Anda di halaman 1dari 37

Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

PESTA KAGAPE
PERINGKAT CDM 2023

HARI MINGGU BIASA Ke-15


(Tahun A)

“Kristus, Sang Penabur”

Hari Minggu Biasa XV (A) [KAGAPE ‘23] P a g e 1 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

• 11:50am: Frs + Lector + Altar Servers standby at foyer.


Dancers standby at Center/Left/Right aisle.
• Standby Incensing!!
• NO Bell!!
• Congregation to remain seated (to be projected on screen).
• Fr Alan hit the Gong 7x before start Lagu Pembukaan.
• Lagu Pembukaan to accompany Sumazau Dance.
• Frs + Lector + Altar Servers to remain at entrance foyer while
dancers dance towards Sanctuary.
• Once dancers reach sanctuary steps, dancers will ‘invite’ to start
procession.
• Commentator to invite congregation to stand & slide to show
“Sila Berdiri”.
• Frs + Lector + Altar Servers to process in as per normal.

Hari Minggu Biasa XV (A) [KAGAPE ‘23] P a g e 2 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

Lagu Pembukaan :
HATIKU BERSYUKUR/
OUNSIKOU GINAWOKU
(Bahasa Dusun)

1. Hati ku bersyukur, 3. Ounsikou ginawoku


pada-Mu ya Tuhan. Kumaa Diya Tuhan
Semua kasih setia-Mu, Ngawi kosianan Nu kumaa dahai
kepada kami, kan ku ingat selalu. Kosorou ku kasari

2. Ku puji Nama-Mu, 4. Royohon ku ih Ngaran Nu


dengan s’genap hati ku. Sontob suang ginawoku
Engkau yg Mahakudus, Iya no it olidang
ku serah kan hidupku pada-Mu. Pahatakon ku iti koposion ku

Korus : Korus :
Yesus lah jalan dan kebenaran; Yesus noh ralan om katapatan
Yesus lah jalan dan kehidupan; Yesus noh ralan om koposion
Yesus lah jurus’lamat, Yesus noh gampamasi
bagi setiap manusia, Ngawi tulun toinsanan,
di dalam dunia ini. Hiti suang pomogunan
Ku puji agungkan Nama-Mu Royo-royohonku ngaran
Tuhan, Nu Tuhan
Ku ingat selalu kasih setia-Mu. Soro-sorohon ku ih kosianan Nu
Kebangkitan-Mu Yesus, Nokotungag Ko Yesus
dari kematian, Mantad id kapataion,
menyelamatkan kami. Minamasi Ko dahai

Hari Minggu Biasa XV (A) [KAGAPE ‘23] P a g e 3 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

RITUS PEMBUKAAN

TANDA SALIB DAN SALAM

Paderi : Dalam nama † Bapa dan Putera dan Roh Kudus.

Umat : Amin!

Paderi : Rahmat Tuhan kita Yesus Kristus,


cinta kasih Allah,
dan persekutuan Roh Kudus
bersamamu.

Umat : Dan bersama rohmu.

PENGANTAR

Benih dan media adalah dua hal yang saling berkait erat satu sama lain.
Untuk dapat tumbuh dan berkembang dengan baik, benih memerlukan
media yang baik pula.
Benih adalah gambaran Firman Allah, sementara media adalah gambaran
manusia.
Supaya Firman Allah tumbuh dan berkembang, maka manusia diajak untuk
menjadi media yang baik pula.
Untuk menyiapkan media yang baik diperlukan usaha bersama-sama, saling
menguatkan dan meneguhkan, antara lain melalui Ekaristi yang kita rayakan
ini.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 4 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

SERUAN TOBAT (Cara 1....)

Paderi : Saudara dan saudari, marilah mengakui dosa-dosa kita,


supaya kita layak merayakan misteri suci ini.

Semua : Saya mengaku


kepada Allah yang Maha Kuasa
dan kepada saudara dan saudari sekalian,
bahawa saya telah berdosa
dengan fikiran dan perkataan,
dengan perbuatan dan kelalaian,
saya berdosa, saya berdosa, saya sungguh berdosa.
Oleh sebab itu, saya mohon
kepada Santa Perawan Maria,
kepada para Malaikat dan Orang Kudus
dan kepada saudara dan saudari sekalian,
supaya mendoakan saya kepada Allah, Tuhan kita.

Paderi : Semoga Allah yang Maha Kuasa mengasihani kita,


mengampuni dosa kita, dan menghantar kita ke hidup yang kekal.

Umat : Amin!

TUHAN KASIHANILAH

Paderi : Tuhan, kasihani kami.


Umat : Tuhan, kasihanilah kami.

Paderi : Kristus, kasihani kami.


Umat : Kristus, kasihanilah kami.

Paderi : Tuhan, kasihani kami.


Umat : Tuhan, kasihanilah kami.
Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 5 | 37
Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

SERUAN TOBAT (Cara 2....)

Paderi : Saudara-saudari, marilah mengakui bahawa kita telah berdosa,


supaya layak merayakan peristiwa penyelamatan ini.

*Paderi : Tuhan Yesus Kristus,


Engkaulah Sabda Allah,
pembawa Khabar Gembira,
yang diwartakan ke seluruh dunia.

Tuhan, kasihani kami.


Umat : Tuhan, kasihanilah kami.

*Paderi : Engkaulah Sabda Allah,


yang bagaikan benih ditaburkan di mana-mana.

Kristus, kasihani kami.


Umat : Kristus, kasihanilah kami.

*Paderi : Engkaulah Sabda Allah


yang bagaikan benih,
tumbuh dan berkembang dalam hati kami.

Tuhan, kasihani kami.


Umat : Tuhan, kasihanilah kami.

Paderi : Semoga Allah yang Mahakuasa mengasihani kita,


mengampuni dosa kita dan menghantar kita ke hidup yang kekal.

Umat : Amin!

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 6 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

MADAH KEMULIAAN

Kemuliaan kepada Allah di syurga....

Dan damai di bumi


Kepada orang yang berkenan
Kepada-Nya…

Kami memuji Dikau (2x)


Kami menyembah Dikau (2x)
Kami memuliakan Dikau
Tuhan pencipta langit dan bumi.

Tuhan Raja Syurgawi (2x)


Tuhan Putera Anak Domba Allah.

Dan Engkau Roh Kudus (2x)


Penghibur hati kami
Yang berduka.

Bagi-Mu Allah Tritunggal,


Bapa, Putra dan Roh Kudus.
Hormat syukur puji
Selama-lamanya.

Amin… Amin…

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 7 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

DOA PEMBUKAAN

*Paderi : Marilah kita berdoa....


Allah Bapa Yang Maha Baik,
tanah yang Engkau beri kepada kami,
telah menghasilkan buah untuk keperluan kami seharian.
Kami berdoa, semoga ianya terus menghidupkan kami,
dan sentiasa menyedarkan kami
untuk menggunakannya demi kemuliaan-Mu,
dan kebaikan semua orang.
Dengan pengantaraan Yesus Kristus,
Putera-Mu, Tuhan kami,
yang bersama Dikau,
dalam persekutuan Roh Kudus,
hidup dan berkuasa, Allah, sepanjang segala masa.

Umat : Amin!

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 8 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

LITURGI SABDA

BACAAN PERTAMA

Pembacaan dari Kitab Yesaya :


(Yes 55:10-11) AVB

Beginilah Tuhan berfirman, “Seperti hujan dan salji turun dari langit dan
tidak kembali ke sana melainkan membasahi bumi, membuatnya berbuah
dan bertunas, memberikan benih kepada orang yang menabur dan makanan
kepada orang yang mahu makan, demikianlah firman yang Ku sampaikan :
ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia melainkan akan
melaksanakan apa yang Ku kehendaki dan berhasil dalam apa yang Ku suruh
kepadanya.”

SABDA TUHAN.
† SYUKUR KEPADA ALLAH.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 9 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

MAZMUR TANGGAPAN
(Mzm 65:9-13; R. Luk 8:8) AVB

Benih yang jatuh di tanah yang subur lalu bertunas


dan mengeluarkan hasil.

1. Engkau mengairi bumi; dan menyuburkannya.


Sungai Allah penuh dengan air;
Engkau memberi rezeki kepada mereka.

2. Engkau menyediakan tanah untuk tanaman,


Engkau mengairi batas-batas ladang mereka
dan menggemburkan alur-alurnya;
Engkau melembutkannya dengan hujan
dan memberkati pertumbuhan tanaman.

3. Engkau mencurahkan rahmat-Mu sepanjang tahun,


melimpahkan kemakmuran merata-rata.
Rahmat-Mu menyuburkan padang rumput di gurun.

4. Segala bukit kecil di sekitar bergembira.


Padang-padang rumput penuh dengan ternakan;
lembah lurah kaya dengan gandum;
semuanya bersorak riang dan menyanyi.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 10 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

BACAAN KEDUA

Pembacaan dari Surat Santo Paulus kepada Jemaat di Roma :


(Rm 8:18-23) AVB

Saudara-saudara, Aku menganggap bahawa penderitaan kita sekarang terlalu


kecil untuk dibandingkan dengan kemuliaan yang akan dinyatakan kepada
kita. Seluruh ciptaan menanti-nantikan saatnya Allah menyerlahkan anak-
anak-Nya. Kerana seluruh ciptaan telah ditundukkan dalam kebuntuan,
bukan dengan pilihannya sendiri, tetapi dengan kehendak Dia yang telah
menundukkannya, dengan harapan bahawa ciptaan itu sendiri akan
dibebaskan daripada belenggu kemusnahan dan dibawa ke dalam kebebasan
penuh kemuliaan anak-anak Allah. Kita tahu bahawa sampai ke saat ini
seluruh ciptaan mengerang bagaikan sakit melahirkan anak. Lebih daripada
itu, kita sendiri yang mendapat buah pertama Roh Allah, turut mengerang
dalam batin sambil menanti-nantikan pengangkatan sebagai anak, iaitu
penebusan tubuh kita.

SABDA TUHAN.
† SYUKUR KEPADA ALLAH.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 11 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

BAIT PENGANTAR INJIL


(Kis 16:14) AVB

Alleluia, Alleluia, Alleluia!

“Benih itu ialah firman Allah, penyemai itu Kristus;


sesiapa yang menjumpai benih ini akan hidup selama-lamanya.”

Alleluia, Alleluia, Alleluia!

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 12 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

BACAAN INJIL (Panjang)


(Mat 13:1-23) AVB

Paderi : Tuhan bersamamu.


Umat : Dan bersama rohmu!

Paderi : Inilah Injil Suci menurut Matius.


Umat : Dimuliakanlah Tuhan!

Yesus keluar dari rumah lalu duduk di pinggir laut. Sungguh ramai orang
datang berasak-asak di sekeliling-Nya. Yesus pun masuk ke dalam sebuah
perahu dan duduk di situ manakala orang ramai itu berdiri di pantai.
Yesus memberitahu mereka banyak perkara melalui ibarat. Dia berkata:
“Seorang penyemai pergi menabur. Semasa dia menabur benih, ada yang
jatuh di tepi jalan lalu dimakan burung.
Ada pula yang jatuh di tempat berbatu yang kurang tanahnya. Benih itu
segera bercambah kerana tanahnya tidak dalam. Tetapi ketika matahari naik,
tunas-tunas itu layu lalu kering kerana tidak berakar.
Ada pula yang jatuh di tengah-tengah semak duri, lalu semak membesar dan
membantutkannya.
Namun demikian, ada yang jatuh di tanah yang subur dan memberikan hasil:
seratus kali ganda, enam puluh kali ganda, atau tiga puluh kali ganda. Sesiapa
yang bertelinga, dengarlah!”
Para murid Yesus datang bertanya kepada-Nya, “Mengapa Engkau bercakap
kepada mereka melalui ibarat?”
Yesus menjawab, “Kamu telah diberi anugerah untuk mengetahui rahsia
kerajaan syurga, tetapi mereka tidak. Sesiapa yang mempunyai sesuatu akan
diberi lebih banyak lagi, sehingga dia penuh kelimpahan. Sebaliknya, sesiapa
yang tidak mempunyai sesuatu, sedikit yang ada padanya pun akan diambil.
Aku bercakap kepada mereka melalui ibarat :
‘Kerana mereka melihat tetapi tidak nampak,
mereka mendengar tetapi tidak mengerti.’
Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 13 | 37
Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

“Keadaan mereka ini tepat seperti terdapat dalam nubuat Nabi Yesaya :
‘Kamu terus mendengar tetapi tidak mengerti;
kamu akan terus melihat tetapi tidak mengetahui.
Kerana hati umat ini telah buntu,
mereka pekakkan telinga,
dan pejamkan mata.
Kalau tidak demikian,
mereka tentu melihat dengan mata,
mendengar dengan telinga,
dan mengerti dengan hati,
lalu berpaling kepada-Ku
dan Aku menyembuhkan mereka.’
Tetapi diberkatilah matamu kerana melihat, dan telingamu kerana
mendengar. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, ramai nabi dan orang
yang benar berhasrat melihat apa yang kamu lihat tetapi tidak melihatnya
dan mendengar apa yang kamu dengar tetapi tidak mendengarnya.”
“Oleh itu, dengarlah maksud ibarat penyemai benih :
Apabila seseorang mendengar perkhabaran kerajaan Allah dan tidak
memahaminya, akan datanglah si durjana menyambar apa yang telah ditabur
dalam hatinya. Orang inilah yang menerima benih di tepi jalan.
Orang yang menerima benih di tempat berbatu pula bermaksud orang yang
mendengar firman itu dan terus menerimanya dengan sukacita. Tetapi dia
tidak berakar, maka hanya tahan seketika. Sebaik-baik dia menanggung
kesusahan atau penganiayaan kerana firman itu, imannya pun segera luntur.
Orang yang menerima benih di semak duri ialah orang yang mendengar
firman itu, tetapi kerunsingan tentang hal-hal dunia dan tarikan palsu harta
kekayaan membantutkan firman itu sehingga tidak berbuah.
Tetapi orang yang menerima benih di tanah subur ialah orang yang
mendengar firman itu dan memahaminya lalu menghasilkan seratus kali,
enam puluh kali bahkan tiga puluh kali ganda.”

INJIL TUHAN.
† TERPUJILAH KRISTUS!
Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 14 | 37
Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

BACAAN INJIL (Singkat)


(Mat 13:1-9) AVB

Paderi : Tuhan bersamamu.


Umat : Dan bersama rohmu!

Paderi : Inilah Injil Suci menurut Matius.


Umat : Dimuliakanlah Tuhan!

Yesus keluar dari rumah lalu duduk di pinggir laut. Sungguh ramai orang
datang berasak-asak di sekeliling-Nya. Yesus pun masuk ke dalam sebuah
perahu dan duduk di situ manakala orang ramai itu berdiri di pantai.
Yesus memberitahu mereka banyak perkara melalui ibarat. Dia berkata:
“Seorang penyemai pergi menabur. Semasa dia menabur benih, ada yang
jatuh di tepi jalan lalu dimakan burung.
Ada pula yang jatuh di tempat berbatu yang kurang tanahnya. Benih itu
segera bercambah kerana tanahnya tidak dalam. Tetapi ketika matahari naik,
tunas-tunas itu layu lalu kering kerana tidak berakar.
Ada pula yang jatuh di tengah-tengah semak duri, lalu semak membesar dan
membantutkannya.
Namun demikian, ada yang jatuh di tanah yang subur dan memberikan hasil:
seratus kali ganda, enam puluh kali ganda, atau tiga puluh kali ganda.”

INJIL TUHAN.
† TERPUJILAH KRISTUS!

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 15 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

KREDO (TPE ‘20)


(Syahadat Nikea-Konstantinopel)

Paderi : Saudara-saudari sekalian, marilah membaharui iman kita


dengan mengucapkan Syahadat :

Aku Percaya akan satu Allah, Waktu Pontius Pilatus,


Bapa yang Maha Kuasa, Dia menderita sampai wafat
pencipta langit dan bumi, dan dimakamkan,
dan segala sesuatu yang kelihatan dan pada hari ketiga
dan tak kelihatan. Dia bangkit menurut Kitab Suci,
dan Dia naik ke Syurga,
Dan akan satu Tuhan, Yesus Kristus, duduk di sebelah kanan Bapa.
Putera Allah yang Tunggal.
Dia akan kembali dengan mulia,
Dia lahir daripada Bapa mengadili orang yang hidup
sebelum segala abad. dan yang mati;
Kerajaan-Nya takkan berakhir.
Allah daripada Allah,
Terang daripada Terang, Aku percaya akan Roh Kudus,
Allah Benar daripada Allah Benar. Dia Tuhan yang menghidupkan;
Dia berasal daripada Bapa dan Putera.
Dia dilahirkan, bukan dijadikan,
sehakikat dengan Bapa; Yang serta Bapa dan Putera
segala sesuatu dijadikan melalui-Nya. disembah dan dimuliakan;
Dia bersabda dengan perantaraan
Dia turun dari Syurga, para nabi.
untuk kita manusia
dan untuk penyelamatan kita. Aku percaya akan Gereja yang Satu,
Kudus, Katolik, dan Apostolik.
(Sambil tunduk...)
Dia dikandung daripada Roh Kudus Aku mengakui satu pembaptisan
dilahirkan oleh Perawan Maria untuk penghapusan dosa.
dan menjadi manusia.
Aku menantikan
Dia pun disalibkan untuk kita. kebangkitan orang mati,
dan hidup di akhirat.

Amin!
Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 16 | 37
Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

DOA UMAT
Hari Minggu Biasa Ke-15 (A)

Paderi : Allah Bapa mengehendaki kita mendengarkan Sabda-Nya dan


melaksanakan kehendak-Nya demi keselamatan kita.
Marilah kita berdoa kepada-Nya agar hidup kita menjadi perwujudan
Sabda-Nya bagi keselamatan dunia :

Sahutan : TUHAN, DENGARKANLAH DOA KAMI.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. Bagi para pemimpin Gereja :


Semoga mereka dapat memperoleh kepuasan dalam pelayanan mereka
dengan cara menyerahkan sepenuhnya kekudusan kehidupan mereka kepada
kehendak Allah, yang sering dekat dan bermurah hati kepada semua yang
berseru kepada-Nya.
Kami mohon...

2. Bagi Gereja :
Semoga kita kekal teguh kepada firman Allah yang tidak dapat dinafikan
dasarnya, justeru berupaya untuk menuai berkat kesetiaan dan ketaatannya.
Kami mohon...

3. Bagi negara kita :


Semoga melalui proses pilihan raya yang lancar dan adil, calon-calon yang
bersih dan jujur akan muncul sebagai pemenang untuk mentadbir negeri ini.
Kita juga tekad berdoa menentang sebarang niat yang ingin mengganggu dan
menggugat kestabilan kerajaan kita sekarang.
Kami mohon...
Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 17 | 37
Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

4. Bagi Perayaan KAGAPE :


Semoga perayaan tahunan yang kita sambut berkat tuaian yang melimpah
ruah ini, dapat memperlihatkan kebaikan, keindahan dan kesetiaan Allah yang
kita panjatkan pujian dan kesyukuran kepada-Nya; serta menyegarkan
komuniti kita yang kehausan akan cintakasih-Nya.
Kami mohon...

5. Bagi para penziarah Hari Belia Sedunia 2023 :


Semoga melalui bisikan dan bimbingan Roh, mereka akan dilindungi dari
segala bahaya duniawi, berjalan dalam kebenaran, serta merasai sukacita
dalam Tuhan.
Kami mohon...

6. Bagi kita semua yang berkumpul di sini :


Semoga berkat menyedari bahawa kita telah disemai melalui firman Allah, kita
akan senantiasa layak untuk berpegang pada janji-Nya, agar kuasa yang
memberi hidup dapat dilepaskan dalam diri kita, dan seterusnya melimpah
kepada mereka yang di sekeliling kita.
Kami mohon...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Paderi : Tuhan, Allah kami, bersabdalah kepada kami dan tinggallah selalu di
dalam diri kami.
Semoga Sabda-Mu membawa buah berlimpah dalam diri kami berupa
hidup Kristiani sejati.
Demi Kristus, Tuhan kami.

Umat : Amin!

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 18 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

• After Doa Umat, Celebrant & congregation to sit down.


• Once Lagu Pungutan start, HMs to start collection as per normal.
• Ngajat Dancers + Offertory Bearer + Altar Servers to standby at
front foyer while Lagu Pungutan is being sung.

Lagu Pungutan :
RAMPAIAN LAGU PERSEMBAHAN

Ka...mi ba...wa Kor...ban!

Korus 2 :
1. Di ufuk langit nan merah, T’rimalah Ya Bapa,
kembara semadi. Korban ini, korban umat-Mu...
Di hadapan yang semayam, Ooo... T’rimalah Ya Bapa,
di alam suci hari ini. Korban ini, korban umat-Mu.

2. Korban! Korban Syukur! 4. Lenyaplah kesan hampa gulana,


Persembahan kami umat-Mu. semarak kini medan berbakti.
Korban! Korban Syukur! Berhiaskan niat warna-warni,
Persembahan kami umat-Mu. bagaikan kembang mekar
Berseri... Berse..ri...!!
Korus 1 :
Semoga Dia berkenan, 5. Di tingkah segala bunyi,
menghadirkan diri. suara alami.
Menyambut se..ti..ap hati, Yang terindah yang termurni,
yang tunduk se..madi.... Ooo.... di per..sembahkan, hari ini.

3. Di ufuk langit nan merah, ALLELUIA!!!!


kembara semadi.
Di hadapan yang semayam,
di alam suci hari ini.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 19 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

• Once collection is settled, Lagu Pungutan stops.


• Start Sape music immediately.
• Ngajat dancers start to dance towards Sanctuary.
• Once Ngajat dancers are nearing the Sanctuary steps, Celebrant to
standby at front of sanctuary steps to ‘greet’ the dancers.
• Altar Servers to start walk infront of Offertory Bearers.
• Celebrant receive each of the Offertory item one at a time... to sync
with Commentator briefly explaining the symbolic meaning.
• After last Offertory is received, Celebrant & Offertory Bearers to
bow once.
• Slowly fade out Sape music.
• Lagu Persembahan to start immediately.
• Celebrant prepare Altar for Liturgy of the Eucharist & Incensing
while Lagu Persembahan is being sung.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 20 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

Lagu Persembahan :
APAI PEDA KAMI DITU
(Bahasa Iban)

1. Apai peda kami ditu, 5. Bedau nyembah kami minta,


deka muji nyembah Nuan. baru lengis utai ngawa.
Laban ti ngaga samoa leman, Ngambi ka tuchi ari dosa,
Nuan pengaga… ngambi ka tuchi…

Korus : 6. Nuan Tuhan udu kuasa,


O Tuhan, O Tuhan tau ngampun samoa dosa.
O dinga ka kami, O Tuhan! Dalam pikir, jako, ker’ja,
kasih ka kami…

2. Kami ukai datai ngapa, 7. Kakang ati kami enda,


ukai muji nyembah aja. ngadap Nuan, bala serega.
Tang ka madah ati gaga, Taja kami mayoh dosa,
madah pengaga… kasih ka kami…

3. Kami ditu balat richah, 8. Agi kami ngangau nyapa,


jari, kaki, ati nyembah. minta kasih, sambut samoa.
Malas budi Nuan manah, Ngambi ka idup belama-lama,
malas pemanah… idup belama…

4. Kabuah kami patut pia, 9. Asoh mega kami muji,


laban Nuan udah nempa. s’reta enggau bala serega.
Utai ka guna nyawa mensia Nyanyi, muji Nuan berari,
utai ka nguna… lalu belama…

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 21 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

LITURGI EKARISTI

MENGHULUR BAHAN PERSEMBAHAN

Persembahan Roti
Paderi : Terpujilah Engkau, ya Tuhan, Allah semesta alam,
sebab dari kemurahan-Mu kami menerima roti
yang kami siapkan ini.
Inilah hasil dari bumi dan dari usaha manusia,
yang bagi kami akan menjadi roti kehidupan.

Umat : Terpujilah Allah selama-lamanya.

Persembahan Air Anggur


Paderi : Terpujilah Engkau, ya Tuhan, Allah semesta alam,
sebab dari kemurahan-Mu kami menerima anggur,
yang kami siapkan ini.
Inilah hasil dari pohon anggur dan dari usaha manusia,
yang bagi kami akan menjadi minuman rohani.

Umat : Terpujilah Allah selama-lamanya.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 22 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

DOA PERSIAPAN PERSEMBAHAN

Paderi : Berdoalah, saudara dan saudari


supaya persembahanku dan persembahanmu
berkenan pada Allah, Bapa Yang Maha Kuasa.

Umat : Semoga persembahan ini diterima


demi kemuliaan Tuhan dan penyelamatan kita
serta seluruh umat Allah yang kudus.

*Paderi : Ya Tuhan, kuduskanlah persembahan ini, hasil bumi yang kami


persembahkan dengan hati yang penuh syukur.
Seperti Engkau yang telah menjadikan Bumi ini, untuk
menghasilkan tuaian yang berlimpah, begitu juga kami mohon,
agar kami berbuah dengan kehidupan dan cintakasih-Mu.
Dengan pengantaraan Kristus, Tuhan kami.

Umat : Amin!

DIALOG PEMBUKA

Paderi : Tuhan bersamamu.


Umat : Dan bersama rohmu.

Paderi : Marilah mengarahkan hati kepada Tuhan.


Umat : Sudah kami arahkan.

Paderi : Marilah bersyukur kepada Tuhan, Allah kita.


Umat : Sudah layak dan sepatutnya.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 23 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

PREFASI
Prefasi Pesta Menuai : Allah Sumber Segala Kebaikan

Paderi :
Ya Bapa yang kudus, pada hari yang menggembirakan ini sudah selayaknya
kami bersyukur dan memuji Dikau, yang membentangkan cakerawala luas,
dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan.
Engkau menciptakan bagi kami dunia yang indah, langit yang menurunkan
hujan, tanah yang menumbuhkan tanaman, pohon-pohon yang
menyejukkan, haiwan di padang, burung di udara, dan ikan di laut.
Engkau menganugerahi kami sawah ladang yang memberi hasil tuaian; air
untuk mengairi sawah, otak untuk berfikir, dan tangan untuk bekerja, agar
bersama Dikau kami membangun dunia.
Engkau menganugerahkan juga kerukunan hidup, yang kami alami sehari-
hari di kampung halaman kami.
Di atas semuanya itu, Engkau menganugerahkan kepada kami Kristus Putra-
Mu. Ia menjadi manusia seperti kami, ikut merasakan suka duka hidup di
dunia ini; dan dengan sengsara, wafat, dan kebangkitan-Nya, Ia mengubah
dunia yang fana ini menjadi dunia baru demi keselamatan abadi kami.
Kami bersyukur pula kerana Kristus kami mengadakan Ekaristi Suci yang
sedang kami rayakan ini sebagai tanda persatuan dengan Dikau, Bapa yang
kudus dan Allah Yang Mahakuasa.
Maka, bersama para penghuni syurga, kami memuliakan Dikau sambil
bernyanyi :

KUDUS, KUDUS
Kudus, Kudus, Kuduslah Tuhan,
Allah segala kuasa.
Syurga dan bumi penuh kemuliaan-Mu.
Terpujilah Engkau di syurga.
Diberkatilah yang datang dalam nama Tuhan.
Terpujilah Engkau di syurga.
Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 24 | 37
Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

DOA SYUKUR AGUNG II (TPE ‘20)

Paderi : Sungguh kuduslah Engkau, Tuhan,


sumber segala kekudusan.
Maka kami mohon :
kuduskanlah persembahan ini
dengan pencurahan Roh-Mu,
agar bagi kami menjadi
Tubuh dan † Darah
Tuhan kami, Yesus Kristus.

Ketika Dia diserahkan


untuk menanggung sengsara dengan rela,
Dia mengambil roti, dan sambil mengucap syukur,
Dia memecah-mecahkan
lalu memberikannya kepada murid-murid-Nya,
seraya berkata :
Terimalah dan makanlah, kamu semua :
Inilah Tubuh-Ku,
yang diserahkan bagimu.

Demikian pula, sesudah perjamuan,


Dia mengambil piala,
sekali lagi Dia mengucap syukur kepada-Mu,
memberikannya kepada murid-murid-Nya,
seraya berkata :
Terimalah dan minumlah, kamu semua :
Inilah Piala Darah-Ku,
Darah Perjanjian Baharu dan Kekal,
yang ditumpahkan bagimu,
dan bagi ramai orang,
demi pengampunan dosa.
Lakukanlah ini sebagai kenangan akan daku.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 25 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

AKLAMASI ANAMNESIS

Paderi : Marilah mewartakan misteri iman kita.

Umat : Wafat-Mu kami kenang,


ya Tuhan yang bangkit mulia.
Datanglah, umat-Mu menanti
penuh iman dan harapan.

Paderi : Sambil mengenangkan wafat


dan kebangkitan Kristus,
kami mempersembahkan kepada-Mu, Bapa,
roti kehidupan dan piala penyelamatan.
Kami bersyukur, sebab kami Engkau anggap layak
menghadap Engkau dan berbakti kepada-Mu.
Dan kami mohon semoga kami yang menerima
Tubuh dan Darah Kristus
dihimpun menjadi satu umat oleh Roh Kudus.
Ingatlah, Tuhan, akan Gereja-Mu
yang tersebar di seluruh bumi,
agar Engkau menyempurnakannya dalam cinta kasih,
dalam persatuan dengan Bapa Suci kami, Fransiskus,
dan Uskup kami, Julian Leow, serta semua rohaniwan.
Ingatlah juga akan saudara dan saudari kami,
yang telah meninggal dengan harapan akan bangkit,
dan akan semua orang
yang telah meninggal dalam kerahiman-Mu,
dan terimalah mereka dalam cahaya wajah-Mu.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 26 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

Paderi : Kami mohon, kasihanilah kami semua,


agar kami Engkau terima dalam kebahagiaan abadi
bersama Santa Perawan Maria, Bonda Allah,
Santo Yosef, mempelainya,
para Rasul, dan semua Orang Kudus,
sepanjang masa yang hidupnya berkenan pada-Mu.
Semoga kami pun Engkau perkenankan
turut serta memuji dan memuliakan Dikau,
dengan pengantaraan Yesus Kristus, Putera-Mu.

DOKSOLOGI
Paderi : Dengan pengantaraan Dia,
bersama Dia, dan dalam Dia,
bagi-Mu, Allah Bapa yang Mahakuasa,
dalam persekutuan dengan Roh Kudus,
segala hormat dan kemuliaan,
sepanjang segala masa.

Umat : Amin!

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 27 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

KOMUNI
DOA BAPA KAMI
Paderi : Atas petunjuk Penyelamat kita dan menurut ajaran Ilahi,
maka beranilah kita berdoa :

Semua : Bapa kami yang ada di syurga,


dimuliakanlah nama-Mu,
datanglah kerajaan-Mu,
jadilah kehendak-Mu
di atas bumi seperti di dalam syurga.
Berilah kami rezeki pada hari in
dan ampunilah kesalahan kami,
seperti kami pun mengampuni
yang bersalah kepada kami;
dan janganlah masukkan kami
ke dalam pencubaan,
tetapi bebaskanlah kami dari yang jahat.

EMBOLISME
Paderi : Tuhan, kami mohon,
bebaskanlah kami daripada segala yang jahat,
sudilah memberi damai sepanjang hidup kami,
supaya, kami yang telah dikuatkan
oleh kelimpahan belas kasih-Mu,
selalu bebas daripada dosa,
dan dijauhi daripada segala gangguan,
sambil menantikan harapan yang membahagiakan
dan kedatangan Penyelamat kami, Yesus Kristus.

Umat : Sebab Engkaulah Raja,


yang mulia dan berkuasa
untuk selama-lamanya.
Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 28 | 37
Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

DOA DAMAI
Paderi : Tuhan Yesus Kristus,
Engkau telah bersabda kepada para Rasul-Mu,
“Damai-Ku, Ku tinggalkan bagimu,
Damai-Ku, Ku berikan kepadamu.”
Jangan memperhitungkan dosa kami,
tetapi perhatikanlah iman Gereja-Mu,
dan berilah kami damai dan kesatuan,
sesuai dengan kehendak-Mu.
Engkau yang hidup dan bertakhta, sepanjang segala masa.

Umat : Amin!

Paderi : Semoga damai Tuhan selalu bersamamu.

Umat : Dan bersama rohmu.

Paderi : Marilah kita saling memberi salam damai.

PEMECAHAN HOSTI
(Paderi berdoa dalam hati)
Paderi : Semoga percampuran Tubuh dan Darah
Tuhan kita Yesus Kristus ini
memberikan kehidupan abadi
kepada kita semua yang akan menyambut-Nya.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 29 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

ANAK DOMBA ALLAH


Anak Domba Allah, yang menghapus dosa dunia,
kasihanilah kami.
Anak Domba Allah, yang menghapus dosa dunia,
kasihanilah kami.
Anak Domba Allah, yang menghapus dosa dunia,
berilah kami damai.

PERSIAPAN KOMUNI
(Paderi berdoa dalam hati)
Paderi : Ya Tuhan Yesus Kristus, semoga Tubuh dan Darah-Mu
yang akan ku sambut melindungi dan menyihatkan jiwa ragaku.

Ajakan menyambut Komuni


Paderi : Lihatlah Anak Domba Allah.
Lihatlah Dia yang menghapus dosa dunia.
Berbahagialah saudara dan saudari
yang diundang ke Perjamuan Anak Domba.

Semua : Tuhan, saya tidak layak


Engkau datang kepada saya,
tetapi bersabdalah sahaja,
maka saya akan sembuh.

(Paderi berdoa dalam hati)


Paderi : Semoga Tubuh Kristus selalu melindungiku.
Semoga Darah Kristus selalu melindungiku.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 30 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

Lagu Komuni :
SATU DALAM TUBUH KRISTUS
(Bahasa Melanau)

1. Padak ko mapun sungai no oi Tuhan (3x)


Padak ko Mapun
Padak ko tutang
Padak ko diem

2. Padak ko tutang kuman sungai no oi Tuhan (3x)


Padak ko Mapun
Padak ko tutang
Padak ko diem

3. Padak diem lubieng sungai no oi Tuhan (3x)


Padak ko Mapun
Padak ko tutang
Padak ko diem

OTTO TIKURUK ADIN DAANG ADON YEH


(Bahasa Bidayuh)

1. Otto tikuruk adin daang adon Yeh,


otto tikuruk adin daang adon Yeh.
Daang Yeh to tikuruk, magah duoh ngin mulia.
Otto tikuruk adin daang adon Yeh.

2. Otto bidoa adin daang adon Yeh,


otto bidoa adin daang adon Yeh.
Daang Yeh to bidoa, mudi duoh t’rima kasih.
Otto bidoa adin daang adon Yeh.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 31 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

ROYOWO NO KINEANGAN
(Bahasa Dusun)

1. Odou jegine odou do Kineangan


Mentitimung takau id uangan, do Isio
Sambayang om royowo takau
Id mengani do kasanangan.

2. Kano ilino odou do kineangan


Odou do ki arati kapio
Seminggu... takau no nakakaraja
Om jegine mengarayou takau.

Korus :
Royowo no, royowo no,
Royowo no Kineangan,
Sabab kensianon Isio odou dati,
Royowo no, royowo no...
Royowo no, royowo no,
Royowo no Kineangan
Sabab kensianan... Isio,
Id takau ngawi.

3. Nakatarima no Dao om Inan Kineangan


Tanda do kensianan do Isio,
Takau ngawi gio no sinusud Isio,
Bayaan om pisayaan takau.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 32 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

Lagu Kesyukuran :
SEMBAYANG MISA ATEK SAYU
(Bahasa Kayan)

1. Anih atek sembayang daha men una,


Sembayang misa atek sayu.
Ketu ket lim te’ usun tana,
Nusi deng ngepiah,
Sembayang misa atek sayu.

Korus :
Kuman daha (kuman daha),
kuman batung (kuman batung).
Tuhan Yesus, anak Tuhan Allah.
Atek pakan peguman,
Batung beluwan tam kelunan.
Aleng te’ alem sembayang misa.

2. Awi itam kuman batung daha Yesus,


Adang itam peji dahin Na.
Iha murip alem akui,
Akui murip alem lha,
Anan daho’ tebara Tuhan Allah.

3. Akui anih luti,


Aleng nei men surga.
Ja kam te’ hipun urip ngeliman.
Anih pakan tam, haut-haut dau.
Jai aleng nai men Tuhan Allah.

• Thanksgiving Dancers to standby at their position while


Lagu Kesyukuran is being sung.
• Once Lagu Kesyukuran ends, start playing Thanksgiving Dance
audio from computer.
Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 33 | 37
Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

(Selesai Komuni)

PEMBERSIHAN BEJANA
(Paderi berdoa dalam hati)
Paderi : Ya Tuhan, semoga anugerah-Mu yang tadi kami sambut
sungguh meresap ke dalam hati dan memulihkan kekuatan
iman kami.

DOA SESUDAH KOMUNI


*Paderi : Marilah kita berdoa....
Ya Allah, kami mengucap syukur atas hasil bumi yang kami terima
daripada kemurahan-Mu.
Semoga misteri penyelamatan ini, membawa hasil yang berlimpah.
Dengan pengantaraan Kristus, Tuhan dan pengantara kami yang
hidup dan berkuasa, kini dan sepanjang segala masa.

Umat : Amin!

(Pengumuman)
• Followed by info guide by Commentator on where to disperse out in
order to collect ‘Foodie Pack’.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 34 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

RITUS PENUTUP

BERKAT MERIAH
Paderi : Tuhan bersamamu.
Umat : Dan bersama rohmu.

Paderi : Tundukkanlah kepalamu untuk menerima berkat Tuhan.

Paderi : Semoga Allah, sumber segala penghiburan,


mengatur hidup kalian dalam damai-Nya
dan melimpahi kalian dengan berkat-Nya.
Umat : Amin!

Paderi : Semoga Allah membebaskan saudara-saudari daripada segala


kerisauan dan meneguhkan hati kalian dalam kasih-Nya.
Umat : Amin!

Paderi : Semoga saudara-saudari menjadi kaya dalam iman, harapan,


dan kasih, dan dapat memanfaatkan hidup dunia ini untuk
berbuat baik, sehingga kelak, boleh berbahagia abadi di syurga.
Umat : Amin!

Paderi : Dan semoga saudara-saudari sekalian dilindungi,


dibimbing dan diberkati oleh Allah yang Mahakuasa :
† Bapa dan Putera dan Roh Kudus.

Umat : Amin!

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 35 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

PENGUTUSAN
Paderi : Saudara dan saudari, pergilah dalam damai,
sambil memuliakan Tuhan dengan hidupmu.
Umat : Syukur kepada Allah!

• Upacara Ngiling Bidai (To be announced by Commentator)


• Congregation to sit down (show on Slide)
• Dancers to standby infront of center ailse.
• Commentator invite Richard Rajak (President KUBM CDM) to go up
to Sanctuary.
• Commentator invite Priests to move towards mat placed in front of
Presider’s Stand.
• Rolled up mat, raise up mat to mark the End of Gawai Festival.
• Priest to carry mat out during Lagu Perutusan.
• Start Lagu Perutusan & Tarian Jawa.
• PRAISE GOD!!!

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 36 | 37


Komuniti Umat Berbahasa Malaysia (KUBM), Church of the Divine Mercy, Shah Alam

Lagu Perutusan :
HIDUPKU DI TANGAN TUHAN/
URIPKU ING ASTANE GUSTI
(Bahasa Jawa)

1. Tak syukuri uripku ing astane Gusti;


Ati seneng yen terus padha ngabekti.
Gusti Yesus tansah paring panglipuran;
Ayem tentrem sak kabehing penguripan.

Korus :
Gusti Yesus, kulo tresno selaminyo
Gusti Yesus, tansah sing tak pujo
Gusti paring urip kebak pengarep arep;
Gesang langgeng Gusti Yesus
Kang maringi.

2. Ku bersyukur hidupku di tangan Tuhan;


Hati senang jika terus melayani.
Tuhan Yesus selalu memb’ri penghiburan;
Damai sejahtera sepanjang kehidupan.

Korus :
Tuhan Yesus, aku cinta selamanya;
Tuhan Yesus, selalu yang ku sembah.
Tuhan memb’ri hidup penuh pengharapan;
Hidup kekal Tuhan Yesus yang berkati.

Hari Minggu Biasa XV (A) P a g e 37 | 37

Anda mungkin juga menyukai