Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Nota :
1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas.
2. Arahkan beg diletakkan disebelah kanan.
3. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia.
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.
 Yang Berusaha Tuan Pengetua, Tuan Haji Hamzah Bin Haji Jaafar
 Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;
.1) - PK Pentadbiran.
.2) - PK Hal Ehwal Murid
.3) - PK Kokurikulum.
 Yang Dihormati Guru-guru Kanan Matapelajaran dan Guru-guru Cemerlang.
 Yang Dikasihi lagi disayangi, para pendidik dan rakan-rakan pelajar.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin
dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.
DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan
saudara______________ untuk melafazkan doa.
 Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa
sebentar tadi.
NYANYIAN DAN IKRAR.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu sekolah, lagu Negeri Pulau Pinang dan Asma Ul-
Husna. Semua guru dan pelajar diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama
dengan iringan muzik.
 Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian yang dilafazkan sebentar
tadi. Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.
LAPORAN GURU BERTUGAS.
Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________________ untuk memberikan
laporan bertugas minggu lepas.
 Terima kasih kepada Encik/Puan __________________________ atas laporan yang
disampaikan tadi.
UCAPAN GURU (JIKA ADA)
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan _____________________ untuk
memberikan ucapan mengenai program ______________________________
 Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _____________________________
UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR.
Seterusnya, saya mempersilakan Puan Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong
Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan.
 Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan
oleh Tuan Pengetua / Penolon Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat
kita jadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan.
PENGUMUMAN
Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa pengumuman
yang ingin saya sampaikan ;
.1) Guru bertugas pada minggu ini ialah encik/puan _____________________
.2) ____________________________________________________________
.3) ____________________________________________________________
BERSURAI.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih
kepada Tuan Pengetua, Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran, dan guru-guru
yang hadir dalam perhimpunan ini.
Semua murid boleh bersurai

Anda mungkin juga menyukai