Anda di halaman 1dari 11
Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014) Fakulti Pendidikan (Ekonomi), Universiti Kebangsaan Malaysia fazhani.faz@gmail.com PENGENALAN Kerjaya adalah sangat penting bagi seseorang ividu untuk meneruskan kelangsungan hidup. Memiliki kerjaya setelah tamat pengajian di institusi pengajian tinggi merupakan satu ukuran kebolehgajian bagi seorang graduan, Hal ini kerana tidak mudah untuk memperoleh sesebuah pekerjaan dalam ekonomi yang tidak menentu kini. Graduan yang tidak memenuhi spesifikasi yang sama ada awam atau swasta, Segulung ijazah tidak akan menjamin graduan untuk inkan oleh majikan tidak akan mendapat tempat di sesebuah organisasi memperoleh sesebuah pekerjaan yang diimpikan, Cemerlang dalam bidang akademik tidak berupaya menentukan bahawa graduan mampu menjawat jawatan seperti yang diharapkan, Saban tahun kadar pengangguran dalam kalangan graduan sangat membimbangkan dan bagaikan tiada penyudah, Menurut laporan daripada Jobstreet iaitu satu agensi meneari pekerjaan, dari 385, 800 orang penganggur sebanyak 56% penganggur adalah dalam kalangan graduan universiti dari pelbagai peringkat pengajian sama ada diploma, ijazah pertama, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran, Jobstreet juga turut menyenaraikan faktor berlakunya pengangguran yang semakin meningkat dalam kalangan graduan. antaranya ialah tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, masalah sikap graduan yang terlalu memilih pekerjaan dan organisasi, graduan terlalu mengharapkan gaji yang tinggi dan tidak munasabah, ketidaksepadanan kemahiran graduan dengan kehendak pasaran, graduan tiada kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan tahap pengetahuan graduan yang lemah, Faktor-faktor inilah yang akan menjejaskan sescorang graduan untuk memperoleh sesuatu pekerjaan, Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, pada tahun 2014 sebanyak 254,140 bilangan graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terdiri dari pelbagai tahap pengajian dan bidang pengajian, Graduan ini bakal bersaing dengan penganggur yang sedia ada untuk memperoleh pekerjaan. Isu penawaran buruh lebih daripada permintaan buruh menyebabkan graduan ini perlu bersaing Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 sesama mereka. Hanya graduan yang benar-benar berpotensi akan diserap masuk dalam pasaran buruh, Namun, terdapat juga graduan yang berjaya memperoleh pekerjaan tetapi pekerjaan tersebut tidak setaraf dengan kelulusan dan bidang pengajian mereka. Ini merupakan suatu cabaran yang perlu ditempuh oleh semua mahasiswa yang akan menamatkan pengajian kelak. Bakal graduan perlu bersedia untuk menempuhi sebarang kemungkinan untuk menjadi penganggur sementara menunggu memperoleh sesebuah pekerjaan, Menurut kajian longitudinal yang dilakukan oleh Universiti Malaysia Terengganu, faktor utama yang menjadi penyebab berlakunya pengangguran dalam kalangan graduan ialah kelemahan kemahiran insaniah graduan itu sendiri, Kajian ini diperkukuhkan lagi oleh Hazilah et al (2013), majikan sama ada sektor awam mahupun swasta masa kini sangat menitikberatkan aspek kemahiran insaniah yang dimiliki oleh graduan untuk menjawat jawatan disediakan. Kegagalan menyiapkan diri dalam aspek kemahiran insaniah boleh menjejaskan kebolehpasaran seseorang graduan, Rungutan dari majikan juga timbul kerana graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi tidak berkemahiran dan kurang berkuali Graduan yang berkualiti adalah graduan yang mampu menyiapkan diri dengan menguasai kemahiran yang diperlukan oleh majikan agar dapat menyempurnakan matlamat organisasi. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memperkenalkan kemahiran insaniah bagi membangunkan modal insan kelas pertama, Pihak kementerian juga menggari an beberapa elemen kemahiran insaniah yang perlu diterapkan bagi setiap bakal graduan_ di intitusi pengajian tinggi, Elemen tersebut ialah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika professional serta kemahiran Kepimpinan. Institusi pengajian tinggi awam dan swasta bertanggungjawab untuk menerapkan kemahiran insaniah dalam kurikulum dan kokurikulum bagi mempersiapkan pelajar mereka dengan kemahiran insat th yang diperlukan pasaran kerja masa kini, Pelajar juga diharapkan dapat mengambil peluang untuk yang disediakan oleh institusi pengajian masing-masing sebagai persiapan untuk menempuh alam pekerjaan. Selaras dengan matlamat negara untuk meneapai negara maju pada masa akan datang, pembangunan modal insan adalah sangat penting. Pembangunan modal insan kelas pertama dijadikan antara agenda utama dalam Rancangan Malaysia Ke-9 kerajaan yang telah Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Dalam pembentukan modal insan kelas pertama, kemahiran i aniah merupakan satu pendekatan yang berhubung kait yang dapat membantu meningkatkan kualiti setiap individu masyarakat terutamanya mahasiswa dan graduan, Agenda ini juga diharapkan dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan sera memenuhi tuntutan majikan. APAKAH KEMAHIRAN INSANIAH? Menurut Md. Tahir et al (2014), kemahiran insaniah ialah suatu kemahiran generik yang mempunyai pelbagai elemen pembelajaran utama yang meliputi keperibadian dan kerja berkumpulan. Kemahiran insaniah tidak mempunyai definisi yang khusus namun kemahiran insaniah ini dikaitkan dengan trait personaliti seseorang individu, pandai berkomunikasi dan berkenalan, mempunyai daya tahan serta berinovatif (Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah USIM, 2015). Kerajaan telah menggariskan 7 elemen yang perlu ada dalam kemahiran insaniah yang scharusnya diterapkan dalam diri pelajar iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional serta kemahiran kepimpinan. Kemahiran berkomunikasi dalam kemahiran insaniah yang perlu diterapkan meliputi kebolehan seseorang untuk menyampaikan idea dengan berkesan dengan penuh keyakinan sama ada secara lisan, bertulis dan bahasa isyarat. Mahasiswa juga disarankan untuk fasih berbahasa Melayu dan Inggeris dan turut mempelajari dan menguasai bahasa ketiga seperti mandarin kerana bahasa ketiga adalah amat penting bagi yang ingin bekerja dengan majikan dan syarikat multinasional. Dalam elemen kemahiran berkomunikasi ini juga mahasiswa perlu ada Kemahiran mendengar yang baik dan mampu member respon yang positif. Selain daripada itu, mahasiswa diharapkan berkebolehan untuk membuat pembentangan dengan jelas dan yakin serta bersesuaian dengan tahap pendengar dan topik perbincangan. Semasa sesi pembentangan juga, mahasiswa berkebolehan menggunakan teknologi yang disediakan sama ada komputer dan sebagainya, Kemahiran komunikasi yang baik dapat dilihat apabila mabasiswa mampu mempengaruhi orang lain dan mendapat persetujuan bagi meneapai sesuatu matlamat, Mahasiswa kini juga perlu pandai berkomunikasi dengan orang yang berlainan budaya sama ada dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Mahasiswa dapat diharapkan Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 dapat mengembangkan kemahiran berkomunikasi secara perseorangan tanpa mengharapkan bantuan dari sesiapa Elemen kedua yang digariskan dalam kemahiran insaniah ialah pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Elemen ini merupakan tindakan seseorang individu iaitu mahasiwa yang boleh merubah sesuatu keadaan untuk menjadi lebih baik. Dengan erti kata Jain, mahasiswa berkebolehan untuk menentukan serta menganalisis masalah_walaupun dalam situasi yang kompleks dan kabur seterusnya mampu membuat penilaian yang baik. Mahas ‘wa juga dapat mengembangkan dan membaiki kemahiran berfikir sperti menjelaskan, menganalisis dan menilai sesuatu perbincangan bagi mencapai sesebuah matlamat dan objektif| Kemahiran ini juga dapat memperlihatkan mahasiswa sama ada mampu meneari idea dan mencari jalan penyelesaian alternatif bagi sesuatu masalah, Kemahiran kerja berpasukan adalah elemen ketiga yang perlu ada bagi mahasiswa bagi menningkatkan kemahiran insaniah dalam pembentukan modal insan kelas pertama. Kemahiran kerja berpasukan merupakan kebolehan mahasiswa untuk membina hubungan yang baik, kebolehan untuk berinteraksi dengan orang lain serta bekerja secara efektif bersama mereka bagi mencapai satu objektif yang sama, Elemen ini juga memperlihat mahasiswa boleh memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara kumpulan dan abli kumpulan lain, Dengan erti kata lain, mahasiswa bersedia untuk memberikan kerjasama serta bertanggungjawab bersama ahli kumpulan dengan memberi sumbangan kepada setiap perincian perancangan, pelaksanaan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan, Kerja berpasukan menunjukkan kebolehan seseorang mahasiswa untuk mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan kepada orang lain, Elemen ini adalah sangat penting bagi mabasiwa untuk memasuki alam pekerjaan kerana mahasiswa perlu membiasakan diri dengan pekerja lain dalam persekitaran organisasi Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat turut digariskan bersama bagi meningkatkan dan menguasai kemahiran insaniah, Mahasiswa yang berkemahiran insaniah mampu mencari dan menguruskan maklumat yang diperoleh dari pelbagai sumber dan menepati dengan topik permasalahan. Sumber yang diperoleh sama ada sumber primer atau sekunder berupaya disentesiskan mengikut idea tersendiri sesuai dengan masalah dan topik perbincangan. Disamping itu, mahasiswa juga boleh menerima idea baharu daripada orang Jain dan berkeupayaan untuk mendapatkan pembelajaran secara autonomi. Walaupun, objektif atau penyelesaian bagi suatu masalah dapat dicapai, ianya tidak terhenti di situ sahaja Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 malah mahasiswa diharapkan dapat mengembangkan dan mengaplikasikan topik atau perbincangan tersebut agar ianya dapat dijadikan pembelajaran yang berterusan dan mampu memberi manfaat kepada individu yang lain. Seperti kata orang dulu kala “menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahat”, Pepatah ini sesuai dengan elemen pembelajaran berterusan kerana sesuatu pembelajaran tidak akan terhenti malah berterusan. Namun semuanya bergantung kepada mahasiswa itu sendiri untuk meneruskan dan_mengembangkannya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, Elemen kelima yang perlu diterapkan dalam diri setiap mahasiswa ialah kemahiran keushawanan, Kemahiran ini akan memperlihat mahasiwa sama ada berkebolehan untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud di sekeliling mereka, Mahasiswa juga dilihat sama ada mampu untuk merangka perancangan perniagaan setelah mengenalpasti peluang perniagaan yang wujud. Ini akan menunjukkan kebolehan mahasiswa untuk membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan. Kemahiran keushawanan ini dapat memupuk mahasiswa untuk bekerja sendiri dan tidak mengharapkan makan gaji selepas tamat pengajian, Bertepatan dengan satu hadis riwayat At-Tarmizi dimana Nabi Muhamaad SAW bersabda, “9/10 pintu rezeki itu datangnya daripada perniagaan”. Islam sendiri menekankan bidang perniagaan dan keusahawanan, Dengan adanya penerapan kemahiran insaniah berelemenkan kemahiran keusahawanan, isu pengangguran dalam kalangan graduan dapat diatasi dan masalah pembaziran guna temaga dapat dikurangkan, Kemahiran insaniah juga turut menerapkan moral dan etika profesional dalam usaha membentuk modal insan kelas pertama, Kemahiran ini meliputi kebolehan memahami kesan ke atas ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional. Dalam hal ini, mabasiswa perlu peka dengan apa yang berlaku dan perubahan yang berlaku sama ada luar atau dalam negara. Selain itu, mahasiswa mesti berkebolehan untuk menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika disamping mematuhi dan mentaati segala bentuk peraturan atau rujukan dalam setiap tindakan dan tingkah laku yang dilakukan. Kemahiran ini juga membantu mahasiswa mendisiplinkan diri mereka dalam apa jua bentuk keadaan dan di mana sahaja mereka berada. Elemen kemahiran insaniah yang terakhir yang perlu diterapkan dalam diri setiap mabasiswa ialah kemahiran kepimpinan, Setiap mahasiswa perlu berupaya untuk menjadi seorang pemimpin atau ketua bagi sesebuah projek yang bakal dilaksanakan, Untuk menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi, mahasiswa perlu mempunyai pengetahuan teori asas Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 sebelum menjadi seorang pemimpin dan memimpin orang lain. Selain mempunyai pengetahuan tentang Kepimpinan, mahasiswa boleh memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara abli kumpulan. Dengan ini, akan menunjukkan bahawa sebagai seorang ketua, mahasiswa tidak hanya pandai mengarah malah turut sama menggalas tugas bersama ahli kumpulan yang lain, Hubungan antara ahli kumpulan akan menjadi bertambah erat sekiranya mahasiswa sebagai ketua kumpulan mampu memberi dorongan dan semangat kepada ahli kumpulan untuk mencapai matlamat secara bersama Tuntasnya, kesemua elemen kemahiran insaniah yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia antaranya kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional serta kemahiran kepimpinan amat penting untuk dikuasai oleh setiap mahasiswa. Mahasiswa yang berjaya menguasai kesemua elemen yang diperlukan majikan ini akan berpeluang untuk memperoleh sesebuah pekerjaan, Penilaian pihak majikan adalah bergantung kepada tahap penguasaan kemahiran yang diperlukan majikan bukan sahaja memandang kecemerlangan akademik semata-semata. Jadi, mahasiswa perlu bijak mengambil peluang yang dibuka oleh pihak institusi pengajian bagi menggilap dan meningkatkan tahap kemahiran insaniah diri masing-masing. KENAPA PENTINGNYA KEMAHIRAN INSANIAH? Kemahiran insaniah adalah sangat penting dalam melahirkan sumber tenaga manusia yang berkualiti selaras dengan kehendak ekonomi semasa. Disam| 1g berjaya dalam bidang akademik, mahasiswa perlu menyiapkan diri dengan kemahiran insaniah sebagai pelengkap kepada pengetahuan teori dan amali yang dipelajari di institusi pengajian (Seo, 2013). Kegagalan mempersiapkan diri dengan kemahiran insaniah akan menyebabkan mahasiswa juga gagal mendapat pekerjaan. Jadi amatlah perlu bagi semua pihak berganding bahu untuk membantu. mahasiswa melengkapkan diri_ mereka dengan kemahiran insaniah yang diperlukan pasaran buruh masa kini, Kemahiran insaniah merupakan satu nilai ditambah yang dimiliki oleh mahasiswa bagi me wgkatkan kebolehpasaran mereka dan mampu bersaing di alam pekerjaan, Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 Kemahiran insaniah diperkenalkan dan diperluaskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi di seluruh pelosok institusi pengajian adalah kerana graduan yang dikeluarkan tidak berkualiti dan banyak kelemahan, Kelemahan yang dikenalpasti menjadi punea mereka tidak mendapat tempat dan tidak dipilih oleh majikan untuk menjawat jawatan ialah tidak memiliki kemahiran insaniah, Graduan yang dikeluarkan ibarat mee segera saban tahun tidak dapat bergerak seiring dengan perubahan teknologi dan kehendak pasaran kerja. Harapan negara untuk melahirkan modal insan kelas pertama tidak dapat dicapai sekiranya rakyat kurang berkemahiran dan tidak berketerampilan sesuai dengan ciri modal insan kelas pertama. Kementerian Pengajian Tinggi negara sangat memberi penekanan kepada kemahiran insaniah_mahasiswa dengan mewujudkan pelbagai strategi dan program seperti latihan keusahawanan, latihan industri dan sebagainya. Strategi dan program yang dilaksanakan bertujuan membantu mahasiswa melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan seterusnya dapat memasarkan mahasiswa di pesaran buruh, Matlamat utama kementerian memperkenalkan kemahiran insaniah ialah supaya mahasiswa yang bakal bergelar graduan berupaya memperoleh pekerjaan yang sesuai. Selain itu, mahasiswa ini mempunyai kompetensi yang tinggi dan juga berkualiti, Kewujudan kemahiran insaniah juga bertujuan untuk menjadikan mahasiswa seorang usahawan dan pemangkin kewujudan peluang pekerjaan kepada golongan yang kurang berpendidikan, Dengan ada kemahiran keusahawanan, mahasiswa tidak hanya terfikir belajar tinggi-tinggi untuk makan gaji semata- mata namun berusaha menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya utama mereka, PERLAKSANAAN KEMAHIRAN INSANIAH Penerapan kemahiran insaniah perlu diperluaskan dan diperhebatkan lagi agar setiap pelajar yang dikeluarkan bermutu tinggi dan mengikut Kehendak majikan, Pihak yang bertanggungjawab tidak seharusnya memandang enteng akan isu ini dan perlu memberi penekanan yang serius. Dalam isu penerapan kemahiran insaniah, kerajaan, institusi pengajian dan mahasiswa perlu saling melengkapi untuk membantu meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa. Sedia maklum bahawa kemahiran saniah ini telah diperkenalan oleh kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi membentuk dan meningkatkan kualiti graduan setelah mengenal pasti bahawa Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 isu utama graduan tidak mendapat tempat di pasaran kerja adalah kelemahan kemahiran insaniah, Kerajaan juga telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar bagi memastikan institusi pengajian dapat melaksanakan program yang mampu melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi. Memetik ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam Rancangan Malaysia ke-11, penilaian sama ada maju atau mundurnya sesebuah negara bergantung kepada kekuatan dan kehebatan nilai, kompentensi dan kemahiran insaniah. Ini menunjukkan bahawa sememangnya kerajaan sangat menekankan aspek kemahiran insaniah dalam melahirkan modal insan kelas pertama kerana modal insan merupakan sumber penting bagi pembangunan negara. Institusipengajian telah menggalaskan amanat dari kerajaan_ untuk membantu mahasiswa menguasai kemahiran insaniah, Institusi pengajian tidak kira awam atau swasta sangat menitikberatkan kemahiran insaniah agar setiap graduan yang dilahirkan adalah bermutu tinggi sesuai dengan kehendak majikan. Pelbagai program dan strategi dilakukan bagi membantu_mahasiswa, Penerapan kemahiran insaniah tidak hanya tertumpu dalam bidang akademik, malah kemahiran insaniah juga dipupuk dalam kokurikulum dan program- program yang dilaksanakan oleh pihak institusi pengajian. Setiap jabatan, fakulti dan kolej kediaman di institusi pengajian bertindak sebagai agen pelaksana, Kemahiran insaniah perl dilaksanakan secara berterusan dan perlu ditambah baik dari semasa ke semasa seiring dengan perubahan zaman, Setelah perlaksanaan kemahiran insaniah dijalankan, pihak institusi perlu menjalankan penaksiran secara menyeluruh dan memberi penilaian sama ada penerapan kemahiran insaniah ke atas diri mahasiswa berkesan atau sebaliknya. Sekiranya berkesan, maka program seumpamanya perlu dijalankan dengan lebih kerap, namun sekiranya tidak berkesan program tersebut perlu dihentikan kerana tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan, Sememangnya setiap pelaburan yang dilakukan perlulah mendatangkan manfaat kepada semua pihak, tetapi jika pelaburan yang dilakukan tidak mendapat sebarang hasil_maka rugi untuk diteruskan. Begitulah ibaratnya penerapan kemahiran insaniah kepada pelajar. Program yang mampu menyuntik kemahiran insaniah pelajar harus diteruskan dan program yang tidak mendatangkan faedah harus dihentikan, Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak Kerajaan dan institusi pengajian untuk meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa. Namun, usaha-usaha ini tidak akan berjaya dilaksanakan sckiranya mahasiswa tidak mengambil peluang yang dibentangkan kepada mereka, Sebagai seorang pelajar, mahasiswa perlu bijak merebut peluang yang disediakan kerana tidak semua orang berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. 8 Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 Mahasiswa seharusnya mempunyai kesedaran untuk meningkatkan prestasi diri_ mereka bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga menerusi bidang bukan akademik seperti kokurikulum supaya dapat bersaing di pasaran global. Jadi, mahasiswa perlu mengambil inisiatif yang disediakan oleh pelbagai pihak untuk memajukan diri mereka. Laporan dari International Student Assessnebt (PISA, 2012) telah menyatakan bahawa | daripada 5 orang belia di Singapura, Jepun dan Korea Selatan mampu untuk menyelesaikan masalah yang kompleks berbanding dengan hanya | daripada 100 orang belia di Malaysia. Ini meletakkan Malaysia di tanga ke 39 daripada 44 buah negara dalam aspek kemahiran dan kemampuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Permasalahan ini dapat diatasi sekiranya mahasiswa negara dapat menguasai kemahiran insaniah kerana dalam kemahiran insaniah telah menggariskan tujuh elemen penting termasuk pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masala, CABARAN KEMAHIRAN INSANIAH Walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk meningkatkan kemahiran insaniah mahi negara namun proses tersebut turut mendapat cabaran dan halangan, Sikap mahasiswa menjadi cabaran utama dalam usaha meningkatkan kemahiran insaniah. Mahasiswa sepertinya kurang kesedaran tentang betapa pentingnya penguasaan kemahiran insaniah. Ini menyebabkan mahasiswa mengambil sikap acuh tak acuh dalam setiap program yang dilaksanakan oleh pihak institusi pengajian. Sikap mahasiswa ini yang mengakibatkan program-program yang dilaksanakan oleh pihak institusi pengajian kurang mendapat perhatian dan sambutan menggalakkan. Menurut Yusof (2013), mahasiswa juga tidak tahu untuk mencari info dan maklumat tentang program yang sesuai bagi meningkatkan kemahiran insaniah mereka, Mahasiswa juga turut mengatakan bahawa, program-program yang dianjurkan tidak menimbulkan minat mereka untuk menyertai program tersebut. Bagi mahasiswa yang tidak aktif, mereka sememangnya tidak berminat untuk menyertai mana- mana program terutamanya yang diluar bidang pengajian mereka dan bercampur dengan mabasiswa dari institusi dan bidang lain, Bagi mereka, program-program tersebut adalah tidak perlu kerana mengikuti kursus pengajian akademik adalah sudah memadai. Ini menunjukkan sikap mahasiswa adalah faktor utama menyebabkan kelemahan kemahiran insaniah mahasiswa, Sepatutnya, mahasiswa bersikap lebih positif dan berfikiran terbuka kerana kemahiran insaniah adalah sangat penting untuk menempuhi alam pekerjaan. Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 Selain itu, kekurangan maklumat dan informasi tentang program kemahiran insaniah yang dilaksanakan turut menjadi satu cabaran dan halangan, Rungutan dari mahasiswa tentang program yang dianjurkan tidak dihebahkan secara terus kepada mahasiswa. Program yang dianjurkan kepada mahasiswa sepatutnya disebarkan secara meluas melalui perantara yang bersesuaian dengan mahasiswa seperti e-mel, khidmat pesanan ringkas dan sebagainya. Ini membolehkan mahasiswa mengetahui info terkini tentang program yang bersesuaian untuk mahasiswa ikuti, Sekiranya tidak dihebahkan secara berkesan, maka program yang dijalankan kurang mendapat sambutan, KESIMPULAN Secara keseluruhannya, penerapan kemahiran insaniah adalah sangat penting dan perlu dijalankan secara berterusan agar graduan yang dilahirkan mampu berdaya saing dalam pasaran kerja. Setiap elemen dalam kemahiran insaniah perlu dilaksanakan secara terperinci agar mahasiswa dapat menguasai kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Penerapan kemahiran insaniah ini tidak hanya tertumpu dalam bidang akademik sahaja, malah perlu diterap juga bersama program-program yang dilaksanakan yang melibatkan penglibatan mabasiswa, Dengan terlaksannya pelbagai pendekatan untuk membantu_meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa, isu pengangguran dalam kalangan mahasiswa dapat ditangani dan mahasiswa juga lebih yakin untuk menempuh cabaran yang bakal dilalui setelah tamat pengajian. Kerajaan, institusi pengajian, penganjur program dan mahasiswa perlu bersama- sama membantu mahasiswa mengukuhkan lagi kemabiran insaniah agar mahasiswa dapat meningkatkan kebolehpasaran mereka. 10 Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 RUJUKAN Ahmad Esa, Suhaili Padil & Asri Selamat. 2013. Kemahiran insaniah dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada program kejuruteraan di politeknik Malaysia. Jurnal Kajian Pendidikan. 3 (2): 139-150. Ahmad, Baharom, Berhanuddin & Fauzianna. 2008, Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Melalui Pembelajaran Koperatif : Tinjauan Di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) Dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008. Segamat. Universiti Teknologi Malaysia. Hazilah Mohd Amin, Johari Jaafar, Zaihosnita Hood, Saidah Saad & Hamizah Mohd Amin. 2013. Kemahiran insaniah pelajar prasiswazah: Analisis perbezaan jantina, Jurnal Teknologi. 61 (1): 19-25. Kerajaan Malaysia. 2015. Rancangan Malaysia Ke-IJ. Putrajaya: Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.. Mohd Zaki Kamsah, Mohd Salleh & Wahid Razzaly. 2008. Penerapan kemahiran insaniah (KI) kepada pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di IPTA. Prosiding SKIKS 08. Serdang: Universiti Putra Malaysia, 491-502, Muhamad Rahimi Osman, 2010. Peranan Kursus Pengajian Umum dalam pembangunan kemahiran insaniah: Pengalaman UITM. SEA Journal of General Studies. 1: 49-61. Nawawi Jusoh, Ahmad Esa, Mohd Fadel Alwi & Kamaruddin Khalid. 2013. Keusahawanan membangunkan kemahiran insaniah. Batu Pahat: Penerbitan UTHM. Nor Hartini, 2013. Penerapan kemahiran insaniah tangani graduan menganggur. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). 14 Mac 2013. Wan Robiah, Wan Sofiah & Wan Adnawani, 2008. Penerapan kemahiran insaniah: Sikap pelajar mengenai penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi, Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008. Segamat. Universiti Teknologi Malaysia. 11

Anda mungkin juga menyukai