Anda di halaman 1dari 1

CONTOH ARTIKEL SAYEMBARA PENULISAN JAWI 2018

Demam denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk aedes yang menyebabkan


virus penyakit kepada manusia. Sering kali masyarakat kita memandang remeh terhadap
masalah ini. Oleh itu, langkah pencegahan sewajarnya diamalkan oleh masyarakat.

Masalah seperti longkang tersumbat menyebabkan berlakunya pembiakan


nyamuk aedes. Selain itu, alas pasu bunga, tayar lama dan tempat pembuangan sampah
yang tidak terurus juga menjadi punca kepada masalah ini.

Oleh itu, kita mestilah memastikan keselamatan di dalam rumah seperti, menutup
tingkap dan pintu semasa waktu senja dan juga menggunakan penyembur cecair.
Tambahan pula, pemakaian krim serta minyak serai wangi juga membantu
mengurangkan masalah ini.

Ibu bapa juga mestilah memantau aktiviti anak-anak di luar rumah. Ibu bapa
perlulah memastikan anak-anak memakai pakaian berlengan dan berseluar panjang
ketika bermain. Di samping itu, amalan pemakaian kelambu juga amat baik. Jika ada ahli
keluarga yang demam, segeralah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sebagai anggota masyarakat yang mempunyai kesedaran akan bahaya denggi,


kita seharusnya berganding bahu dalam memastikan kesihatan dan keselamatan
masyarakat terjamin.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Bahaya Denggi” oleh


Fazuan Azman, Dewan Siswa, Ogos 2013)

Hak Milik Exco Kebajikan, Kerohanian & Pembangunan Insan


Sekretariat Mahasiswa Fakulti Farmasi 2017/2018

Anda mungkin juga menyukai