Anda di halaman 1dari 23

Admin e-training Pasukan Latihan Negara (PLN) telah mendaftarkan anda menyertai Kursus

Kepimpinan Manikayu (KMK) Peringkat Pengenalan Secara Dalam


Talian anjuran Pasukan Latihan Negara kelolaan Pasukan Latihan Negeri Johor.

Sila baca arahan di bawah dengan teliti:

1. Anda boleh gunakan web browser di komputer peribadi anda seperti contoh Chorme/firefox
atau microsoft Edge dan membuka laman sesawang https://www.e-training.my masukan
username (no kad pengenalan tanpa -) dan default password (Kmk@2024)

2. Tukar kata laluan anda semasa kali pertama anda mengakses laman sesawang
tersebut. GUNAKAN KATA LALUAN BAHARU UNTUK AKSES KALI KEDUA DAN
SETERUSNYA YANG ANDA CIPTA SENDIRI.

3. JANGAN UBAH MAKLUMAT PROFIL ANDA!!

4. Peserta diminta untuk membaca setiap slaid sidang dan menjawab semua kuiz yang
disediakan untuk ke sidang berikutnya. Markah lulus setiap kuiz adalah 80%.

5. Kursus ini dijalankan bermula pada Jam 12.30 pagi (16 Mac 2024) sehingga Jam 10.00
Malam (21 Mac 2024).

6. Sidang terbuka akan dianjurkan pada hari Jumaat (22 Mac 2024) Jam 8.30 Pagi (Sila
semak menu sidang terbuka dalam portal e-training.my pada 21 Mac 2024 untuk
mendapatkan pautan ke Sidang Terbuka).

7. Slip Keputusan Kursus boleh dimuat turun selepas peserta menghadiri sidang terbuka pada
22 Mac 2024 (bermula jam 11.00 Pagi). Peserta diperuntukkan 2 hari tambahan untuk
memuat turun Slip Keputusan Kursus dan Nota kursus.

8. ID Pengguna dan Kata Laluan peserta akan dinyahdaftar 2 hari selepas tamat sidang
terbuka. Oleh itu, peserta dikehendaki view certificate dan memuat turun Slip Keputusan
Kursus pada menu yang akan dipaparkan selepas sidang terbuka dianjurkan.

9. Jangan kongsikan ID Pengguna dan Kata Laluan anda kepada orang lain.
(Ia adalah 1 amanah kepada anda).

Selamat Berkursus!!

-1-
-2-
PRAKATA

DR. EKBERT YONG YEN LOONG, LT


Pesuruhjaya Latihan Negara

Salam sejahtera dan Salam Pengakap

Pasukan Latihan Negara (PLN), Persekutuan Pengakap Malaysia, sentiasa peka dalam
meningkat dan menambahbaik struktur latihan dewasa seiring dengan tuntutan serta
perkembangan teknologi yang kian pesat membangun. Penggunaan media sosial sebagai
medium hebahan menjadi platform terbaik dalam penyampaian berita dan maklumat terkini.
Pembangunan teknologi digital seharusnya diguna dan dimanfaatkan seoptimum mungkin serta
sebaik-baiknya bagi mencapai pembangunan diri yang seimbang dengan pembangunan
sahsiah dan nilai.

PLN sentiasa mengambil langkah proaktif dalam membangunkan inisiatif-inisiatif latihan kepada
Pemimpin-pemimpin yang menjadi nadi penggerak kepada kemenjadian ahli Pengakap. Justeru
itu, pelaksanaan dan gerak kerja penambahbaikan skema latihan kepimpinan sentiasa menjadi
fokus utama PLN. Inisiatif pelaksanaan Kursus Kepimpinan Manikayu - Pengenalan secara atas
talian, iaitu eTraining merupakan alternatif terbaik dalam menarik lebih ramai penyertaan
sumber dewasa dalam pergerakan ini.

Melalui pelaksanaan inisiatif eTraining ini, kos penganjuran (pentadbiran, logistik, bahan)
secara fizikal dapat diminimumkan. Peserta (pengguna) boleh memuat turun bahan kursus dan
berinteraksi secara langsung dengan Jurulatih semasa kursus dilaksanakan. Sehubungan itu,
menjadi harapan saya agar inisiatif ini mendapat sokongan daripada semua pihak, khasnya
Pasukan Latihan Negeri-negeri (PLNg) dalam usaha untuk menambahbaik dan meningkatkan
kualiti latihan ke semua peringkat. Peranan dan kerjasama semua pihak di PPM Daerah
ataupun PPM Negeri amat diharapkan dalam menjayakan inisiatif ini.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua jentera penggerak dalam merealisasikan inisiatif ini. Sebarang
cadangan dan pendapat dalam menambahbaik inisiatif ini amat saya alu-alukan. Semoga usaha
murni ini akan dapat mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan selaras dengan visi dan
misi Persekutuan Pengakap Malaysia.

-1-
1.1. LANGKAH 1

1.1.1. Masukkan URL seperti berikut : https://www.e-training.my/

1 https://www.e-training.my/

-2-
1.2. LANGKAH 2

1.2.1. Log masuk ke e-Pembelajaran.

Klik butang Log in untuk


2
masuk ke laman tersebut

-3-
1.3. LANGKAH 3

1.3.1. Tetapkan pilihan bahasa sama ada Bahasa Melayu atau English.

3 Tetapkan
pilihan bahasa

-4-
1.4. LANGKAH 4

1.4.1. Masukkan ID dan kata laluan pengguna yang telah diberikan iaitu

Username: No ic (tanpa -) cth : 880601565208


Password : Kmk@2024 (pastikan K pertama huruf besar)

Masukkan ID dan kata


laluan pengguna
4

-5-
1.5. LANGKAH 5

1.5.1. Tukar kata laluan anda dengan memasukkan kata laluan asal iaitu Kmk@2024

1.5.2. Kata laluan perlu mempunyai kombinasi simbol, huruf besar, dan huruf kecil.

5 Masukkan kata laluan asal

-6-
1.6. LANGKAH 6

1.6.1. Klik butang ‘SAVE CHANGES’

1.6.2. Klik butang ‘CONTINUE’

6 Klik ‘CONTINUE’

-7-
1.7. LANGKAH 7

1.7.1. Anda akan masuk ke laman utama sesawang tersebut.

1.7.2. Pilih kursus yang anda telah didaftarkan.

1.7.3. Anda tidak boleh mengikuti kursus lain kerana hanya 1 kursus sahaja yang
didaftarkan untuk 1 pengguna dalam satu-satu masa.

Contohnya anda telah mendaftar untuk menyertai Kursus Kepimpinan


Manikayu – Peringkat Pengenalan. Klik pada simbol kursus tersebut.

Klik pada simbol bagi


kursus yang telah
didaftarkan

-8-
1.8. LANGKAH 8

1.8.1. Anda akan memasuki halaman ringkasan isi kandungan kursus.

-9-
1.9. LANGKAH 9

1.9.1. Klik SIDANG 1 untuk memulakan sesi pembelajaran.

1.9.2. Anda tidak boleh mengakses sidang-sidang lain selagi anda tidak menjawab
soalan kuiz serta mendapat markah melebihi 80% bagi setiap kuiz.

9 Klik ‘SIDANG 1’ untuk


memulakan sesi
pembelajaran

- 10 -
1.10. LANGKAH 10

1.10.1. Mulakan sesi pembelajaran dengan membaca nota yang dimuat naik ke
laman sesawang tersebut.

10 Klik tajuk sidang

Klik ‘play button’ Klik simbol kotak


untuk mula untuk besarkan slaid

- 11 -
1.11. LANGKAH 11

1.11.1. Selesai sidang peserta dikehendaki menyertai sertai kuiz.

1.11.2. Semua soalan kuiz adalah berpandukan kepada slaid sidang yang dimuat
naik ke laman sesawang tersebut.

11
Sertai kuiz setelah
habis membaca
slaid sidang

Klik
‘ATTEMPT QUIZ NOW’
untuk menyertai kuiz

- 12 -
1.12. LANGKAH 12

1.12.1. Jawab soalan berpandukan kehendak jawapan yang dinyatakan.

12 Pilih hanya satu


jawapan

Klik ‘NEXT PAGE’


untuk ke soalan
seterusnya

Pilih lebih daripada


satu jawapan

- 13 -
1.13. LANGKAH 13
1.13.1. Selasai menjawab soalan kuiz.

1.13.2. Hantar dengan klik butang ‘SUBMIT ALL AND

FINISH’

13
Klik ‘FINISH ATTEMPT’
sekiranya selesai
menjawab kuiz

Klik ‘SUBMIT ALL AND


FINISH’

- 14 -
1.14. LANGKAH 14

1.14.1. Keputusan kuiz akan diperolehi sebaik sahaja kuiz dihantar. Sekiranya
pengguna memperolehi markah melebihi 80%. Pengguna boleh
meneruskan sidang berikutnya. Pengguna boleh mengulangi kuiz untuk
mendapatkan markah melebihi 80%.

1.14.2. ‘FINISH VEW’ dan klik sidang berikutnya.

14
Klik sidang
berikutnya

- 15 -
1.15. LANGKAH 15

1.15.1. Setelah sesi pembelajaran dengan membaca semua nota sidang dan
menjawab setiap kuiz sidang serta mendapat markah melebihi 80% bagi
setiap sidang, pengguna boleh memuat turun nota kursus.

15 Nota kursus dalam


bentuk .pdf boleh
dimuat turun

- 16 -
1.16. LANGKAH 16

1.16.1. Sidang Terbuka Kursus akan diadakan pada hari ketujuh (7) selepas tarikh
permit kursus.

1.16.2. Kehadiran akan diambil semasa sesi berkenaan.

1.18.3.

18 16
Klik Penyertaan
untuk sertai sidang
sidang terbuka
terbuka

- 17 -
1.17. LANGKAH 17

1.17.1. Peserta dikehendaki mengisi borang penilaian kursus.

1.17.2. Slip penyertaan perlu dicetak dan dihantar kepada Ketua Kursus atau
Pasukan Latihan Negeri untuk tujuan pengeluaran sijil kursus.

17
Isi Penilaian Kursus

Cetak Slip Penyertaan


Kursus

1.17.3. Contoh slip penyertaan kursus seperti berikut:

- 18 -
1.18. LANGKAH 18

1.18.1. Slip Keputusan Kursus hanya boleh dimuat turun selepas sidang terbuka
selesai.

1.18.2. Klik ‘View Certificate’ untuk memuat turun Slip Keputusan anda.

1.18.3. Kemukakan Slip Keputusan Kursus anda kepada Pasukan Latihan Negeri
untuk tujuan pengeluaran Sijil Kursus.

18 Muat turun slip keputusan kursus

- 19 -
PANDUAN PELAKSANAAN
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU SECARA ATAS TALIAN
Pasukan Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia
September 2020

Oleh
Pasukan Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia
(National Training Team, Scouts Association of Malaysia)
diperbadankan di bawah Akta Parlimen No. 784, 1968 (Disemak-2016)

d/a Rumah B-P,


Jalan Hang Jebat,
50150 Kuala Lumpur.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada


Mej. Jen. Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin (B), LT
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara memangku tugas
Ketua Pengakap Negara

Dr. Ekbert Yong Yen Loong, LT


Pesuruhjaya Latihan Negara

Ahli Jawatankuasa Khas Kursus-kursus Secara Atas Talian, Pasukan Latihan Negara
Ahli Jawatankuasa Khas dan Think-tank Pasukan Latihan Negara

Ex-Officio
Mohd Azri bin Ramli @ Hisham, LT
Setiausaha Eksekutif Latihan dan Program (Ketua Bahagian)
Persekutuan Pengakap Malaysia

Editor dan Pengarang


Mohd Haffiz bin Hamdan Shukor, LT
Setiausaha Latihan Negara

Hakcipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan dokumen ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama
ada elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain tanpa kebenaran bertulis
terlebih dahulu daripada Pasukan Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia.

- 22 -
- 23 -

Anda mungkin juga menyukai