Anda di halaman 1dari 24

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.

Page | 1
Page |1

TOPIK 1

CARI IDEA

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


Page |2

Sebelum anda mula menulis ebook, sangat


penting untuk anda cari dan dapatkan idea
untuk menulis ebook yang laris dipasaran.

Dengan menghasilkan ebook yang tiada


permintaan dalam pasaran ibarat anda
membuat kerja yang sia-sia sahaja.

Ramai yang ‘tersekat’ dibahagian pertama


ini oleh kerana tidak ada idea untuk
menghasilkan topik untuk ebook mereka.
Salah satu cara untuk mendapatkan idea
dan mengetahui samada idea anda itu ada permintaan atau tidak, anda boleh
gunakan Google Keyword Planner.

Dalam bab pertama ini akan menyentuh serba sedikit mengenai beberapa cara
untuk mendapatkan idea dalam menghasilkan ebook anda nanti.

Cara Pertama - Berdasarkan pengalaman, hobi dan minat anda.

Adakah anda tahu, menghasilkan ebook seperti ini sangatlah mudah kerana kita
hanya menggunakan pengalaman dan ilmu yang kita ada sahaja. Jika hobi anda
memancing, anda boleh hasilkan ebook mengenai memancing. Jika anda pandai
menjahit, anda boleh hasilkan ebook panduan mengajar menjahit ataupun jika
selama ini anda ada pengalaman menjaga kesihatan dengan cara mudah, anda
boleh hasilkan ebook dengan mengajar mereka cara menjaga kesihatan. Gunakan
ilmu yang anda ada.

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


Page |3

Cara Kedua - Lawat kedai buku.

Cuba anda habiskan masa hujung minggu anda dengan menghadirkan diri
kemana-mana kedai buku. Disitu, anda akan mendapat pelbagai idea. Bagaimana
caranya? Lihat dibahagian Best Seller dalam kedai buku tersebut.

Apa lagi? Inilah masanya untuk anda hasilkan ebook berdasarkan topik-topik
bestseller tersebut. Tapi AWAS! Bukan bermaksud, anda beli buku tersebut dan
COPY PASTE menjadi ebook. SALAH YA! Maksud disini adalah anda hasilkan ebook
berdasarkan topik atau subjek dalam kategori tersebut.

Jika ada buku yang berkaitan kewangan, ini bermaksud, anda boleh hasilkan
ebook berkaitan kewangan juga! Jika anda ada ilmu dan pengalaman berkenaan
pengurusan kewangan, apa lagi? Anda boleh hasilkan ebook berkenaan topik
tersebut. Dah dapat idea kan? 

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


Page |4

Cara Ketiga - Kaji masalah orang ramai.

Caranya adalah dengan bertanyakan pada rakan-rakan, ahli keluarga, saudara-


mara atau sesiapa sahaja. Apa masalah mereka yang selalu anda lihat? Masalah
kesihatan? Masalah kewangan? Masalah rumahtangga? Cuba anda lihat dan
tanya mereka dengan lebih mendalam lagi. Dengan cara ini juga anda akan dapat
pelbagai idea lagi. Selain itu, anda juga boleh membaca surat khabar dan lihat
masalah-masalah yang sering berlaku dari hari ke hari.

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


Page |5

TOPIK 2

HASILKAN
EBOOK

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


Page |6

Selepas mendapatkan idea untuk topik ebook anda, langkah seterusnya adalah
dengan menghasilkan ebook tersebut.

Bagaimana caranya?
Untuk menghasilkan sesebuah ebook, ianya sangat mudah. Anda hanya
memerlukan sebuah perisian yang bernama ‘Microsoft Word’. Masuk ke
Microsoft Word didalam komputer atau laptop anda, dan MULA MENULIS !!

Langkah Pertama - Pemilihan tajuk ebook yang sesuai.

Pastikan pemilihan tajuk untuk ebook anda nanti akan menarik orang untuk
membeli. Sebagai contoh:

 Panduan Mengajar Anak Merangkak


 Panduan Mengajar Anak Merangkak Dalam Masa 5 Hari

Antara 2 tajuk diatas, yang mana lebih menarik?

Sudah tentu tajuk yang kedua. Pastikan anda memasukkan ANGKA dalam tajuk
ebook anda.

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


Page |7

Langkah kedua - Rancang isi kandungan ebook anda.

Sebelum anda mula menulis, anda perlu rangka dahulu isi kandungan yang anda
mahu letakkan. Ini akan memudahkan proses untuk anda menulis ebook tersebut.
Sebagai contoh, sebelum menghasilkan ebook, anda boleh membuat PETA
MINDA untuk merangka isi kandungan yang mahu disampaikan.

Dengan adanya PETA MINDA ini, kerja penulisan anda akan menjadi lebih mudah
dan lancar.

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


Page |8

Langkah Ketiga - Mulakan Menulis.

Rujuk PETA MINDA yang telah anda hasilkan tadi, kemudian kembangkan rangka-
rangka tersebut menjadi informasi yang lebih banyak dan lebih terperinci.

Jika anda telah selesai menyiapkan ebook anda, pastikan anda SAVE sebagai
format PDF.

Caranya sangat mudah. Dalam Microsoft Word tersebut, anda klik pada Menu –
Save As – Pilih Type sebagai PDF.

Maka terhasil sudah ebook anda 

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


Page |9

TOPIK 3

SEDIAKAN
LAMAN WEB
&
RUANGAN
DOWNLOAD
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
P a g e | 10

Langkah seterusnya adalah dengan menyediakan laman web khas untuk menjual
ebook tersebut. Seperti yang anda semua sedia maklum, jenis laman web yang
paling sesuai untuk menjual ebook adalah laman web jenis shopping cart
salesletter. Oleh itu, anda perlu sediakan laman web jenis salesletter dan siapkan
surat jualan untuk laman web tersebut.

Untuk membina laman web, tidak akan disentuh dalam panduan ini. Walau
bagaimanapun, anda boleh rujuk Modul ke-2 yang diajar dalam kelas “Modul 2 -
Laman web Yang Menjual”.

Jika anda telah siap menyediakan laman web jualan untuk ebook tersebut,
langkah seterusnya dan paling penting adalah menyediakan ruangan download
untuk pembeli ebook anda. Untuk kaedah ini, akan diterangkan dengan 2 cara
yang boleh anda gunakan. Anda boleh pilih salah satu cara yang akan diterangkan
nanti. Cara pertama adalah “download secara manual” dan yang kedua adalah
“download secara automatik”.

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


P a g e | 11

Kaedah 1 – Ruangan Download Manual.

Untuk penerangan lebih jelas, kaedah ini adalah dengan memberikan link
download secara manual kepada pembeli. Bermaksud, jika pembeli anda telah
pun membuat bayaran, maka anda perlu menghantarkan link download ebook
tersebut kepada mereka secara manual samada melalui email, inbox (PM) di
Facebook atau apa-apa cara lain. Kebiasaanya di email.

Di sini, ada 2 cara yang boleh anda gunakan.

1. Attach file PDF.

Anda boleh terus attach file PDF tersebut dalam email pembeli. Jika anda
ingin menghantar ebook tersebut melalui facebook pembeli, anda
attachkan sahaja file PDF tersebut dalam inbox (PM).

2. Gunakan Mediafire.com atau Dropbox.com dan lain-lain yang lebih kurang


sama fungsinya.

[INFO] MediaFire dan Dropbox adalah laman web yang menyediakan


perkhidmatan untuk menyimpan sebarang file di alam maya (online). Dan
yang menariknya, file yang telah kita simpan didalam website tersebut,
boleh dikongsi bersama-sama dengan orang lain.

Setiap file akan diberikan link yang unik. Jadinya, anda hanya perlu
kongsikan link unik tersebut kepada sesiapa yang anda mahukan. Ini

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


P a g e | 12

bermaksud, sesiapa yang tidak ada link unik tersebut, mereka tidak boleh
akses ke file tersebut.

Untuk cara ini, anda perlu Upload file PDF ebook anda ke dalam laman web
Mediafire atau Dropbox. Selepas upload, anda akan diberikan link unik,
sebagai contoh, www.mediafire.com/xxxxxxxxxxxx.

Dan link unik tersebutlah yang perlu anda hantar kepada pembeli ebook
anda nanti. Anda perlu menghantar email kepada mereka dengan
memberikan link unik tadi.

Sebagai contoh:

Hai,
Terima kasih kerana berminat untuk mendapatkan ebook .
Sila download ebook anda di link berikut:
 Link Mediafire/Dropbox.

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


P a g e | 13

Kaedah 2 – Ruangan Download Automatik.

Kaedah ini hanya boleh digunakan sekiranya pembeli membuat bayaran


menggunakan Paypal sahaja. Jika mereka membayar menggunakan kaedah Bank-
in atau online transfer, anda perlu berikan mereka link download secara manual
seperti yang telah diterangkan sebelum ini.

Untuk ruangan download secara automatik, caranya adalah seperti berikut:

1. Login ke akaun Paypal anda.

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


P a g e | 14

2. Selepas Login, dibahagian Tools, klik All Tools.

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


P a g e | 15

3. Klik pada PayPal buttons.

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


P a g e | 16

4. Klik Create new button.

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


P a g e | 17

5. Isikan semua maklumat di bahagian STEP 1 ini.

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


P a g e | 18

6. Abaikan pada Step 2, terus klik pada Step 3, dan paparan seperti ini akan
muncul.

Di bahagian yang dimerahkan tersebut, anda perlu masukkan link unik


Mediafire atau Dropbox yang telah diberitahu sebelum ini.

Masukkan link tersebut di bahagian Take customers to this URL when they
finish checkout.

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


P a g e | 19

Ini bermaksud, selepas pembeli membuat bayaran, mereka akan terus


dibawa ke link yang telah anda masukkan diruangan tersebut.

7. Kemudian, klik Create Button.

Siap! 

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


P a g e | 20

8. Selepas itu, anda akan diberikan code button untuk anda letakkan didalam
laman web. Ada dua pilihan untuk anda iaitu Website atau Email.

Jika anda mahu gunakan button yang disediakan oleh paypal seperti yang
dibulatkan pada gambar dibawah ini, anda gunakan code pada ruangan
Website.

Jika anda ada button pilihan anda sendiri, gunakan code dibahagian Email.

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


P a g e | 21

TOPIK 4

PROMOSI

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


P a g e | 22

Antara tempat yang boleh anda lakukan aktiviti promosi adalah dengan
menggunakan facebook, forum, dan juga blog. Pastikan tempat-tempat tersebut
adalah releven dengan topik ebook anda. Gunakan teknik iklan percuma dan juga
teknik iklan berbayar.

Terdapat satu teknik promosi yang agak menarik untuk anda cuba dan
kebanyakan Internet Marketer diluar sana melakukan teknik ini juga. Teknik ini
dinamakan sebagai Pra-Pelancaran.

Kaedah ini bermaksud, anda buat jualan awal sebelum jualan dibuka kepada
umum. Cara ini adalah dengan menawarkan harga yang lebih murah daripada
harga sebenar. Mungkin anda boleh mengadakan Pra-Pelancaran selama 2 hari
sebelum ianya dilancarkan kepada umum.

War-warkan pada kenalan facebook anda, diblog anda atau diforum yang telah
anda join, dan beritahu mereka bahawa anda sedang melakukan pra-pelancaran
untuk ebook tersebut. Jika ebook anda berharga RM40, maka anda tawarkan
kepada mereka dengan harga yang lebih murah. Mungkin RM10? RM20?
Terpulang kepada anda.

Kebiasaannya, mereka ini akan pantas membeli kerana mahukan harga yang lebih
murah sebelum hari pelancaran yang sebenar.

Sekali lagi diingatkan, promosikan hanya di tempat yang betul dimana target
market anda berkumpul. Jika anda promosikan di tempat yang salah, ia ibarat sia-
sia sahaja promosi tersebut.

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.


P a g e | 23

Sekian terimakasih and all the best!

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai