Anda di halaman 1dari 4

SYARAT PERTANDINGAN ORIEENTERING KARNIVAL UNIT BERUNIFORM IPGMK KENT

2024

BIL PERKARA PENERANGAN

1. PENYERTAAN 5 orang peserta

2. TEMPOH MASA 2 Jam

3. TEMPAT BERKUMPUL Dewan Serbaguna IPGM Kampus Kent

4. JARAK PERJALANAN 5-7 Kilometer

5. YURAN Tiada

6. SYARAT - SYARAT
A. Pendaftaran

1. Setiap unit beruniform wajib menghantar 5 orang


peserta bagi menyertai pertandingan ini.

2. Daftarkan kumpulan dengan mengisi


butiran-butiran yang diperlukan pada link google
form yang diberikan.

3. Pendaftaran google form akan ditutup 1 hari


sebelum pertandingan bermula.

B. Memulakan Acara

1. Para peserta diminta untuk berada di dewan


serbaguna 30 minit sebelum pertandingan bermula.

2. Setiap kumpulan akan diberikan peta sebelum


memulakan acara. Ini bertujuan untuk anda
menyemak kedudukan dan meneliti peta tersebut.

3. Setiap kumpulan akan mencabut undi laluan bagi


pertandingan ini.

4. Setiap kumpulan juga akan diberikan kompas dan


petunjuk mengikut laluan masing-masing.

5. Penggunaan sebarang alat elektronik semasa


pertandingan adalah dilarang sama sekali.
6. AJK pertandingan akan menerangkan peraturan
kepada para peserta sebelum pertandingan
bermula.

C. Di Titik Kawalan

1. Tentukan anda tiba di titik kawalan yang betul


dengan memastikan arahan pada petunjuk dengan
betul.

2. Terdapat bendera yang berbeza di setiap titik


kawalan mengikut kumpulan masing-masing. Ambil
bendera mengikut kumpulan anda dan tulis nombor
mengikut urutan titik kawalan yang anda telah pergi.

3. Di setiap bendera, terdapat petunjuk untuk ke titik


kawalan seterusnya. Pastikan anda sentiasa cakna
dengan petunjuk ini.

4. Segera jauhkan diri dari kedudukan titik kawalan


bagi mengelakkan peserta yang lain mengetahui
dengan mudah kedudukan titik kawalan tersebut.

5. Anda dilarang sama sekali untuk menyorokkan


atau mengalihkan bendera dan petunjuk kumpulan
lain.

D. Di Titik Penamat

1. Serahkan bendera-bendera yang anda telah


dapat di setiap titik permulaan pada meja AJK
pertandingan di Dewan Serbaguna.

2. Setiap kumpulan mesti cukup bilangan ahlinya


apabila tiba di garisan penamat.

3. Segera beredar supaya tidak


mengganggu/menghalang peserta lain yang akan
tiba.

E. Peraturan Am

1. Orienteering merupakan satu aktiviti sukan


rekreasi. Pakai pakaian yang sesuai.

2. Setiap peserta yang mengambil bahagian


didalam sebarang acara orienteering adalah di atas
risiko sendiri. Dalam apa jua keadaan pastikan
keselamatan diri.

3. Berikan bantuan kepada peserta lain yang


memerlukan bantuan walaupun ketika itu
pertandingan sedang berlangsung. Sekiranya
rawatan tidak dapat diberikan, lapor kejadian itu
kepada AJK pertandingan.

4. Anda dilarang merosakkan sebarang petunjuk,


tumbuhan atau harta benda awam dan persendirian.

5. Jangan masuk ke kawasan yang ditanda


kawasan larangan.

6. Elakkan dari memanjat pagar.

7. Elakkan dari menyeberangi tasik atau kolam yang


boleh mengancam keselamatan diri.

8. Laporkan kepada AJK pertandingan sekiranya


terdapat penanda kawalan, bendera dan petunjuk
yang didapati hilang.

9. Sekiranya anda tidak mahu meneruskan acara,


anda perlu melaporkan ke tempat permulaan atau
penamat.

10. Sekiranya wisel dibawa, ia boleh digunakan


untuk tujuan kecemasan sahaja.

11. Tugasan hendaklah diselesaikan dalam tempoh


yang ditetapkan iaitu 2 jam.

F. Pembatalan Penyertaan

Peserta akan diistihar sebagai Did Not Finish (DNF)


iaitu penyertaan dibatalkan sekiranya peserta
melakukan perkara-perkara berikut:

- Menaiki sebarang bentuk kenderaan.


- Mengubah kedudukan penanda kawalan, bendera
dan petunjuk kumpulan lain.
- Mengganggu kumpulan lain semasa pertandingan
berlangsung.
- Memberitahu kedudukan titik kawalan kepada
kumpulan-kumpulan lain.
- Menggunakan sebarang alat elektronik semasa
pertandingan berlangsung.

7. PEMARKAHAN 1. Tugasan
2. Kerjasama
3. Masa

8. PERALATAN Disediakan oleh penganjur :


1. Kompas

Disediakan oleh peserta :


1. Alat tulis
2. Air minuman

9. KAWASAN Seluruh kawasan dalam IPG Kampus Kent

Anda mungkin juga menyukai