Anda di halaman 1dari 7

WSC 113: SENAMROBIK

SOALAN REFLEKSI
INDIVIDU

Nombor Kumpulan: 7

Senarai Ahli Kumpulan:

Nama No. Matrik No. IC


Nurul Amira Binti Shapiai 150455 000121-08-0386
Boo Yao Ling 152482 001219-07-0842
Pun Mei Chee 162807 021118-14-0360
Nurul Afza Binti Mohd Radzi 150196 010212-02-1284
Nurul Qamarina Binti Halim 155956 001021-02-0452

Tenaga Pengajar: Encik Mohd Noor Fakarruddin Abdullah


PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Soalan : LAPORAN REFLEKSI (10%)

NAMA : NURUL AMIRA BINTI SHAPIAI


NOMBOR MATRIK : 150455
NOMBOR KUMPULAN : 7

STUDENTS ARE REQUIRED TO ANSWER THE FOLLOWING QUESTIONS BASED


ON THE EXPERIENCE THEY HAD THROUGHOUT FOLLOWING THE KOK
COURSE.
PELAJAR DIKEHENDAKI MENJAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT BERDASARKAN
PENGALAMAN YANG DILALUI SEPANJANG MENGIKUTI KURSUS KOK.

1. What virtues have you gained while following this course?


Apakah nilai murni yang telah anda perolehi sepanjang mengikuti kursus ini ? (2
marks/markah)

Sepanjang mengikuti kursus ini, nilai murni yang telah saya peroleh adalah bekerjasama.
Kerjasama merupakan suatu bentuk interaksi atau kolaborasi antara individu , kumpulan atau
entiti untuk mencapai tujuan bersama yang diinginkan. Dalam konteks kerjasama, setiap ahli
kumpulan akan saling mendukung antara satu sama lain, berkongsi maklumat dan menyumbang
idea dalam mencapai hasil yang terbaik.

2. To what extent do you practice those noble values while you follow this course.
Give examples of the practice of those values in this course.
Sejauhmanakah anda mengamalkan nilai murni tersebut sepanjang anda mengikuti kursus
ini. Berikan contoh pengamalan nilai tersebut dalam kursus ini. (4 marks/ markah)

Dalam kursus ini sememangnya saya mengamalkan nilai kerjasama terutamanya sesama ahli
kumpulan yang telah ditetapkan. Misalnya, kami telah berkerjasama secara harmonis dalam
mencipta gerakan tarian yang serasi dan indah. Selain itu, saya dan rakan-rakan juga telah
berkerjasama dalam membahagikan tugasan laporan. Pembahagian laporan yang dilakukan
telah berjaya memastikan setiap ahli kumpulan telah bekerjasama dalam menyumbang idea
masing-masing. Kami juga telah berkerjasama melalui secara komunikasi bersemuka dalam
membincangkan setiap tugasan yang diberikan. Bukan itu sahaja, nilai kerjasama ini juga
sangat menonjol terutamanya ketika saya dan semua ahli kumpulan telah berkerjasama berlatih
berulang-ulang kali sehingga mendapatkan hasil yang terbaik dalam menyelesaikan tugasan
video berkumpulan. Kami tetap berkerjasama berlatih walaupun pada waktu cuti. Walaupun
kami datang dari latarbelakang yang berbeza seperti perbezaan kaum, kursus pengajian , umur
dan sebagainya kami tetap dapat mewujudkan kerjasama yang baik sesama kali dalam
menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.

3. Describe how you can practice this noble value in your daily life.
Huraikan cara anda dapat amalkan nilai murni ini dalam kehidupaan seharian (4
marks/markah)

Nilai kerjasama sememangnya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Misalnya, sebagai
seorang pelajar di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, sememangnya terdapat pelbagai tugasan
berkumpulan yang perlu disiapkan. Oleh itu, nilai kerjasama ini merupakan sesuatu yang sangat
penting bagi menghasilkan hasil kerja yang berkualiti. Bukan itu sahaja, saya menjadi seorang
manusia yang lebih terbuka dalam menerima perbezaan pendapat sesama ahli kumpulan.
Keadaan ini dapat mengelakkan berlakunya konflik dalam kumpulan.

Selain itu, nilai kerjasama juga dapat saya amalkan apabila saya sudah masuk ke sektor
pekerjaan kelak. Sebagai seorang bakal guru, saya akan berkerjasama dengan guru-guru yang
lain dalam meningkatkan prestasi pelajar-pelajar saya. Saya juga akan berkerjasama dengan
guru-guru yang lain dalam mewujudkan ruang dan suasana pembelajaran yang kohesif untuk
pelajar-pelajar saya.
PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Soalan : LAPORAN REFLEKSI (10%)

NAMA : NURUL QAMARINA BINTI HALIM


NO. MATRIK : 155956
KUMPULAN : 7

1. What virtues have you gained while following this course?


Apakah nilai murni yang telah anda perolehi sepanjang mengikuti kursus ini ? (2
marks/markah)

Sepanjang proses ini saya banyak belajar tentang nilai murni. Antara niai murni yang saya
belajar dari kursus ini adalah bekerjasama. Nilai bekerjasama ini sangat penting dan sangat
memberi impak yang besar terhadap seseorang. Bekerjasama antara sesuatu pasukan amat
digalakkan dalam pembentukkan sesuatu kumpulan. Kumpulan saya sangat memberi kerjsama
yang baik dan memahami satu sama lain tanpa ada sedikit pun selisihan faham. Jadi, saya
mendapat kumpulan yang sangat baik dan hasil yang didapati sangatlah membanggakan dan
menyenangkan semua pihak.

2. To what extent do you practice those noble values while you follow this course.
Give examples of the practice of those values in this course.
Sejauhmanakah anda mengamalkan nilai murni tersebut sepanjang anda mengikuti kursus
ini. Berikan contoh pengamalan nilai tersebut dalam kursus ini. (4 marks/ markah)

Sepanjang saya mengikuti kursus ini, adalah penting untuk setiap individu ataupun ahli
kumpulan untuk menerapkan nilai murni dalam diri masing-masing untuk membentuk satu hasil
yang berkualiti. Nilai murni yang telah dipelajari ialah bekerjasama. Jadi ini memang berlaku
dlam kumpulan saya. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan harus melakukan
beberapa “task” dan aktiviti sepanjang kursus ini berlaku. Jadi kami mengambil kerja masing-
masing dan kami memastikan gerak kerja yang dierikan itu teratur. Masing-masing harus tahu
akan tanggungjawab dan kerja yang dipegang untuk memastikan kerja itu berjalan dengan
lancar. Tugasan laporan dan juga tugasan video juga telah dijalankan dengan baik. Kami
membantu sama lain dalam semua perkara. Jika ada sesiapa yang tidak memahami atau tidak
melakukan dengan baik, saya akan membantu mereka untuk melakukan perkara tersebut.
Sebagai contoh, untuk tugasan video yang telah diberikan kepada kami, ada ahli kumpulan yang
tidak mahir dalam melakukan sesetengah gerakan, jadi sebagai ahli kmpulan yang lain, saya
harus membantu mereka untuk mengajar cara yang betul untuk melakukan gerakan tersebut.
Kami berlatih bersama-sama secara berulang kali untuk beliau belajar gerakan yang betul.
Apabila gerakan telah dipelajari dan nampak kemas, jadi video ataupun hasil yang kami dapati
juga sangat memuaskan. Saya telah memberikan yang terbaik untuk ahli kumpulan saya dan
saya telah menerapkan nilai murni yang ada dalam diri. Kerjasama antara ahli kumpulan amat
memuaskan. Komunikasi antara kami juga sangat baik kerana saya mendapat kumpulan yang
bercampur bangsa iaitu cina dan melayu, tetapi saya sangat terkejut dan bangga kerana tiada
masalah antara kami dan juga kami telah menjadi akrab antara satu sama lain. Di sini boleh kita
lihat bahawa nilai Kerjasama ini sangat memberi impak yang besar terhadap diri kami untuk
menjayakan kursus ini.

3. Describe how you can practice this noble value in your daily life.
Huraikan cara anda dapat amalkan nilai murni ini dalam kehidupaan seharian (4
marks/markah)

Bekerjasama adalah satu nilai murni yang tidak asing untuk setiap manusia. Perkara ini telah
menjadi kebiasaan oleh semua indiviu. Sebagai seorang pelajar, banyak perkara yang
membolehkan saya untuk menerapkan nilai ini dalam diri, sebagai contohnya adalah dalam
situasi berkawan dengan rakan-rakan. Semua manusia mempunyai rakan yang mereka sayang
dan juga selalu Bersama. Jadi di sini kita harus bekerjasama untuk tidak menjadi perkara-
perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Sebagai contoh, saya dan juga rakan saya memerlukan
kerjasama untuk menjaga ikatan persahabatan kami. Kami haruslah memahami satu sama lain
dan harus menolong satu sama lain ketika berada dalam kesusahan. Saya bekerjasama untuk
menjaga ikatan persahabatan ini dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menindas
beliau.
Selain itu, saya sebagai seorang pelajar, saya tinggal di luar kampus dan menyewa di
luar. Jadi rumah sewa itu menjadi tanggungjawab setiap ahli didalam rumah untuk menjaganya.
Kami menyediakan jadual untuk mengemas rumah dan juga memasak. Jadi setiap hari adalah
orang yang berlainan untuk melakukan kerja tersebut. Di sini tidak akan berlaku apa-apa
masalah dan kerja yang diberikan itu adil dan tidak menindas mana-mana pihak. Jadi nilai ini
sangat penting dalam kehidupn seharian untuk mengekalkan kehidpuan yag harmoni tanpa ada
sebarang masalah.
PUSAT RANCANGAN
KOKURIKULUM
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Soalan : LAPORAN REFLEKSI
(10%)

NAMA: NURUL AFZA BINTI MOHD


RADZI NO. MATRIK: 150196
KUMPULAN: 7

1. What virtues have you gained while following this course?


Apakah nilai murni yang telah anda perolehi sepanjang mengikuti kursus ini ? (2
marks/markah)

Sepanjang mengikuti kursus ini, saya belajar untuk bekerjasama dalam kumpulan.
Kerjasama yang baik dalam satu kumpulan yang mempunyai pelbagai latar belakang yang
berbeza dapat memastikan kerja dapat dijalankan dengan baik serta mendapat hasil kerja yang
berkualiti.

2. To what extent do you practice those noble values while you follow this course.
Give examples of the practice of those values in this course.
Sejauhmanakah anda mengamalkan nilai murni tersebut sepanjang anda
mengikuti kursus ini. Berikan contoh pengamalan nilai tersebut dalam kursus ini.
(4 marks/ markah)

Sepanjang mengikuti kursus ini, setiap pelajar diletakkan dalam satu kumpulan dan
diberi tugasan untuk menghasilkan koreografi senamrobik serta membuat persembahan
senamrobik. Dalam proses menghasilkan koreografi senamrobik saya belajar untuk memberi
dan menerima maklumat serta pendapat. Misalnya, setiap ahli kumpulan mengutarakan idea
masing masing untuk menghasilkan koreografi yang sesuai dengan pilihan lagu serta
mempunyai ‘flow’. Selain itu, dalam kerja berkumpulan, setiap ahli menerima kelemahan
setiap individu serta berusaha untuk mengatasinya, contohnya ketika menghadapi pergerakan
yang susah, setiap ahli membantu satu sama lain dan berkomunikasi secara berkesan sesama
ahli kumpulan untuk mengatasi cabaran tersebut untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
3. Describe how you can practice this noble value in your daily life.
Huraikan cara anda dapat amalkan nilai murni ini dalam kehidupaan seharian (4
marks/markah)

Hasil daripada kelas senamrobik, saya dapat menerapkan nilai Kerjasama dalam
kehidupan seharian. Sebagai contoh, saya seorang pelajar dari Pusat Pengajian Fizik.
Sekiranya diberikan kerja yang perlu dilaksanakan dalam kumpulan, saya akan memberi
sepenuh kerjasama dan usaha untuk mendapatkan kerja yang terbaik. Selain itu, saya juga
akan menggalakkan rakan sekumpulan untuk memberi pandangan dan idea masing-masing
untuk melaksanakan tugasan supaya tugasan yang disiapkan mempunyai idea semua ahli
kumpulan. Saya juga akan menggalakkan ahli kumpulan untuk menyatakan sebarang
kekangan yang dihadapi sepanjang menjalankan kerja supaya kekangan tersebut dapat
diselesaikan segera.

Anda mungkin juga menyukai