Full Folio BM
Full Folio BM
1.0 PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan
limpah dan kurnia-Nya, kami dapat menyiapkan kajian Bahasa Malaysia IV (LKM 400)
dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Seinfiniti perhargaan dan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Safiah binti Ahmad selaku pensyarah Bahasa
Malaysia kami yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara
kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu
daripada beliau, kami tidak akan dapat menghasilkan satu tugasan yang baik.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak
Univesiti Sains Malaysia atas kemudahan yang telah disediakan kepada para pelajar seperti
kemudahan pusat sumber bagi mendapatkan buku rujukan yang berkaitan dengan tugasan dan
kemudahan wifi bagi memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan
dangan kerja kursus ini.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan kami
atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat kajian
tentang sindrom tidur di dalam dewan kuliah. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian
dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya.
3.0 OBJEKTIF
4.0 PENGENALAN
Masalah tidur di dalam dewan kuliah sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan
pelajar universiti di seluruh Malaysia. Manakala, kita kerap kali diingatkan
bahawa sebahagian besar proses pembelajaran berlaku ketika berada di dalam kelas. Hal ini
kerana, ketika inilah segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran pelajar
diterangkan dengan sebaik-baiknya oleh guru. Andai kata kita tidak fokus ketika berada di
dalam kelas, maka hilanglah sebahagian besar maklumat yang sepatutnya dipelajari oleh para
pelajar. Justeru, semua pelajar berusaha dengan cara yang terbaik untuk meningkatkan fokus
di dalam kelas. Tetapi jikalau kita sudah mengantuk, letih, dan bosan, bagaimana boleh kita
memberikan sepenuh perhatian atau kosentrasi kita terhadap perkara yang sedang
disampaikan oleh guru mahupun pensyarah. Kebanyakan pelajar tidak mencatat nota ketika
sesi pembelajaran, hal ini menyebabkan pelajar tidak bergerak aktif ketika berada di dalam
kuliah dan menyebabkan mereka merasa mengantuk.
Kajian menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar tidak kira di alam persekolahan
atau pun ketika di alam universiti yang tidak membuat persediaan yang cukup sebelum ke
kelas. Apabila mereka tidak membaca dahulu apa yang akan diajar oleh guru dan pensyarah
pada hari tersebut, pelajar akan cepat hilang tumpuan. Justeru itu, apa yang diajar oleh
pensyarah, tidak akan difahami dan bagaimana pelajar mahu berasa seronok ketika belajar.
Apabila pelajar berasa tidak seronok untuk berada di dalam dewan kuliah itu, maka mereka
akan mengambil inisiatif untuk tidur di dalam dewan kuliah tersebut. Ini adalah kerana,bagi
mereka tidur lebih baik daripada mendengar pensyarah tersebut berleter di hadapan dewan
kuliah.
Dalam pada itu,ramai pelajar yang beranggapan bahawa tidur lewat adalah jalan
penyelesaian yang terbaik untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.
Ya, benar. Ramai di antara pelajar yang berjaya dengan berbuat demikian. Tidur lewat untuk
mengulangkaji pelajaran.Terdapat juga lebih ramai pelajar yang berjaya namun tidak
mengamalkan kaedah sedemikian.Ini adalah kerana, Apabila tidur tidak cukup jamnya,
bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Hal ini akan mengakibatkan
mengantuk di dalam kelas. Dan apa yang diajar oleh pensyarah tidak akan dapat masuk
sepenuhnya ke dalam otak pelajar kerana terlalu mengantuk di dalam kuliah.
Percayakah kita bahawa lebih 50 peratus pelajar tidak memberikan sepenuh perhatian
ketika pensyarah mengajar di kelas. Kelas dan dewan kuliah bukan tempat untuk anda
berangan-angan atau membiarkan fikiran anda bebas menanar ke mana-mana. Pensyarah
sebenarnya sedar bahawa anda sedang bermimpi di dalam kuliah tersebut. Justeru itu,
sebelum ke kelas, pelajar haruslah ikhlaskan hati dan betulkan semula niat. Dengan ini pelajar
tidak akan tidur di dalam dewan kuliah lagi.
5.1 PUNCA
Punca-punca pelajar sering kali tertidur atau tidur di dalam bilik kuliah adalah tidak
cukup tidur atau waktu tidur tidak konsisten.Ramai pelajar beranggapan bahawa tidur lewat
merupakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk menskor dalam peperiksaan. Hal ini
mungkin benar sedangkan ramai orang berjaya berbuat demikian. Mereka tidur lewat kerana
hendak mengulang kaji pelajaran. Namun begitu, sesetengah lagi yang tidur lewat semata-
matanya untuk memain computer ataupun melayari laman web Facebook. Untuk pengetahuan
anda, ramai orang yang berjaya tidak mengamalkan kaedah sedemikian. Mereka
mengamalkan amalan kehidupan seharian yang sihat. Apabila anda tidur lewat, anda akan
mengantuk di dalam kelas atau kuliah. Dengan itu, anda akan kurang faham dengan apa-apa
yang cikgu atau pensyarah ajar.
Tambahan pula, suasana atau keadaan dewan kuliah yang sejuk ataupun panas
juga menjadi puncanya.Dalam keadaan yang sejuk atau terlampau panas menyebabkan pelajar
berasa tidak selesa semasa belajar. Hal ini the mengakibatkan pelajar mengambil inisiatif
untuk tidur dalam kelas atau kuliah. Namun begitu, kebanyakan pensyarah tidak
mengendahkan pelajar apabila melihat mereka sedang tidur. Pensyarah langsung tidak
memarahi mahupun menasihati pelajar tetapi meneruskan pengajarannya. Hal ini telah
menyebabkan pelajar tidak mempedulikan pensyarah dan terus tidur. Tingkah laku pelajar
semakin bertambah buruk disebabkan oleh sikap pensyarah yang tidak endah.
5.2 KESAN
Antara kesan pelajar tidur di dalam dewan kuliah adalah pelajar akan ketinggalan
pelajaran dalam mata pelajaran tersebut . Hal ini sedemikian kerana apabila pelajar tidur
ketika pensyarah mengajar , pelajar tidak mendapat dan tidak memahami pelajaran yang cuba
disampaikan oleh pensyarah . Justeru , pelajar tidak mengetahui perkara – perkara yang
penting yang bakal keluar dalam peperiksaan . Contohnya , pensyarah membincangkan dan
menyelesaikan soalan – soalan peperiksaan tahun lepas . Pelajar yang tidur di dalam kelas
sangat rugi dan akan ketinggalan dalam mata pelajaran tersebut .
Selain itu , pelajar tidak boleh menyelesaikan soalan – soalan tutorial . Pensyarah akan
mengajar mata pelajaran tersebut , bagi memahami pelajaran tersebut dengan lebih mendalam
pelajar haruslah menyelesaikan soalan tutorial . Jika pelajar tidur di dalam dewan kuliah
sekaligus tidak memahami mata pelajaran tersebut , pelajar pasti tidak boleh menyiapkan
soalan tutorial . Oleh itu , pelajar akan datang ke kelas tutorial dengan kertas kosong tanpa
jawapan dan mengharapkan jawapan daripada pensyarah . Hal ini tidak sepatutnya terjadi
dalam kalangan pelajar .
Di samping itu , keputusan peperiksaan pelajar akan merosot . Apabila pelajar tidur di
dalam dewan kuliah , pelajar tidak memahami pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah
lalu pelajar akan ketinggalan pelajaran dan tidak dapat menyelesaikan soalan tutorial
sekaligus tidak dapat menjawab soalan peperiksaan . Hal ini menyebabkan keputusan
peperiksaan pelajar akan merosot . Perkara ini akan membimbangkan pelbagai pihak terutama
sekali pihak universiti . Nama universiti akan tercemar dengan adanya pelajar yang tidur di
dalam kelas . Justeru , pelajar janganlah tidur di dalam dewan kuliah agar dapat memahami
mata pelajaran tersebut sekaligus meraih keputusan peperiksaan yang sangat baik .
5.3 LANGKAH
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi sindrom tidur di
dalam dewan kuliah. Salah satu adalah pelajar harus mempunyai masa tidur yang mencukupi.
Pelajar seharusnya mempunyai jam masa tidur 6 jam hingga 8 jam untuk menyediakan
mereka dalam pembelajaran. Pelajar boleh mengaturkan jadual waktunya supaya mereka
mempunyai peruntukan untuk masa rehat dan tidur. Justeru, pelajar akan mempunyai minda
yang cergas untuk memahami pengajaran di dalam dewan kuliah dan tidak akan berasa letih
atau cenderung tidur di dalam dewan kuliah.
Selain itu, pelajar hendaklah menelaah topik- topik tertentu sebelum mengikuti
kuliah. Pelajar akan lebih memahami pengajaran dan tidak akan berasa bosan ataupun tidak
berminat dengan kuliah tersebut. Sekiranya pelajar membuat persiapan sebelum kuliah ,
pelajar akan berasa lebih senang untuk memahami topik-topik yang diajar oleh pensyarah.
Pelajar tidak akan cenderung tidur di dalam dewan kuliah kerana pelajar berminat untuk
mengetahui maklumat yang lebih terperinci selepas menelaah topik tersebut.
Di samping itu, pelajar digalakkan untuk rajin bertanya soalan kepada pensyarah.
Sekiranya pelajar sering bertanya, pelajar tidak akan berasa bosan kerana pelajar mempunyai
sikap ingin tahu. Interaksi antara pelajar dan pensyarah amat berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar akan mendapat manfaat dan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi dan
mantap sekiranya pelajar sering bertanya soalan dan saling bertukar pendapat dengan
pensyarah mahupun rakan-rakan.
Tambahan pula, pelajar juga boleh membawa air mineral ataupun gula-gula ke dewan
kuliah. Oleh sebab terdapat sesetengah kuliah yang panjang, pelajar akan berasa letih dan
bosan. Hal ini akan mendorong pelajar untuk tidur di dalam dewan kuliah. Pelajar boleh
minum air ataupun makan gula-gula supaya berasa lebih segar dan tidak mudah mengantuk.
Gula-gula yang berkesan dalam mengurangkan rasa mengantuk adalah gula-gula perasa
pudina, gula-gula kunyah dan lain-lain.
6.0 RUMUSAN
Melalui kajian bagi tugasan Bahasa Malaysia (LKM 400) ini, kami telah banyak
mempelajari tentang langkah bagi mengelakkan sindrom tidur di dalam dewan kuliah
sepanjang masa kajian ini dijalankan. Kami telah mendapat banyak bantuan daripada
pelbagai pihak untuk melaksanakan kajian Bahasa Malaysia ini. Maklumat yang diperolehi
telah menjadikan kami lebih bersemangat untuk menyiapkan serta melengkapkan tugasan
yang diberikan dengan sebaik-baiknya.
Selain itu, tugasan ini juga memberikan pengajaran kepada kami bahawa budaya tidur
di dalam dewan kuliah merupakan budaya yang tidak sihat, malahan merugikan kami sebagai
pelajar. Oleh itu, kita sebagai pelajar haruslah sentiasa bersiap-sedia untuk menuntut ilmu
serta mengamalkan cara belajar yang betul bagi mengelakkan budaya tidur di dalam kuliah
berlaku lagi.
Tambahan pula, kami juga dapat menghayati nilai bekerjasama dan bersatu-padu
antara rakan sekelas kami semasa menjalankan dan menyelesaikan tugasan ini dengan
sempurna. Nilai ini telah membuatkan kami serta rakan-rakan yang lain berganding bahu
untuk mencari maklumat dan menjalankan soal-selidik tentang sindrom tidur di dalam dewan
kuliah ini.
Tugasan ini juga memberi peluang kepada kami untuk menjalankan kajian dengan
cara yang betul serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Nilai yang telah diperoleh oleh
kami adalah keberanian untuk berkomunikasi, memupuk semangat bekerjasama, saling bantu-
mebantu serta sikap mementingkan dan menghargai ilmu yang disampaikan kepada kami.
Nilai-nilai ini akan kami jadikan satu amalan bagi mengharumkan lagi nama Universiti Sains
Malaysia yang tercinta ini.
7.0 LAMPIRAN
Bilakah waktu kelas yang biasa anda gunakan untuk tidur atau tertidur?
Apakah punca-punca yang menyebabkan anda sering kali tertidur di dalam bilik
kuliah? ( Tandakan yang berkaitan sahaja)
YA TIDAK
Pernakah anda mencuba atau mengawal perasaan mengantuk ketika berada di dalam
bilik kuliah?
YA TIDAK
YA TIDAK
Pada pandangan anda, adakah sindrom tidur di dalam bilik kuliah memberikan kesan
negatif terhadap diri anda serta proses pembelajaran anda?
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
13%
34%
53%
8
7
6
5
4
3
2
1
0
SEKALI JARANG SERINGKALI
12
10
BERSEDIA SEBELUM
MEMBAWA MASUK KE KULIAH
MAKANAN DAN
MINUMAN
AKTIF DI DALAM
KULIAH
8.0 RUJUKAN
http://bunzut.wordpress.com/2008/11/27/sindrom-tidur-di-kelas/
http://www.liyanaa.com/2010/07/bagaimana-nak-mengelakkan-rasa-mengantuk-di-dalam-
kelas.html
http://warkahsiber.blogspot.com/2012/05/10-cara-hebat-untuk-fokus-di-dalam.html
http://www.telagabiru.net.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=253:kaedah-
mengatasi-kelesuan&catid=42:artikal&Itemid=367