Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN ASAS OPERASI DARAB


DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH GIGI

OLEH

NOOR AZAKIAH BINTI ABD AZIZ


SK Sungai Kelambu
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan asas operasi darab yang dihadapi oleh murid kelas 4
Beta dalam subtopik darab tahun 4. Seramai 12 orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan
menunjukkan murid – murid kurang memahami konsep asas darab. Kesukaran memahami konsep darab
menyebabkan murid – murid mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan pendaraban.
Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran asas darab ini dan kajian ini telah
diselesaikan dalam tempoh 4 minggu iaitu setiap kali waktu matematik dari hari isnin hingga jumaat selama 10
minit bagi setiap sesi. Keputusan pascaujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan dari
pemerhatian dan sesi temu bual pula menunjukkan murid lebih berminat untuk mempelajari tajuk darab. Semua
murid kumpulan sasar saya dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian
tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam kemahiran
sifir 1 - 9.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/ ISU LALU

Murid tahun 3 Jaya terdiri daripada 2 tahap kebolehan dan kemampuan murid-muridnya.

Terdapat 12 orang murid di dalam kelas tersebut yang memerlukan perhatian daripada saya

sebagai guru mata pelajaran Matematik mereka. Mereka ini agak kurang motivasi untuk belajar

kerana tidak minat dengan mata pelajaran Matematik. Tetapi saya melihat mereka ini ada potensi

untuk maju dalam pelajaran Matematik.

Semasa murid – murid ini mempelajari topik awal iaitu Nombor Bulat, seperti Tambah dan

Tolak, proses pembelajaran mereka sangat memberangsangkan. Begitu juga dengan keputusan

ujian sumatif yang memuaskan. Namun demikian, setelah masuk ke tajuk Darab, momentum

murid-murid ini semakin perlahan. Mereka gagal menguasai kemahiran operasi darab yang

1
diajar. Keputusan ujian pra amat mendukacitakan. Dua belas orang murid (41.38%) mendapat

markah di bawah 40%.

Maklum balas yang diberikan oleh murid dan guru serta keazaman untuk

mencapai kelulusan 100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Saya telah menganalisis soalan-soalan latihan yang lepas dan mendapati bahawa

sejumlah 60% murid gagal menjawab soalan darab dengan betul. Jika murid dapat menguasai

subtopik Darab peluang untuk mereka lulus adalah lebih tinggi. Masalah utama yang

dihadapi oleh murid dalam subtopik Darab ini ialah memahami konsep darab. Mereka gagal

menjawab soalan kerana soalan yang ditanya tidak berjawab atau jawapan salah.

Saya yakin jika saya dapat mempelbagai dan meningkatkan kaedah PdP, sikap

negatif dan pencapaian murid kelas 3 Jaya akan dapat diperbaiki.

2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

Tujuan kajian ini adalah adalah untuk meningkatkan kefahaman konsep asas darab menggunakan

teknik Kaedah Gigi. Di harapkan dengan teknik Kaedah Gigi ini murid-murid mampu

memahami soalan darab dan menyelesaikan soalan darab dengan cepat dan tepat.

3.2 Objektif Khusus

a) Peratus murid dapat menjawab soalan dengan betul meningkat sekurang-kurangnya


sebanyak 10%.
b) Guru dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian sebanyak 30% berbanding
praujian .
c) Peningkatan minat murid sekurang-kurangnya sebanyak 20% dalam soal selidik yang
diedarkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN:

Murid yang terlibat adalah murid – murid lemah matematik dari kelas 3 Jaya. Kelas ini terdiri

daripada 29 orang murid yang mana kategorinya sederhana dan lemah.

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 12 orang murid yang didapati gagal dalam ujian pra

sebelum ini. Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid yang lemah dalam

matapelajaran matematik.

3
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN AWAL MASALAH

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan

pemerhatian, praujian dan soal selidik.

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa

proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas

kajian. Sebelum kajian dijalankan murid kurang minat dalam matapelajaran

matematik. Sebagaimana kebiasaannya, murid perempuan yang lebih

bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya murid lelaki kurang

bersungguh dan kurang mengambil bahagian di dalam aktiviti PdP yang

dijalankan.

Saya juga membuat semakan buku latihan murid untuk mengenalpasti

tahap penguasaan murid – murid kelas 3 Jaya ini.

5.1.2 Praujian

Praujian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh

mana kefahaman konsep mengenai darab. Item praujian merupakan item

yang di sediakan khusus untuk mengenalpasti kefahaman murid atau tidak.

Selepas saya menyemak jawapan murid, saya tidak memulangkan kertas

4
jawapan dan tidak juga membincangkan jawapannya. Sebaliknya saya telah

memperkenalkan Teknik Gigi.

5.1.3 Soal selidik

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid

untuk mendapatkan maklum balas murid berkaitan dengan mata pelajaran

Matematik, kemahiran asas operasi darab dan mengetahui keberkesanan

sebelum dan selepas teknik ini diperkenalkan .

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH.

5.2.1 Analisis pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan

sasaran didapati :

a. Murid kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru

secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang perlahan dan tidak

menjawab soalan dengan tepat apabila guru menyoal.

b. Buku latihan mereka juga memberi gambaran yang mereka tidak dapat

menjawab soalan yang diberi dengan betul.

5.2.2 Analisis Praujian

5
Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan konsep berkaitan menjawab

soalan darab ini menujukkan hanya sebilangan kecil murid menguasai soalan darab.

Keputusan praujian membuktikan segala yang disangka. Berikut ialah pencapaian yang

diperolehi.

PENCAPAIAN MURID
GRED MARKAH Bil %
A 80 – 100 4 44
B 0-79 8 56
LULUS 4 44
GAGAL 8 56

Jadual 1: Pencapain Murid Dalam Ujian Pra

Carta 1: Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra

Dapatan dari Jadual 1 di paparkan dalam Carta dan ia membuktikan

sebanyak hanya 44% murid kelas 3 Jaya lulus dalam Pra Ujian yang dijalankan

manakala 56% murid gagal dalam Pra Ujian ini.

6
5.2.3 Analisis Soal Selidik

SETUJU TIDAK SETUJU


BIL PERKARA
BIL % BIL %

1 Minat mata pelajaran Matematik 5 71 7 29

2 Minat tajuk Darab 4 33 8 67

Jadual 2: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Sifir

5.3 TINDAKAN (RAWATAN) YANG DIJALANKAN

Selepas murid menjalani praujian, saya telah memulakan rawatan berikut :

Aktiviti 1
Guru menyediakan power point yang sesuai untuk memperkenalkan Teknik Kaedah

Gigi . Ini bagi menarik perhatian murid.

Aktiviti 2

Guru memaparkan Kaedah Gigi dihadapan kelas pada papan putih. Murid

menyalinnya. Ini memberi pengalaman kepada murid untuk membina Kaedah Gigi.

Aktiviti 3

Murid membina sendiri Kaedah Gigi tanpa bantuan guru.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 3 minggu. Semasa

menjalankan kajian ini saya telah menerangkan satu per satu cara untuk mendapatkan

jawapan yang betul dan tepat. Saya telah memperuntukkan lebih kurang 15 minit masa

matematik setiap sesi untuk menjalankan kajian ini.

7
Murid telah menjalani praujian dan pascaujian 1 Selepas pascaujian 1, murid

diminta mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang teknik

yang baru ini iaitu Kotak Ajaib. Tujuan mengedarkan soal selidik supaya murid lebih bebas

dan selesa memberi pendapat berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.

5.5 REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran murid-murid ini mula

menunjukkan minat. Murid-murid mula bersaing untuk berlumba untuk memberikan jawapan

yang tepat tanpa mengira. Pencapaian murid dalam praujian dan pascaujian 1 menunjukkan

peningkatan yang agak ketara. Kebolehan murid – murid 3 Jaya dalam membina Kaedah

Gigi dan menjawab soalan matematik lebih cepat dan tepat.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan Kaedah Gigi ini banyak

membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa

yang dipelajari murid disamping menjadikan suasana PdPc lebih ceria dan menyeronokkan.

Masih terdapat murid yang gagal dalam pascaujian 1 kerana pada hari saya

memperkenalkan Kaedah Gigi. Selain daripada itu ada murid –murid kelas 3 Jaya ini kerap

tidak hadir ke sekolah dan mereka yang tidak hadir inilah yang gagal dalam pascaujian. Saya

sepatutnya menerangkan dan memastikan mereka faham dan buat kaedahKotak Ajaib ini di

rumah. Saya juga sepatutnya harus lebih bertegas terhadap segelintir murid lelaki yang agak

malas dan bersikap sambil lewa.

8
Saya berpendapat bahawa pendekatan Kaedah Gigi ini telah membantu menarik

minat murid dan mereka berjaya memberikan jawapan yang tepat dan cepat. Perubahan ini

begitu menggembirakan saya. Saya menjadi lebih yakin bahawa teknik Kaedah Gigi ini dapat

membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam Mata pelajaran Matematik.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-

1. Meningkatkan kemahiran sifir dengan menggunakan kaedah darab Guna Jari.

2. Meningkatkan kemahiran sifir dengan menggunakan kaedah Pola Jawapan Sifir Darab.

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang

positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid . Semoga hasil

kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses PdP lebih menarik, berkesan

dan menyeronokkan.

9
BIBLOGRAFI

1. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun

5, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

2. Mazniyah Md Jaafar, Muhammad hussin, S. L Choo, Mohd Zubir Embong, Aminuddin

Mohd Sani, Zakiah Adris (1995). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

10
FAQ

APA YANG PERLU ANDA TAHU “Guide for a Beginner”

S1: Bolehkah saya menulis Laporan Kajian Tindakan kurang dari 15 muka surat?
 Bergantung pada jenis Kajian Tindakan yang dijalankan.

S2: Berapa lama perlu saya menulis/menyiapkan Laporan Kajian Tindakan?


 ….anytime..u ada bahan…u tulis…hantar.

S3: Jika ada masalah penulisan, siapa yang perlu saya rujuk?
 Unit LDP, JPN, JU, rakan guru

S4: Bolehkah saya menulis laporan Kajian Tindakan dalam bentuk bercerita?
 Boleh.

S5: Jika saya hendak menulis Kajian Tindakan dalam bentuk berkumpulan,
adakah saya dibenarkan?
 Ya tetapi lebih digalakkan individu

S6: Saya mengajar tiga kelas, perlukah saya menjalankan penulisan Kajian
Tindakan ini untuk ketiga-tiga kelas?
 Tidak digalakkan tetapi terpulang pada anda.

S7: Adakah menulis KT mengganggu perjalanan PdP saya?


 Tidak.

S8: Sejauh manakah ilmiahnya penulisan KT saya?


 Tidak perlu terlalu akademik tetapi semua kajian dan penyelidikan mesti ada asas ilmiah.
Apa yang penting ada ciri-ciri inovasi dalam kajian itu

S9: Saya baru aje mengajar, adakah saya layak membuat penulisan KT?
 Ya.

S10: Bilakah waktu yang sesuai untuk menjalankan penulisan KT?


 Yang paling sesuai adalah masa selepas PdP

11
S11: Apakah yang perlu saya tulis dahulu?
 Ikut suka la tetapi gunakan format kertas cadangan yang dilampirkan.

S12: Jenis dan saiz tulisan apakah yang harus saya gunakan?
 Arial/ New Times Roman/ Tahoma – Font12.

12

Anda mungkin juga menyukai