Anda di halaman 1dari 13

Jadual Pembacaan Khutbah Jumaat

Siri 12/ 2023 (Disember Tahun 2023)


‫تاري خ‬ ‫تاجوق‬ ‫ب‬

1 Disember 2023M/
Pembangunan Lestari, Nikmatnya
1.
18 Jamadil Awwal 1445H Disyukuri
8 Disember 2023M/
25 Jamadil Awwal 1445H
Tunaikanlah Zakatmu 2.

15 Disember 2023M/ Menginsafi Hikmah Musibah 3.


2 Jamadil Akhir 1445H

22 Disember 2023M/
9 Jamadil Akhir 1445H
Siapa Lelaki Sejati? 4.

29 Disember 2023M/
16 Jamadil Akhir 1445H
Sediakan Payung Sebelum Hujan 5.

Khutbah Kedua
:‫دبياياءي‬ :‫دتربيتكن‬

‫زكاة ڤوالو ڤينڠ‬ ‫ن‬


‫جابت حال إحوال اڬام اسالم ڤوالو ڤينڠ‬

2023 ‫خطبة بولن دسيمب‬


1|P a g e
Jawatankuasa Panel Semakan Teks Khutbah
Negeri Pulau Pinang

1. SS Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor
(Pengerusi)
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

2. Y.Bhg Dato’ Rosli bin Othman


Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang

3. Prof. Madya Dr. Atikullah bin Abdullah


Pensyarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia

4. Ustaz Ahmad bin Hashim


Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran,
Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB)

5. Ustazah Rohayati binti Daud


Mantan Penyelaras Program Intervensi Kaunseling,
Universiti Sains Malaysia

6. Ustaz Mohd Salmi bin Shaimi


Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang

7. Ustaz Subki bin Mohamed


Mantan Pensyarah, IPG Kampus Tuanku Bainun

8. Ustaz Mohd Hanif bin Omar @ Wahab


(Setiausaha)
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)

2023 ‫خطبة بولن دسيمب‬


2|P a g e
Siapa Lelaki Sejati?
22 Disember 2023M/ 9 Jamadil Akhir 1445H

، ‫ان‬ َ ‫اع ة َو ْاْل‬


‫يم‬
َ َّ
‫الط‬ ‫ب‬ ْ ‫ َو َأ َع َّز ُه‬، ‫ال ب ْاْل ْس ََلم‬
‫م‬ َ ‫الر َج‬ِّ ‫ّلِل هال ذ ي َأ ْك َر َم‬
‫ْ َ ْ ُ ه‬
َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ‫ال ح م د‬
ُ َ ََ ْ َ َ َ َ َّ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ ُ َ ْ َ ُ ‫َ َ ْ َ ُ َ ْ َ َ َ َّ ه‬
‫ ج ع ل الس ع اد ة َف يم ن أ ط اع ه‬، ‫شيك ل ه‬ ِ ‫اّلِل و َح َد ه َل‬ ‫وأ ش ه د أ ن َل َإ ل ه َإ َل‬
ْ َ ْ ُُ َ َ ‫َ ُ ُ ه‬ ً َ ُ َّ َ ُ َ ْ ََ ُ َ َّ
‫ وخ َل يل ه َم ن خ ل َق َه‬، ‫اّلِل‬َ ‫ وأ ش ه د أ ن ن َب ي ن ا م ح م د ا رس ول‬، ‫َوات َب َع ِرض اه‬
َّ َّ
ُ َ َ ْ ُ َ
. ‫اه‬ ‫وم ص ط ف‬
ُ َ َ َ ْ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َّ َ ُ َ ِّ َ َ َ ْ ِّ َ َ ِّ َ َّ ُ ‫ه‬
. ‫ْص َه وواَل ه‬
ِ ‫الل ه م ص ل وس ل م ع َل س ي َد ن ا م ح م ٍد وع َل َآل َه وص ح اب َت َه وم ن ن‬
َ ُْ ْ ُ ْ َ َ ْ ََ ‫ه‬ ْ َ ْ َ َ ْ ُ ْ ْ ُ ‫َّ ْ ه‬ ‫َ ه‬ َ َ َ
‫ َا ت ق وا اّلِل أ و َص ي ك م ون ف َس َب ت ق وى اّلِل فقد فاز المؤ َمنون‬، ‫َوب ْع د؛ ف َي ا َع َب اد اّلِل‬
َ
َ ُ َّ ْ
.‫ال ُمتق ْون‬

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Tidak ada nasihat paling agung yang ingin diseru daripada atas
mimbar yang mulia ini, melainkan untuk mengajak semua muslimin untuk
meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan mentaati segala perintah-
Nya dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah. Semoga

kita beroleh ketakwaan yang sebenar-benar di sisi Allah .

Di samping itu, khatib ingin mengingatkan sidang Jumaat sekalian


agar memberikan fokus dan mendengar serta menghayati khutbah Jumaat

2023 ‫خطبة بولن دسيمب‬


3|P a g e
ini, jangan berbual-bual, tidak leka bermain gajet, melayan mesej Whatsapp,
Facebook, Tiktok dan sebagainya kerana ia boleh mencacatkan pahala
Jumaat. Marilah kita bersama-sama menghayati khutbah yang bertajuk:
“Siapa Lelaki Sejati?”

MUSLIMIN YANG DIKASIHI SEKALIAN,

Seringkali kita salah faham tentang apakah yang dimaksudkan


sebagai lelaki. Ada yang menganggap badan yang sasa, kemewahan,
kekayaan dan populariti sebagai lambang lelaki sebenar. Namun Islam
mempunyai pandangan berbeza bagi menentukan siapa lelaki sebenar.

Andai badan yang sasa menjadi ukuran dan simbol lelaki sejati, pasti
kaum munafiqin mengungguli gelaran tersebut. Wajah yang tampan, badan
yang sasa dan kepetahan berbicara persis seorang lelaki yang berkarisma

ialah ciri utama kebanyakan munafiqin di zaman Rasulullah.

Firman Allah  dalam surah al-Munafiqun ayat 4:

َ ُ َ ۡ َ ٞ َ َّ َ ُّ ٞ ُ ُ ۡ ُ َّ َ َ ۡ ۡ َ ۡ َ ۡ َ ْ ُ ُ َ ۡ ُ ُ َ ۡ َ َ ُ ۡ ُ ۡ ُ َ ََۡ َ
‫جبك أجسامهمۖۡ ِإَون يقولوا تسمع ل ِقول ِ ِهمۖۡ كأنهم خشب مسندة ۖۡ َيسبون‬ ِ ‫ِإَوذا رأيتهم تع‬
َ ُ َ ۡ ُ َٰ َّ َ ُ َّ ُ ُ َ َ َٰ َ ۡ ُ ۡ َ ۡ َ ُّ ُ َ ۡ ُ ُ ۡ ۡ َ َ َ ۡ َ َّ ُ
٤ ‫ُك صيح ٍة علي ِه ۚۡم هم ٱلعدو فٱحذره ۚۡم قتلهم ٱّللۖۡ أَّن يؤفكون‬

Maksudnya: “Dan apabila kamu melihat mereka, kamu kagum dengan tubuh
badan mereka (dan kelakuan mereka). Jika mereka berkata-kata, kamu
akan tertarik mendengar tutur kata mereka (kerana manis dan fasih). (Dalam
pada itu) mereka seakan-akan kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana

2023 ‫خطبة بولن دسيمب‬


4|P a g e
tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (berasa bersalah
dan sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka setiap jeritan
ditujukan kepada mereka (untuk membahayakan mereka). Mereka itulah
musuh (yang sebenarnya) maka berwaspadalah terhadap mereka, semoga
Allah membinasakan mereka. (Pelik sungguh!) Bagaimanakah mereka
dapat dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka daripada kebenaran)?”

Imam Al-Baghawi menyebut di dalam tafsirnya, Ibnu Abbas 


menyatakan bahawa Abdullah bin Ubai, ketua munafiqin Madinah
merupakan seorang yang tegap tubuhnya, tampan wajahnya dan begitu
mempersona ketika berbicara. Andai sekiranya seseorang melihat
penampilan dan cara mereka berbicara, pasti tidak akan terlintas, itu

sebenarnya golongan yang sangat dimurkai oleh Allah.

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,

Namun begitu, penampilan mereka hanya mampu mengagumkan


sebahagian masyarakat. Hakikatnya golongan ini tidak lebih seperti
sebatang kayu yang tersandar di dinding. Bagi mereka yang dangkal
akalnya, pasti akan mengagumi kayu tersebut kerana menganggap sangat
besar jasanya sehingga menahan dinding dari rebah. Tetapi bagi yang
bijaksana pasti akan mengetahui kayu tersebut tiada sebarang nilai dan
peranan. Hanya menunggu masa untuk reput dan binasa. Demikian analogi
al-Quran bagi menyatakan nilai lelaki sebenar dalam pandangan Islam.

Ketika seorang sahabat Abdullah bin Mas’ud  yang memilki tubuh

badan yang kecil, hendak mengambil ranting untuk dijadikan kayu sugi,

2023 ‫خطبة بولن دسيمب‬


5|P a g e
datang angin lalu menyingkap sebahagian betisnya. Para sahabat tertawa
melihat betis Abdullah bin Mas’ud yang kecil dan kurus. Rasulullah

 bertanya: “Apa yang membuat kamu tertawa?” Mereka berkata,


“Wahai Rasulullah, kerana kedua betisnya yang kurus.”

Rasulullah lantas bersabda: “Demi zat yang jiwaku berada di

tangannya, sesungguhnya kedua betis itu lebih berat timbangannya


daripada gunung Uhud.”

﴾Hadis Riwayat Imam Ahmad﴿


MUSLIMIN YANG DIRAHMAT ALLAH,

Mimbar menggariskan 3 ciri utama bagi lelaki sebenar menurut kaca mata
Islam:

Pertama: Lelaki yang sentiasa terpaut hatinya dengan masjid.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 108:

َ َّ ُ ۡ ُّ ُ ُ َّ َ ْ ُ َّ َ َ َ َ َ ُّ ُ ٞ َ
١٠٨ ‫فِيهِ رِجال َيِبون أن يتطهر ۚۡوا وٱّلل َيِب ٱلمط ِه ِرين‬

Maksudnya: “Di dalam masjid itu, ada ramai orang lelaki yang suka
(mengambil berat) membersihkan (menyucikan) diri mereka. Dan (ingatlah),
Allah mengasihi orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”

Lelaki sebenar adalah ketika hati dan jiwanya rindu untuk sentiasa
berada di masjid. Jiwa kehambaannya semakin terserlah apabila saban

2023 ‫خطبة بولن دسيمب‬


6|P a g e
waktu dan ketika menjadikan masjid sebagai destinasi utama dalam
kehidupan. Lelaki yang sebenar juga sentiasa membersihkan diri dan hati
mereka daripada dosa.

Kedua: Lelaki yang tidak meninggalkan solat demi kepentingan dunia.

Firman Allah dalam surah an-Nur 37:

َ ُ َ َ َ َّ ٓ َ َ َّ َ َّ ۡ َ ٞ ۡ ُ َّ ٞ
‫ٱلزك َٰوة ِ َيافون يَ ۡو ٗما‬ ِ‫ٱلصل َٰوة ِ ِإَويتاء‬ ِ ‫ٱّللِ ِإَوق‬
‫ام‬ ‫رِ َجال َّل تل ِهي ِه ۡم ت َِجَٰ َرة َوَّل َب ۡي ٌع َعن ذِك ِر‬

ُ َٰ َ َۡ ۡ َ ُ ُ ُۡ ُ ‫َت َت َق َّل‬
٣٧ ‫ب فِيهِ ٱلقلوب وٱۡلبصر‬

Maksudnya: “(Ibadah itu dilakukan oleh) orang yang tidak dilalaikan oleh
perdagangan dan jual beli daripada mengingati Allah, mendirikan solat dan
menunaikan zakat. Mereka takutkan Hari Kiamat yang padanya berbolak-
balik hati dan pandangan.”

Lelaki sebenar adalah ketika perniagaan dan kemewahan tidak pernah


melalaikannya dari menunaikan solat lima waktu dan berzikir mengingati
Tuhan. Solat menjadi keutamaannya di dalam setiap tindakan dan aktiviti
sehariannya.

Ketiga: Lelaki yang menepati janjinya dengan Allah.

Firman Allah di dalam surah al-Ahzab ayat 23:

2023 ‫خطبة بولن دسيمب‬


7|P a g e
َ َ‫َض ََنۡ َب ُهۥ َوم ِۡن ُهم َّمن ي‬
ُۡۖ ‫نت ِظر‬ َٰ َ َ‫ٱّلل َعلَ ۡيهِِۖ فَ ِم ۡن ُهم َّمن ق‬
ٞ َ َ ۡ ُۡ َ
َ َّ ْ ‫ال َص َدقُوا ْ َما َع َٰ َه ُدوا‬ ‫مِن ٱلمؤ ِمنِني رِج‬
ٗ َ ْ ُ
٢٣ ‫َو َما بَ َّدلوا ت ۡب ِديٗل‬

Maksudnya: “Antara orang yang beriman itu ada orang yang menunaikan
apa-apa yang telah dijanjikan mereka kepada Allah (untuk berjuang
membela Islam). Maka ada juga antara mereka yang telah selesai
melaksanakan janji mereka (lalu gugur syahid) dan ada antara yang
menunggu giliran dan mereka tidak mengubah (apa-apa yang telah
dijanjikan oleh mereka itu) sedikitpun.”

Lelaki sebenar menurut Islam pasti akan memelihara setiap kewajipan


yang digariskan syarak. Tidak lalai dari menunaikan semua arahan Allah

 dan sentiasa menjauhi segala tegahan-Nya. Lelaki yang sebenar


tidak pernah menganggap urusan agama sebagai perkara remeh dalam
kehidupan bahkan sentiasa hidup berpaksikan wahyu Allah.

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,

Ayuh persiapkan diri menjadi lelaki yang digariskan oleh Al-Quran.


Lelaki yang hakiki membina kekuatan diri. Berdiri atas keimanan hakiki.
Memilki jati diri bersendikan sunnah sejati bukan sekadar bertanjak rapi
tetapi malang, hilang identiti. Bukan hanya bersuara lantang lagak pejuang
tapi sayang solat lima waktunya tak pernah kunjung datang.

Lelaki sejati berakhlak mulia, tidak sombong dan menghina walau


kekayaan melimpah. Contohilah lelaki sebenar seperti sahabat Nabi di

2023 ‫خطبة بولن دسيمب‬


8|P a g e
zaman salaf, berjuang mempertahankan agama walau senjata bersilang
terhunus ke muka. Pertahankan agama walau badan bercalar, diluka
pedang musuh durjana.

MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,

Sebagai kesimpulan dari khutbah pada hari ini, mimbar menggariskan


3 elemen penting sebagai bekalan dan panduan jemaah:

Pertama: Jadilah lelaki yang hakiki, memiliki jatidiri bersandarkan ajaran


Islam berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Kedua: Meyakini pandangan dan nilaian Allah  terhadap hamba-

Nya ialah pada hati bukan pada luaran atau fizikal.

Ketiga: Sentiasa menjaga solat lima waktu secara berjemaah sebagai


lambang lelaki sebenar.

َّ َ َّ َ َّ ُ ُ َ
‫جي ِم‬
ِ ‫ان الر‬
ِ ‫أعوذ بِاّلل ِ مِن الشيط‬

ٌ‫َشء‬ َ ُ َٰ َ ۡ َ َ َ ۡ ُ ۡ ٞ ُّ ُ َ ٓ َ َ ْ ٓ ُ َ ۡ َ
ۡ َ ‫ون َهَٰ َذا‬ َ ۡ ‫ٓقۚۡ َوٱلۡ ُق ۡر َءان ٱل‬
‫جبوا أن جاءهم من ِذر مِنهم فقال ٱلكفِر‬ ِ ‫ع‬ ‫ل‬ ‫ب‬ ١ ‫د‬
ِ ‫ي‬ ‫ج‬
ِ ‫م‬ ِ
ُ َۡ ُ ُ َ َ َۡ َ َۡ
ۡۡۖ‫ۡرض م ِۡن ُهم‬ ٞ َ ُۢ ُ ۡ َ َ َٰ َ ۡۖ‫َ َ ۡ َ َ ُ َّ ُ َ ٗا‬ ٌ ‫َعج‬
‫ قد علِمنا ما تنقص ٱۡل‬٣ ‫ أءِذا مِتنا وكنا تراب ذل ِك رجع بعِيد‬٢ ‫يب‬ ِ
َّ ۡ َ ۡ ُ َ ۡ ُ ٓ َ َّ َ ۡ ْ ُ َّ َ ۡ َ ٌ َٰ‫ِندنَا ك َِت‬
٥ ‫يج‬ ٓ ِ ‫ٱۡلق لما جا َءهم فهم‬َ ‫ بل كذبوا ب‬٤ ‫ب َح ِفيُۢظ‬ َ ‫َوع‬
ٍ ‫ِف أم ٖر م ِر‬ ِ ِ

2023 ‫خطبة بولن دسيمب‬


9|P a g e
‫ي‪َ ،‬أ ُق ُ‬
‫ول ماَ‬ ‫اّلِل ِل َو َل ُك ْم ِف ْال ُق ْرآن ْال َعظيم‪َ ،‬و َن َف َع ِن َو َاي ُاك ْم ب َه ْدي َس ِّيد ْال ُم ْر َسل َِ‬ ‫َب َار َك ه ُ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ِ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫ُ َّ ُ‬ ‫َ ْ َْ‬ ‫َِ ْ ُ َ ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ ُ‬ ‫َ‬
‫َسم ْع ُت ْم‪َ ،‬وأ ْس َت ْغف ُر ه َ‬
‫استغ َف ُروه‪َ ،‬إنه‬ ‫ي َمن ك ِّل ذن ٍب‪ ،‬ف‬ ‫اّلِل َ يِل َولك ْم‪َ ،‬و َل َس َائ ِر ال ُم ْس َل َم‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫يم‪.‬‬‫الرح ُ‬‫ور َّ‬ ‫ُه َو ْال َغ ُف ُ‬
‫َ‬

‫خطبة بولن دسيمب ‪2023‬‬


‫‪10 | P a g e‬‬
‫‪Khutbah Kedua Bulan Disember‬‬
‫‪2023M/ 1445H‬‬
‫َ‬ ‫َ ُّ ْ ُ َ َ َ َ‬ ‫َل ٰا اَلئه َوإ ْح َ‬ ‫َ ْ ُ ه ََ‬
‫يقه َو ْام َتن َانه‪،‬‬ ‫وف‬ ‫ت‬ ‫َل‬ ‫ع‬ ‫ه‬ ‫ل‬ ‫ر‬ ‫ك‬ ‫الش‬ ‫و‬ ‫‪،‬‬ ‫ه‬ ‫ان‬ ‫س‬ ‫ى‬ ‫الحمد ّلِل ع‬
‫َ َ ْ َ ُ َ َ ْ َ ٰ َ َّ ه َ َ ْ َ َ ََ ْ َ َ َ ْ ْ ً َ َ ْ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫شيك له تع َظيما َلشأ َنه‪،‬‬ ‫و َأ ْشهد أ َّن آل َإله إال اّلِل وحده ُال ِ‬
‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ُ َ َّ ً َ ْ ُ َ َ ُ ْ َ ً‬ ‫َ َ ُ‬
‫وانه‪.‬‬ ‫وأشهد أن محمدا عبده ورسوله د َاعيا إِل ِرض َ‬
‫َ َ َْ‬ ‫َ َ َ َ ْ‬ ‫َ َ ْ‬ ‫ه َ َ ه َ َ َ َ ِّ َ ُ َ َّ َ َ َ‬ ‫ه‬
‫َصَل اّلِل وسلم عَل سي َدنا محم ٍد وعَل َآله وصح َبه‪ ،‬عدد خل َقه و ِرضا نف َسه‪،‬‬
‫َ َ‬
‫ومد َاد ك َل َم َاته‪.‬‬ ‫ه‬ ‫ش‬ ‫ر‬‫َوزَن َة َع ْ‬
‫َ‬
‫َ ْ َُْ َ َ َ َْ َ‬ ‫َ َّ ِ َ ْ ُ َ َ َ َ َ ه َّ ُ ْ ه َ َ َ ى َ َّ ُ ْ َ َّ ُ َ‬
‫أما بعد‪ ،‬فيا َعباد اّلِل‪َ ،‬اتقوا اّلِل تعاِل ربكم حق تق َاته‪ ،‬واعملوا َبطاع َته ومرض َاته‪،‬‬
‫ال َع َل ْي ًما َح َك ْي ًما‪:‬‬ ‫اّلِل ‪َ ‬أ َم َر ُكم ب َأ ْمر َب َد َأ ف ْيه ب َن ْفسه؛ َف َق َ‬ ‫ُ َّ ْ َ ُ ْ َ َّ ه‬
‫ثم اعلموا أن‬
‫َ َ َ َ‬ ‫َ ٍ‬
‫يما ‪٥٦‬‬ ‫ام ُنوا ْ َص ُّلوا ْ َعلَ ۡيهِ َو َسل ِ ُموا ْ ت َ ۡسل ِ ً‬ ‫لَع ٱنلَّب َي ىا َأ ُّي َها َّٱَّل َ‬
‫ِين َء َ‬ ‫َّ َّ َ َ َ َ ىا َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ‬
‫إِن ٱّلل ومل َئكتهۥ يصلون‬
‫ِ ِ ۚۡ‬
‫[األحزاب‪]56 :‬‬

‫الم َن ْ ِي‪،‬‬ ‫الن َذ ْير‪َ ،‬و ِّ َ‬


‫الِّساج ُ‬ ‫َ ْ َّ‬
‫ي‬ ‫ش‬ ‫الب‬ ‫د‬ ‫الله ّم َص ِّل َو َس هل َم َع ََل َع ْبد َك َو َر ُس ْول َك ُم َح َّ‬
‫م‬
‫ه‬
‫ِْ‬ ‫َ‬ ‫ِ‬ ‫َ َ َ ِ‬ ‫ن‬ ‫َ َ‬ ‫َ‬
‫َ ْ َ ه‬
‫ُ‬
‫ي‪ ،‬و َمن تب َعه ْم بإح َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬
‫ي‪ ،‬وعن التابع ْ َِ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫الله َّم َع ْن آله َو َص َحابته أج َمع ْ َِ‬
‫ْ‬ ‫َ‬
‫ان إِل‬ ‫ٍ‬ ‫س‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ِ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫وارض‬
‫الراحم ْ َِ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َّ‬
‫َي ْوم الد ْين‪َ ،‬و َعنا َم َع ُه ْم ب َعفو َك َوك َرم َك َوإ ْح َسان َك َيا أ ْر َح َم َّ‬ ‫ِّ‬
‫ي‪.‬‬ ‫َ َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ ِ‬ ‫ِ‬ ‫َ‬
‫‪SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,‬‬
‫‪Khatib juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru para‬‬
‫‪jemaah sekalian agar terus memberikan sokongan padu tanpa berbelah-‬‬
‫‪bagi kepada penduduk Palestin yang sedang dizalimi oleh Regim Zionis‬‬
‫‪melalui serangan tanpa henti di Gaza dan Tebing Barat.‬‬
‫‪Kita mungkin tidak mampu mengangkat senjata, tetapi kita masih‬‬
‫‪mempunyai kekuatan daripada aspek kewangan. Infakkanlah sebahagian‬‬

‫خطبة بولن دسيمب ‪2023‬‬


‫‪11 | P a g e‬‬
rezeki untuk membantu mereka yang ketika ini berada dalam keadaan yang
amat menyedihkan serta menjalani kehidupan yang sukar. Selain itu,
gunakanlah senjata paling ampuh yakni DOA. Semoga Allah

menganugerahkan kejayaan, keselamatan dan kesejahteraan

buat seluruh umat Islam serta rakyat Palestin khasnya. Semoga bumi

Palestin kembali aman dan makmur di bawah rahmat Allah .

َْ َ ْ ُْ
َ ‫اْل ْم‬ َْ
َ ‫اْل ْح‬ َ ْ ُ ْ َ َِ ْ ْ ُ ْ َ َ ‫ي َو ْال ُم ْسل‬ َِ ْ ‫اغف ْر ل ْل ُم ْسلم‬ ْ َّ ‫ه‬
،‫ات‬ َ ‫و‬ ‫و‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫اء‬
َ َ ‫ي‬ ‫ات‬
َ َ ‫ن‬ ‫م‬‫ؤ‬‫م‬ ‫ال‬‫و‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬
َ َ ‫ؤ‬‫م‬ ‫ال‬‫و‬ ‫ات‬َ َ‫م‬ ََ َ َ ‫اللهم‬
َ ْ ُ ُ َ َ ُ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ َّ َ ْ َ ْ َ ْ ْ َ َ َ َ ْ َ ِ َّ َّ ‫ه‬
.‫ وأص َلح واحفظ أ َئمتنا وعلماءنا ووزراءنا ووالة أمو ِرنا‬،‫آمنا يف أوط َاننا‬ َ ‫اللهم‬
َ ْ َ َ ُ ُْ ْ
‫ الله َّم اج َعله ْم هداة ُمهت َدين‬،‫شي َع َتك‬
‫ه‬ َ ْ ََ ُ ْ َ َ َ
‫ْص‬ ‫ن‬‫و‬ ‫ك‬ ‫ين‬ ‫د‬ ‫ز‬
ُّ
‫ع‬ ‫ه‬‫ي‬ ْ ‫الله َّم َو ِّف ْق ُه ْم ل َما ف‬
‫ه‬
َ َ َ َ َ َ
ْ ََ َ َ َ َ َ ْ ْ َ ِ َ َ َ َ َّ ‫ه‬ ْ َ َِ ْ ْ ُ َِ ْ
َ ‫اش‬ َ
،‫اح َب الجاللة‬ َ ‫ص‬ ‫َل‬ ‫ع‬ ‫ك‬ ‫ق‬ ‫ي‬
َ َ ‫ف‬‫و‬‫ت‬‫و‬ ‫ك‬ ‫ت‬ ‫اي‬‫ن‬
َ ََ ‫ع‬ ‫ب‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫الل‬ ‫ل‬َ ‫م‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ح‬َ ‫ل‬
َ ‫ص‬ ‫م‬ ‫ي‬ ‫ح‬
َ ‫ال‬
َ ‫ص‬
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku
Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil
Alallah Sultan Iskandar Al-Haj;
َ َ َ َٰ َ َ
،‫کذ لك َصاحب الفخ َامة‬ ‫و‬
Tuan Yang Terutama, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul
Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
َ َ ْ َ َ ْ َ ِّ َ ِّ َ َ َ ِّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َّ َ ْ َ ْ َّ ‫ه‬
‫الربا َوالزنا َوالزَل ِز َل َوال َمحن َو ُس ْو َء‬ ‫ و‬،‫اللهم ادفع عنا البَلء والوباء والغَلء والرياء‬
َ َِ ْ ْ ُ
‫ي ع َّامة‬
َ ْ َ
‫ َوعن َس َائ ِر َبَل َد المس َل َم‬،‫اصة‬ َّ ‫ي َما َظ َه َر م ْن َها َو َما َب َط َن َع ْن َب َلد َنا َه َذا َخ‬ ِ َ
َ َ
َ ِ ‫الف‬ َ
.‫ي‬ َ ِ ‫َيا رب العال َم‬
ْ ‫ى‬ َّ َ

2023 ‫خطبة بولن دسيمب‬


12 | P a g e
Ya Allah! Dengan sifat-Mu yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar,
jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang istiqamah
mendirikan solat secara berjemaah serta mengeluarkan zakat dan
melaksanakan waqaf melalui agensi milik penuh Majlis Agama Islam
Negeri Pulau Pinang (MAINPP) iaitu Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Wakaf
Pulau Pinang (WPP).

Ya Allah! Berilah petunjuk-Mu kepada kami dan pemimpin-pemimpin


kami untuk memberikan khidmat bakti yang terbaik kepada agama,
bangsa dan negara. Ya Allah! Kuatkan iman kami agar dapat
menghindari perbuatan khianat, salah guna kuasa dan harta, memberi
atau menerima rasuah dan segala perbuatan durjana yang merosakkan
kepentingan agama, masyarakat dan negara.
َّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ِ َ َ َ َ َ ْ ُّ ِ َ َ َّ َ
.‫اب الن ِار‬ ‫اآلخر َة حسنة و َقنا عذ‬ َ ‫ف‬‫ربنا َآتنا َ يف الدنيا حسنة و َ ي‬
ٓ َ ۡ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ َ َٰ َ ۡ ُ ۡ َٓ َ ۡ ۡ َ ۡ َ ۡ ُ ُ ۡ َ َ َّ َّ
ِ‫ٱۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرَب وينَه ع ِن ٱلفحشاء‬ َٰ ‫َ َ ه‬
ِ ‫َعباد اّلِل! إِن ٱّلل يأمر بِٱلعد ِل و‬
َ َّ َ َ ُ َّ َ ُ ُ َۡۡ َ َ ُۡ َ
‫ َواشك ُروه‬،‫ فاذك ُروا اّلِل الج َل ْيل يذك ْرك ْم‬٩٠ ‫غ يَعِظك ۡم ل َعلك ۡم تذك ُرون‬
ُ ُ ْ ُ ُ َْ َ ‫ه‬ ُ ْ َ
ِۚ ِ ‫وٱلمنك ِر وٱۡل‬
َ ُ َ ۡ َ َ ُ َ ۡ َ ُ َّ َ ُ َ ۡ َ َّ ُ ۡ َ َ ْ ُ ْ َ ََ
٤٥ ‫ وَّلِكر ٱّللِ أكب ُۗ وٱّلل يعلم ما تصنعون‬،‫عَل َن َع َم َه ي ِزدكم‬

2023 ‫خطبة بولن دسيمب‬


13 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai