbang menyusun
dalam lebih daripada satu barisan, dan kekurangan penimbang dalam
sirip ekor.
Hyphessobrycon ialah phylogenetically tidak boleh dipercayai.
Ikan jenis ini ditemui di selatan Mexico kepada Ro de La Plata di
Argentina, dan Cisandean Amerika Selatan utara.
Semua ikan-ikan kecil, Hyphessobrycon tetras mencapai panjang
keseluruhan maksimum kira-kira 2-7 cm (0.75-2.75 dalam).
Terdapat kepelbagaian anatomi besar bagi jenis ini. Mereka secara
umumnya biasa karasin bentuk, tetapi amat berbeza dalam warna dan
bentuk badan, banyak spesies mempunyai hitam tersendiri, merah,
atau tanda-tanda kuning pada badan-badan atau sirip mereka.
Spesies Hyphessobrycon umumnya omnivor, pemakanan perlu diberi
lebih banyak dalam bentuk krustasia kecil, serangga-serangga, cacing-
cacing anelid, dan zooplankton.
Bila bertelur, ikan ini akan menabur telur-telur di dasar dan pengawal
sama ada telur-telur ataupun anak-anak yang masih kecil.






















3) Ikan bandaraya (hypostomus)
Hypostomus ialah jenis ikan berpelindung keras terbesar dalam
keluarga ikan keli Loricariidae.
Ia termasuk air tawar popular dalam ikan akuarium Plecostomus
(dahulunya Plecostomus plecostomus).
Terdapat banyak kekeliruan untuk struktur taksonomi tepat Loricariidae.
Habitat bagi spesies Hypostomus ialah di kawasan air tawar Amerika
Selatan. Ia kebanyakannya dijumpai sepanjang loricariids kecuali di
barat saliran Atrato River.
Mereka pada dasarnya sentiasa berada dalam julat kawasan mereka
tersendiri.
Maksimum kepelbagaian dalam jumlah spesies Hypostomus berlaku
dalam sistem sungai-sungai di Paran-Paraguay.
Spesies Hypostomus dijumpai di dalam hampir semua habitat-habitat
air, daripada sungai besar kepada anak-anak sungai kecil.
Habitat biasa di kawasan air yang agak deras mengenai satu lapisan
kelikir cetek.
Kebanyakan spesies boleh didapati di kawasan tanah pamah,
penghuni-penghuni sungai dan tasik lembap ini biasanya didapati
berdekatan dengan kayu tenggelam.
Walau bagaimanapun, kebanyakan spesies boleh dijumpai di antara
batu-batu dalam dari hulu ke anak sungai dengan aliran air yang
sederhana ke aliran yang deras.
Ikan Hypostomus mempunyai mulut yang berkemampuan untuk
menyedut di mana-mana permukaan.
Mereka menggunakan bahagian mulut mereka seperti pektoral, pelvis,
dan kawasan-kawasan sirip ekor, untuk interaksi dengan dasar sungai
yang berbatu batan.
Mulut bersikat di dalam mulut Hypostomus berupaya mencengkam
alga hijau di dasar sungai. Dengan bantuan mulut penyedut, yang
menjadi sauh kepada ikan ini, dengan reka bentuk yng melengkung,
sirip pelvik dan pektoral duri-duri, mereka juga berupaya kekal tegak
semasa sedang meneroka bahagian dasar.
Tambahan, dengan saiz yang besar, sirip dan ekor yang cekung,
membolehkan mereka gerak-alih dengan cepat dalam jarak yang dekat.
Seperti loricariid yang lain, spesies Hypostomus mempunyai lapisan
perisai pada badan mereka.
Warna antara spesies Hypostomus adalah berbeza-beza. Mereka
mungkin mempunyai satu warna bawah putih dan tompok-tompok
hitam, atau perang dan bertompok, atau hitam dengan merah, emas,
atau tompok tompok putih.
Abdomen juga berbeza-beza dalam warna daripada warna putih ke
warna hitam dan mungkin berbintik-bintik atau tidak.
Sirip ekor bercabang dengan sirip bawah lebih panjang daripada sirip
atas.
Kebanyakan spesies mempunyai badan yang keras, tetapi terdapat
juga yang berbadan kurus dan memanjang.
Spesies Hypostomus terkenal untuk keupayaan untuk menghirup
udara. Ini dicapai melalui satu ubahsuai sedikit perut yang lebih besar
dan lebih kurus daripada dalam yang tidak mengudarakan bernafas.
Untuk menghirup udara, Hypostomus akan menghalakan badan
mereka sendiri secara menegak.




MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN DALAMAN AKUARIUM
Tumbuhan akuatik merupakan inventori yang penting dalam sesebuah akuarium.
Terdapat dua jenis tumbuhan akuatik iaitu tumbuhan akuatik hidup dan mati. Ciri
utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air
dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.
Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap
bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan
yang tidak habis dimakan oleh ikan.
Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di
dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.
Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses
fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses
pernafasan.
Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari
ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat
berehat.
Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.




KEPERLUAN PENANAMAN TUMBUHAN AKUATIK DALAM AKUARIUM
Pelbagai keperluan diperlukan di dalam sesebuah akuarium untuk mengekalkan
keseimbangan akuarium tersebut. Antaranya ialah;
1) Karbon dioksida
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses
fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk
pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada
tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai
akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup
kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan
yang dipelihara di dalam akuarium.


2) Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran
tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari
masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut
kaedah yang dicadangkan.

3) Cahaya
Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti
dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.







CARA-CARA PENJAGAAN AKUARIUM
Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik
sebagai hiasan adalah mudah.
1) Penjagaan akuarium
Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi
apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak
normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa,
berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya
tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi
rawatan.
Ikan yang mati perlu dibuang.
Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi
dengan baik.
Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida
menggunakan alat yang disediakan.

2) Penjagaan mingguan
Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti
sebanyak atau bahagian dari isipadu tangki.
Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu
buat sementara waktu.
Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.
Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum
bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi
makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan
ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

BAHAN DAN KEPERLUAN UNTUK IKAN HIASAN
Terdapat dua jenis aksesori yang diperlukan dalam akuarium ikan hiasan. Pertama
ialah aksesori asas dan kedua ialah aksesori tambahan. Kedua-dua aksesori ini
diperlukan sebagai bahan dan keperluan akuarium ikan hiasan untuk tujuan
kebersihan, nilai estetika, kecantikan dan daya tarikan.
1) Aksesori asas
Aksesori-aksesori ini merupakan aksesori asas bagi sesebuah akuarium untuk
berfungsi dengan baik.
Lampu
Bekas akuarium
Penapis air
Pam penapis
Penutup akuarium

2) Aksesori tambahan
Aksesori-aksesori ini bertujuan untuk menjaga kebersihan dan memenuhi
keperluan ikan.
Pasir
Batu
Tumbuhan akuatik
Salur udara
Kayu
Makanan ikan
Jaring penyauk
Anti klorin
Penjernih air



BAJET, ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PENDAPATAN
PROGRAM PEMBIAKAN, REKOD INDUK DAN ANAK

Anda mungkin juga menyukai