1. LATAR BELAKANG
Perkhemahan adalah penting untuk murid-murid . Program seperti ini harus
dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping
dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan mereka kepada persekitaran
baru yang belum pernah mereka kenali sebelum ini.
Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan
pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan
tanpa tekanan.. Maka program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas
dalam memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.
2. TUJUAN
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha
berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek
serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri
sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.
3. OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
3.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
3.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara
teratur dan berdisiplin.
3.4 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
3.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan
mencabar.
3.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.
4. STRATEGI PELAKSANAAN
4.1 Hari : Isnin hingga Khamis
4.2 Tarikh : 16 hingga 19 April 2018
4.3 Tempat : Kem Panglima Pusu 40, Pasir Mas Kelantan.
4.4 Peserta : Ahli Pengakap (murid tahap 2).
4.5 Pengelola : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pasir Mas
4.6 Penginapan : Khemah
4.7 Keperluan : i ) Alat tulis
ii ) Pakaian dan keperluan peribadi
iii ) Pakaian sukan
iv ) Pakaian sembahyang bagi beragama Islam
5. SASARAN PESERTA
5.1 Murid lelaki - 18 orang
5.2 Murid perempuan - 9 orang
5.3 Guru lelaki - 6 orang
5.4 Guru perempuan - 8 orang
6. JADUAL PERKHEMAHAN .
Rujuk lampiran yang disediakan.
7. AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM
–PENGAKAP 2018.
-Sediakan peralatan
9.00AM - 2.30 PM perkhemahan
01/04/19 1.EN MOHD GHAZALI -membawa peralatan
2.MOHD NAZRI perkhemahan n murid ke
ISNIN 3.MOHD ZAILANI tapak perkhemahan.
4. EN HISHAM -Urus pendaftaran murid
5.PN. MALINA -Mendirikan khemah
6.PN. ROSMALINI bersama murid
-Urus makan tengah hari
2.30 PM - 6.30PM
1. PN. (K) -Urus aktiviti yg
2. PN NOR AINI berlangsung
3.PN. JARIDA - sedia minum petang
4.PN. NIK NORHASIKIN
5. PN NOR AZIRA
6.30 PM - 9.30 PM
1. EN ZHUFI MUDA (K)
2.PN. SOLEHAH LOMAN - ambil nasi drpd na
3. PN ROSHANA pekerja pada pukul 5.00
4. PN. RABIAM pm.
-sedia air minuman murid
9.30PM - 7.30AM (nasi bungkus)
1.CIK NUR SYAHIDAH
2.CIK NORIANTY
3.EN. MAT RAZI
4. EN MOHD ZAILANI Pelepasan masuk sekolah
5.EN MOHD 8.30am.
-sedia minum malam air n
biskut
7.30AM HINGGA 2.30PM
17/04/18 1 .EN SABRI (k) ambik nasi -Urus sarapan pagi murid
iunch -urus aktiviti murid
2. EN GHAZALI -sedia makan tengah hari
SELASA 3. PN NORHAYATI
4. PN MALINA Rujuk jadual induk
Diharapkan dengan perlaksanaan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Sekolah (pengakap) ini murid dapat
menimba pengalaman sebenar untuk berdikari tanpa perlu bantuan orang lain dan memberi kesedaran tentang
pentingnya hidup dalam satu masyarakat. Selain itu, dengan penglibatan murid-murid pada setiap aktiviti yang
dijalankan, diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid untuk memahami kebolehan diri sendiri serta orang
lain ke arah membentuk perkembangan positif serta berpotensi menjadi individu yang cemerlang dan berdisiplin.
……………….. ………………...............
PN.MALINA BINTI YUNUS PN.MAZANI@ MAZNI BT YUSOFF
Setiausaha Pen. Kanan Ko-Kurikulum
Unit Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Lati.
Sekolah kebangsaan Lati
Disahkan oleh,
.............................................
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Lati
KERTAS CADANGAN
PERKHEMAHAN TAHUNAN
UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP) 2018