Anda di halaman 1dari 8

PUSAT LATIHAN PENGAJAR & KEMAHIRAN LANJUTAN

JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19,


40900 SHAH ALAM,
SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

NAMA PROGRAM /
KEMAHIRAN SOSIAL DAN NILAI SOSIAL
PROGRAM NAME

TAHAP / LEVEL 1 HINGGA 5


TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
KEMAHIRAN KEPIMPINAN
COMPETENCY UNIT
TITLE

1. ELEMEN ASAS PROSES KEPIMPINAN

2. PERLANTIKAN PEMIMPIN

3. KEPENTINGAN SEORANG PEMIMPIN


NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / 4. CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 5. KEPERLUAN SEORANG PEMIMPIN

6. NILAI-NILAI SOSIAL YANG BERKAIT DENGAN


KEMAHIRAN KEPIMPINAN

7. SENARIO – KEMAHIRAN KEPIMPINAN

JAM LATIHAN/TRAINING
4 JAM Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 7
HOUR

TAJUK / TITLE:

KEMAHIRAN KEPIMPINAN

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
perantis tentang kemahiran kepimpinan dalam melaksanakan pelbagai tugas dan
pergaulan di organisasi..
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 8

PENERANGAN / INFORMATION :

Kepimpinan adalah suatu proses menggerakkan sekumpulan manusia menuju


kepada suatu yang telah ditetapkan melalui dorongan yang tidak memaksa. Kepimpinan
yang baik menggerakkan manusia untuk memenuhi kehendak jangka panjang. Selain itu,
kemahiran kepimpinan adalah merangkumi kemahiran merancang dan mengurus
sesebuah organisasi. Kemahiran kepimpinan juga adalah meliputi kebolehan untuk
memahami dan mengambil peranan bersilih ganti di antara ketau dan ahli pasukan.

1. Definasi
Definisi pemimpin berbeza-beza kerana ianya bergantung kepada pelbagai faktor
seperti lokasi, masa dan jenis organisasi yang dipimpin.
- “Zenger (1985) - Pemimpin merupakan seorang yang memandu pengikut ke arah
satu destinasi”
- “Martin (1999) - Pemimpin sebagai seorang komunikator, pemberi ganjaran yang
seimbang dan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan”
- “Rex campbell (1999) - pemimpin ialah seorang yang melakukan kerja”

Secara umumnya, pemimpin boleh didefinasikan sebagai seorang yang


mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi orang lain supaya menerima cadangan
dan idea untuk mencapai matlamat.

Dari sudut pembelajaran dan pengajaran bidang kemahiran, kemahiran


kepimpinan didefinisikan sebagai kebolehan mengagak, membimbing, menyokong
dan membantu bagi mencapai sesuatu di samping memiliki kemahiran pengagihan
kerja.

2. Tafsiran
a. Pemimpin
Ditafsirkan sebagai seseorang yang diiktiraf atau oleh satu atau lebih daripada
satu orang, di mana pemimpin tersebut mempunyai pengaruh, berwibawa dan
mempunyai kuasa. Berlaku sama ada dalam jangka panjang atau pendek dalam
situasi tertentu. (Al.Ramaiah,1999)
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 8

b. Memimpin
Merupakan satu tindakan atau siri aktiviti yang dilakukan oleh seseorang individu,
dan individu itu memainkan peranan kepimpinan, menggunakan pengaruhnya
terhadap orang lain iaitu pengikutnya kea rah pencapaian matlamat.

c. Kepimpinan
Pengaruh interpersonal, di mana individu tersebut dilatih dan dilaksanakan secara
langsung menerusi proses komunikasi untuk mencapai sesuatu kejayaan yang
diingini.

3. Elemen Asas Proses Kepimpinan


a. Pemimpin
Seseorang pemimpin terlebih dahulu perlu memahami dengan jelas bagaimana
pemimpin perlu membimbing orang lain.

b. Pengikut
Proses kepimpinan tidak boleh berlaku dengan satu orang sahaja kerana proses
ini memerlukan sekurang-kurangnya dua orang, seorang yang memimpin dan
seorang lagi mengikut. Sekiranya tidak ada pengikut maka tiada pemimpin. Maka
disini kesetiaan seseorang pengikut terhadap pemimpin adalah penting.

c. Komunikasi
Komunikasi dua hala antara pemimpin dan pengikut adalah penting. Pemimpin
sentiasa mencari peluang untuk menginovasi, membangun dan memajukan diri.
Walau bagaimanapun, pemimpin bukanlah membentuk sesuatu dengan
sendirinya. Malah ia memerlukan sokongan dan penglibatan serta kerjasama
semua pihak.

d. Situasi
Situasi merupakan persekitaran tempat berfungsinya sesebuah organisasi
sentiasa berubah kerana perubahan teknologi, undang-undang, keudayaan, iklim
dan banyak lagi. Oleh sebab itu, pemimpin perlu bijak memimpin organisasinya
mengikut kesesuaian situasi yang dilaluinya.
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 8

4. Perlantikan Pemimpin
a. Perlantikan berdasarkan kebolehan tertentu.
b. Perlantikan berdasarkan keturunan atau kedudukan.
c. Perlantikan kerana mempunyai kelebihan dalam aspek tertentu

5. Kepentingan Seorang Pemimpin


a. Dunia pasaran kerja hari ini memerlukan seseorang individu yang mempunyai ciri-
ciri kepimpinan.
b. Perantis mampu melakukan tugas dan tanggungjawab yang diberikan tanpa
memerlukan penyeliaan dan pemantauan daripada pihak majikan.
c. Berkemampuan untuk membawa atau memimpin satu organisasi ke arah
kecemerlangan

6. Ciri-Ciri Seorang Pemimpin


a. BERTANGGUNGJAWAB
i. Seorang pemimpin selalu berjiwa besar, menerima kritikan dan selalu
mengambil tanggungjawab atas semua keputusan yang diambil.
ii. Tidak akan pernah mencari kambing hitam atau menyalahkan orang lain.

b. YAKIN TERHADAP KEBOLEHAN DIRI SENDIRI


i. Seorang pemimpin sedar akan kekuatan dan kelemahan dirinya sendiri dan
tahu cara mengatasi kelemahan tersebut.
ii. Tidak menganggap kelemahan sebagai halangan untuk memimpin.

c. FOKUS KEPADA PENYELESAIAN BUKAN MASALAH


i. Kebanyakan orang akan berasa gelisah apabila menghadapi masalah.
Namun, seorang pemimpin yang hebat akan selalu memandang jauh ke
hadapan dan menganggap masalah sebagai cabaran untuk berjaya.

d. BERANI MENGAMBIL RISIKO


i. Setiap keputusan yang besar berkaitan dengan risiko yang besar.
ii. Seorang pemimpin akan menitikberatkan risiko yang akan dihadapi daripada
keputusan yang dibuat.
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 8

e. BERFIKIRAN TERBUKA
i. Kepimpinan bukanlah keduudkan yang istimewa dan menunjukkan
kekuasaan semata-mata.
ii. Pemimpin yang baik akan membimbing pengikutnya sehingga tercapai
tujuan satu organisasi tersebut.
iii. Sedia menerima pendapat orang lain.

f. MEMPUNYAI KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI YANG BAIK


i. Pemimpin akan menghormati orang bawahannya dengan menjaga
percakapan.
ii. Bukan setakat arahan yang diberikan, pemimpin seharusnya memberi
inspirasi, ilmu dan dorongan untuk mereka melakukan kerja dengan ikhlas.

7. Keperluan Seorang Pemimpin


a. KEMAHIRAN PERHUBUNGAN
i. mampu membina kepercayaan di kalangan ahli yang terlibat.
ii. mempunyai kemahiran sosial yang baik.
iii. gemar dan berkemampuan untuk bekerja secara berkumpulan.
iv. menjadi contoh teladan kepada orang lain

b. KEMAHIRAN KOGNITIF
i. mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.
ii. kemampuan berfikir secara jelas.
iii. kemampuan menganalisa masalah.
iv. kemampuan menyelesaikan masalah.
v. mempunyai pengetahuan yang jelas

c. KEMAHIRAN TINDAKAN
i. kebolehan melakukan tugas dan tanggungjawab.
ii. kebolehan mengagihkan tugas kepada orang lain.
iii. Bermotivasi.
iv. mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
v. lebih banyak melakukan kerja daripada bercakap
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 8

d. KEMAHIRAN KEPAKARAN
i. mempunyai kemahiran teknikal.
ii. mempunyai tahap kopentensi yang tinggi.
iii. mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

8. Nilai-Nilai Sosial Yang Berkait Dengan Kemahiran Kepimpinan


a. Kerjasama
b. Keyakinan
c. Kejujuran
d. Keadilan
e. Kesabaran
f. Ketepatan masa

9. Senario – Kemahiran Kepimpinan


Anda merupakan ketua projek kumpulan kelas. Anda mahu menghasilkan produk
kerja yang terbaik. Walau bagaimanapun, ahli kumpulan anda sangat sibuk dan kerap
gagal untuk hadir dalam beberapa sesi perbincangan yang telah anda atur. Anda
amat tertekan bagi menghadapi tarikh akhir yang hanya tinggal seminggu lagi.

Apa yang anda harus buat?


a. Adakah terus memaksa ahli kumpulan anda untuk hadir dalam perbincangan
kumpulan.
b. Adakah memaklumkan kepada ahli kumpulan yang anda akan membuat projek
seorang diri dan nama mereka tidak akan disenaraikan dalam projek.
c. Adakah maklum kepada pengajar berkenaan mengenai kurangnya kerjasama
daripada ahli kumpulan.
d. Adakah teruskan projek dan berkongsi markah dengan ahli kumpulan yang lain.
e. Adakah anda akan menukar ahli kumpulan.

10. KESIMPULAN
Selain peranan daripada faktor-faktor lain dalam mencapai matlamat organisasi,
kepimpinan karismatik merupakan unsur dalaman yang menjadi faktor utama ke arah
mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 8

Kejayaan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi


perkhidmatan berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.
Usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada
kepintaran seseorang pemimpin.

SOALAN / QUESTIONS:

1. Nyatakan empat (4) elemen asas proses kepimpinan


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________
d. __________________________________________________________________

2. Nyatakan enam (6) ciri asas seorang pemimpin.


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________
d. __________________________________________________________________
e. __________________________________________________________________
f. __________________________________________________________________

3. Nyatakan enam (6) nilai sosial YANG BERKAIT DENGAN KEMAHIRAN


KEPIMPINAN
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________
d. __________________________________________________________________
e. __________________________________________________________________
f. __________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:
1. Soeroso, Andreas. 2008. Sosiologi 1 untuk SMA kelas X. Jakarta : Yudhistira
2. Soewito. 2006. Buku ajar sosiologi untuk SMA/MA kelas X. Solo : Trijaya Utama
3. Waluya, Bagja. 2007. Sosiologi Menyelami Fenomenas Sosial di Masyarakat.Bandung
: Seria Purna Inves
NO. KOD / CODE NO. Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 8

4. Maryati, kun dan Saryawati, Juju. 2006. Sosiologi Untuk SMA/MA kelas X. Jakarta :
Erlangga
5. Muin, Idianto. 2013. Sosiologi untuk SMA/MA Kelas X. Kelompok Peminatan Ilmu-Ilmu
Sosial. Jakarta : Erlangga. Hal : 100-108
6. Waluya, Bagja. 2007. Sosiologi Menyelami Fenomenas Sosial di Masyarakat.
Bandung : Seria Purna Inves

Anda mungkin juga menyukai