Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SMK SULTAN

IDRIS SHAH II, GERIK, PERAK

Kata- kata aluan: Yang Berusaha Tuan Haji Abu Hassan bin Mohd Said selaku Pengetua
SMK Sultan Idris Shah II

Yang Dihormati Puan Hasnidah binti Hasanuddin, Penolong Kanan


Pentadbiran, Tuan Haji Rashid bin Said, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Puan Silawati binti Mohd Amin, Penolong Kanan Ko-
Kurikulum

Para Ahli Lembaga Koperasi, guru kanan, barisan guru, pengawas


sekolah serta pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan rahmatNya


pada tengah hari/ petang ini, dapatlah kita sama-sama berkumpul bagi
menyertai mesyuarat agung tahunan koperasi SMK Sultan Idris Shah II
bagi tahun 2021 kali yang ke 40.

Doa: Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Sama-sama lah kita menadah tangan mengaminkan doa agar
majlis kita pada hari ini direstui dan diberkati Ilahi

Nyanyian Negaraku:Seterusnya, hadirin sekalian mohon berdiri untuk sama-sama kita


menyanyikan lagu Negaraku.
Terima kasih diucapkan dan semua hadirin dijemput duduk

Gimik: Majlis diteruskan lagi dengan gimik perasmian.

Ucapan Pengetua: TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA


TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK BERKAT ILMU TANPA AMALNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIDAK ADA PEMULA BICARA

Oleh itu, majlis mempersilakan Yang berusaha Tuan Haji Abu Hassan
bin Mohd Said, Pengetua SMK Sultan Idris Shah II untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan
beliau sebentar tadi.
Mesyuarat: Untuk acara seterusnya saya serahkan kepada Puan Silawati binti
Mohd Amin selaku Timbalan Pengerusi koperasi sekolah untuk
mengendalikan mesyuarat agung Koperasi tahun 2021.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Penutup: Maka dengan ini, berakhirlah sudah Mesyuarat Agung Tahunan


Koperasi bagi tahun 2021. Terima kasih di atas segala perhatian dan
luangan masa yang diberikan. Saya akhiri dengan rangkap pantun:

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dipersilakan Tuan Pengetua diiringi Penolong kanan


Pentadbiran untuk meninggalkan dewan.

Pelajar diminta tunggu sebentar

*kupon boleh ditebus dengan barangan jualan koperasi


sehingga 7 Januari 2022*

Anda mungkin juga menyukai