Anda di halaman 1dari 1

TENTANG SUNGAI ITU

Oleh Zaini Ujang

Tentang sungai itu


Sudah kita sepakat putuskan
Airnya perlu dijernihkan
Alurnya perlu didalamkan
Denainya perlu diluruskan.

Tentang sungai itu


Sepakat kita bersetuju
Perundangan wajib dikuatkuasakan
Pelestarian perlu dibudayakan
Pengindahan wajar dilaksanakan.

Tentang sungai itu


Kita perlu sepakat bersetuju
Bahawa ini tanggungjawab bersama
Jangan hanya bertingkah menuding jari
Sumbangan amali lebih bererti
Supaya sungai itu dapat segera dilestari.

Tentang sungai itu


Kita melestarikannya secara muafakat
Kita bermuafakat untuk mendapat manafaat
Kita mendapat manafaat, dan limpahan barakat!

Anda mungkin juga menyukai