Anda di halaman 1dari 3

SMK SER NILAM, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

HAZIM SYAKIRIN BIN MOHD SHAHABUDIN

051016-11-0125

4 NURULALIM

SEIKAT BAGAI SIRIH, SERUMPUN BAGAI SERAI

Menjelang tahun 2021, negara kita Malaysia tidak terkecuali dengan penularan wabak
covid-19 yang semakin meningkat. Hal ini demikian kerana pemikiran dan pandangan
masyarakat yang memandang remeh berkenaan virus ini. Contohnya, mereka tidak mematuhi
prosuder-prosuder yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti tidak
memakai pelitup separuh muka dan tidak menggunakan pembasmi kuman bagi membendung
penularan wabak ini. Kesannya, mereka akan terdedah dan akan mudah dijangkiti dengan virus
ini seperti duduk dalam duri banyak, bersandar di batang rengas. Oleh itu, kita sebagai rakyat
perlu seikat bagai sirih,serumpun bagai serai agar dapat membantu kerajaan dan barisan
hadapan dalam mengurangkan kes harian covid-19 yang kian meningkat.

Terdapat pelbagai cara kita sebagai rakyat dapat membendung penularan covid-19.
Antaranya, adalah mengajak masyarakat untuk menerima suntikan vaksin. Hal ini demikian
kerana masih terdapat golongan anti vaksin yang tidak mempercayai kelebihan divaksinasi.
Selain itu, mereka beranggapan bahawa vaksin dapat merosakkan sistem pertahanan badan
mereka kerana kandungan yang terdapat di dalam vaksin tersebut. Kesannya, vaksinasi tersebut
akan menyebabkan sesetengahnya tidak mahu ke pusat vaksinasi apabila mempercayai berita-
berita palsu sebegini. Sekiranya kita bersatu padu dan bersepakat untuk menerima vaksin, maka
penularan wabak ini mampu disekat dan kadar jangkitan boleh dikurangkan. Hal ini seterusnya
dapat memulihkan kembali persekitaran kesihatan kita dan dapat menjalani kehidupan seperti
biasa. Maka, jelaslah bahawa kerjasama masyarakat menerima vaksin mampu membendung
penularan wabak bahaya tersebut.

Selain dari itu juga, masyarakat haruslah memberikankerjasama dalam menyebarkan


berita-berita atau pun maklumat yang berkaitan deng penularan covid-19 di media sosial. Oleh
itu, mencegah lebih baik daripada mengubati. Penularan berita-berita palsu terutamanya yang
berkaitan dengan vaksin mampu mempengaruhi keputusan seseorang untuk mendapatka
vaksin. Semestinya, masyarakat haruslah bekerjasama berkongsi maklumat yang positif bagi
menyekat penularan virus ini melalui penerimaan suntikan vaksin. Kesaksamaan pendapat
dapat mewujudkan suasana harmoni dan dapat mengekalkan keamana sejagat. Oleh itu, kita
seharusnya bekerjasama menyebarkan maklumat positif berkenaan suntikan vaksin, contohnya
kelebihan yang diperoleh setelah menerima suntikan vaksin. Kesimpulannya, janganlah
sesekali kita mempercayai berita-berita palsu dan hendaklah mematuhi segala arahan yang
diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar kadar masyarakat divaksinasi akan terus
meningkat.

Seterusnya, penularan virus ini juga telah banyak mempengaruhi segala faktor dalam
kehidupan masyarakat dunia umumnya dan juga masyarakat Malaysia khususnya. Kejatuhan
ekonomi dan kepincangan sosial menguasai persekitaran masyarakat dunia kini akibat daripada
penularan virus ini. Ramai yang kehilangan mata pencarian dan terpaksa menghadapi tekanan
akibat lama berkurung di dalam rumah. Hal ini jelas menyebabkan masyarakat hidup dalam
keadaan tertekan dan memerlukan bantuan daripada masyarakat lain yang kurang terjejas
akibat pandemik ini. Slogan seikat bagai sirih, serumpun bagai serai ini bersesuaian dengan
cara saling membantu antara satu sama lain. Pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan (NGO)
bersama-sama berganding bahu bagi membantu pihak yang terkesan dengan penularan wabak
ini. Bantuan disalurkan kepada yang terkesan mengikut keperluan. Hal ini demikian kerana
ramai orang yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan terjejas akibat pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan yang dijalankan ketika ini. Antara cara membantu orang yang kesusahan
dalam waktu pandemik ini adalah dengan memberi sedekah kepada golongan fakir dan miskin
dalam bentuk wang mahupun barang seperti makanan dan barang keperluan. Selain itu,
bantuan dari segi sosial iaitu sokongan moral bagi kesihatan mental dilihat mampu membantu
masyarakat yang terkesan akibat daripada wabak ini. Talian hayat bagi masyarakat yang ingin
meluahkan tekanan perasaan juga turut diwujudkan bagi meringankan beban tekanan perasaan
tatkala masalah yang wujud sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Kesannya, ianya
dapat mengurangkan beban yang dipikul oleh mereka walaupun sedikit, namun bak kata
pepatah hidup muafakat membawa berkat.

Selain itu,kita juga perlu mengekalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter


daripada individu yang lain. Perbuatan seperti bersalaman dan berpelukan dapat menyebarkan
wabak ini dengan cepat dan seterusnya meningkatkan kadar jangkitan tersebut. Hal ini
demikian kerana persentuhan dapat menyebarkan virus tersebut. Kesannya, perbuatan tersebut
dapat meriskokan kesihatan kepada mereka yang melakukan persentuhan. Pematuhan kepada
SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerjaan dapat mengekang penularan wabak ini.
Kerjasama masyarakat dalam memahami SOP ini dapat mengekang penularan wabak ini.
Tindakan tersebut mampu mengembalikan semula rutin kehidupan harian kita seperti dahulu
kala.

Akhir sekali, kita perlu mematuhi pesanan daripada kerajaan supaya tidak keluar
rumah. Kerajaan juga telah membuktikan bahawa cara ini ialah cara paling berkesan bagi
membendung penularan wabak ini. Contohnya, Malaysia pertama kali mencatat 0 kes harian
tapi kerana sifat rakyat yang tidak bertanggungjawab, bilangan jangkitan semakin meningkat
hingga ke lima angka. Malaysia pernah mencatat kes harian tertinggi sebanyak 20,889 kes.
Oleh itu, marilah kita sama-sama untuk membendung penularan wabak ini agar kita dapat
menjalankan rutin harian tanpa perlu melakukan penjarakan sosial, pemakaian pelitup separuh
muka dan lain-lain. Oleh itu kita bersama-sama lindung diri, lindung semua.

(789 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai