Anda di halaman 1dari 47

1

BAHAGIAN: MENULIS KARANGAN

Panduan Menjawab Bahagian C (Penulisan)

Terdapat pelbagai jenis karangan yang perlu dipelajari oleh para pelajar dalam
bahagian Kertas Penulisan Bahasa Melayu.

Jenis-jenis karangan itu terdiri daripada:

i. Karangan tidak berformat


ii. Karangan berformat

Karangan Tidak Berformat

• Fakta
• Autobiografi
• Melengkapkan cerita
• Keperihalan
• Tindakan
• Peribahasa

Karangan Berformat

2
• Berita
• Catatan
• Laporan
• Surat rasmi
• Surat tidak rasmi
• Dialog/perbualan
• Ucapan
• Syarahan

Teknik-teknik Bijak Mengarang

Bagi menghasilkan sebuah karangan yang baik terdapat beberapa teknik mengarang
yang harus dikuasai oleh para pelajar. Teknik-teknik tersebut ialah:

i. Memilih tajuk karangan yang mudah bagi para pelajar untuk mengarang.
Pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada serta dapat menguasai tajuk
karangan tersebut. Memilih tajuk yang sukar akan menyebabkan pelajar
akan ketandusan isi dan idea untuk mengarang

ii. Fahami betul-betul kehendak soalan. Cuba cari fokus utama yang
ditekankan dalam soalan karangan. Sekiranya pelajar tidak memahami
kehendak soalan, pelajar akan cenderung menghasilkan karangan yang
terpesong daripada kehendak soalan

iii. Membuat rangka karangan terlebih dahulu sebelum menulis sebuah


karangan lengkap. Rangka isi yang dibuat membantu pelajar menyusun isi

3
mengikut keutamaan dan tidak meninggalkan isi-isi penting yang
sepatutnya dikemukakan dalam karangan

iv. Karangan yang telah siap dihasilkan haruslah disemak terlebih dahulu.
Ini penting untuk memastikan tidak terdapat sebarang kesalahan dalam
aspek-aspek bahasa. Sekiranya pelajar dapat mengesan serta
membetulkan kesilapan, maka tidaklah banyak jumlah markah yang akan
dipotong oleh pemeriksa karangan.

ANALISA SOALAN KERTAS PENULISAN BAHASA MELAYU


UPSR 2016-2019

Analisa Kertas 2 UPSR SK ( BAHAGIAN C )

4
Tahun Bahagian C

2016 1 Cara-cara menghargai orang yang berbudi


kepada kita.
2 Karangan Ucapan

2017 1 Karangan surat kiriman tidak rasmi.


2 Aktiviti-aktiviti Hari Kesihatan Sedunia.

2018 1 Karangan Melengkapkan cerita


2 Karangan Perbualan

2019 1 Karangan Laporan


2 Cerita tentang pengalaman semasa Hari Guru.

2020/2021

Autobiografi

Panduan Menulis Karangan Autobiografi

1. Karangan autobiografi merupakan karangan tidak berformat.

2. Karangan ini adalah tentang riwayat hidup sesuatu benda.

3. Riwayat hidup yang diceritakan itu menyentuh peristiwa suka dan duka dari
mula dihasilkan sehingga tidak lagi digunakan.
5
4. Karangan ini boleh ditulis dalam bentuk cerita yang menarik yang mempunyai
unsur saspens dan dramatik.

5. Gunakan bahasa yang mudah, padat dan tepat.

6. Antara contoh soalan yang dikemukakan dalam karangan ini ialah menulis
karangan yang bertajuk:

a. Aku Sepasang Kasut


b. Aku Sebuah Kereta
c. Aku Sebatang Pensel
d. Aku Sebiji Bola
e. Aku Sekaki Payung

Contoh

Tulis sebuah karangan autobiografi yang bertajuk “Aku Sebatang Raket


Badminton “.

Rangka Karangan:

Pendahuluan:
- latar belakang diri

Isi-isi:
- dijual di kedai peralatan sukan
- dibeli sebagai hadiah hari jadi
- digunakan setiap petang – bersukan
- patah – tidak boleh digunakan lagi

Penutup:
- disimpan di dalam stor – sempit dan gelap

6
Aku sebatang raket badminton. Aku diperbuat daripada kayu, plastik dan getah.
Setelah siap dihasilkan, aku dimasukkan ke dalam kotak. Aku kemudiannya dihantar
ke sebuah kedai peralatan sukan.

Aku dipamerkan di dalam almari kaca. Ramai orang tertarik melihat reka bentukku.
Mereka memujiku serta menyebut tentang hargaku yang agak mahal.

Pada suatu hari, tiba seorang lelaki kaya ke kedai itu. Beliau tertarik melihatku.
Tanpa banyak bicara, beliau terus membeli aku untuk anaknya. Aku dijadikan
hadiah hari jadi anaknya.

Tuanku yang baru seorang kanak-kanak yang aktif bersukan. Setiap petang tuanku
akan menggunakan. Tuanku menggunakan untuk memukul bulu tangkis. Tuanku
berasa bangga kerana dapat menunjukkan aku kepada rakan-rakannya.

Selepas beberapa bulan, aku tidak lagi seelok dahulu. Pada suatu hari, tuanku
terjatuh semasa menggunakanku. Badanku patah. Aku tidak dapat digunakan lagi.
Tuanku meminta ayahnya membelikan raket badminton yang baharu.

Aku disimpan di dalam stor yang sempit dan gelap. Bau busuk di dalam stor itu
sungguh menyeksakan. Tinggal aku selama-lamanya di dalam stor itu selagi tidak
dibuang ke dalam tong sampah.

Berita

Panduan Menulis Karangan Berita

1 Karangan berita ialah karangan yang berformat.

2 Karangan memerlukan calon menjawab beberapa persoalan seperti berikut:

a. Apakah yang berlaku?


b. Di manakah berlaku?
c. Siapakah yang terlibat?
d. Mengapakah berlaku?
e. Bagaimanakah boleh berlaku?

3 Bahasa yang digunakan mestilah mudah, padat, ringkas dan tepat.

7
4 Peristiwa yang ditulis dalam karangan berita mestilah logik dan munasabah.

5 Antara contoh soalan yang dikemukakan dalam karangan ini ialah menulis
karangan yang bertajuk:

a. Berita kemalangan jalan raya


b. Berita kejadian banjir
c. Berita kejadian rompakan
d. Berita aktiviti gotong-royong
e. Berita penyampaian sumbangan

Contoh

Andaikan kamu seorang wartawan surat khabar. Kamu diminta menulis sebuah
berita tentang kemalangan jalan raya. Tulis berita tersebut selengkapnya.

Rangka Karangan:

Pendahuluan:
- Satu kemalangan telah berlaku di Jalan Sulaman.

Isi-isi:
- Kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
- Penunggang dan pembonceng motosikal terbunuh.
- Pemandu kereta bertembung dengan motosikal dari arah bertentangan.
- Kesesakan lalu lintas berlaku dan berjaya dikawal oleh anggota polis trafik.

Penutup
- Saksi kemalangan diminta menghubungi pihak polis

Kota Kinabalu, 18 Mei – Satu kemalangan jalan raya telah berlaku di Jalan Sulaman,
Kota Kinabalu awal pagi semalam. Kejadian tersebut berlaku sewaktu orang ramai
sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

8
Kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta dan juga sebuah motosikal.
Kemalangan tersebut merupakan kejadian yang kedua berlaku di jalan tersebut.
Pada awal bulan April, satu kemalangan ngeri juga berlaku di jalan yang sama.

Dalam kejadian itu, penunggang dan pemboncang motosikal terbunuh. Mangsa


mati di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang teruk di bahagian
kepala dan kaki. Pemandu kereta hanya mengalami kecederaan ringan.

Kemalangan tersebut berlaku apabila kereta tersebut gagal memotong


kenderaan di hadapan lalu bertembung dangan motosikal dari arah yang
bertentangan. Pemandu kereta itu dikatakan memandu agak laju.

Kemalangan ini telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas berlaku di sepanjang


Jalan Sulaman. Namun, kesesakan jalan raya berjaya dikawal oleh anggota trafik
yang kebetulan berada berhampiran di tempat kejadian.

Pihak polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu menghubungi
pihak polis. Mereka boleh pergi ke balai polis yang berhampiran untuk memberikan
keterangan lebih lanjut tentang kemalangan itu.

Fakta

Panduan Menulis Karangan Fakta

1 Karangan fakta merupakan karangan tidak berformat.

2 Karangan ini memerlukan calon mengemukakan pendapat atau pandangan


tentang sesuatu tajuk yang diberikan.

3 Calon perlu menghuraikan sesuatu isi dengan bernas.

4 Gunakan ayat yang ringkas, padat dan tepat.

5 Karangan fakta tidak boleh disampaikan dalam bentuk cerita.

6 Antara contoh soalan yang dikemukakan dalam karangan ini ialah meminta
calon menulis karangan yang bertajuk:

a. Kebaikan Membaca

9
b. Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum
c. Cara-cara Belajar yang Berkesan
d. Kepentingan Industri Pelancongan
e. Cara-cara Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya

Contoh

Tulis sebuah karangan tentang cara-cara belajar yang


berkesan.

Rangka Jawapan:

Pendahuluan:
- setiap pelajar mengharapkan kejayaan dalam pelajaran

Isi-isi:
- menumpu perhatian semasa guru mengajar
- membuat latihan dan kerja sekolah yang guru berikan
- bertanya pada guru jika tidak faham
- membuat ulang kaji

Penutup:
- kejayaan dalam pelajaran penting untuk masa depan

Setiap pelajar mengharapkan kejayaan dalam pelajaran. Kejayaan dalam pelajaran


dapat meningkatkan potensi diri dan menggembirakan kedua-dua ibu bapa. Dalam

10
usaha mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran, para pelajar perlu
mengamalkan cara-cara belajar yang berkesan.

Antara cara-cara belajar yang berkesan ialah menumpu perhatian semasa guru
sedang mengajar. Jika kita memberikan sepenuh perhatian, kita mudah memahami
topik yang diajar oleh guru.

Kita juga hendaklah menyiapkan latihan dan kerja sekolah yang guru berikan. Kita
boleh menyiapkan latihan dan kerja sekolah sama ada di sekolah atau di rumah.
Latihan dan kerja sekolah perlu disiapkan agar kita dapat mengetahui sejauh mana
kita memahami topik yang telah diajar oleh guru.

Salah satu cara belajar yang berkesan ialah bertanya pada guru jika tidak faham.
Jangan bersikap malu bertanya sekiranya kita tidak memahami sesuatu topik yang
diajar oleh guru.

Kita juga hendaklah rajin membuat ulang kaji sama ada di rumah atau dii sekolah.
Mengulang kaji topik-topik yang telah dipelajari dapat menguatkan pemahaman
kita. Membuat ulang kaji amat penting terutama dalam menghadapi ujian atau
peperiksaan.

Mengamalkan cara-cara belajar yang berkesan dapat meningkatkan prestasi dalam


pelajaran. Kejayaan dalam pelajaran amat penting untuk masa depan yang cerah

Melengkapkan Cerita

Panduan Menulis Karangan Melengkapkan Cerita

1. Karangan melengkapkan cerita merupakan karangan tidak berformat.

2. Karangan ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu meminta calon melengkapkan
cerita berdasarkan:

a. perenggan awal
b. perenggan akhir

11
3. Cerita yang ditulis mestilah bersesuaian dengan perenggan awal atau
perenggan akhir yang diberikan.

4. Cerita yang ditulis mestilah cerita yang logik dan munasabah.

5. Calon boleh memasukkan dalam dialog dalam karangan ini.

6. Contoh soalan:

Melengkapkan cerita di bawah.


Aku terdengar bunyi yang amat kuat. Aku pun…………

Mulakan karangan dengan “Aku pun ………………….”

Contoh

Tulis sebuah karangan berdasarkan perenggan di


bawah :
Aku berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Dalam pertengahan jalan, aku
terdengar bunyi dentuman yang agak kuat. Aku pun........
Mulakan karangan kamu dengan “ Aku pun...................”.

Rangka Karangan:

Pendahuluan:
- Mencari arah kedengaran bunyi dentuman itu

Isi-isi:
- Sebuah kereta terbabas lalu merempuh pokok di tepi jalan
- Pemandu kereta itu tersepit di dalam keretanya
- Menelefon pihak polis dan ambulans
- Mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan

12
Penutup:
- Pihak mengucapkan terima kasih - pulang ke rumah

Aku pun menoleh ke belakang. Aku mencari arah kedengaran bunyi dentuman yang
kuat itu. Tidak jauh dari situ, aku melihat sebuah kereta di tepi jalan.

Rupa-rupanya, kereta itu terbabas lalu merempuh sebatang pokok di tepi jalan.
Kereta itu remuk teruk di bahagian hadapan. Aku segera berlari ke arah kereta
itu.

Aku melihat pemandu kereta itu tersepit di dalam keretanya. Pemandu itu tidak
sedarkan diri. Kepalanya berlumuran darah. Hanya pemandu itu berada seorang diri
di dalam kereta itu.

Aku berlari ke pondok telefon awam. Nasib baik, telefon awam itu dapat
digunakan. Aku segera mendail nombor balai polis dan pihak ambulans. Selepas itu,
aku segera kembali ke tempat kemalangan itu.

Dua puluh minit kemudian, pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian. Pihak
ambulans segera mengeluarkan pemandu itu dari tempat duduknya. Pemandu itu
diusung masuk ke dalam ambulans dan dikejarkan ke hospital.
Anggota polis yang tiba di situ menghampiriku. Anggota polis itu
mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku berasa bangga kerana dapat membantu
mangsa kemalangan itu. Selepas itu, aku pun pulang ke rumah.

Keperihalan

Panduan Menulis Karangan Keperihalan

1 Keperihalan merupakan karangan tidak berformat.

2 Calon diminta memberikan gambaran tentang tentang sesuatu situasi yang


dinyatakan.

3 Gambaran yang ditulis mestilah menepati kehendak soalan.

13
4 Calon boleh menggunakan pengalaman sendiri, pengalaman rakan atau
berdasarkan bahan bacaan untuk menggambarkan sesuatu situasi.

5 Karangan ini boleh disampaikan dalam bentuk cerita.

6 Antara contoh soalan ialah meminta calon menulis karangan seperti:

a. gambaran suasana perkelahan


b. gambaran di hospital
c. gambaran pada Hari Kantin
d. gambaran pada kejohanan sukan sekolah
e. gambaran tentang aktiviti gotong-royong

Contoh

Kamu telah mengikuti Program Kepimpinan Badan Pengawas yang dianjurkan


oleh sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti program
tersebut.

14
Rangka Karangan:

Pendahuluan:
- hari dan masa Program Kepimpinan Badan Pengawas diadakan

Isi-isi:
- Berkumpul di dewan sekolah
- aktiviti-ceramah-motivasi-tugasan berkumpulan-riadah-persembahan
- mendapat tip-tip-berguna-pemimpin-baik
- meningkatkan keyakinan-gembira-berfaedah

Penutup:
- berjanji menjadi pengawas yang baik

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah menganjurkan Program Kepimpinan
Badan Pengawas. Program tersebut bermula pada 8.00 pagi dan 12.30 tengah hari.

Semua peserta program diminta berkumpul di dewan sekolah. Kami berkumpul


mengikut aliran masing-masing. Guru Disiplin, Encik Ruslan telah memberi taklimat
tentang program yang akan diadakan.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut ialah ceramah motivasi,
aktiviti berkumpulan dan riadah. Penceramah motivasi berjaya menyampaikan
ceramah yang menarik.

Kami mendapat banyak tip-tip yang berguna. Kini saya begitu memahami cirriciri
seorang pemimpin yang baik. Melalui ceramah dan aktiviti yang dijalankan banyak
maklumat telah disampaikan. Jika ianya diamalkan dapat membentuk disiplin yang
baik dalam kalangan pengawas.

Kami berasa gembira dengan semua aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang
menarik perhatian saya ialah aktiviti berkumpulan. Kami diminta menyelesaikan
satu masalah. Kumpulan yang berjaya menyelesaikan masalah dengan baik dikatakan
mempunyai ketua kumpulan yang berkaliber. Kumpulan saya telah berjaya dalam
aktiviti itu. Kebetulan pula saya menjadi ketua bagi aktiviti tersebut.

15
Program itu berjaya mengubah minda dan perlakuan saya. Saya berjanji akan
menjadi pengawas dan pemimpin yang baik. Semua ilmu yang peroleh itu akan saya
praktik dalam kehidupan seharian saya.

Surat Kiriman Tidak Rasmi

Panduan Menulis Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

1 Surat kiriman tidak rasmi merupakan jenis karangan berformat.

2 Alamat pengirim perlu ditulis di bahagian atas sudut sebelah kanan surat.

3 Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim.

4 Tanda tangan dan nama pengirim ditulis di bahagian akhir surat di sudut
kanan.

5 Mulakan karangan dengan ucapan salam dan bertanya khabar.

6 Isi-isi surat ditulis dalam perenggan-perenggan.

7 Akhiri surat dengan menyampaikan salam dan ucapan terima kasih.

8 Antara contoh soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut:

a. menulis surat untuk ibu ayah


b. menulis surat datuk atau nenek
c. menulis surat untuk abang atau kakak
d. menulis surat untuk sahabat

Contoh
Pada cuti sekolah yang lalu, kamu sekeluarga telah bercuti di sebuah pulau.
Tulis sepucuk surat kepada sahabat kamu untuk menceritakan pengalaman
bercuti tersebut.

16
Rangka Karangan:

Pendahuluan:
- kata-kata pembuka bicara

Isi-isi:
- bertanya khabar
- bercuti di Pulau Pinang – pergi ke sana menaiki bas
- pengalaman menaiki feri – menginap di hotel
- melawat tempat-tempat yang menarik

Penutup:
- ucapan terima kasih – harap dapat berjumpa

No. 22, Lorong Sutera,


Taman Sutera,
56000 Kuala Lumpur.

17 SEPTEMBER 20__.

Menemui saudara Haris yang kini berada di Besut, Terengganu. Apa khabar
saudara? Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Saudara,
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana terlewat membalas surat saudara
tempoh hari. Untuk pengetahuan saudara, saya sekeluarga baru pulang dari bercuti
di Pulau Pinang. Tujuannya adalah untuk melawat tempat-tempat menarik di pulau
yang dikenali sebagai “Pulau Mutiara “.

Kami ke sana menaiki bas. Apabila tiba di jeti, kami menunggu feri untuk ke Pulau
Pinang. Pengalaman menaiki feri sungguh menyeronokkan. Saya dapat melihat
pemandangan perkampungan nelayan di tepi pantai dan melihat kapal-kapal besar
yang terdiri daripada kapal dagang dan kapal percutian.

17
Di Pulau Pinang kami sekeluarga kami menginap di hotel. Bilik penginapan kami
mengadap ke arah laut. Kami dapat melihat pemandangan laut yang sungguh indah
dari jendela bilik hotel.

Kami juga melawat tempat-tempat menarik di Pulau Pinang antaranya Batu


Ferringhi, Tanjung Tokong, Bukit Bendera, Padang Kota Lama, Muzium Negeri,
Masjid Negeri dan Bukit Jambul. Pemandangan di kesemua tempat itu sungguh
mempesonakan. Saya membeli banyak cenderahati. Pulau Pinang juga terkenal
dengan makanan yang enak-enak. Makanan yang paling saya suka ialah nasi kandar
dan pasembur.

Cukuplah sampai di sini sahaja dapat saya coretkan. Kirimkan salam saya buat
saudara sekeluarga. Semoga kita dapat berjumpa pada suatu hari nanti.

Sahabatmu,
Syafik
Surat Kiriman Rasmi

Panduan Menulis Karangan Surat Kiriman Rasmi

1 Surat kiriman rasmi merupakan jenis karangan berformat.

2 Alamat pengirim hendaklah ditulis di bahagian atas di sudut kiri surat.

3 Satu garisan melintang diletakkan di bawah alamat pengirim.

4 Di bawah garisan melintang ditulis alamat penerima.

5 Tarikh ditulis sebaris dengan barisan akhir alamat penerima.

6 Tulis panggilan hormat untuk penerima surat. Panggilan hormat yang biasa
digunakan ialah tuan atau puan.

7 Perkara atau tajuk surat perlu digariskan.

18
8 Tulis setiap isi surat dalam satu perenggan dan diletakkan nombor (2,3,4
atau 5 ) kecuali perenggan isi surat yang pertama.

9 Akhiri surat dengan ucapan terima kasih, tandatangan, nama penuh dan
jawatan pengirim surat.

10 Contoh soalan karangan surat kiriman rasmi ialah meminta calon menulis
surat untuk tujuan-tujuan seperti:

a. menyatakan sebab tidak hadir ke sekolah


b. memohon kebenaran mengadakan lawatan
c. memohon kebenaran menggunakan dewan
d. memesan buku-buku latihan
e. mengadu masalah yang berlaki di kawasan tempat tinggal

Contoh

Kelab Alam Sekitar sekolah kamu hendak mengadakan lawatan ke sebuah kilang
membuat pensel. Sebagai setiausaha, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat
kepada pengurus kilang tersebut untuk memohon kebenaran. Tulis surat kamu
itu dengan selengkapnya.

19
Rangka Karangan:

Pendahuluan:
- alamat pengirim-alamat penerima-perkara surat

Isi-isi:
- memperkenalkan diri-setiausaha - Kelab Alam Sekitar
- tujuan-melihat cara-cara membuat pensel
- tarikh-masa-jumlah peserta lawatan
- harapan-dibenarkan-jawapan segera

Penutup:
- tandatangan-nama-jawatan

Persatuan Bahasa Melayu,


Sekolah Kebangsaan Taman
Indera, 83000 Batu Pahat, Johor
Darul Takzim.

Pengurus,
Syarikat Seri Pelangi,
Jalan Parit,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim. 17 MEI
20__.
Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan

20
Merujuk perkara di atas, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Taman
Indera ingin memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke
kilang tuan.
2. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk melihat proses menghasilkan
pensel. Di samping itu, kami juga ingin bahan-bahan yang digunakan untuk
menghasilkan pensel.
3. Lawatan sambil belajar ini akan disertai oleh lima orang guru dan empat
puluh orang guru. Lawatan tersebut dijangka akan diadakan pada hari Sabtu, 8 Mei
2020. Masa lawatan adalah kira-kira 8.30 pagi.
4. Kami berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas tentang permohonan
kami dengan secepat yang mungkin. Semoga permohonan kami diluluskan dan
perhatian pihak tuan amat kami hargai.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,


Asmida
(ASMIDA ZULKARNAIN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Indera.
Dialog

Panduan Menulis Karangan Dialog

1. Karangan dialog merupakan karangan yang berformat.

2. Karangan dialog terdiri daripada beberapa jenis seperti:


a. wawancara
b. perbualan biasa
c. temu ramah

3. Perbualan itu biasanya melibatkan dua orang.

4. Kedua-dua pihak salin bersoal jawab.

5. Bahasa yang digunakan adalah mudah dan ringkas.

21
6. Calon perlu menulis nama orang yang bercakap di sebelah kiri dan
diletakkan tanda noktah bertindih (:)

7. Gunakan panggilan hormat yang sesuai. Contohnya:


a. pak cik
b. mak cik
c. encik
d. puan
e. saudara
f. saudari.

8. Calon perlu memerlukan karangan dialog dengan ucapan bertanya khabar.

9. Akhiri karangan dialog dengan ucapan terima kasih atau meminta diri
untuk pulang.

10. Antara contoh soalan yang dikemukakan ialah meminta calon menulis:

a. perbualan antara dua orang sahabat


b. temu ramah dengan wartawan
c. perbualan telefon
Contoh

Kamu telah ditugaskan untuk menemu ramah kawan kamu yang dianugerahkan
Anugerah Pelajar Terbaik. Tulis temu ramah itu dengan selengkapnya.

22
Rangka Karangan:

Pendahuluan:
- ucapan sejahtera-memperkenalkan diri

Isi-isi:
- ucapan tahniah
- cara-cara belajar
- dorongan ibu bapa
- bijak pengurusan masa

Penutup:
- ucapan terima kasih – semoga berjaya

Azman : Selamat sejahtera. Saya dari sidang pengarang majalah sekolah.


Bolehkah saya menemu ramah saudara?

Halim : Boleh, apa salahnya.

Azman : Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara
menerima Anugerah Pelajar Terbaik.

Halim : Terima kasih atas ucapan itu. Saya pun tidak menyangka dipilih untuk
menerima anugerah itu.

Azman : Boleh saudara ceritakan bagaimana saudara mengamalkan cara-cara


belajar yang berkesan?

Halim : Saya menumpu sepenuh perhatian semasa guru mengajar. Ini penting
agar kita dapat memahami apa yang guru ajarkan. Di samping itu,
saya selalu membuat ulang kaji sama ada di rumah atau di sekolah.

Azman : Siapakah yang paling banyak memberi dorongan kepada saudara?

Halim : Tentulah kedua-dua ibu bapa saya. Ibu bapa saya banyak memberi
dorongan dan sokongan moral kepada saya. Mereka banyak
membelikan buku-buku bacaan tambahan. Saya amat berterima kasih

23
kepada kedua-dua ibu bapa saya.

Azman : Saya dapat tahu, saudara juga amat aktif dalam bidang sukan.
Saudara pernah dipilih sebagai Tokoh Olahragawan pada tahun lepas.
Bagaimanakah saudara membahagikan masa antara pelajaran dengan
bidang sukan.

Halim : Saya membahagikan masa dengan membuat jadual. Dalam jadual itu
saya bahagikan masa untuk belajar, bersukan dan melakukan aktiviti
yang berfaedah.

Azman : Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama yang saudara berikan untuk
menjayakan temu ramah ini. Saya berharap saudara akan terus
berjaya dalam apa jua bidang yang saudara ceburi.

Halim : Terima kasih.

Ucapan

Panduan Menulis Karangan Ucapan

1 Karangan ucapan merupakan karangan berformat.

2 Mulakan karangan dengan mengucapkan ucapan terima kasih kepada


pengerusi majlis.

3 Kemudian, diikuti dengan ucapan salam kepada para hadirin mengikut


keutamaan pangkat. Contohnya dimulai dengan ucapan selamat sejahtera
kepada guru besar, guru-guru, para ibu bapa, murid-murid dan diikuti dengan
para hadirin.

4 Susun isi ucapan mengikut perenggan.

5 Gunakan bahasa yang mudah, ringkas dan tepat.

24
7 Akhiri ucapan dengan ucapan terima kasih.

8 Calon juga boleh mengakhiri ucapan dengan serangkap pantun.

9 Antara contoh soalan dalam karangan ucapan ialah meminta calon menulis:

a. ucapan sempena Hari Guru


b. ucapan sempena Hari Kanak-kanak
c. ucapan sempena majlis perpisahan
d. ucapan sempena majlis meraikan kejayaan
e. ucapan sempena berpindah ke sekolah baharu

Contoh

Kamu telah dilantik menjadi Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu yang baharu.
Kamu diminta memberi ucapan sempena pelantikan tersebut. Tulis teks ucapan
kamu selengkapnya.

25
Rangka Karangan:

Pendahuluan:
- ucapan terima kasih kepada Pengerusi Majlis – ucapan penghargaan kepada
guru dan rakan-rakan

Isi-isi:
- terharu kerana diberi kepercayaan
- merancang pelbagai aktiviti yang menarik
- mengharapkan kerjasama
- berjanji akan menjalankan tugas dengan baik

Penutup:
- ucapan terima kasih

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis, Guru-guru Penasihat Persatuan Bahasa


Malaysia serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas pelantikan saya sebagai
Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu yang baharu. Saya berasa sungguh terharu
atas kepercayaan melantik saya sebagai Pengerusi yang baru. Tugas yang diberikan
kepada saya ini merupakan satu amanah. Saya harus menjalankan amanah ini dengan
sebaik-baiknya.

Hadirin yang dimuliakan,


Saya berjanji akan menjalankan beberapa aktiviti yang menarik demi menaikkan
nama persatuan. Aktiviti yang akan diadakan akan dirancangn dengan teliti.
Sekiranya semua aktiviti yang dirancang mendapat kelulusan pihak sekolah, saya
dan ahli-ahli jawatankuasa akan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

Dalam menjayakan semua aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini, kerjasama
semua ahli persatuan amatlah diharapkan. Kerjasama yang diberikan membolehkan
aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

26
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya berjanji akan menjalankan tugas sebagai
Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia dengan baik. Saya akan berusaha untuk
menaikkan nama persatuan sama ada di peringkat sekolah atau peringkat luar
sekolah. Sekian terima kasih.

Catatan

Panduan Menulis Karangan Catatan

1. Karangan catatan merupakan sebuah karangan berformat.

2 Calon perlu menghasilkan sebuah karangan dalam bentuk catatan.

3. Antara jenis karangan catatan adalah seperti berikut:


a. catatan harian
b. catatan mingguan
c. catatan bulanan

4 Sekiranya menulis karangan catatan harian hari, tarikh dan masa perlu
ditulis.

5 Sekiranya menulis karangan catatan mingguan hanya menulis hari dan tarikh.
Masa tidak perlu ditulis.

6 Antara contoh soalan karangan catatan ialah meminta calon menulis:

a. catatan harian semasa cuti sekolah


b. catatan aktiviti gotong-royong
c. catatan aktiviti perkhemahan
d. catatan Hari Sukan
e. catatan Hari Kantin

27
Contoh

Pada cuti sekolah yang lalu, kamu sekeluarga telah pulang ke kampung. Tulis
catatan sepanjang kamu bercuti di kampung.

Rangka Karangan:

Pendahuluan:
- bertolak ke kampung – menaiki kereta

Isi-isi:
- tiba di kampung – bersalaman dengan datuk dan nenek
- mengikut datuk ke dusun buah-buahan
- mandi di sungai
- mendengar cerita nenek

Penutup:
- sedih – berangkat pulang

Sabtu, 14 Mac 20…..

Aku berasa gembira kerana akan pulang bercuti di kampung. Aku menolong ayah
memasukkan barang-barang ke dalam bonet kereta. Adikku turut berasa gembira
kerana sudah lama tidak pulang ke kampung. Perjalanan pulang ke kampong
memakan masa lima kurang lima. Walaupun letih kami berasa gembira kerana tiba
dengan selamat. Aku bersalaman dengan datuk dan nenek.

Ahad, 15 Mac 20…..

Aku mengikut datuk ke dusun buah-buahan. Datuk mengait buah rambutan. Aku
memasukkan buah rambutan ke dalam bakul. Buah rambutan di dusun datuk sangat
lekang dan manis. Aku makan sepuas hati.

Isnin, 16 Mac 20…..

28
Aku meminta kebenaran ayah untuk mandi di sungai. Aku bersama beberapa orang
budak kampung main di sungai. Air sungai itu tidak dalam. Airnya jernih dan sejuk
sekali. Ada kanak-kanak yang sebayaku sudi untuk mengajarku berenang. Aku
mendapat pengalaman yang sungguh menyeronokkan.

Selasa, 17 Mac 20…..

Setiap kali pulang ke kampung, aku tidak lepas peluang untuk menyuruh nenek
bercerita. Nenek memang pandai bercerita dan mengetahui banyak cerita-cerita
rakyat. Nenek telah bercerita tentang kisah Si Tanggang. Kisahnya sungguh
menyayat hati. Ianya mengisahkan tentang seorang anak yang menderhaka kepada
ibunya sendiri.

Rabu, 18 Mac 20…..

Aku berasa sedih kerana akan bertolak pulang. Aku mengemaskan barang-barang
dan memasukkan ke dalam bonet kereta. Sebelum pulang aku bersalaman dengan
datuk dan nenek. Kami bertolak pulang pada waktu pagi dan sampai pada pukul 3.00
petang.

Laporan

Panduan Menulis Karangan Laporan

1 Laporan merupakan karangan berformat.

2 Karangan laporan adalah berkaitan dengan laporan sesuatu peristiwa atau


aktiviti kelab/persatuan.

3 Mulakan karangan laporan dengan menulis tajuk laporan.

4 Isi-isi laporan disusun mengikut perenggan.

5 Tarikh laporan ditulis hendaklah ditulis di bahagian kanan.

29
6 Akhiri laporan dengan tandatangan pelapor, nama penuh pelapor, jawatan
pelapor, nama sekolah atau kelab/persatuan.

7 Contoh soalan karangan laporan ialah seperti berikut:

a. Tulis laporan berdasarkan aktiviti sukaneka


b. Tulis laporan tentang Hari Sukan
c. Tulis laporan tentang Hari Kantin
d. Tulis laporan tentang aktiviti perkhemahan

Contoh

Baru-baru ini kamu telah mengikuti lawatan ke Rumah Kebajikan Orang-orang


Tua. Tulis laporan mengenai lawatan tersebut.

Rangka Karangan:

Pendahuluan:
- hari dan tarikh lawatan diadakan

Isi-isi:
- tujuan lawatan diadakan
- aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Rumah Kebajikan Orang-orang Tua
- jamuan perpisahan
- pemberian cenderahati

Penutup:
- berangkat pulang – pengajaran daripada lawatan tersebut

Laporan Lawatan ke Rumah Kebajikan

30
Orang-orang Tua

Pada hari Sabtu, 9 Mei 20___ yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah
Kebangsaan Taman Semarak telah mengadakan lawatan ke Rumah Orang-orang Tua
di Nilai, Seremban. Lawatan itu disertai oleh lima orang guru dan empat puluh lima
orang murid.
Kami bertolak ke sana dengan menaiki bas. Kami tiba di sana kira-kira pada pukul
9.00 pagi. Kedatangan kami disambut oleh pengawai yang bertugas di rumah
kebajikan tersebut.
Kami dibawa melawat di dalam rumah kebajikan tersebut. Antara tempat yang
kami lawatan ialah ruang menonton televisyen, bilik tidur, ruang makan, ruang
bacaan dan tempat beriadah.
Kami diberi peluang untuk berkenalan dengan penghuni Rumah Kebajikan Orang-
orang Tua. Kami melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama mereka. Antaranya
menyanyi, menari, membaca buku, bercerita dan sebagainya. Perasaan gembira
tergambar di raut wajah mereka yang dimamah usia.
Sebelum pulang, kami disajikan dengan satu jamuan ringan. Kami turut memberi
cenderahati berupa selimut, buku-buku dan makanan ringan.
Mereka berasa sungguh gembira dan berterima kasih atas pemberian cenderahati
itu.
Kami tiba di sekolah kira-kira pada pukul 5.30 petang. Lawatan itu sungguh
bermakna dalam dalam hidup kami. Kami sedar bahawa betapa pentingnya menjaga
ibu bapa yang sudah tua kerana mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian
daripada anak-anak.

Laporan disediakan oleh, 12 MEI 20____.


Marzifah
(MARZIFAH BINTI ISMAIL)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Semarak.

31
Tindakan

Panduan Menulis Karangan Tindakan

7. Karangan tindakan merupakan karangan tidak berformat.

8. Karangan tindakan memerlukan calon menyatakan tindakan-tindakan yang


dilakukan berdasarkan situasi yang dinyatakan.

9. Tindakan-tindakan yang dinyatakan mestilah munasabah dan sesuai dengan


keadaan yang digambarkan.

10. Gunakan bahasa yang mudah, ringkas dan tepat.

11. Karangan yang ditulis mestilah dalam bentuk cerita.

12. Isi-isi karangan mestilah disusun mengikut perenggan.

Contoh

Kamu mengunjungi pameran buku yang diadakan di sebuah dewan. Ketika kamu
sedang asyik memilih buku, kamu terlihat seorang kanak-kanak perempuan
sedang menangis. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan untuk
menemukan kanak-kanak perempuan itu dengan kedua-dua ibu bapanya.

Rangka Karangan:

Pendahuluan:
- mengunjungi pameran buku yang diadakan di sebuah dewan – ingin membeli
buku rujukan

Isi-isi:
- terlihat seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis
- memujuknya – bertanyakan sebab dia menangis
- membawanya ke kaunter pertanyaan
- pengumuman dibuat – kanak-kanak yang mencari ibu bapanya
Penutup:

32
- ibu bapa kanak-kanak itu gembira dapat bertemu semula dengan anak mereka

Aku menaiki bas ke bandar untuk mengunjungi pameran buku yang diadakan di
sebuah dewan. Aku berhasrat membeli buku-buku rujukan sebagai persiapan untuk
menghadapi peperiksaan UPSR.

Dewan itu dipenuhi dengan orang ramai. Terdapat banyak gerai yang pelbagai jenis
buku. Aku bergerak dari satu gerai ke satu gerai. Tiba-tiba aku terlihat seorang
kanak-kanak perempuan sedang menangis. Aku menghampiri kanak-kanak
perempuan itu. Kanak-kanak yang dalam lingkungan umur enam tahun itu menangis
teresak-esak.

Aku memujuk kanak-kanak itu supaya berhenti menangis. Aku menanya sebabsebab
mengapa dia menangis. Namun, dia tidak memberi apa-apa jawapan. Sebaliknya
terus menangis sambil memandang ke kiri dan kanan.

Aku pasti bahawa kanak-kanak itu kehilangan ibu bapa yang turut berada di dewan
itu. Aku membawa kanak-kanak itu ke kaunter pertanyaan. Aku ingin kerani di
kaunter pertanyaan itu membuat pengumuman tentang ibu bapa kanak-kanak
perempuan itu.

Kerani yang bertugas di kaunter pertanyaan itu segera membuat pengumuman


dengan menggunakan pembesar suara. Dia memberitahu tentang kanak-kanak
perempuan yang kehilangan ibu bapanya. Kerani itu meminta ibu bapa yang
kehilangan anak agar segera ke kaunter pertanyaan.
Tidak lama kemudian, ibu bapa kanak-kanak perempuan bergegas ke kaunter
pertanyaan. Mereka memeluk kanak-kanak perempuan itu dengan lega bercampur
gembira. Ibu bapa kanak-kanak perempuan itu mengucapkan terima kasih kepadaku
kerana telah menolong menemukan anak mereka.
Karangan Peribahasa

Panduan Menulis Karangan Peribahasa

1 Karangan peribahasa merupakan karangan yang tidak berformat.

2 Calon perlu benar-benar memahami maksud peribahasa sebelum menulis


karangan peribahasa.

33
3 Calon boleh karangan peribahasa dalam bentuk rencana dengan menghuraikan
maksud peribahasa berserta dengan contoh-contoh yang sesuai.

4 Karangan peribahasa ini juga boleh dihasilkan dalam bentuk cerita. Cerita
yang ditulis mestilah sesuai dengan maksud peribahasa.

5 Bahasa yang digunakan mestilah mudah, ringkas, padat dan tepat.

Contoh
Tulis sebuah karangan tentang peribahasa “Seperti kacang lupakan kulit”.

Rangka Karangan:

Pendahuluan:
- Asmadi anak yatim piatu

Isi-isi:
- dipelihara oleh Encik Jalal dan Puan Gayah sebagai anak angkat
- dijaga dengan penuh kasih sayang
- melanjutkan pelajaran di luar negera
- bekerja – lupa pada ibu dan ayah angkat

Penutup:
- sikapnya seperti kacang lupakan kulit

Asmadi anak yatim piatu. Kedua-dua ibu bapa meninggal dunia akibat terbabit
dalam suatu kemalangan jalan raya. Asmadi telah dihantar ke Rumah Kebajikan
Anak-anak Yatim.

Encik Jalal dan Puan Gayah sudah lama mendirikan rumah tangga. Namun, mereka
tidak mempunyai cahaya mata. Encik Jalal dan isterinya telah ke Rumah Kebajikan
Anak-anak Yatim. Mereka telah mengambil Asmadi sebagai anak angkat.

34
Asmadi dipelihara dengan penuh kasih sayang. Dipelihara seperti menatang minyak
yang penuh. Segala kemahuan Asmadi dituruti. Asmadi berasa bahagia dengan
perhatian yang diberikan oleh kedua-dua ibu bapa angkatnya.

Masa terus berlalu. Asmadi telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Semua perbelanjaan ditanggung oleh kedua-dua ibu bapa angkatnya. Asmadi
memang seorang penuntut yang pintar. Dia berjaya menamatkan pengajian dengan
mendapat keputusan yang cemerlang.

Setelah menamatkan pengajiannya, Asmadi pulang ke tanah air. Dia telah


diterima bekerja di sebuah syarikat terkenal di ibu kota. Asmadi mula melupai
kedua-dua ibu bapa angkatnya. Dia jarang menghubungi mereka untuk bertanya
khabar berita.

Encik Jalal dan Puan Gayah amat merindui Asmadi. Mereka tidak dapat
menghubungi kerana Asmadi sering sibuk dengan urusan kerjanya. Asmadi telah
melupai jasa kedua-dua ibu bapa angkatnya. Sikapnya seperti kacang lupakan kulit.

Karangan Syarahan

Panduan Menulis Karangan Syarahan

1 Karangan syarahan merupakan karangan berformat.

2 Mulakan karangan syarahan dengan kata-kata aluan iaitu dengan


mengucapkan ucapan terima kasih kepada pengerusi majlis, tetamu
terhormat serta para hadirin yang ada dalam majlis syarahan.

3 Tajuk syarahan perlu dinyatakan dan dihuraikan secara ringkas.

4 Susun isi-isi syarahan mengikut perenggan.

5 Gunakan bahasa yang mudah, ringkas, padat dan tepat.

6 Calon perlu mengemukakan contoh-contoh yang sesuai untuk menguatkan isi


syarahan.

35
Contoh

Kamu dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan antara kelas. Tajuk


syarahan itu ialah “Punca-punca Kemerosotan Disiplin Murid Sekolah “. Tulis
syarahan tersebut.

Rangka Karangan:

Pendahuluan:
- kata-kata aluan

Isi-isi:
- pengaruh rakan sebaya
- pengaruh media massa
- kurang perhatian daripada ibu bapa
- kurang didikan agama

Penutup:
- semua pihak perlu memainkan peranan

Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, barisan pihak hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Pada pagi yang ceria ini, saya
akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Punca-punca Kemerosotan
Disiplin Murid Sekolah “.

Hadirin yang dihormati,


Masalah disiplin yang ditimbulkan adalah seperti gejala ponteng sekolah,
menghisap rokok, membuli, peras ugut dan sebagainya. Antara punca utama
berlakunya masalah disiplin ialah pengaruh daripada rakan sebaya. Ini kerana
golongan pelajar suka bergaul dalam berkumpulan.

Pengaruh media massa seperti rancangan televisyen dan majalah turut


memburukkan masalah disiplin murid-murid sekolah. Rancangan televisyen

36
umpamanya banyak menyiarkan rancangan dari negara barat yang banyak
memaparkan adegan jenayah.

Ibu bapa pada masa kini semakin kurang memberi perhatian kepada anak-anak
mereka. Kesibukan bekerja untuk membina kehidupan yang baik menyebabkan ibu
bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.

Kurang didikan agama juga menjadi punca berlakunya masalah disiplin muridmurid.
Jika mereka mendapat didikan agama yang secukupnya mereka tidak akan
melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, saya berharap semua pihak memainkan
peranan penting agar masalah disiplin murid-murid sekolah tidak semakin buruk.
Sekian, terima kasih.

LATIHAN 1

SOALAN:
Ceritakan suasana kejohanan sukan tahunan di sekolah kamu.

LATIHAN 2

SOALAN:
Masa ibarat emas.
Tulis sebuah karangan tentang cara-cara mengisi masa lapang
dengan aktiviti berfaedah.

37
LATIHAN 3

SOALAN:
Akhiri cerita kamu dengan perenggan di bawah.
Peristiwa itu benar-benar memberi pengajaran kepadaku. Aku
berasa insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu
lagi.

LATIHAN 4

SOALAN:
Baru-baru kamu mengikuti aktiviti perkhemahan yang dianjurkan
oleh pihak sekolah. Ceritakan tentang aktiviti perkhemahan
tersebut.

LATIHAN 5

SOALAN:
Tulis sebuah karangan autobiografi yang bertajuk “Aku Sebuah
Komputer Riba”.
LATIHAN 6

SOALAN:
Kamu dan beberapa orang rakan kamu sedang bermain bola di
padang. Tiba-tiba, salah seorang rakan kamu mengerang kesakitan.
Ceritakan tindakan yang kamu dan rakan-rakan kamu lakukan.

38
LATIHAN 7

SOALAN:
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa di atas.

_ LATIHAN 8

SOALAN:
Andaikan kamu sebagai seorang wartawan. Kamu diminta menulis
berita tentang majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak
yatim.
Tulis berita tentang majlis tersebut.

LATIHAN 9

SOALAN:
Baru-baru ini, sekolah kamu tentang mengadakan sambutan Hari
Kanak-kanak. Tulis catatan tentang sambutan tersebut.

LATIHAN 10

SOALAN:
Tulis sebuah laporang tentang Minggu Bahasa Melayu yang diadakan
di sekolah kamu.

LATIHAN 11
SOALAN:
Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu diminta menulis
surat kepada guru besar untuk memohon kebenaran menggunakan
dewan. Tulis surat permohonan tersebut
39
LATIHAN 12

SOALAN:

Sahabat kamu menulis surat kepada kamu untuk bertanyakan


tentang persiapan kamu menghadapi peperiksaan UPSR. Tulis surat
balasan kepada sahabat kamu itu.

LATIHAN 13
SOALAN:
Kamu dan rakan kamu berbual-bual tentang kes kemalangan jalan
raya yang semakin bertambah.
Tulis perbualan antara kamu dengan rakan kamu itu.

LATIHAN 14
SOALAN:
Kamu diminta berucap dalam majlis pelantikan kamu sebagai Ketua
Pengawas.
Tulis teks ucapan kamu selengkapnya.

LATIHANN 15
SOALAN:
Kamu dipilih untuk menyertai satu pertandingan syarahan. Tajuk
syarahan itu ialah “Kebaikan Aktiviti Kokurikulum di Sekolah”.
Tulis teks syarahan tersebut

40
JAWAPAN
LATIHAN 1

Pendahuluan:
- Tarikh dan masa kejohanan sukan diadakan – semua guru dan murid berkumpul di padang
sekolah

Isi-isi:
- Perbarisan lintas pasukan unit beruniform dan rumah-rumah sukan
- Guru besar menyampaikan ucapan dan merasmikan kejohanan
- Acara lumba lari bermula – semua peserta bersedia di garisan permulaan
- Penyampaian hadiah kepada para pemenang

Penutup:
- Kejohanan sukan berakhir – murid-murid mengutip sampah sebelum bersurai

LATIHAN 2

Pendahuluan:
- Masa sangat berharga – masa diibaratkan seperti emas

Isi-isi:
- Membuat ulang kaji pelajaran yang sudah dipelajari di sekolah
- Melayari Internet untuk mencari maklumat tentang sesuatu topik
- Membersihkan ruang di dalam rumah atau di luar rumah
- Bersenam atau bersukan untuk menyihatkan badan

Penutup:
- Masa lapang patut diisikan dengan aktiviti yang berfaedah – jangan membazir masa

LATIHAN 3

41
Pendahuluan:
- Cuti sekolah sudah bermula – mempunyai banyak masa terluang

Isi-isi:
- Berkumpul dengan rakan-rakan sebaya untuk bermain
- Mengadakan satu perlumbaan menunggang basikal
- Mengayuh dengan laju – dilanggar oleh sebuah motosikal
- Dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan di bahagian kaki

Penutup:
- Peristiwa itu memberi pengajaran – berasa insaf dan tidak mahu mengulanginya lagi

LATIHAN 4

Pendahuluan:
- Tarikh, hari dan tempat aktiviti perkhemahan diadakan

Isi-isi:
- Bertolak ke tempat perkhemahan dengan menaiki bas
- Tiba di tempat perkhemahan – memasang khemah mengikut kumpulan masingmasing
- Mendaki anak bukit – mengharungi anak sungai – berkawad
- Persembahan berkumpulan pada malam akhir perkhemahan

Penutup:
- Bertolak pulang ke sekolah – berasa penat tetapi gembira kerana mendapat banyak pengalaman
baharu

LATIHAN 5

Pendahuluan:
- Bahan-bahan yang menghasilkan aku – nama yang diberikan

Isi-isi:
- Dimasukkan ke dalam van untuk dihantar ke pusat Bandar
- Dipamerkan di dalam almari kaca – ramai melihat dan memujiku

42
- Dibeli oleh seorang lelaki untuk dihadiahkan kepada anaknya
- Mengalami kerosakan akibat terjatuh semasa pulang dari perpustakaan

Penutup:
- Aku tidak dapat digunakan lagi – tuanku membeli rakanku untuk menggantikan aku

LATIHAN 6

Pendahuluan:
- Bermain bola di padang berdekatan dengan rumah

Isi-isi:
- Tiba-tiba terdengar rakan mengerang kesakitan
- Rupa-rupanya rakanku terpijak kaca yang terdapat di tengah padang
- Segera menahan sebuah kereta untuk membawanya ke klinik
- Rakanku dirawat di klinik – mujurlah kecederaannya tidak teruk

Penutup:
- Bertolak pulang ke rumah – marah dengan sikap orang yang membuang sampah seperti botol di
merata-rata

LATIHAN 7

Pendahuluan:
- Amin seorang budak nakal – suka bergaul dengan rakan-rakan yang sebayanya

Isi-isi:
- Melakukan kecurian di rumah yang kosong – apabila tuan rumah pulang ke kampung

43
- Penduduk taman perumahan mengadakan rondaan pada waktu malam
- Akhirnya, Amin dan rakan-rakannya berjaya ditangkap oleh penduduk taman perumahan
-
Penutup:
- Sepandai-pandai Amin melalukan perbuatan mencuri – akhirnya berjaya ditangkap juga

LATIHAN 8

Pendahuluan:
- Tempat dan tarikh majlis sumbangan kepada anak-anak yatim dilakukan

Isi-isi:
- Wakil Rakyat menyampaikan ucapan di atas pentas
- Penerima sumbangan naik ke atas pentas untuk menerima sumbangam
- Wakil Rakyat dan penerima sumbangan bergambar beramai-ramai
- Jamuan makan tengah hari diadakan – pelbagai juadah yang enak disajikan

Penutup:
- Seorang penerima sumbangan berasa bersyukur atas sumbangan yang diterima

LATIHAN 9

Pendahuluan:
- Tarikh dan masa sambutan Hari Kanak-kanak diadakan

Isi-isi:
- Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah
- Guru besar menyampaikan ucapan di atas pentas
- Persembahan kior, pertandingan pakaian beragam dan persembahan tarian tradisional

Penutup:
- Penyampaian hadiah dan Anugerah Tokoh Kanak-kanak

LATIHAN 10

44
Pendahuluan:
- Tarikh dan hari Minggu Bahasa Melayu diadakan

Isi-isi:
- Semua guru dan murid berkumpul di dewan untuk majlis perasmian
- Guru besar menyampaikan ucapan dan merasmikan Minggu Bahasa Melayu
- Acara gimik pelancaran – persembahan kior
- Pelbagai aktiviti diadakan sempena Minggu Bahasa Melayu – pertandingan bercerita, berpidato
dan mendeklamasikan sajak

Penutup:
- Majlis penutupan Minggu Bahasa Melayu dan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang

LATIHAN 11

Pendahuluan:
- Alamat pengirim dan penerima – tarikh

Isi-isi:
- Menyatakan tujuan surat ditulis – memohon menggunakan dewan
- Tarikh, hari dan masa hendak menggunakan dewan
- Tujuan menggunakan dewan – mengadakan pertandingan bercerita
- Berharap permohonan diluluskan – berjanji akan menjaga kebersihan dewan

Penutup:
- Tanda tangan, nama penuh dan jawatan penulis surat

LATIHAN 12

Pendahuluan:
- Alamat pengirim dan penerima – tarikh

Isi-isi:
- Mengucapkan salam dan terima kasih atas surat yang diterima

45
- Membuat ulang kaji di rumah dan perpustakaan
- Melayari Internet untuk mencari maklumat tambahan
- Mengadakan kumpulan belajar dengan rakan-rakan sekelas

Penutup:
- Mengirim salam kepada keluarga sahabat – berharap dapat berjumpa suatu hari nanti

LATIHAN 13

Pendahuluan:
- Bertanya khabar dengan rakan

Isi-isi:
- Memberitahu tentang satu kemalangan yang baru berlaku
- Banyak kemalangan berpunca daripada kelalaian pemandu
- Pemandu tidak mematuhi peraturan dan memandu secara merbahaya - Peraturan yang ketat
dan denda yang lebih tegas perlu dilakukan

Penutup:
- Minta diri untuk pulang ke rumah

LATIHAN 14

Pendahuluan:
- Ucapan alu-aluan – mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis

Isi-isi:
- Berasa terkejut dengan pelantikan – terharu dengan pelantikan tersebut
- Berjanji akan menjalankan tugas dengan baik
- Berharap semua pengawas memberi kerjasama untuk menjalankan tugas - Berharap tahap
disiplin murid-murid menjadi semakin baik

Penutup:
- Ucapan terima kasih

LATIHAN 15

Pendahuluan:
- Ucapan alu-aluan – ucapan terima kasih kepada pengerusi majis

46
Isi-isi:
- Mengisi masa dengan aktiviti berfaedah
- Membentuk disiplin diri agar menjadi lebih baik
- Memupuk cirri-ciri kepimpinan dalam diri
- Memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan

Penutup:
- Berharap ibu bapa memberi sokongan kepada anak-anak mereka – ucapan terima kasih

47

Anda mungkin juga menyukai