Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

PERSARAAN PENGETUA

1 JANUARI 2023

BIL AGENDA TEKS

1 Kata Alu-aluan Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan / Puan Sofiah bt


Pengacara Majlis Harun /Pengetua SMK Bandar Baru Darulaman/ bersama Tn
Haji Alimin bin Ahmad , Yang Di Pertua PIBG dengan diiringi
barisan pentadbir /Dewan Mafthuhah.

PERSEMBAHAN SILAT:

Hadirin sekalian, persembahan silat yang kita saksikan


sebentar tadi merupakan persembahan dari PERSATUAN
SILAT SENI GAYUNG BUDIMAN seramai
________ orang pesilat yang dipimpin oleh Pn Ruslindawati bt
Hassan Bersama rakan-rakan guru silat yang lain.

1
Hadirin dipersilakan mengambil tempat.

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal BismilLah pembuka bicara

Bismilahhirahmanirahim,

 Yang Berusaha/ Puan Sofiah bt Harun /Pengetua SMK


Bandar Baru Darulaman.
 Yang Berusaha/ Puan Zarini bt Ahmad /Penolong Kanan
Pentadbiran
 Yang Berusaha/ En. Syahar bin Osman/ Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid
 Yang Berusaha/ Puan Siti Azura bt Samsu
Penolong Kanan Kokurikulum.
 Yang Berusaha/ Puan Hajah Sharipah bt Umar
Penolong Kanan Petang

 Yang Dihormati / Tn Haji Alimen Bin Ahmad/ Yang


Dipertua PIBG, Sek Men Keb Bandar Baru Darulaman
 Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG /Barisan Guru Kanan Mata
Pelajaran/ Guru kaunselor, barisan Guru-guru
seterusnya/ murid-murid yang dikasihi sekalian.

2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh/ dan salam
sejahtera.

Selamat Datang diucapkan sekali lagi kepada semua hadirin


yang hadir pd hari ini/ semoga dengan kehadiran anda semua
akan melengkapkan lagi ’Majlis Persaraan Lambaian Kasih/
iaitu Yang Diraikan, / Puan Sofiah bt Harun /Pengetua SMK
Bandar Baru Darulaman pada hari ini.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang dapat diungkapkan/ di atas segala jasa bakti


budi dan kepimpinan/ yang telah beliau berikan sepanjang
perkhidmatan beliau sebagai Pengetua di SMK Bandar Baru
Darulaman.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan/, setiap


pertemuan pasti mengundang perpisahan. Hadirin sekalian,
Andainya bintang diangkasa tidak mampu dikira/ begitulah
juga jasa Pn Sopiah sehingga tidak mampu kami balasnya.
Sekalung penghargaan, diucapkan buat yang diraikan, Pn
Sopiah Harun, atas kesudian hadir pada majlis hari ini

3
3. Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Dengan harapan agar majlis kita pada petang ini memperoleh
keberkatan/, marilah sama-sama /kita mendah tangan/
memanjatkan doa ke hadratNya./ Untuk itu majlis
mempersilakan/ Al Fadhil ustaz MUHAMMAD ASHROF BIN
ISMAIL / untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya/ dipersilakan.

4. Bacaan doa Tamat Majlis mengucapkan/ terima kasih kepada kepada Al Fadhil
ustaz MUHAMMAD ASHROF BIN ISMAIL atas pimpinan bacaan
doa itu tadi.

Majlis mengalu-alukan kehadiran En Aminuddin Bin


Baki_____________________ iaitu suami tuan pengetua yang
tercinta untuk bersama-sama meraikan majlis pada hari ini.
Terima kasih tuan, kerana sudi menerima jemputan istimewa
dari pihak majlis. Dengan ini majlis mempersilakan tuan
pengetua Bersama isteri tercinta berada di atas pentas dan
duduk disinggahsana pelamin Lambaian Kasih.

4
5 UCAPAN WAKIL Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya…..
PELAJAR Tak berguna jika ada dayung, tiada perahunya……
Tak lengkaplah Majlis, jika tidak ada yang berbicara

Hadirin yang dikasihi sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil pelajar/ majlis


mempersilakan Saudara
________________________________ untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara


________________________________atas ucapan sebentar
tadi.

6
UCAPAN MAJLIS Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Ketua Majlis Guru
STAFF dan Staff SMKBBD, dipersilakan En Suhairizam bin Omar untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Saudara En Suhairizam bin


Omar atas ucapan sebentar tadi.

7 UCAPAN YDP Terbang sekawan si itik nila,


Di atas papan batang selasih,

5
Tampillah tuan kami persila
Bersama ucapan pengikat kasih

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan/ dengan mempersilakan/ Tn Hj Alimen bin
Ahmad,Yang DiPertua PIBG SMK Bandar Baru Darulaman
/untuk menyampaikan ucapan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih/ kepada Yang


Dipertua PIBG atas ucapan sebentar tadi.

8
TAYANGAN MONTAJ Hadirin sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan tayangan multimedia, Montaj


Biografi Yang Diraikan Pn Sopiah Bt Harun, Pengetua SMK
Bandar Baru Darulaman. Dengan harapan agar persembahan
montaj ini akan menjadi sumber inspirasi dan kenang-
kenangan buat kita semua. Sama-sama kita saksikan

Itu tadi persembahan multimedia, tayangan Montaj Biografi


Yang DiRaikan Pn Sopiah Bt Harun, Pengetua SMK Bandar
Baru Darulaman.

9 Bukan keris tanpa ulunya,


Ucapan PENGETUA Bukan Majlis tanpa ucapannya,

6
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nantikan iaitu / dengan
mempersilakan/ Yang Berusaha/ Pn Sofiah bt Harun/
Pengetua SMK Bandar Baru Darul Aman /untuk
menyampaikan ucapan dan kata-kata terindah buat kita
semua.

Dipersilakan.

-Selesai ucapan- Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih/


kepada Yang Diraikan Pn Sopiah bt Harun atas
10
ucapan,pesanan tadi. Semoga setiap kata kata keramat dan
amanat yang disampaikan tadi dapat kita jadikan sebagai
sumber inspirasi dan panduan kepada untuk kita mengharungi
dan meneruskan perjalanan sebagai warga pendidik. Terima
kasih tuan pengetua.

Malam Hari berlagu unggas


Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budimu puan dalam ingatan

11 Penyampaian Hadiah: Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan


cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang
kita raikan pada hari ini.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan/


Pn Sopiah bt Harun/ Pengetua SMK Bandar Baru Darulaman/
diiringi suami tersayang En Aminuddin bin Baki/ untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

7
Majlis akan dimulakan dengan penyampaian
cenderamata daripada :
1Batch
2_

Seterusnya majlis menjemput Cikgu Suhairizam bt


Omar, Pengerusi Majlis Guru dan Staff sesi
2021/2022 untuk menyampaikan cenderahati kepada
yang dirai.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian dari


1
2
3

Majlis merakamkan terima kasih kepda Yang Diraikan Yang


Diraikan Pn Sopiah bt Harun Bersama suami atas kesudian
menerima cenderahati kenang-kenangan dari warga
BUDIMAN, dan penghargaan buat TN HAJI ALIMIN kerana sudi
menyampaikan cederahati dan sudi hadir memeriahkan

8
majlis. Terima kasih juga diucpkan kepada semua penyampai
cenderahati sebentar tadi.
POTONG KEK Seterusnya dipersilakan Yang Diraikan Yang Diraikan Pn
Sopiah bt Harun Bersama suami dan barisan pentadbir untuk
Bersama-sama yang dirai untuk sesi memotong kek persaraan.

Bergerak ke pentas Perhatian kepada semua rakan guru, anda diminta


utama untuk bergerak ke pentas utama untuk majlis
seterusnya
GIMIK Hadirin sekalian, majlis DITERUSKAN LAGI
DENGAN UPACARA PERASMIAN TUGU 3D
SEBAGAI SIMBOLIK SMK BANDAR BARU
DARULAMAN.

DENGAN ITU DIJEMPUT YANG DIRAI, PN SOPIAH


BT HARUN BERSAMA TETAMU YANG HADIR DAN
RAKAN-RAKAN PENTADBIR MENGIRINGI YANG PN
PENGETUA UNTUK MERASMIKAN TUGU 3D
SMKBBD.

TUGU 3D INI AKN MENJADI KENANG-KENANGAN


KITA BERSAMA PN SOPIAH SEBAGAI PENGETUA
KITA YANG TERBAIK. SAMA-SAMA KITA BAGI
TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA YANG
DIRAIKAN PN SOPIAH BT HARUN DAN

9
10

Anda mungkin juga menyukai