Anda di halaman 1dari 6

CamScanner

SYARAT DAN PERATURAN KEJOHANAN CATUR MSSD KOTA BHARU 2023

PERATURAN

1. UNDANG-UNDANG

1.1. Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Federation Internationale des Echecs
(F.I.D.E) dan peraturan Am MSSK/MSSM.

2. NAMA KEJOHANAN

2.1 Kejohanan Catur MSSD Kota Bharu 2023.

3. TARKIH / MASA / TEMPAT KEJOHANAN

3.1. Tarikh : 17 JULAI 2023 (KBS) & 18 JULAI 2023 (KBU)


3.2. Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang.
3.3. Tempat : Dewan SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan.

4. JENIS PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan Perseorangan :


4.1.1. Lelaki bawah 12 Tahun Perempuan bawah 12 Tahun.
4.1.2. Lelaki bawah 15 Tahun Perempuan bawah 15 Tahun.
4.1.3. Lelaki bawah 18 Tahun Perempuan bawah 18 Tahun.

5. PENDAFTARAN PEMAIN

5.1 Setiap sekolah hanya dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada :-


5.1.1. Lima (5) orang peserta bagi bawah 12 Tahun Lelaki.
5.1.2. Lima (5) orang peserta bagi bawah 12 Tahun Perempuan.

5.1.3. Lima (5) orang peserta bagi bawah 15 Tahun Lelaki.


5.1.4. Lima (5) orang peserta bagi bawah 15 Tahun Perempuan

5.1.5. Lima (5) orang peserta bagi bawah 18 Tahun Lelaki.


5.1.6. Lima (5) orang peserta bagi bawah 18 Tahun Perempuan.

6. HADIAH

6.1. Medal dan Sijil Penghargaan akan diberikan kepada Johan hingga tempat ke
sepuluh,manakala Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta bagi setiap kategori
yang bertanding.
7. YURAN PENYERTAAN

7.1. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 20 bagi setiap pemain dan boleh dibayar secara
tunai kepada 3 wakil bendahari yang telah dilantik (Sila lihat 8.2).

7.2. Pembayaran juga boleh dibayar dalam bentuk cek atas nama KELAB SUKAN PPDKB nombor
akaun 1101015277 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dan kepada 3 wakil bendahari yang
telah dilantik (Sila lihat 8.2).

7.2 Untuk sekolah-sekolah BUKAN bawah KPM, Salinan Resit Pembayaran Yuran MSSM wajib
dibawa semasa pendaftaran pertandingan untuk pengesahan oleh jawatankuasa pendaftaran
kejohanan.

8. BORANG PENYERTAAN

8.1. Pendaftaran peserta hendaklah didaftarkan pada BORANG PENDAFTARAN RASMI yang
disertakan bersama surat siaran kejohanan.Butiran peserta hendaklah diisi dengan lengkap
dan disahkan oleh Guru Besar / Pengetua.

8.2. Setiap sekolah perlu menghantar kepada wakil Jawatankuasa:

(1) salinan BORANG PENDAFTARAN RASMI ( Pendaftaran Peserta )

(2) YURAN PENYERTAAN PELAJAR atau CEK

(3) Hantar selewat-lewatnya pada 13 Julai 2023 (KHAMIS) sebelum jam 2.00
petang.Sila hubungi jawatankuasa seperti nama di bawah:

1. Pn. Norazlina bt Mat Razali


SK Mulong 2
No Tel : 0122690027

2. Pn Hasmani bt Hassan
SK Pengkalan Chepa
No Tel : 013-7329753

3. Pn. Siti Salwani bt. Yusoff


SMKA Melor
No Tel : 016-9875760

9. SISTEM PERTANDINGAN
9.1. Kejohanan Perseorangan.
9.2. Kejohanan ini dijalankan mengikut system Swiss
9.3. Pemain sesama sekolah tidak dipasangkan sesama mereka pada pusingan pertama sahaja.
9.4. Jika bilangan pemain ganjil,pihak teknik dibenarkan menambah seorang pemain untuk
mengelakkan adanya “bye”.

10. MASA PERMAINAN.


10.1. Masa permainan untuk semua pemain ialah 20 minit atau sehingga syahmat ( mana-mana
yang terdahulu ).
10.2. Pemain akan ditamatkan dengan syahmat atau salah satu bendera jam pemain jatuh.
10.3.Pemain yang benderanya jatuh dahulu dikira kalah dengan syarat pemain mesti masih
mempunyai sekurang-kurangnya satu bidak atau salah satu buah catur kuasa besar atau
kuasa untuk syahmat. Jika ini tidak dipatuhi perlawanan dikira seri.
11. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN.
11.1. Pemberian Mata :-
11.1.1. Menang - 1 mata
11.1.2. Seri - ½ mata
11.1.3. Kalah - 0 mata
11.1.4. Bye - 1 mata

11.2. Kejohanan Perseorangan.


Pemain yang mempunyai mata permainan terbanyak dikira “JOHAN”.

11.3. Pemutus Seri.


11.3.1. Mata Solkoff / Buchholz.
11.3.2. Mata Sonneborn-Berger.
11.3.3. Personal Encounter
11.3.4. Mata Median- Solkoff / Median – Buchholz.
11.3.5. Mata progresif/ kumulatif
12. PEMILIHAN PEMAIN
12.1. Pemain –pemain yang menduduki tempat pertama hingga ketiga bagi setiap kategori
masing-masing akan dipilih mewakili pasukan MSSD Kota Bharu Utara dan MSSD Kota
Bharu Selatan.
12.2. Kedudukan pemain-pemain adalah berdasarkan ranking selepas Pusingan Terakhir
12.3. Mana-mana pemain yang gagal mencapai 2.5 mata maka pemilihan sebagai pemain
MSSD akan dibatalkan.

13. PAKAIAN DAN PERATURAN PERMAINAN


13.1 Semua pemain mesti memakai PAKAIAN SUKAN sekolah masing-masing serta berkasut.
13.2. Selipar, seluar pendek dan jeans tidak dibenarkan.
13.3. Pemain TIDAK DIBENARKAN membawa sebarang peranti atau gajet komunikasi seperti
telefon bimbit, smartwatch dan sebagainya semasa sedang bermain.

14. NOTASI
14.1. Semua peserta digalakkan membuat notasi pergerakan catur. Sekiranya timbul
sebarang pertelingkahan / aduan maka notasi tersebut akan menjadi bahan rujukan
arbiter.

15. KELEWATAN
15.1. Pemain yang tidak hadir dalam masa 25 minit pertama akan secara automatik dikira
kalah dalam perlawanan ini.
15.2. Sekiranya kedua-dua tidak hadir dalam masa 25 minit itu, maka kedua-dua dikira kalah.

16. BANTAHAN
16.1. Sila rujuk Peraturan Am MSSK.

17. LEMBAGA RAYUAN


17.1. Sila rujuk Peraturan Am MSSK.

18. KESELAMATAN
18.1. Semua pemain dan guru pengiring perlu menuruti SOP KPM terkini & hanya murid yang
sihat akan dibenarkan bertanding.

19. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


19.1 Sila rujuk Peraturan Am MSSK – Sebarang pindaan adalah tertakluk di bawah
bidang kuasa pengelola.

Disediakan oleh :

Jawatankuasa Teknik Kejohanan Catur Terbuka


MSSD Kota Bharu
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN CATUR
MSSD KOTA BHARU 2023

MSSD KOTA BHARU : ( UTARA / SELATAN )

SEKOLAH : ……………………………………………………………..

ALAMAT : ………………………………….........................................

TELEFON : ………………………………….........................................

JANTINA : LELAKI / PEREMPUAN KATEGORI : Bawah 12 / 15 / 18

PENGURUS : ___________________________________NO TEL : ____________________

JURULATIH : NO TEL :____________________

BIL NAMA PESERTA TARIKH IC/KP TAHUN/ NO DAFTAR


LAHIR TINGKATAN SEKOLAH

** SILA SEDIAKAN BORANG BERASINGAN BAGI SETIAP KATEGORI

Pengesahan Pengurus Pengesahan Guru Besar / Pengetua

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai