Anda di halaman 1dari 5

Fadhilat di bulan Ramadhan

1. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan mendapat minuman di akhirat ketika
haus. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Aku melihat seorang lelaki dari umatku termengah-
mengah kehausan, maka datanglah kepadanya Puasa Bulan Ramadhan lalu memberinya
minum sampai hilang dahaganya."( H.R. Al-Hakim, Tirmdzi, Tabarani dalam Mu'jam Al-
Kabir-Hasan )

2. Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ketika akan tiba Ramadhan
: "Telah datang kepadamu bulan yang diberkati, Allah telah mewajibkan ke atasmu
berpuasa di dalamnya, pada bulan itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka
ditutup dan para syaitan diikat ; juga terdapat pada bulan itu satu malam yang lebih baik
daripada seribu bulan ; Barangsiapa tidak memperolehi kebaikannya maka dia tidak
memperolehi apa-apa." ( H.R. Ahmad, Al-Nasaai dan Al-Baihaqi )

3. Malaikat sentiasa menyeru berulang kali di dalam bulan Ramadhan sehinggalah


berakhirnya Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Wahai orang yang menginginkan
kebaikan, bergembiralah! ;Wahai orang yang menginginkan kejahatan, hentikanlah !
( ucapan malaikat itu berterusan ) sehinggalah berakhir bulan Ramadhan." ( H.R. Ahmad
dan Al-Nasaai; Sanadnya jayyid: baik )

4. Ramadhan penghapus dosa di antara dua Ramadhan. Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa
sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda : "Solat yang lima, dan Juma'at ke Juma'at
berikutnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa-dosa
diantaranya, jika dosa-dosa besar dijauhi." ( H.R. Muslim )

5. Ramadhan penghapus dosa sebelumnya. Daripada iSa'id Al-Khudri bahawa


sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda : "Barangsiapa berpuasa Ramadhan dan dia
mengetahui batasan-batasannya dan dia memelihara apa-apa yang sepatutnya dia
pelihara, nescaya puasanya itu menghapuskan dosa-dosanya sebelumnya." ( H.R. Ahmad
dan Al-Baihaqi dengan sanad yang baik )

6. Ramadhan penghapus dosa yang lalu. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah
s.a.w. telah bersabda : "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana dorongan
imannya dan mengharap balasan pahala, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang
telah lalu."( H.R. Ahmad dan Ashaab Al-Sunan )

7. "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana


diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."( Al-Baqarah [2] : 183 )

8. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah berfirman : Semua
amalan anak cucu Adam untuknya kecuali puasa, sesungguhnya puasa adalah untuk-Ku,
dan Aku akan membalasi puasanya itu ; Puasa adalah benteng (penghalang melakukan
dosa) ; Oleh itu jika kamu berpuasa maka janganlah mengeluarkan kata-kata yang boleh
menimbulkan berahi, janganlah menjerit, janganlah memperbodoh orang lain ; Jika
kamu dicaci atau diajak berkelahi maka katakanlah : Sesungguhnya aku sedang berpuasa
- sebanyak dua kali. Demi diriku di Tangan-Nya : Sesungguhnya air liur orang yang
berpuasa di sisi Allah pada Hari Kiamat adalah lebih harum daripada bau kasturi. Orang
yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan : Jika dia berbuka, dia bergembira
dengan bukaannya, jika dia menemui Allah kelak maka dia akan bergembira dengan
puasanya."( HR Muslim, Ahmad dan Al-Nasaai )

9. Di antara kelebihan bulan Ramadhan ialah bulan yang paling banyak disediakan
ampunan oleh Allah S.W.T. Tetapi sungguh malang jika ada orang yang dapat menemui
bulan tersebut tetapi dosa-dosanya tetap sahaja tidak diampuni oleh Allah. Hakikat ini
tergambar di dalam sabda Nabi s.a.w. : "Telah datang kepadaku malaikat Jibril lalu
berkata : Ya Muhammad, barangsiapa mendapati Ramadhan, lalu setelah bulan itu
keluar (berakhir) dosa-dosanya tidak diampuni, lalu dia mati, maka dia masuk neraka.
Semoga Allah menjauhkannya. Katakanlah : Amin ! Lalu akupun mengatakan :
Amin."( H.R. Khuzaimah dan Ibn Hibban dalam Sahihnya -Kitab : Nasaaihud Diniyyah ;
Halaman : 37-39 )

10. Puasa adalah salah satu tiang agama. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Islam didirikan di atas
lima tiang iaitu : Syahadah tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan
Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa
Ramadhan dan pergi haji ke Batullah Al-Haram."( Hadith Muttafaq A'laih )

11. Sungguh banyak kelebihan makan sahur, selain mendapat keberkatan, juga akan
mendapat selawat daripada Allah dan para malaikat. Dari Abi Sa'id Al-Khudri katanya :
Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Sahur itu berkat, maka janganlah kamu
meninggalkannya walaupun hanya dengan meneguk seteguk air kerana sesungguhnya
Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur."( H.R. Ahmad
)

12. Sahur yang paling afdhal jika dilambatkan mendekati azan Subuh. Zaid bin Thabit r.a.
pernah makan sahur bersama Rasulullah s.a.w. dan ketika beliau ditanya : Berapa
lamakah jarak antara sahur Rasulullah s.a.w. dengan azan Subuh maka beliau
menjawab : "(Membaca) Lima puluh ayat Al-Quran."( H.R. Bukhari dan Muslim )

13. Makan sahur adalah pembeza antara puasa umat Muhammat s.a.w. dengan puasa Ahli
Kitab. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Perbezaan antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab
(Yahudi dan Nasrani) adalah makan sahur."( H.R. Muslim dan Ahmad )

14. Adapun berbuka puasa disunatkan agar disegerakan apabila masuk waktu Maghrib. Ini
sebagaimana hadith Sahal bin Sa'ad r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Manusia
sentiasa di dalam kebaikan selama mereka mempercepat berbuka."( H.R. Bukhari dan
Muslim )

15. Nabi Muhammad s.a.w. sangat menggalakkan kita berbuka dengan rutab (kurma segar) ,
atau dengan tamar (kurma kering), atau dengan air. Daripada Anas r.a. katanya : "Adalah
Rasulullah s.a.w. berbuka dengan kurma segar (rutab) sebelum solat Maghrib, jika tidak
ada baginda s.a.w. berbuka dengan kurma kering (tamar), jika tidak ada baginda s.a.w.
minum beberapa teguk air."( H.R. Abu Daud dan Al-Hakim , Tirmidzi. Menurut Al-Hakim :
Sahih ; Menurut Tirmidzi : Hasan )

16. Berdoa ketika berpuasa adalah termasuk salah satu doa yang akan diterima dan tidak
akan ditolak oleh Allah S.W.T. ; Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tiga golongan yang doa
mereka tidak ditolak : Orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, pemimpin yang adil,
dan orang yang dizalimi."( H.R. Tirmidzi - Sanad Hasan )

17. Adapun di antara doa Nabi s.a.w. ketika berbuka ialah : "Ya Allah, hanya untuk-Mu aku
berpuasa, dan dengan rezeki anugerah-Mu aku berbuka, Maha Suci Engkau dan segala
puji bagi-Mu, Ya Allah, terimalah amalku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui."( H.R. Hasyim dari Mu'az bin Zahrah )

18. Bersedekah atau menderma untuk tujuan kebaikan sangat digalakkan pada semua masa,
tetapi menderma dalam bulan Ramadhan adalah lebih digalakkan lagi dan lebih afdhal.
Rasulullah s.a.w. sangat dermawan dalam bulan Ramadhan. Ibn Abbas r.a. berkata :
"Nabi s.a.w. adalah orang yang paling dermawan, dan baginda s.a.w. lebih dermawan
lagi dalam bulan Ramadhan."( H.R. Bukhari dan Muslim )

19. Iftaar Shaaimin maksudnya memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa. Amalan
ini sangat besar ganjarannya iaitu mendapat pahala sebagaimana pahala puasa orang
yang diberinya makan itu tanpa dikurangi sedikitpun. Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti
pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya."( H.R. Ahmad
dan Tirmidzi )

20. Permulaan Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadhan. Umat Islam sangat digalakkan
membaca Al-Quran dalam bulan Ramadhan untuk mendekatkan dirinya dengan Allah
'Azza Wa Jalla. Di antara kelebihan membaca Al-Quran ialah ia akan memberi syafaat
pada hari kiamat bagi orang yang membacanya. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Bacalah Al-
Quran, kerana la akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa'at (pertolongan)
kepada pembacanya."( H.R. Muslim dari Abi Umamah )

21. Sungguh banyak peringatan daripada Rasulullah s.a.w. tentang bahaya perbuatan yang
tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang berpuasa, antaranya : "Bukanlah puasa
(hanya menahan) dari makan dan minum, sesungguhnya puasa (juga menahan) dari
perbuatan sia-sia dan perkataan lucah."( HR Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, Al-Hakim,
katanya : Sahih dengan syarat Muslim )
22. Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan di dalam salah satu hadithnya bahawa terdapat dari
kalangan umatnya yang berpuasa pada siangnya tetapi tidak mendapat apa-apa dari
puasanya kecuali hanya mendapat lapar sahaja. Baginda s.a.w. juga menyatakan ada dari
kalangan umatnya yang qiyam Ramadhan pada malamnya tetapi tidak mendapat apa-
apa kecuali berjaga sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w. : "Berapa banyak orang yang
berpuasa yang tidak mendapat pahala puasanya kecuali lapar sahaja, dan berapa banyak
orang yang qiyam (tarawih dan witir) yang tidak mendapat pahala qiyamnya kecuali
hanya berjaga sahaja."( H.R. Al-Nasaai, Ibn Majah, Al-Hakim ; Katanya : Sahih dengan
syarat Bukhari )

23. Qiyam Ramadhan makna asalnya mendirikan malam-malam Ramadhan dengan ibadat
seperti solat Tarawih dan Witir. Siapa yang mendirikan malam-malam Ramadhan dengan
ibadat-ibadat tersebut didorong oleh imannya dan semata-mata mengharap balasan
Allah nescaya diampuni segala dosanya masa silam. Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa yang mendirikan malam-malam dalam bulan Ramadhan kerana iman dan
mengharap pahala (dari Allah) , nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah
lalu."( Hadith Muttafaq A'laih )

24. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan
Allah puasanya dan aku sunnatkan qiyamnya (solat malamnya). Maka barangsiapa yang
melakukan puasa dan solat malamnya kerana iman dan mengharap pahala , nescaya dia
bebas dari dosa-dosanya seperti ketika dilahirkan ibunya."( H.R. Al-Nasaai ; Katanya :
yang benar dari dari Abi Hurairah. Menurut Al-Arna'uth dalam " Jami'ul Ushuul " : Juz
VI1441 - Hadis ini Hasan dengan adanya nash-nash lain yang menguatkannya. )

25. Walaupun bulan Ramadhan itu bulan paling mulia dan amal soleh dilipat-gandakan
pahalanya, namun sepuluh terakhir Ramadhan mempunyai kelebihan tersendiri. Oleh
itu, Rasulullah s.a.w. mempertingkat ibadatnya pada sepuluh terakhir Ramadhan
melebihi dari amalan beliau pada dua puluh Ramadhan pertama. Baginda .s.a.w.
melakukan I'tikaf pada sepuluh hari akhir Ramadhan. Hakikat ini dinyatakan sendiri oleh
Siti Aisyah r.a. : "Daripada 'Aisyah r.a. bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. selalu beri'tikaf
pada sepuluh akhir bulan Ramadhan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah , kemudian
(diteruskan sunnah) I'tikaf sesudahnya oleh para isterinya."( Hadith Muttafaq A'laih )

26. Sepuluh akhir bulan Ramadhan merupakan hari hari yang paling istimewa dalam
setahun kerana pada masa itulah diharapkan " Lailat Al Qadr " akan muncul. Ganjaran
yang dijanjikan oleh Allah sangat besar kalau seseorang menemui malam tersebut, iaitu
lebih baik dari beribadat 1000 bulan. "Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al
Quran) pada malam kemuliaan.(1); Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu ?(2);
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.(3); Pada malam itu turun malaikat-
malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.(4);
Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.(5)"( Al-Qadr [97] : 1-5 )
27. Bulan Ramadhan dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi
hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia
berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah
digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT :
Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas
kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang
hari) hanya keranaKu"(H.R. Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

28. Selain itu, pahala di bulan Ramadhan boleh tergugat dengan amalan-amalan keji
bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan
apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi
ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan
oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan
perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya
(kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan
minumannya"(H.Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari)

Anda mungkin juga menyukai