Anda di halaman 1dari 9

Sesebuah syarikat, perniagaan, koperasi atau pertubuhan yang berminat untuk berdaftar sebagai Kontraktor

Kerja atau Kontraktor Elektrik bersama Pusat Khidmat Kontraktor adalah dikehendaki terlebih dahulu
diperbadankan atau didaftarkan di negara ini dengan salah satu daripada Jabatan berikut :-
 Pendaftaran Syarikat
 Pendaftaran Perniagaan
 Jabatan Pembangunan Koperasi
 Lembaga Pertubuhan Peladang

Kedudukan Kewangan Syarikat

Sesebuah syarikat hendaklah memiliki modal minima seperti berikut untuk layak dipertimbangkan bagi kelas
yang dipohon :

Ke atas

Pendaftaran Kontraktor Kerja Awam

Kelas Modal Berbayar/Modal Terkumpul Minima (RM)


A 600,001
B 400,001
C 100,001
D 35,001
E 17,501
F 10,000

Pendaftaran Kontraktor Kerja Elektrik

Kelas Modal Berbayar/Modal Terkumpul Minima (RM)


I 75,001
II 50,001
III 25,001
IV 7,501
V 2,501
VI 1,001

Ekuiti

Hanya syarikat, perniagaan, koperasi atau pertubuhan yang mempunyai 100% Ekuiti Tambahan (ekuiti
dipegang oleh warganegara Malaysia) yang boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran bagi semua kelas,
kepala dan sub kepala pendaftaran.

Syarikat, perniagaan, koperasi atau pertubuhan yang mempunyai Ekuiti Asing (bukan warganegara
Malaysia) masih boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-

 Maksima Ekuiti Asing dihadkan kepada daripada 30% modal berbayar syarikat.
 Dimana wujud Ekuiti Asing maka mestilah juga ada ekuiti Bumiputera yang tidak kurang daripada
30% dari modal berbayar syarikat.
 Pemberian kepala dan sub-kepala I, II, IV adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 15 Tahun 1986 bertarikh 25 Julai 1986 dan Pindaan bertarikh 6 Januari 1987.
Syarat ini hendaklah dilekatkan sebagai syarat khas pada sijil pendaftaran syarikat berkenaan.
 Warganegara asing yang bekerja dengan sesebuah syarikat hendaklah memperolehi permit kerja
(work permit) daripada Jabatan Buruh Malaysia atau Jabatan Imigresen Malaysia, dimana
berkenaan.

Ke atas

Penglibatan Lebih Daripada Satu Syarikat

Permohonan tidak boleh diberi pertimbangan atau bagi syarikat yang sedang berdaftar pendaftarannya
akan dibatalkan sekiranya :-
 Ahli Lembaga Pengarah atau Pemilik Saham memiliki saham melebihi 5% atau RM50,000 (yang
mana terkurang) di dalam mana-mana syarikat yang telah berdaftar dengan PKK di dalam bidang
kerja atau kepala kerja yang sama.
 Ahli Pengurusan Syarikat atau kakitangan yang berkelulusan Teknikal terlibat secara aktif di dalam
mana syarikat yang berdaftar dengan PKK di bawah bidang kerja atau kepala kerja yang sama.
 Perniagaan perseorangan yang berdaftar dalam kelas pendaftaran yang rendah menubuhkan
perniagaan perkongsian atau Syarikat Sendirian Berhad/Berhad dan didaftarkan dalam kelas yang
lebih tinggi maka pendaftaran perniagaan perseorangan di kelas rendah akan dibatalkan bagi
kepala kerja yang sama yang telah diluluskan untuk syarikat perkongsian atau Sendirian
Berhad/Berhad.

Syarat Am Pendaftaran
 Kelulusan pendaftaran diberi berdasarkan maklumat-maklumat yang telah disampaikan oleh
syarikat.
 Sebarang rayuan terhadap keputusan permohonan (lulus/tolak) hendaklah dikemukakan kepada
Pengarah PKK dalam tempoh masa 3 bulan dari tarikh surat tawaran pendaftaran atau penolakan
pendaftaran. Rayuan yang diterima selepas tempoh masa ini tidak akan diberi pertimbangan.
 Sebarang perubahan ke atas maklumat-maklumat hendaklah dimaklumkan kepada PKK dalam
masa 21 hari dari tarikh perubahan tersebut berlaku.
 PKK berhak membatalkan atau menggantung pendaftaran syarikat tanpa apa-apa notis jika
didapati syarikat gagal mengemukakan maklumat yang dikehendaki.
 Naskah asal Sijil Pendaftaran hendaklah ditunjukkan semasa dokumen tender atau sebutharga.
 Pendaftaran diluluskan untuk tempoh 2 tahun sahaja.
 Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan pendaftaran tiga (3) bulan
sebelum tarikh luput pendaftaran.
 Permohonan pembaharuan pendaftaran yang diterima selepas tarikh luput pendaftaran dianggap
sebagai permohonan baru dan dikenakan semula fee proses dan fee pendaftaran sepenuhnya.
 Bagi pendaftaran kontraktor kerja Kelas B dan ke atas, syarikat perlu ada pegawai Teknikal kecuali
untuk kepala dan sub-kepala am sahaja.
 Bagi pendaftaran kontraktor Elektrik Kelas I syarikat perlu ada seorang Jurutera Elektrik dan Sijil
Kontraktor Pendawai Kelas A dengan Jabatan Jemaah Pemeriksa Elektrik.
 Pendaftaran untuk kelas F adalah khas untuk syarikat/perniagaan 100% Bumiputera.

Ke atas

Kawasan Operasi

Diseluruh Negara
 Kelas A, B dan C
 Kelas D dan E bertaraf Bumiputera
 Kelas F
 Kelas I, II, III dan IV
 Kelas V dan VI bertaraf Bumiputera

Di dalam Negeri Pendaftaran Sahaja


 Kelas D dan E
 Kelas V dan VI
Di dalam kawasan pentadbiran daerah atau kawasan Wilayah Persekutuan yang didaftarkan.
 Kelas F sahaja untuk kerja-kerja undi sebutharga dan 'Requisition'

Pegawai Syarikat

Pegawai syarikat yang dinyatakan dalam sijil pendaftaran adalah wakil yang ditauliahkan untuk
menandatangani semua dokumen-dokumen kontrak syarikat dan mengambil atau memberi kuasa secara
bertulis kepada kakitangan syarikat mengambil borang tender.

Syarat-syarat Pendaftaran Syarikat Koperasi Pembangunan Daerah/Negeri dan Pertubuhan Peladang


Kawasan/Negeri

Syarikat-syarikat Koperasi atau Pertubuhan Peladang perlu memenuhi syarat-syarat berikut untuk
didaftarkan di PKK :-
 Sebuah sahaja Koperasi Pembangunan dan satu sahaja Persatuan Pertubuhan Peladang
didaftarkan di peringkat nasional yang kawasan operasinya meliputi seluruh Semenanjung
Malaysia.
 Sebuah sahaja Koperasi Pembangunan Negeri dan satu sahaja Persatuan Pertubuhan Peladang
Negeri didaftarkan di peringkat Negeri yang kawasan operasinya dihadkan meliputi Negeri itu
sahaja.
 Bilangan Pertubuhan Peladang Kawasan yang boleh berdaftar sebagai kontraktor bagi satu-satu
daerah adalah tidak dihadkan dan kawasan operasinya adalah di daerah itu sahaja. Bagi Koperasi
Pembangunan Daerah, hanya satu sahaja Koperasi Pembangunan Daerah didaftarkan bagi
sesuatu daerah dan kawasan operasinya adalah dihadkan dalam daerah di mana ia berdaftar.

Koperasi Pembangunan Daerah/Negeri/Negara


 Bidang kerja Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Specialis (General and Specialist Civil
Engineering Works);
 Bidang kerja Pembinaan Bangunan (Building Works); dan
 Bidang kerja Kejuruteraan Mekanikal, Pembersihan dan Air (Mechanical, Sanitary and Water
Engineering Works).

Ke atas

Persatuan Pertubuhan Peladang Daerah/Negeri/Negara


 Bidang kerja Kejuruteraan Awam yang berkaitan dengan aktiviti am Persatuan (General Civil
Engineering Work Connected with Association's General Activities); dan
 Bidang kerja Pembangunan Tanah, Pertanian dan Perhutanan (Forest and Land Development
Works).
 Kelas pendaftaran yang diluluskan adalah berasaskan kepada sistem markah; secara amnya
peringkat kelas untuk Pertubuhan Peladang Kawasan tidak lebih tinggi dari peringkat kelas untuk
Koperasi Pembangunan Negeri.
 Koperasi/Persatuan/Pertubuhan atau yang serupa hendaklah ditaja oleh Kementerian Pertanian,
Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau Jabatan Pembangunan Koperasi.
 Mana-mana Koperasi/Persatuan/Pertubuhan atau Koperasi yang serupa yang telah didaftarkan
sebagai kontraktor kerja sebelum ini akan dikaji semula dan dirujuk kepada Kementerian dan
Jabatan Pembangunan Koperasi untuk menentukan sokongan mereka.
 Permohonan-permohonan pendaftaran sebagai kontraktor kerja daripada lain-lain Koperasi atau
Pertubuhan iaitu seperti Koperasi Nelayan perlu dirujuk ke Ibu Pejabat PKK untuk keputusan dasar
dan Jabatan Pembangunan Koperasi Negara.

Cara-cara Permohonan Bagi Koperasi dan Persatuan Yang Tidak Ditaja

Bagi permohonan pendaftaran ialah Koperasi atau Persatuan Pertubuhan Peladang yang tidak dibuat
melalui Lembaga Pertubuhan Peladang, Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar
dan Jabatan Pembangunan Koperasi yang berkenaan, garis panduan dibawah ini hendaklah dipatuhi :-
 Semua permohonan pendaftaran sebagai kontraktor kerja daripada Koperasi Pembangunan
Daerah/Negeri - hendaklah dikemukakan kepada PKK melalui Kementerian Pembangunan Luar
Bandar (Bahagian Pengawalan dan Penyelarasan Agensi) yang beralamat di Tingkat 1, Bangunan
Bank Rakyat, Jalan Tangsi, 59480 Kuala Lumpur).
 Semua permohonan pendaftaran selaku kontraktor kerja daripada Pertubuhan Peladang
Daerah/Negeri hendaklah dikemukakan kepada PKK melalui Lembaga Pertubuhan Peladang,
(Bahagian Pembangunan) beralamat di Wisma Peladang, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala
Lumpur.
 Kedua-dua agensi Kerajaan yang disebutkan tadi akan memberikan pandangan, ulasan dan
sokongan mereka, di mana berkenaan, bagi setiap permohonan.
 Semua permohonan pendaftaran sebagai kontraktor kerja yang telah atau akan diterima oleh PKK
tanpa melalui Agensi Kerajaan yang disebutkan di atas perlu merujuk kepada agensi-agensi yang
berkenaan untuk mendapatkan pandangan, ulasan dan sokongan mereka.

Ke atas

Kelas dan Fee Bagi Kontraktor Kerja Awam

Kelas Fee Proses (RM) Fee Pendaftaran (RM) Fee Pembaharuan


Setiap 2 Tahun (RM)
A 100 5000 2500
B 100 3000 1500
C 100 500 250
D 50 250 125
E 50 150 75
F 50 75 38 (3 Tahun)

Had Kewangan (Kos Kerja) Bagi Kontraktor Kerja Awam

(Pindaan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 14 Tahun 2002)

Kelas Had Kewangan (RM)


A Melebihi RM 10,000,000
B RM 5,000,001 hingga RM 10,000,000
C RM 2,000,001 hingga RM 5,000,000
D RM 500,001 hingga RM 2,000,000
E RM 200,001 hingga RM 500,000
F Sehingga RM 200,000

Ke atas

Kelas dan Fee Bagi Kontraktor Elektrik

Kelas Fee Proses (RM) Fee Pendaftaran (RM) Fee Pembaharuan


Setiap 2 Tahun (RM)
I 100 1500 750
II 100 500 250
III 50 250 125
IV 50 150 75
V 50 80 40
VI 50 50 25

Had Kewangan (Kos Kerja) Bagi Kontraktor Elektrik

Kelas Had Kewangan


(RM)
I 50,001 ke atas
II 1,000,001 ke bawah
III 500,001 ke bawah
IV 150,001 ke bawah
V 50,001 ke bawah
VI 20,001 ke bawah

Ke atas

Lain-Lain Fee

Lain-lain bayaran yang dikenakan ialah untuk urusan berikut :-

Tambahan Kepala dan Sub Kepala

- RM 30.00 bagi tiap-tiap tambahan tanpa mengikut kelas

Kenaikan Kelas Pendaftaran


- Perbezaan antara fee pendaftaran kelas baru dan kelas dahulu

* Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama Pengarah PKK dengan berpalang melalui salah satu
dari empat cara di bawah :-

 Bank Deraf
 Kiriman Wang Pos
 Perintah Juruwang
 Wang Pos

* Satu resit rasmi akan dikeluarkan kepada syarikat sebaik sahaja pembayaran diterima.

Bidang Kerja

Kepala dan Sub-Kepala Untuk Pendaftaran Kontraktor Kerja Awam

Kepala
Kepala I Kerja Kejuruteraan Awam
(Civil Engineering Works)
Kepala II Kerja Bangunan
(Building Works)
Kepala III Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Pembersihan dan Kejuruteraan Air
(Mechanical, Sanitary and Water Engineering Works)
Kepala IV Lain-lain Kerja Kejuruteraan Awam Spesialis
(Other Specialist Civil Engineering Works)
Kepala V Kerja Pecah Batu, Pembekalan Tanah dan Pengangkutan
(Quarrying Metal and Earth Supply, Cartage and Transport)
Kepala VI Kerja Perhutanan dan Pembangunan Tanah
(Forest and Land Development)
Kepala VIII Kerja Telekomunikasi
(Telecommunication Works)

Ke atas

Kepala dan Sub-Kepala Untuk Pendaftaran Kontraktor Elektrik

Kepala Sub-Kepala
Kepala VII 1 Kerja-kerja pendawaian am
2 Pendawaian sistem kawalan
3 Pemasangan talian atas voltan rendah dan kabel bawah tanah

4 Pemasangan kabel bawah tanah melebihi 1 KV sehingga dan termasuk 11


KV
5 Pemasangan logi penjanaan sehingga dan termasuk 1 KV

6 Pemasangan logi penjanaan voltan tinggi


7 Pemasangan kabel bawah tanah yang melebihi 11 KV

8 Pemasangan talian atas termasuk menara penghantaran 6.6 KV ke atas

9 Pembersihan rentas untuk 6.6 KV dan ke atas


10 Pemasangan kelengkapan voltan tinggi :
(a) hingga dan termasuk 11 KV
(b) melebihi 11 KV

11 Pemasangan lampu jalan awam


12 Pemasangan lampu lapangan terbang
13 Pemasangan lampu khas seperti lampu stadium dan kawasan lampu limpah,
lampu pentas dan sebagainya

14 Pemasangan sistem bekalan kuasa tanpa gangguan

15 Pemasangan sistem kejuruteraan elektrik/elektronik voltan rendah tambahan


seperti sistem pemasangan dan penggerak, sistem keselamatan dan
sebagainya
16 Sistem bunyi

Ada beberapa keperluan pendaftaran yang perlu dikemukakan untuk berdaftar dengan
CIDB:-

1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


2. Pengalaman
o Pengalaman syarikat/firma atau pegawai teknikal utama dalam bidang pembinaan.
o Kontrak utama/kontrak dinamakan dilaksanakan dengan bukti.<!--[endif]-->
o Subkontrak dilaksanakan dengan bukti.
3. Keupayaan Kewangan
o Keupayaan kewangan syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Syarikat (R.O.C) dinilai
berdasarkan Modal Berbayar Syarikat.<!--[endif]-->
o Syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan (R.O.B) samada Firma Milik Tunggal
atau Perkongsian , keupayaan kewangan dinilai berdasarkan Modal Terkumpul yang perlu
diperolehi samada dari salah satu atau semua yang berikut:
 Salinan penyata bank akaun semasa bagi 3 bulan terkini.<!--[endif]-->
 Salinan baki terkini dari buku akaun simpanan.<!--[endif]-->
 Salinan penyata simpanan tetap yang masih dalam tempoh sah laku dan tidak
dicagarkan.<!--[endif]-->
 Surat pengesahan dari bank berhubung dengan kemudahan overdraf, jika ada.<!--
[endif]-->
 Saham ASB.
4. Sumber Kakitangan<!--[endif]-->
o Kakitangan tempatan sepenuh masa bagi menjalankan kerja-kerja selaras dengan gred dan
kategori pendaftaran (dengan kelayakan yang diiktiraf dan penyata KWSP yang berkaitan).

Bagaimana untuk menentukan kelayakan berdaftar dengan gred pendaftaran CIDB?

Untuk menentukan kelayakan bagi gred yang dipohon, pemohon perlu memenuhi kriteria
kewangan dan teknikal seperti jadual di bawah :

Kriteria Pendaftaran Kontraktor

Gred Keupayaan Modal Berbayar Kelulusan Individu/ Yuran Fee Proses


Syarikat*/ Pendaftaran
Menender/

Modal Terkumpul ** Teknikal # 1 Tahun


Menjalankan
Kerja (RM)
(RM) (RM)

1 kumpulan A dan 1 50.00


kumpulan B

(kedua-dua min 5
G7 Tiada had 750,000.00 tahun pengalaman) 1,400.00

atau 2 kumpulan A
(salah seorang min. 5
tahun pengalaman)

1 kumpulan A dan 1
kumpulan B
Tidak melebihi 10
G6 500,000.00 1,000.00
juta
(salah seorang min. 3
tahun pengalaman)

1 kumpulan A atau

Tidak melebihi 5
G5 250,000.00 1 kumpulan B 700.00
juta
(pengalaman 5
tahun)

Tidak melebihi 3
G4 150,000.00 1 kumpulan B 350.00
juta

Sijil kursus Berkaitan


Tidak melebihi 1 Dalam Bidang
G3 50,000.00 150.00
Juta Pembinaan/
pengalaman

Sijil kursus Berkaitan


Tidak melebihi Dalam Bidang
G2 25,000.00 80.00
500,000.00 Pembinaan/
pengalaman

G1 Tidak melebihi 5,000.00 Sijil kursus Berkaitan 20.00


200,000.00 Dalam Bidang
Pembinaan/
pengalaman

Nota :

* Modal Berbayar (bagi syarikat Sdn. Bhd. Atau Syarikat Berhad)

** Modal Terkumpul (bagi firma pemilik tunggal/perkongsian)Penyata Akaun Semasa Bank (3 bulan terkini)/
Baki Terkini Dari Buku Akaun Simpanan / Kemudahan Overdraf / Penyata Simpanan Tetap yang tidak dicagar /
Saham ASB /Sijil Simpanan Premium.

# Kumpulan A - Pemegang Ijazah dalam bidang pembinaan / yang berkaitan dengan pembinaan

Kumpulan B - Pemegang Diploma dalam bidang Pembinaan /yang berkaitan dengan pembinaan atau Pemegang
Ijazah yang berpengalaman dalam bidang pembinaan.

Anda mungkin juga menyukai