Anda di halaman 1dari 3

AMALAN-AMALAN SUNNAH DI BULAN RAMADAN

1. Segera Berbuka.
Rasulullah SAW bersabda: “Manusia akan sentiasa dalam keadaan baik, selama mana
mereka menyegerakan berbuka puasa. Berbeza dengan orang Yahudi dan Nasrani yang
selalu melewatkan berbuka puasa.” (Riwayat Abu Daud)Dari Sahl b. Saad R.A bahawa
Rasulullah SAW bersabda: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana dia
menyegerakan berbuka puasa” (Muttafaqun ‘Alaih)

2. Berbuka dengan tamar.


Dari Salman b. ‘Amir ad-Dhabbiy as-Sohabiyy R.A bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
“Apabila salah seorang daripada kamu berbuka puasa, hendaklah dia berbuka dengan tamar
(kurma), jika tidak ada, berbukalah dengan seteguk air kerana ia suci.” (Riwayat Abu Daud
dan Tirmizi: Hasan Sahih). Dari Anas R.A pernah berkata: “Bahawa Rasulullah SAW berbuka
puasa sebelum mengerjakan solat dengan beberapa rutob (kurma basah), jika tidak ada
dengan kurma-kurma kecil,jika tidak ada, dengan air.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi: Hadis
Hasan)

3. Melewatkan Sahur.
Sabda Rasulullah SAW: “Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada keberkatan.” (Riwayat
Bukhari dan Muslim). Dari Zaid b. Thabit R.A pernah berkata: “Kami pernah bersahur
bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangun mengerjakan solat, pernah dikatakan,
berapakah jarak antara dua masa tersebut? Jawab baginda: “dengan kadar bacaan lima
puluh ayat.”
(muttafaqun ‘alaih)

4. Meninggalkan perkataan kotor, cercaan dan perkataan lagho (sia-sia).


Rasulullah SAW bersabda: “Puasa itu bukan hanya menahan diri daripada makan dan
minum tetapi puasa adalah menahan daripada perkataan sia-sia dan kotor.” Dari Abi
Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Bahawa Allah azzawajalla
berfirman: Setiap amalan anak Adam baginya pahala kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu
adalah untuk aku, dan aku akan memberikan ganjarannya, puasa itu perisai, jika salah
seorang daripada kamu berpuasa maka hendaklah dia tidak bercakap keji, bercakap kotor
dan maki hamun), jika ada yang mencelanya atau untuk membunuhnya, hendaklah dia
menyebut: ‘sesungguhnya aku berpuasa..’ (muttafaqun ‘alaih).

5. Menunaikan Solat Terawih dan merebut ganjaran Lailatul Qadr.


Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghidupkan malam Ramadhan (Solat
Terawih) dengan iman dan mengharapkan ganjaran pahala, maka akan diampunkan dosa-
dosanya yang lalu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dari Aishah R.A pernah berkata:
“Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: ‘Carilah malam Lailatul al-Qadr pada malam-
malam ganjil dari sepuluh terakhir Ramadhan”. (Riwayat Bukhari).

6. Memanfaatkan Ramadhan dengan berzikir dan bersedekah.


Pernah ditanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah sedekah yang paling afdhal? Maka jawab
Baginda SAW: “Sedekah di bulan Ramadhan. Dari Zaid bin Khalid al-juhuniyy R.A, dari Nabi
SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa, maka
baginya pahala sepertimana orang yang berpuasa, tidak akan berkurang sedikit pun
pahalanya seperti orang yang berpuasa”. (Riwayat Tirmizi: Hadis Hasan Sahih) Dari Ibnu
Abbas R.A pernah berkata: “Adalah Rasulullah SAW merupakan semulia-mulia manusia,
Baginda amat mulia (paling pemurah) terutama di bulan Ramadhan.” (Muttafaqun ‘Alaih)

7. Berdoa sepanjang hari khususnya ketika berbuka.


Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya orang yang berpuasa, tidak akan ditolak doanya.”
(Riwayat Ibnu Majah)

8. Menghidupkan sepuluh malam terakhir


Di dalam satu hadis sahih: “Adalah Nabi SAW apabila masuk 10 terakhir Ramadhan, Baginda
menghidupkan malam, mengejutkan ahli keluarganya untuk bangun malam dan
meninggalkan tempat tidur”. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dari Aishah R.A: “Bahawa Nabi
SAW bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan yang tidak Baginda lakukan pada bulan lain,
pada sepuluh malam yang terakhir yang tidak Baginda lakukan pada malam-malam yang lain
"(Riwayat Muslim)

9. Iktikaf terutama di sepuluh terakhir Ramadhan.


Dalam satu hadis: Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW sentiasa beriktikaf pada 10
terakhir Ramadhan.” (Muttafaqun ‘Alaih). Dari Aishah R.A bahawa Nabi SAW beriktikaf pada
10 terakhir Ramadhan sehingga Allah mewafatkannya, kemudian diikuti para isterinya”
(Muttafaqun ‘Alaih)

10. Tilawah dan tadarus Al-Quran


Dari Ibnu Abbas R.A pernah berkata: “Adalah Nabi SAW orang yang paling pemurah dengan
kebaikan. Dia (Nabi SAW) lebih pemurah lagi di dalam bulan Ramadan apabila didatangi oleh
malaikat Jibril. Adalah Jibril bertemu Nabi SAW setiap malam di bulan Ramadan sehingga
pagi dan mengemukakan Al-Quran kepada Nabi SAW. Apabila Nabi SAW bertemu Jibril,
Baginda
SAW menjadi lebih pemurah daripada angin yang bertiup” (Muttafaqun ‘Alaih).

SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI DISAMBUT DENGAN KPI BERASASKAN AL-


QURAN DAN AS-SUNNAH.

Anda mungkin juga menyukai