Anda di halaman 1dari 6

INSTRUMEN APTITUD AM TAHUN 6 (IAT6) 2022

Januari 20231
Jam 30 Minit

BAHAGIAN A
Inventori Kecerdasan Pelbagai
[90 Soalan]

Arahan:
Hitamkan Y (Ya) pada perkara-perkara yang anda SETUJU dan T (Tidak) pada perkara-perkara yang anda
TIDAK SETUJU pada borang jawapan yang disediakan.

BIL ITEM RESPONS

1 Saya suka menulis di media sosial. YA TIDAK

2 Saya suka permainan yang berkaitan dengan nombor. YA TIDAK

3 Saya suka suasana yang sunyi untuk berfikir. YA TIDAK

4 Saya boleh membuat lakaran apa yang saya bayangkan. YA TIDAK

5 Saya suka haiwan peliharaan. YA TIDAK

6 Saya suka membuat tugasan secara berkumpulan. YA TIDAK

7 Saya suka berenang. YA TIDAK

8 Saya boleh mengenali lebih daripada 10 jenis alatan muzik. YA TIDAK

9 Saya pernah bercakap bohong. YA TIDAK

10 Saya suka menulis cerita pendek. YA TIDAK

11 Saya merancang perbelanjaan untuk mendapatkan sesuatu. YA TIDAK


12 Saya akan memberi pendapat jika diminta. YA TIDAK

13 Saya suka mengambil gambar dari pelbagai sudut. YA TIDAK

14 Saya suka menikmati keindahan alam sekitar YA TIDAK

15 Saya suka mendengar masalah rakan. YA TIDAK

16 Saya suka melibatkan diri dalam acara sukan. YA TIDAK

17 Saya rasa seronok mendengar muzik. YA TIDAK

18 Saya percaya membantu orang merupakan satu kebaikan. YA TI

19 Saya suka membuat ulasan buku cerita dengan rakan-rakan. YA TIDAK

20 Saya mudah mengingat sesuatu menggunakan nombor. YA TIDAK

21 Saya suka memperbaiki kelemahan diri saya. YA TIDAK

22 Saya boleh membaca peta dengan baik. YA TIDAK

23 Saya sanggup bangun pagi untuk melihat matahari terbit. YA TIDAK

24 Saya suka mengisi masa lapang dengan kawan-kawan. YA TIDAK

25 Saya boleh menunggang basikal di lorong yang sempit. YA TIDAK

26 Saya suka mendengar muzik sewaktu belajar. YA TIDAK

27 Saya percaya perbuatan yang baik dibalas baik, perbuatan jahat dibalas jahat. YA TIDAK

28 Saya suka mendeklamasikan sajak. YA TIDAK

29 Saya suka permainan mencari harta karun. YA TIDAK

30 Saya suka memberi fokus kepada matlamat hidup saya sendiri. YA TIDAK
31 Saya suka melukis gambar. YA TIDAK

32 Saya suka melihat pelangi. YA TIDAK

33 Saya mudah menyesuaikan diri dengan rakan yang baharu. YA TIDAK

34 Saya boleh bertukang. YA TIDAK

35 Hobi saya mendengar muzik. YA TIDAK

36 Saya sedar kenapa saya dilahirkan di dunia. YA TIDAK

37 Saya dapat menceritakan semula sesuatu yang dibaca dengan baik. YA TIDAK

38 Saya suka permainan berbentuk strategi seperti catur. YA TIDAK

39 Saya lebih selesa bekerja bersendirian. YA TIDAK

40 Saya suka buku-buku bergambar. YA TIDAK

41 Saya suka bercucuk tanam. YA TIDAK

42 Saya suka ramai kawan. YA TIDAK

43 Saya boleh mengimbangkan badan dengan berdiri satu kaki. YA TIDAK

44 Saya boleh mengulangkaji pelajaran sambil mendengar lagu. YA TIDAK

45 Saya merenung apakah tujuan hidup sebenar. YA TIDAK

46 Saya suka berkomunikasi menggunakan laras bahasa yang betul. YA TIDAK

47 Saya suka soalan berbentuk jadual atau carta. YA TIDAK

48 Saya sukar memulakan perbualan dengan orang lain. YA TIDAK

49 Saya suka menyusun atur barang-barang saya sendiri. YA TIDAK


50 Saya suka menjaga kebersihan alam sekitar. YA TIDAK

51 Saya suka berbual dengan kawan. YA TIDAK

52 Saya boleh melakukan kerja melibatkan pergerakan. YA TIDAK

53 Saya dapat mengenali not muzik. YA TIDAK

54 Saya memikirkan kesudahan hidup saya. YA TIDAK

55 Saya suka permainan yang berkaitan dengan perkataan. YA TIDAK

56 Saya menyelesaikan masalah mengikut langkah demi langkah. YA TIDAK

57 Saya tidak suka dikawal. YA TIDAK

58 Saya menggunakan imaginasi untuk mengingati sesuatu. YA TIDAK

59 Saya suka mendengar deruan ombak. YA TIDAK

60 Saya aktif di dalam media sosial. YA TIDAK

61 Saya tidak boleh duduk lama tanpa aktiviti. YA TIDAK

62 Saya boleh bermain alat muzik. YA TIDAK

63 Saya tahu satu hari nanti saya akan mati. YA TIDAK

64 Saya boleh memberi ucapan secara spontan. YA TIDAK

65 Saya suka menyusun barang dengan teratur. YA TIDAK

66 Saya suka menghabiskan masa bersendirian. YA TIDAK

67 Saya suka menggunakan gambar untuk menerangkan sesuatu. YA TIDAK

68 Saya suka menonton dokumentari haiwan. YA TIDAK


69 Saya memahami perasaan rakan saya. YA TIDAK

70 Saya mudah meniru pergerakan orang lain. YA TIDAK

71 Saya berbakat dalam bidang muzik. YA TIDAK

72 Saya memikirkan mengapa binatang wujud di dunia. YA TIDAK

73 Saya suka mencari maksud tersirat dalam pantun. YA TIDAK

74 Saya suka membuat jadual pembelajaran saya. YA TIDAK

75 Saya sukar berkongsi apa yang saya fikirkan. YA TIDAK

76 Saya boleh memasang kereta mainan berpandukan arahan bergambar. YA TIDAK

77 Saya mengamalkan kitar semula. YA TIDAK

78 Saya sedar perubahan sikap rakan saya. YA TIDAK

79 Saya menyertai perkhemahan sekolah. YA TIDAK

80 Saya mengenali ramai tokoh muzik. YA TIDAK

81 Saya memikirkan apakah kesudahan kepada dunia ini. YA TIDAK

82 Saya boleh menjelaskan maksud sesuatu puisi. YA TIDAK

83 Saya suka mencari maklumat tentang perisian komputer. YA TIDAK

84 Saya yakin dengan keputusan saya sendiri. YA TIDAK

85 Saya suka menyusun atur kelas. YA TIDAK

86 Saya suka memerhati bintang. YA TIDAK

87 Saya suka kerja berpasukan. YA TIDAK


88 Saya boleh melakukan aktiviti fizikal. YA TIDAK

89 Saya boleh menamakan beberapa orang tokoh muzik tempatan. YA TIDAK

90 Saya tahu tanggungjawab saya sebagai murid. YA TIDAK

Anda mungkin juga menyukai