Anda di halaman 1dari 1

TEKS PENGACARAAN HARI SUKAN NEGARA SK ASSUNTA (2)(M) 2023

Ucapan alu- Diminta semua warga dewan untuk bersedia kerana majlis kita akan bermula
aluan
Yang Berusaha,
Pn. Zuraudah Bt Muhammad Zubit,
Guru Besar SK Assunta (2)(M)

Puan Theresa binti Jaimun,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puam Sellamany Arasen,


Penolong Kanan kokurikulum,

guru-guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wrt wbrkth, dan salam sejahtera,

SELAMAT DATANG KE HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK ASSUNTA (2)(M)

Sedap sungguh air halia


Dimasak dengan air telaga
Beriadah bersukan amalan mulia
Badan sihat tentu bertenaga

Kain cindai bawa berjalan


Buat mengibas nyamuk dan ungas
Rajin dan tabah dalam bersukan
Minda cerdas, jasmani cergas.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama pada
pagi yang gilang-gemilang ini untuk menjayakan Hari Sukan Negara Peringkat
Sekolah Keb Assunta (2)(M).

Untuk pengetahuan semua, Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan


pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan
ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Negara sebagai langkah
pro aktif dalam proses transformasi ke arah Negara Malaysia sebagai
‘Negara Bersukan’. Dan secara tidak langsung, dapat mengeratkan
ukhuwwah dalam kalangan kita semua, in sya Allah.

Nyanyian Seterusnya, sebagai tanda kecintaan kita kepada negara, marilah sama-sama
lagu kita nyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri Selangor.
Negaraku
Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu ini
dengan penuh semangat.
……………………………………………………………………………………
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.

Bacaan doa Hadirin yang dihormati,

Anda mungkin juga menyukai