Anda di halaman 1dari 12

FORMAT: LAPORAN KAJIAN TINDAKAN (CONTOH)

MENINGKATKAN PENGUASAAN/PENGURUSAN/
KEMAHIRAN MEMBUAT SIFIR
DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK KOTAK AJAIB DALAM KALANGAN MURID 4
BETA

OLEH

KHAIRY ASHRAF BIN KAMARUDIN


Sk Sungai Buaya
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah menghafal sifir 1-9 yang dihadapi oleh murid kelas 4 Beta dalam
subtopik darab tahun 4. Seramai 12 orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan
murid – murid kurang mahir dalam sifir 2-9. Kesukaran mengingat sifir menyebabkan murid – murid mengambil
masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan pendaraban. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik
untuk meningkatkan kemahiran sifir ini dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 4 minggu iaitu setiap kali
waktu matematik dari hari isnin hingga jumaat selama 10 minit bagi setiap sesi. Keputusan pascaujian telah
menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan dari pemerhatian dan sesi temu bual pula menunjukkan murid
lebih berminat untuk mempelajari tajuk darab. Semua murid kumpulan sasar saya dapat menjawab semua soalan
dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan
pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam kemahiran sifir 1 - 9.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/ ISU LALU

Murid tahun 4 Beta terdiri daripada 2 tahap kebolehan dan kemampuan murid-muridnya.

Terdapat 12 orang murid di dalam kelas tersebut yang memerlukan perhatian daripada saya

sebagai guru mata pelajaran Matematik mereka. Mereka ini agak kurang motivasi untuk belajar

kerana tidak minat dengan mata pelajaran Matematik. Tetapi saya melihat mereka ini ada potensi

untuk maju dalam pelajaran Matematik.

Semasa murid – murid ini mempelajari topik awal iaitu Nombor Bulat, seperti Tambah dan

Tolak, proses pembelajaran mereka sangat memberangsangkan. Begitu juga dengan keputusan

ujian sumatif yang memuaskan. Namun demikian, setelah masuk ke tajuk Darab, momentum

murid-murid ini semakin perlahan. Mereka gagal menguasai kemahiran operasi darab yang

1
diajar. Keputusan ujian pra amat mendukacitakan. Dua belas orang murid (41.38%) mendapat

markah di bawah 40%.

Kaedah petak 100 juga tidak menarik minat mereka dengan alasan banyak yang hendak ditulis.

Saya merasakan situasi ini perlu diperbetulkan secepat mungkin supaya tidak mendatangkan

masalah kepada murid-murid ini untuk meneruskan pembelajaran di dalam topik lain yang

melibatkan operasi darab.

Maklum balas yang diberikan oleh murid dan guru serta keazaman untuk

mencapai kelulusan 100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Saya telah menganalisis soalan-soalan tahun lepas dari Ujian Akhir Sesi

Akademik(UASA) dan mendapati bahawa sejumlah 60% murid gagal dan dari jumlah itu

seramai 17 orang murid yang gagal dalam ujian tersebut. Jika murid dapat menguasai

subtopik Darab peluang untuk mereka lulus adalah lebih tinggi. Masalah utama yang

dihadapi oleh murid dalam subtopik Darab ini ialah mengingati sifir. Mereka gagal

menjawab soalan kerana soalan yang ditanya tidak berjawab atau jawapan salah.

Saya yakin jika saya dapat mempelbagai dan meningkatkan kaedah PdP, sikap

negatif dan pencapaian murid kelas 4 Beta akan dapat diperbaiki.

2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

Tujuan kajian ini adalah adalah untuk meningkatkan kemahiran sifir 1-9 kepada murid 4 Beta

menggunakan teknik Kotak Ajaib. Di harapkan dengan teknik Kotak Ajaib murid-murid mampu

menyelesaikan soalan darab dengan cepat dan tepat.

3.2 Objektif Khusus (Jika boleh diukur adalah lebih baik)

a) Peratus murid lulus meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 10% berbanding


Peperiksaan(Pentaksiran/Penilaian) Pertengahan Tahun
b) Guru dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian sebanyak 30% berbanding
praujian .
c) Peningkatan minat murid sekurang-kurangnya sebanyak 20% dalam soal selidik yang
diedarkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN:

Murid yang terlibat adalah murid – murid lemah matematik dari kelas 4 Beta. Kelas ini terdiri

daripada 29 orang murid yang mana kategorinya sederhana dan lemah.

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 12 orang murid yang didapati gagal dalam ujian pra

sebelum ini. Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid yang lemah dalam

matapelajaran matematik.

3
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN AWAL MASALAH

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan

pemerhatian, praujian dan soal selidik.

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa

proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas

kajian. Sebelum kajian dijalankan murid kurang minat dalam matapelajaran

matematik. Sebagaimana kebiasaannya, murid perempuan yang lebih

bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya murid lelaki kurang

bersungguh dan kurang mengambil bahagian di dalam aktiviti PdP yang

dijalankan.

Saya juga membuat semakan buku latihan murid untuk mengenalpasti

tahap penguasaan murid – murid kelas 4 Beta ini.

5.1.2 Praujian

Praujian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh

mana kefahaman konsep mengenai darab dari sifir 2-9. Item praujian

merupakan item yang di sediakan khusus untuk mengenalpasti murid yang

hafal sifir atau tidak. Selepas saya menyemak jawapan murid, saya tidak

4
memulangkan kertas jawapan dan tidak juga membincangkan jawapannya.

Sebaliknya saya telah memperkenalkan Teknik Kotak Ajaib.

5.1.3 Soal selidik

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid

untuk mendapatkan maklum balas murid berkaitan dengan mata pelajaran

Matematik, kemahiran operasi darab dan sifir untuk mengetahui

keberkesanan sebelum dan selepas teknik ini diperkenalkan .

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH.

5.2.1 Analisis pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan

sasaran didapati :

a. Murid kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru

secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang perlahan dan tidak

menjawab soalan dengan tepat apabila guru menyoal.

b. Buku latihan mereka juga memberi gambaran yang mereka tidak dapat

menjawab soalan yang diberi dengan betul.

5.2.2 Analisis Praujian

Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan konsep berkaitan menjawab

soalan sifir ini menujukkan hanya sebilangan kecil murid menguasai sifir 1-9. Keputusan

praujian membuktikan segala yang disangka. Berikut ialah pencapaian yang diperolehi.

5
PENCAPAIAN MURID
GRED MARKAH Bil %
A 80 – 100 4 33
B 0-79 8 67
LULUS 4 33
GAGAL 8 67

Jadual 1: Pencapain Murid Dalam Ujian Pra

Carta 1: Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra

Dapatan dari Jadual 1 di paparkan dalam Carta dan ia membuktikan

sebanyak hanya 33% murid kelas 4 Beta lulus dalam Pra Ujian yang dijalankan

manakala 67% murid gagal dalam Pra Ujian ini.

6
5.2.3 Analisis Soal Selidik

SETUJU TIDAK SETUJU


BIL PERKARA
BIL % BIL %

1 Minat mata pelajaran Matematik 5 71 7 29

2 Minat tajuk Darab 4 33 8 67

3 Berupaya menghafal sifir 2-9 0 0 12 100

4 Mudah lupa sifir 8 67 4 23

5 Bosan menghafal sifir 7 58 5 42

Jadual 2: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Sifir

5.3 TINDAKAN (RAWATAN) YANG DIJALANKAN

Selepas murid menjalani praujian, saya telah memulakan rawatan berikut :

Aktiviti 1
Guru menyediakan power point yang sesuai untuk memperkenalkan teknik Kotak

Ajaib atau ‘Magic Square’ kepada murid. Ini bagi menarik perhatian murid.

Aktiviti 2

Guru memaparkan Kotak Ajaib dihadapan kelas pada papan putih. Murid

menyalinnya. Ini memberi pengalaman kepada murid untuk membina Kotak Ajaib.

Aktiviti 3

Murid membina sendiri Kotak Ajaib tanpa bantuan guru.

7
5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 3 minggu. Semasa

menjalankan kajian ini saya telah menerangkan satu per satu cara untuk mendapatkan

jawapan yang betul dan tepat. Saya telah memperuntukkan lebih kurang 15 minit masa

matematik setiap sesi untuk menjalankan kajian ini.

Murid telah menjalani praujian dan pascaujian 1 Selepas pascaujian 1, murid

diminta mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang teknik

yang baru ini iaitu Kotak Ajaib. Tujuan mengedarkan soal selidik supaya murid lebih bebas

dan selesa memberi pendapat berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.

5.5 REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran murid-murid ini mula

menunjukkan minat. Murid-murid mula bersaing untuk berlumba untuk memberikan jawapan

yang tepat tanpa mengira. Pencapaian murid dalam praujian dan pascaujian 1 menunjukkan

peningkatan yang agak ketara. Kebolehan murid – murid 4 Beta dalam membina Kotak

Ajaib dan menjawab soalan matematik lebih cepat dan tepat.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan kaedah Kotak Ajaib ini banyak

membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa

yang dipelajari murid disamping menjadikan suasana PdPc lebih ceria dan menyeronokkan.

Masih terdapat murid yang gagal dalam pascaujian 1 kerana pada hari saya

memperkenalkan Teknik Kotak Ajaib ini. Selain daripada itu ada murid –murid kelas 4 Beta

8
ini kerap tidak hadir ke sekolah dan mereka yang tidak hadir inilah yang gagal dalam

pascaujian. Saya sepatutnya menerangkan dan memastikan mereka faham dan buat

kaedahKotak Ajaib ini di rumah. Saya juga sepatutnya harus lebih bertegas terhadap

segelintir murid lelaki yang agak malas dan bersikap sambil lewa.

Saya berpendapat bahawa pendekatan Kotak Ajaib ini telah membantu menarik

minat murid dan mereka berjaya memberikan jawapan yang tepat dan cepat. Perubahan ini

begitu menggembirakan saya. Saya menjadi lebih yakin bahawa teknik Kotak Ajaib dapat

membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam Matepalajaran Matematik.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-

1. Meningkatkan kemahiran sifir dengan menggunakan kaedah darab Guna Jari.

2. Meningkatkan kemahiran sifir dengan menggunakan kaedah Pola Jawapan Sifir Darab.

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang

positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid . Semoga hasil

kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses PdP lebih menarik, berkesan

dan menyeronokkan.

9
BIBLOGRAFI

1. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun

5, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

2. Mazniyah Md Jaafar, Muhammad hussin, S. L Choo, Mohd Zubir Embong, Aminuddin

Mohd Sani, Zakiah Adris (1995). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

10
FAQ

APA YANG PERLU ANDA TAHU “Guide for a Beginner”

S1: Bolehkah saya menulis Laporan Kajian Tindakan kurang dari 15 muka surat?
 Bergantung pada jenis Kajian Tindakan yang dijalankan.

S2: Berapa lama perlu saya menulis/menyiapkan Laporan Kajian Tindakan?


 ….anytime..u ada bahan…u tulis…hantar.

S3: Jika ada masalah penulisan, siapa yang perlu saya rujuk?
 Unit LDP, JPN, JU, rakan guru

S4: Bolehkah saya menulis laporan Kajian Tindakan dalam bentuk bercerita?
 Boleh.

S5: Jika saya hendak menulis Kajian Tindakan dalam bentuk berkumpulan,
adakah saya dibenarkan?
 Ya tetapi lebih digalakkan individu

S6: Saya mengajar tiga kelas, perlukah saya menjalankan penulisan Kajian
Tindakan ini untuk ketiga-tiga kelas?
 Tidak digalakkan tetapi terpulang pada anda.

S7: Adakah menulis KT mengganggu perjalanan PdP saya?


 Tidak.

S8: Sejauh manakah ilmiahnya penulisan KT saya?


 Tidak perlu terlalu akademik tetapi semua kajian dan penyelidikan mesti ada asas ilmiah.
Apa yang penting ada ciri-ciri inovasi dalam kajian itu

S9: Saya baru aje mengajar, adakah saya layak membuat penulisan KT?
 Ya.

S10: Bilakah waktu yang sesuai untuk menjalankan penulisan KT?


 Yang paling sesuai adalah masa selepas PdP

11
S11: Apakah yang perlu saya tulis dahulu?
 Ikut suka la tetapi gunakan format kertas cadangan yang dilampirkan.

S12: Jenis dan saiz tulisan apakah yang harus saya gunakan?
 Arial/ New Times Roman/ Tahoma – Font12.

12

Anda mungkin juga menyukai