Anda di halaman 1dari 5

SOALAN (5 DISEMBER 2020) SABTU

Kelas 1: Berniaga - Berkatkah Rezekiku

Presenter: Puan Adilah.

1. Nyatakan ' BIG WHY ' anda dalam berniaga.

MY THREE BIG WHY


a) Memperbaiki serta meningkatkan kesihatan/kebahagiaan diri,
keluarga dan orang sekeliling dengan Young Living
b) Menjana/menambah pendapatan tambahan untuk keluarga dan
akhirnya membawa mentua mengerjakan Haji dgn packej terbaik.
(Free Financial)
c) Memperbanyakkan infaq melalui pendapatan perniagaan supaya
lebih berokah.

2. Mengapakah perniagaan YL menjadi pilihan anda?

- Kerana yakin dengan syarikat dan produk yang telah menjadi pelopor
dalam bidang minyak pati selama 25 tahun di pasaran dunia.

- Merasakan masih banyak peluang perniagaan yang boleh diterokai (masih


ramai rakyat Malaysia yang belum kenal YL berbanding produk USA lain
seperti AMWAY, MARY KAY SERTA FOREVER LIVING dan lain-lain)

- Kerana mendapati perniagaan YL menyediakan pelbagai insentif dan


ganjaran yang sangat menarik untuk semua ahli contoh terkini, perniagaan
YL boleh diwarisi.

-Meneroka satu bidang perniagaan yang baru dan sangat saya minati kerana
mempunyai masalah kesihatan dan berniat untuk berkongsi dengan ramai
orang yang belum mengenal dan mengetahui tentang YL, bahawa kita semua
ada pilihan alternative untuk memperbaiki atau
mempertingkatkan/menyelesaikan masalah kesihatan dengan menggunakan
essentials oil YL.
3. Apakah yang anda faham tentang rezeki yang berkah?
Rezeki yang berkah bermaksud ianya walaupun sedikit tetapi
mencukupi. Selain itu rezeki bukan sahaja berbentuk kewangan, atau
ganjaran, rezeki juga termasuklah mempunyai masa, kebahgiaan
keluarga, anak-anak yang cemerlang, taat dan lain-lain lagi.

4. Senaraikan 10 cara menjemput rezeki yang diterangkan dalam kelas


Berniaga- Berkatkah rezekiku.

A . Bersyukur
B . Bertaqwa
C . Ihsan
D. Amal soleh
E. Tawakal
F. Istighfar
G. Berusaha
H. Menjaga silaturahim
I. Haji dan umrah
J. Menetap di Makkah dan Madinah

5. Senaraikan contoh2 rezeki yang diterangkan.

■) Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang-
kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petandanya
sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam
kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat
duit, duit tu rasa sekejap saja habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh
cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.

■ ) Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia
boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca
permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada
akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta
halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup.

■ ) Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal
ibadah yang lain, maka boleh lah dikata kan yang rezeki yang kita peroleh itu
diberkati. Rezeki yang di perolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji.
Boleh jadi kenapa sebahagian daripada kita susah sangat nak solat sebab
rezeki kita tak diberkati.

■ ) Lagi satu lagi kesan positif bila rezeki kita diberkati ialah bila orang
sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara
seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang
lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepada orang lain dan tidak
menyusahkan.

■ ) Seterusnya ialah apabila anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Sebab


itu pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita
guna buat beli makanan dan barang-barang untuk anak-anak sebenarnya ada
kesannya.

■ ) Kalau rumah kita orang rajin ziarah, itu maknanya rezeki kita ada
keberkatan. Kedatangan tetamu sebenar nya membawa rezeki dan
keberkatan di dalam rumah tangga kita.

■ ) Dan yang terakhir sekali bila doa kita senang termakbul. Sebab Nabi SAW
pernah bersabda doa yang tak dimakbul kan antara sebabnya adalah kerana
makan dari rezeki yang haram.

Maka itulah petanda rezeki orang yang mempunyai keberkatan. Tapi kita
sering terlupa yang rezeki di ada bermacam jenis, bukan sekadar tertumpu
pada harta semata.

Dalam apa pun yang kita dapat di dunia ini, semua tu tak lain tak bukan
adalah rezeki dari Allah SWT kurniakan. seperti yang terdapat didalam ayat
al-Quran, surah At-Talaq ayat 2-3:

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Maka Allah akan menunjukkan


kepadanya jalan keluar dari kesusahan. dan diberikanNya rezeki dari jalan
yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah mencukupkan keperluannya”

Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan


kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan
dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat
adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara
menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma
dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat
dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan
dan menghinakan.

Selalunya manusia itu apabila berkaitan dengan berkah (berkat, barakah)


menjuruskan kepada rezeki dan menilai disegi banyaknya keuntungan yang
diperolehi. Sebaliknya mereka beranggapan tiada keberkatan daripada Allah
SWT apabila rezeki yang mendatang itu sedikit sedangkan usaha yang
dikeluarkan cukup banyak dan berlipat ganda, namun kepada kedua
kedudukan tersebut manusia selalu terlupa dan tidak mahu bersyukur
kepada Allah.

Kehidupan yang berkat itu sebenarnya akan sentiasa mencukupkan dan


kecukupan itu membolehkan keberkatan didalam kehidupan. Apabila
mempersoalkan amaun banyak atau sedikit, bererti manusia itu tidak pernah
puas sehinggakan tidak tahu mereka bersyukur, maka tiadalah keberkatan
dari Allah didalam kehidupan.

6. Apakah tanda rezeki yang berkat?

Kesimpulannya tanda rezeki yang berkah adalah mempunyai ciri-ciri


berikut :

a. Kecukupan
b. Bahgia
c. Dipermudahkan
d. Disenangi
e. Cemerlang
f. Sering diziarahi
g. Doa yang makbul
7. Kongsikan 5 cara menjemput rezeki dalam perniagaan YL yang anda lihat
mampu menjadikan YL sebagai satu platform perniagaan yang baik.

5 cara :
1. Membayar zakat dari hasil komisyen yang diberikan oleh YL
2. Memperbanyakkan infaq menggunakan hasil YL
3. Membantu org lain sihat dengan berkongsi cara penggunaan minyak
pati YL serta barangan/ produk kesihatan selain menjana income
tambahan secara tidak langsung.
4. Sentiasa berkongsi dan educate downline berkenaan info dan yl serta
berkongsi dengan mereka jika mendapat
5. Membuat Program CSR seperti Bersamamu (sebagai contoh) bagi
menerapkan elemen baik dalam perniagaan yl seperti bersyukur,
menghargai, ikhlas dan sentiasa berkongsi.

Anda mungkin juga menyukai