Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS SLOT 1

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, (Jika ada VIP Bersama)

___________________________________________________________________________

Yang dihormati, En. Nik Mohd Khairi bin Nik Md Zabari, selaku penceramah kita pada hari ini,

Tuan-tuan, puan-puan, guru-guru, hadirin-hadirat..

Seterusnya rakan-rakan peserta yang dikasihi sekalian..

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah
kita bersama-sama berhimpun pada pagi yang indah ini bagi menjayakan KURSUS
KEPIMPINAN PEMIMPIN KELAB DAN PERSATUAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR bagi tahun
2023.

Untuk pengetahuan semua, kursus ini diadakan bertujuan sebagai platform untuk memupuk
daya kepimpinan dalam kalangan para peserta bagi melahirkan pemimpin yang berwibawa
seterusnya menjadi aset kecemerlangan sekolah.

Tanpa membuang masa lagi, majlis menjemput penceramah kita,

Yang dihormati, En. Nik Mohd Khairi bin Nik Md Zabari, untuk menyampaikan ceramah slot
pertama yang bertajuk “Organisasiku, Keluargaku”. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

CERAMAH SLOT 1

Terima kasih diucapkan kepada tuan penceramah atas penyampaian ilmu kepimpinan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Saya serahkan majlis ini kepada urusetia kursus. Terima kasih

TEKS PENGACARA MAJLIS SLOT 2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, (Jika ada VIP Bersama)

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Yang dihormati, En. Syarul Azmi bin Razalli, selaku penceramah slot yang kedua pada hari ini,

Tuan-tuan, puan-puan, guru-guru, hadirin-hadirat..

Seterusnya rakan-rakan peserta yang dikasihi sekalian..

Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih diberikan ruang dan peluang untuk meneruskan
menuntut ilmu yang amat berharga daripada penceramah-penceramah kita pada hari ini,
Kursus Kepimpinan Pemimpin Kelab Dan Persatuan Peringkat Negeri Selangor akan
diteruskan lagi dengan menjemput penceramah kita,

Yang dihormati, En. Syarul Azmi bin Razalli, untuk menyampaikan ceramah slot kedua yang
bertajuk “Pengurusan Mesyuarat Yang Berkesan”. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

CERAMAH SLOT 2

Terima kasih diucapkan kepada tuan penceramah atas penyampaian ilmu kepimpinan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Saya serahkan majlis ini kepada urusetia kursus. Terima kasih

TEKS PENGACARA MAJLIS SLOT 3

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, (Jika ada VIP Bersama)

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Yang dihormati, En. Syarul Azmi bin Razalli, selaku penceramah slot yang ketiga pada hari ini,

Tuan-tuan, puan-puan, guru-guru, hadirin-hadirat..

Seterusnya rakan-rakan peserta yang dikasihi sekalian..

Alhamdulillah, bersua kita sekali lagi dalam majlis yang penuh rahmat ini. Hadiri sekalian,
komunikasi adalah kunci kejayaan. Justeru, ia menggambarkan pentingnya komunikasi
dalam pelbagai aspek kehidupan. Kursus Kepimpinan Pemimpin Kelab Dan Persatuan
Peringkat Negeri Selangor ini akan diteruskan lagi dengan menjemput penceramah kita,

Yang dihormati, En. Syarul Azmi bin Razalli, untuk menyampaikan ceramah slot ketiga yang
bertajuk “Komunikasi Pemimpin Yang Berkesan”. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

CERAMAH SLOT 3

Terima kasih diucapkan kepada tuan penceramah atas penyampaian ilmu kepimpinan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Saya serahkan majlis ini kepada urusetia kursus. Terima kasih

TEKS PENGACARA MAJLIS SLOT 4

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, (Jika ada VIP Bersama)

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Yang dihormati, En. Mohd Johari bin Mohamed Sahar, selaku penceramah kita pada hari ini,

Tuan-tuan, puan-puan, guru-guru, hadirin-hadirat..

Seterusnya rakan-rakan peserta yang dikasihi sekalian..

Alhamdulillah, bersyukur kita kerana dapat lagi kita meneruskan Kursus Kepimpinan
Pemimpin Kelab Dan Persatuan Peringkat Negeri Selangor bagi hari yang kedua pada hari ini.
Hadirin sekalian, jati diri ialah sifat atau ciri unik dan istimewa yang menjadi teras dan
lambang keperibadian seseorang individu. Untuk mengupas lanjut majlis dengan menjemput
penceramah kita,

Yang dihormati, En. Mohd Johari bin Mohamed Sahar, untuk menyampaikan ceramah slot
keempat yang bertajuk “Menjana Jati Diri”. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

CERAMAH SLOT 4

Terima kasih diucapkan kepada tuan penceramah atas penyampaian ilmu kepimpinan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Saya serahkan majlis ini kepada urusetia kursus. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai