Anda di halaman 1dari 3

Mengenali dan Mencintai Rasulullah saw.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, salam ukhwah salam


Malaysia Madani. Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi kepada tuan pengerusi majlis,
nakhoda pimpinan majlis bervisi, dif-dif kehormat seterusnya sidang hadirin yang dikasihi. Sebelum
bahtera saya layarkan, sebelum layar saya kibarkan, sebelum kaki mengatur langkah sebelum lidah
mengatur bicara biarlah saya mendefinasikan tajuk syarahan saya pada hari ini yang bertajuk
Mengenali dan Mencintai Rasulullah saw.

Rasulullah saw adalah seorang manusia lelaki yang diutuskan oleh Allah swt sebagai Rasul terakhir
membawa ajaran islam, dan menyebarkan dakwah islamiyah untuk umat manusia bagi memperoleh
kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan diakhirat

Manakala erti mengenali adalah mengetahui dengan sahih melalui proses pembelajaran dan
penyelidikan dan cinta ialah suatu perasaan naluri manusia. Cinta, kasih sayang adalah anugerah dari
Allah swt, apa yang penting ialah bagaimana cara kita merealisasikan, membentuk, mengawal dan
menjuruskan perasaan kita itu tadi kearah sesuatu yang positif.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Mencintai Rasulullah saw wajib bagi setiap umat islam. Untuk mencintai baginda, maka kenalilah
keperibadiannya dan sirah perjuangannya. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Mencintai rasulullah
saw mulai dengan menjadikannya role model. Kebenaran yang dibawa, mengkaji kehebatannya.
Mengagungkan kebesarannya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Masud, baginda bersabda

Yang bermaksud: Aku dididik oleh tuhanku maka aku dididik dengan sebaik baik didikan.

Perutusan Rasulullah saw adalah sebagai rahmat kepada umat manusia sejagat, memimpin umat
manusia kearah pengabdian hanya kepada Tuhan sebenar, iaitu Allah sematamata sebagaimana
firman allah surah Anbiya ayat 107 yang berbunyi:

Maksudnya “Dan tidaklah kami mengutusmu wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat
bagi sekalian alam”

Rasulullah saw adalah pilihan daripada seluruh rasul pilihan, Pilihan atas pilihan untuk rasul akhir
zaman. Membawa Al-Quran dari Tuhan untuk panduan umat kemudian. Hatinya bersih, sabarnya
keras, Berbagai-bagai rintangan, bermacam-macam cabaran. Seluruh hidupnya di dalam
penderitaan, tidak pernah surut di dalam perjuangan. Hatinya dengan Tuhan tidak pernah putus
hubungan. Pengorbanannya semacam angin kencang lajunya, dengan harta, tenaga dan jiwa raga.
Masya-Allah akhlaknya bak bulan purnama sangat terserlah tidak ada tandingannya, tidak ada
bandingannya di seluruh dunia. Seorang sasterawan Inggeris mengungkapkan kisah Nabi
Muhammad melalui sajaknya yang berbunyi:

Rasulullah the most perfect human being, the person to look up to amongst all humans

Let’s us make him the role model for all human beings, If he’s made into our role model there will
emerge love and affection, harmonious existence with coherence.
Tuan tuan puan puan yang dirahmati Allah sekalian,

Kehebatan Nabi Muhammad saw telah diiktiraf ramai para cendikiwan seluruh dunia melangkaumi
batasan masa dan zaman. Menurut kajian yang dijalankan oleh pengkaji barat, yang menyenaraikan
100 pemimpim terkemuka dunia, rasulullah saw diletakkan ditempat pertama sebagai pemimpin
teragung.

Seorang penulis terkemuka barat, David Santilana dalam bukunya berjudul The Lagacy of Islam
menulis bahawa Nabi Muhammad mempunyai budi perketi yang sangat baik, sentiasa menghindari
pertengkaran, jika orang berbuat jahat padanya dia memaafkannya.

Pengarang inggeris terkenal, Geoorge Bernad Shaw mengakui bahawa ajaran Nabi Muhammad
tentang pengiktirafan terharap wanita dan kanak kanak dimana katanya pendekatan ajaran
Muhammad jauh lebih maju dari pemikiran kristian, bahkan dari pemikiran moden sekalipun.

Sejarawan barat terkenal Edward Gibbon menyatakan “hal yang baik daripada Muhammad ialah,
baginda membuang jauh sifat kebongkkan seorang Raja. Baginda seorang pemimpin yang adil,
mempunyai kualiti intelektual luar biasa, ingatannya kuat, daya imaginasinya hidup dan genius yang
berdaya cipta.

Seorang lagi penulis terkemuka Inggeris Robert briffault menghargai ajaran nabi Muhammad dengan
mengatakan “Idea kebebasan bagi semua umat manusia, idea persaudaraan dan persamaan antara
umat manusia. Dan idea idea ini telah di serapkan bagi mengilhami Revolusi Perancis dan deklarasi
hak manusia bagi menyusun konstitusi Amerika. dan sebenar nya idea dari ajaran rasulullah telah
dicedok oleh bangsa barat untuk memajukan mereka.

Tuan tuan dan puan puan sekalian.

Pernahkan kita terfikir, mengapa kita terlalu berkira untuk mencintai rasulullah sedangnya baginda
amat mencintai kita semua. Ini terbukti bila kita renungkan peristiwa saat kewafatannya

Ketika mana Rasulullah dlm keadaan menghadapi saat kematian, baginda merasakan amat sakit
sekali sakaratul maut itu, sehinggakan Jibril yg pada ketika itu melihat Rasulullah berpaling mukanya
krn tdk sanggup melihat kesakitan Rasulullah.

Lalu baginda bertanya Jibril, "wahai Jibril, adakah engkau tidak mahu melihat aku, adakah engkau
membenci aku?" Jibril lalu menjawab, "tidak Ya Rasulullah, aku tidak sanggup melihat wajah kekasih
Allah menahan kesakitan yg amat sgt..." Kemudian Rasulullah berkata kpd Jibril, "jika beginilah
sakitnya sakaratul maut, aku mohon agar semua kesakitan sakaratul maut umatku dihimpun ke
atasku, aku tdk sanggup membiarkan mereka menanggung kesakitan ini..."

Masya ALLAH hadirin dan hadirat sekalian. lihatlah betapa mulianya Rasulullah yg terlalu cintakan
umatnya lebih dr dirinya sendiri... Lalu bagaimana dengan kita? Adakah kita mencintai Rasulullah
melebihi dr diri kita sndiri?

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah

Mencintai rasulullah saw bukan semata mengingati kelahirannya pada 12 Rabiul awal sahaja,
mencintai dan mengimaninya hendaklah sepanjang detik nadi yang berdenyut. Lalu, bagaimana kah
cara untuk menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah saw? Barangkali 5 perkara yang saya bicarakan
ini berguna untuk semua.
Yang pertama ialah dengan berpegang teguh dengan ajaran islam dan menghidupkan dan
menyebarkan segala sunnah baginda samada dari perlakuan atau perbuatannya. Sabda Rasulullah
saw yang bermaksud “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sungguh dia telah mencintai
aku, dan sesiapa yang mencintai aku, nescaya dia bersama samaku dalam syurga.”

Yang kedua dengan menjadikan akhlak baginda sebagai contoh ikutan yang paling utama bagi diri
kita dan keluarga kita. Bak kata Aisyah isteri rasulullah, Akhlak baginda diperumpamakan seperti Al-
Quran itu sendiri.

Yang ketiga dengan memperbanyakkan selawat dan salam atas diri baginda, kaum keluarganya dan
para sahabatnya Sesiapa yang dengan penuh ikhlas mengucapkan selawat dan salam untuk baginda
akan mendapat ganjaran pahala dari allah. Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud” Sesiapa
yang berselawat atasku satu selawat, nescaya Allah melimpahkan sepuluh rahmat kepadaanya,
mengikis sepuluh kejahatan daripadanya dan darjatnya sepuluh kali.

Yang keempat menolong dan membantu usaha usaha bagi mengembang dan menyebarkan risalah
yang dibawa oleh baginda mengikut kemampuan masing masing samada menerusi usaha dakwah
dan tarbiah, melalui lisan dan penulisan, menerusi sumbangan tenaga, kos atau harta benda
mengikut kemampuan kita.

Dan yang ke lima dengan cara memuliakan para ulama yang menjadi pewaris nabi kerana ditangan
mereka memegang risalah Allah dan rasulNya untuk dikembangkan dan dijaga kemurniannya.

Akhir sekali tuan puan marilah kita renungkan..

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Kalau diri sezalim firaun mana mungkin menjadi pemimpin seadil Rasulullah. Tak guna Ada MATA
kalau tak dapat MELIHAT, Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI

Kata kata penutup

Anda mungkin juga menyukai