Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN

PERINGKAT SK TUDM SUBANG 2023

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam


Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

Yang Berusaha,
Puan Fadzilah binti Zainu Hasri,
Penolong Kanan Kokurikulum, SK TUDM Subang

Puan Rasidah binti Abdul Rashid


Penolong Kanan Petang, SK TUDM Subang

Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Bulan Kebangsaan


Ketua-ketua panitia mata Pelajaran
Barisan guru & Anggota kumpulan pelaksana (AKP)
serta murid-murid Sekolah Kebangsaan TUDM Subang yang disayangi
sekalian.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan seribu kesyukuran kepada
Tuhan kerana dengan limpah inayah-Nya, kita dapat bersama-sama
berkumpul pada hari ini sempena Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan
Peringkat SK TUDM Subang bagi tahun 2023. Sememangnya, kita sebagai
rakyat di negara ini sangat bertuah kerana terus dikurniakan suasana
kehidupan yang aman, harmoni dan sejahtera .

Alhamdulillah sudah 66 tahun berlalu era penjajahan, bermakna


sudah 66 tahun bumi bertuah ini menjadi sebuah negara yang bebas
berdaulat dan mentadbir mengikut acuan sendiri. Kita perlu tahu dan sedar,
tanah air kita, bangsa kita merupakan suatu bangsa yang gemilang suatu
masa dahulu. Betapa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka yang
merangkumi keseluruhan Tanah Melayu, termasuk pulau Sumatera dan
Jawa menunjukkan keagungan bangsa kita suatu ketika dahulu yang patut
kita banggakan sehingga kini.

Murid-murid sekalian,

Setelah 66 tahun merdeka, keadaan negara kita sekarang jauh lebih


baik daripada sebelum merdeka dengan pembangunan yang pesat serta
ekonomi yang kukuh dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Masyarakat
kita sekarang lebih berpendidikan dan berjaya. Oleh yang demikian
bersama-samalah kita bersyukur dan berikrar untuk hidup bersama
dengan aman dan damai. Biarlah kita terus menanam semangat
kemerdekaan melalui pemikiran minda kelas pertama sekaligus
mempertahankan kemerdekaan warisan perjuangan pemimpin negara
terdahulu.
Murid-murid yang saya kasihi,

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


tahniah kepada semua murid yang melibatkan diri secara aktif sepanjang
program sambutan bulan kebangsaan dijalankan. Kalah dan menang, adat
pertandingan. Yang penting, saya bangga dengan sikap positif murid-murid
yang berani ke hadapan untuk menceburkan diri dalam pertandingan.
Semangat patriotism seperti ini yang kita mahukan. Berusahalah kita untuk
menjadi warganegara Malaysia yang bersyukur dan menghargai
kedaulatan bangsa dan negara kita selagi tidak bertentangan dengan
landasan agama kita.

Murid-murid SK TUDM Subang yang dikasihi,

Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini


untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa
penganjur yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan Sambutan
Bulan Kebangsaan 2023 Peringkat SK TUDM Subang. Saya juga ingin
menyeru murid-murid agar mengibarkan Jalur Gemilang dengan bangga.
Semoga langkah tersebut akan menyemarakkan lagi semangat patriotisme
kita kepada tanah air tercinta ini. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,
sukacita saya merasmikan dan Majlis Penutupan Bulan SK TUDM Subang
bagi tahun 2023. Merdeka, Tanah Airku !

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai