Anda di halaman 1dari 2

CATATAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH MENENGAH & SEKOLAH RENDAH DAERAH KOTA TINGGI

PERKARA PERINCIAN
ISU Kemenjadian Murid. Contoh: ( LMS/GPMP/TP/Gagal/ Kehadiran / Tidak Faham
& Pasif dlm Kelas)
Contoh:
Terdapat beberapa orang murid Tahun 5 Raya masih mengalami masalah
menulis nombor bulat dalam angka dan perkataan dengan betul.
(A) PEMERHATIAN Murid menghadapi masalah dan kurang mahir untuk menulis nombor bulat
dalam angka. Sertakan gambar. Contoh: Suasana di dalam kelas dan hasil kerja
murid
(B) REFLEKSI Pernyataan refleksi berkenaan situasi murid dan/atau guru semasa sesi
pemerhatian. Cari punca utama yang menyebabkan berlaku isu.
Contoh:
1. Murid keliru dengan nilai tempat dan nilai digit terutamanya yang
melibatkan nilai 0.
2. Kaedah pengajaran saya yang tidak menarik iaitu Chalk and talk sahaja dan
saya hanya tekankan kepada penerangan melalui contoh sahaja.
(C) MERANCANG Merancang intervensi untuk menyelesaikan punca dan isu sebenar.
Merangkumi sasaran, objektif, intervensi, timeline pelaksanaan intervensi dan
indikator kejayaan.
Contoh:
1. Penggunaan KAD MAGMATIK
2. Modul MOKAS
(D) MELAKSANA Terangkan dengan terperinci pelaksanaan intervensi, langkah demi langkah
dengan jelas, sistematik dan teratur.
Contoh:
Saya memperkenalkan kaedah KAD MAGMATIK untuk membantu murid-
murid meningkatkan penguasaan kemahiran asas matematik secara bermain
sambil belajar.
(E)PEMERHATIAN 2 Melaksanakan penilaian keberkesanan intervensi melalui pemerhatian di
dalam kelas/ ujian/ kuiz dan sebagaimana seperti yang telah ditetapkan dalam
indikator kejayaan semasa melaksanakan perancangan intervensi.
Contoh:
Murid-murid dibimbing untuk membina nombor menggunakan KAD
MAGMATIK dan kelihatan seronok menggunakannya. Murid-murid dapat
melakukan proses membina dan menulis nombor dengan baik.
(F) REFLEKSI 2 Contoh:
Saya mendapati sikap murid-murid terhadap matematik pada peringkat awal
telah berubah berbanding sebelumnya. Prestasi yang memberangsangkan
yang ditunjukkan oleh responden adalah di luar jangkaan saya. Murid-murid
berupaya membina nombor dan menulis nombor dalam angka dan perkataan
menggunakan KAD MAGMATIK dengan baik. Ini menunjukkan mereka sudah
mahir dan berkeyakinan untuk membina nombor yang lebih besar dan
menulis nombor tersebut dalam angka dan perkataan.

Tunjukkan data Praujian dan Pascaujian.


CATATAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN
SEKOLAH MENENGAH & SEKOLAH RENDAH DAERAH KOTA TINGGI

Anda mungkin juga menyukai