Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Kami : MHSKK/05/02/2023
Tuan, 05 Februari 2024
Yang Berhormat Dr.Hashim Bin Bujang A.M.P,
ADUN Bukit Chandan,
53A, Tingkat Atas,
Jalan Bendahara, Bandar Baru,
33000 Kuala Kangsar,
Perak.

Yang Berhormat,

JEMPUTAN UNTUK MELAWAT KE TAPAK PROGRAM MENDERMA DARAH DAN SUMBANGAN


KEWANGAN.

Merujuk perkara di atas, saya selaku Pengerusi Malaysia Hindu Sangam Daerah Kuala Kangsar ingin
menjemput tuan ke tapak ‘ Program Jom Menderma Darah’ yang dianjurkan oleh MHS Kuala Kangsar
bersama dengan Hospital Kesihatan Kuala Kangsar.

2. Butiran-butiran Program Jom Menderma Darah adalah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15.02.2024 / Khamis


Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Ruang Legar, Jabatan Pesakit Luar, Hospital Kuala Kangsar
Penyertaan : Dijemput semua yang sudi dan layak

3. Untuk pengetahuan YB , kos perbelanjaan Program ini adalah RM 500 ringgit. Pihak pengurus
akan memberi minuman dan biskut kepada para penderma pada hari tersebut. Oleh demikian itu, kami
minta jasa baik tuan untuk melawat ke tapak Program dan memberi sedikit sumbangan kewangan untuk
menjalankan program ini dengan baik.

4. Semoga kehadiran YB akan memeriahkan lagi majlis ini. Kami amat menghargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Yang Menjalankan Amanah,

………………………………………………
( THAYALAN A/L MUNUSAMY )
PENGERUSI
MALAYSIA HINDU SANGAM
MAJLIS KUALA KANGSAR

Anda mungkin juga menyukai