Anda di halaman 1dari 9

LMEP1412

ASAS KEWANGAN PERIBADI

TUGASAN REFLEKSI
BAJET PERIBADI

DISEDIAKAN OLEH:
AINAA NATHASYA BINTI ALIAS
(A196178)

PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. MOHD HAFIZUDDIN SYAH BANGAAN ABDULLAH
ISI KANDUNGAN

Pengenalan ............................................................................................................................................. 1
Bajet Mingguan ..................................................................................................................................... 2
Kesimpulan ............................................................................................................................................ 7
Pendapat Tentang Tugasan Bajet ........................................................................................................ 7
Pengenalan

Belanjawan merupakan satu dokumen perancangan strategik yang bukan hanya digunakan untuk
sesuatu organisasi tetapi juga oleh kerajaan. Belanjawan merupakan satu pernyataan formal tentang
perancangan pihak pengurusan dalam bentuk kuantitatif. Maksudnya, apa-apa perancangan yang dibuat
oleh pihak pengurusan akan dinyatakan formal dalam bentuk angka untuk dikomunikasikan kepada ahli
organisasi.

Walaupun penyediaan belanjawan adalah satu proses yang memakan masayang panjang, ia masih di
anggap langkah yang kritikal dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi, baik kecil mahupun besar.
Ini adalah kerana belanjawan memberi banyak kelebihan kepada organisasi. Antara kelebihan
belanjawan ialah ia bertindak sebagai alat perancangan. Belanjawan menggalakkan pengurus berfikir
kehadapan, iaitu meramal dan bersedia dengan sesuatu perkara yang bakal terjadi pada masa hadapan.
Dalam erti kata lain, organisasi yang tidak mempunyai belanjawan tidak mempunyai hala tuju yang
jelas dan sukar menganalisis keputusan yang dicapai oleh organisasi kerana tidak ada alat pengukur
yang jelas serta tidak dapat melaksanakan pengukuran prestasi yang objektif.

Selain itu, alat komunikasi kepada seluruh organisasi. Belanjawan yang telah disiapkan oleh pihak
pengurusan akan dihebahkan kepada ahli organisasi yang lain. Belanjawan tersebut dijadikan
panduan dalam merancang dan melaksana aktiviti agar dapat mencapai sasaran seperti yang telah
ditetapkan.Di samping itu, seseorang pengurus itu juga dapat mengetahui perancangan yang telah dibuat
oleh pengurus bahagian lain. Dengan itu, pengurus tersebut dapat merancang Tindakan yang selari bagi
mencapai matlamat organisasi secara keseluruhannya. Sebagai contoh, apabila pengurus pengeluaran
mendapat maklumat yang tepat tentang perancangan jualan yang telah dibuat oleh pengurus jualan,
maka beliau dapat merancang tahap pengeluaran yang dapat memenuhi kehendak bahagian pemasaran.
Dalam erti kata lain, proses koordinasi dan integrasi dalam organisasi lebih mudah dilaksanakan
dengan adanya belanjawan. Pendek kata, belanjawan menjadi alat komunikasi antara beberapa pihak
dalam organisasi.

Akhir sekali, alat pengagihan sumber. Seterusnya, belanjawan juga digunakan sebagai alat pengagihan
sumber.Ini adalah kerana sumber yang terhad memaksa syarikat mengagih dan mengguna sumber
tersebut secara efektif. Syarikat yang tidak mempunyai belanjawan sering kali gagal mengagihkan
sumber secara rasional dan sistematik. Dengan bantuan belanjawan yang disediakan, selepas
mengambil kira pandangan semua pihak dalam organisasi, konflik berkaitan pengagihan sumber dapat
dikurangkan. Belanjawan yang direka bentuk dengan mengambil kira pandangan pekerja selalunya
akan meningkatkan motivasi mereka untuk bekerja. Ini adalah kerana mereka merasa diri mereka
dihargai apabila pandangan dan pendapat mereka diambil kira semasa penyediaan belanjawan tersebut.

1
Bajet Mingguan

Bajet Mingguan
Minggu 1 (5-11 April 2023)

PENDAPATAN RM
Pinjaman PTPTN 2 315
Pemberian Keluarga 300
JUMLAH PENDAPATAN 2 615

PERBELANJAAN
Yuran Kolej 512
Yuran Pengajian 890
Kredit Topap 50
Ebook Mikroekonomi 65
Skincare 80
Makanan 100
JUMLAH PERBELANJAAN 1 697

BAKI 918

Bajet Mingguan
Minggu 2 (12-18 April 2023)
PENDAPATAN RM
Baki dari Minggu 1 918
JUMLAH PENDAPATAN 918

PERBELANJAAN
Food Panda 30
Keperluan Peribadi 40
Dobi 8
Online Shopee 50
Makanan 110
JUMLAH PERBELANJAAN 238

BAKI 680

2
Bajet Mingguan
Minggu 3 (19-25 April 2023)
PENDAPATAN RM
Baki dari Minggu 2 680
Duit Raya 400
JUMLAH PENDAPATAN 1 080

PERBELANJAAN
Tudung 25
Online Shopee 50
JUMLAH PERBELANJAAN 75

BAKI 1 005

Bajet Mingguan
Minggu 4 (26 April-2 Mei 2023)

PENDAPATAN RM
Baki dari Minggu 3 1 005
Duit raya 200
JUMLAH PENDAPATAN 1 205

PERBELANJAAN
Ebook Business Komunikasi 59
Duit Minyak Kereta 30
Makanan 20
JUMLAH PERBELANJAAN 109

BAKI 1 096

3
Bajet Mingguan
Minggu 5 (3-9 Mei 2023)

PENDAPATAN RM
Baki dari Minggu 4 1 096
JUMLAH PENDAPATAN 1 096

PERBELANJAAN
Ink Printer 70
Dobi 8
Kredit Topap 50
Buku Matematik 35
Makanan 100
JUMLAH PERBELANJAAN 263

BAKI 833

Bajet Mingguan
Minggu 6 (10-16 Mei 2023)

PENDAPATAN RM
Baki dari Minggu 5 833
Pemberian Keluarga 200
JUMLAH PENDAPATAN 1 033

PERBELANJAAN
Barang Kosmetik 120
Dobi 8
Hadiah Hari Jadi Ibu 110
Next Gen Theme Park 40
Baju 90
Duit MRT 20
Makanan 100
JUMLAH PERBELANJAAN 488

BAKI 545

4
Bajet Mingguan
Minggu 7 (17-23 Mei 2023)

PENDAPATAN RM
Baki dari Minggu 6 543
JUMLAH PENDAPATAN 543

PERBELANJAAN
Tiket Bas 20
Barang Keperluan 70
JUMLAH PERBELANJAAN 90

BAKI 453

Bajet Mingguan
Minggu 8 (24-30 Mei 2023)
PENDAPATAN RM
Baki dari Minggu 7 453
Pemberian Keluarga 300
JUMLAH PENDAPATAN 753

PERBELANJAAN
Foodpanda 15
Dobi 8
Duit Kem Kepimpinan 40
Online Shopee 20
Makanan 80
JUMLAH PERBELANJAAN 163

BAKI 590

5
Bajet Mingguan
Minggu 9 (31 Mei-6 Jun 2023)
PENDAPATAN RM
Baki dari Minggu 8 590
JUMLAH PENDAPATAN 590

PERBELANJAAN
Theme Park Indoor 57
Dobi 8
Wayang 25
Kredit Topap 50
Duit Grab 20
Makanan 95
JUMLAH PERBELANJAAN 255

BAKI 335

Bajet Mingguan
Minggu 10 (7-14 Jun 2023)
PENDAPATAN RM
Baki dari Minggu 9 335
Pemberian Keluarga 300
JUMLAH PENDAPATAN 635

PERBELANJAAN
Skincare 50
Dobi 8
Baju 35
Barang Keperluan 40
Makanan 100
JUMLAH PERBELANJAAN 233

BAKI 402

6
Kesimpulan

Belanjawan adalah satu perancangan strategik yang digunakan untuk oleh individu dan sesuatu
organisasi dalam merancang kewangan. Belanjawan memberi banyak kelebihan kepada semua
terutamanya dalam golongan pelajar. Hal ini kerana dapat menggalakkan pelajar berfikir kehadapan,
meramal dan bersedia dengan sesuatu perkara yang bakal terjadi pada masa hadapan. Sebagai seorang
pelajar kita perlu menguruskan kewangan dengan baik dan cermat supaya dapat digunakan semasa
waktu kecemasan.Akhir sekali, belanjawan sangat penting dalam kehidupan seharian kita kerana kita
dapat memastikan pengaliran keluar dan masuk kewangan adalah seimbang supaya kita dapat
memastikan kewangan kita digunakan untuk tujuan yang penting sahaja supaya dapat menggelakkan
pembaziran.

Pendapat Tentang Tugasan Bajet

Banyak manfaat yang dapat saya perolehi dan belajar ketika membuat tugasan bajet ini.Saya dapat
mengenalpasti perbelanjaan saya dengan lebih teratur dan sistematik. Melalui rekod perbelanjaan, saya
dapat mengkaji dan menyemak semula perbelanjaan saya supaya saya dapat memastikan kewangan
saya diuruskan dengan baik. Melalui tugasan bajet ini juga dapat membantu saya mengenalpasti dan
meraikan setiap kejayaan saya, malah dapat memastikan saya kekal disiplin dalam menguruskan
kewangan saya.

Anda mungkin juga menyukai