Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA SMART SOLAT

Bismillah Hirrahmanirrahim....
Alhamdulillahhirabbilalamin...

RABBISSRAHLI SADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL


KAULI...

Yang Berusaha __________________, Pengetua ____________.


Yang berbahagia Al Fadhil Ustaz Mohd Kamal bin Mohd Said selaku penceramah kita pagi yang
mulia ini..

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan ___________.

Yang dihormati __________________, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Pra-Universiti.

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Rakan-rakan guru serta semua pelajar yang dirahmati Allah sekalian.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput
saudara __________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

Aamiin, ya robbal ‘aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada __________________ atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.

Hadirin sekalian

Sebelum saya menjemput tuan penceramah kita sebentar lagi izinkan saya untuk membacakan
sedikit biodata berkaitan dengan beliau. Mungkin ada dalam kalangan kita yang sudah mengenali tapi
ada juga yang masih belum mengenali nya. Bak kata pepatah” Tak kenal maka tak cinta”.

Biodata
Nama : Mohd Kamal bin Mohd Said
Pekerjaan; 1) Pengerusi Pondok Anwarul Mahabbah di Kluang ini. Juga merupakan Guru Takmir
Negeri johor
2) Pengurus Pusat Pengajian dan Rawatan Nurul Muhibbin
3) Pencermah bebas dan kursus kahwin
4) Pengamal perubatan Melayu

Tempat belajar: beliau menamatkan pengajian nya university al azhar di mesir


Pengkhususan; Usuluddin

Jadi tepatlah kita menjemput Ustaz Kamal dalam program ini dengan kepakaran yang beliau miliki
Insya Allah dapat menambah ilmu pengetahuan kita khususnya dalam bab Wudhu dan Solat.

Tanpa membuang masa, majlis menjemput Al Fadhil Ustaz untuk memulakan slot ceramah kita pada
pagi ini. Fal yatafaddhol mashkura……

Selesai ceramah…..
Waalaikumussalam Warah Matullahi wa barakatuh..

Terima kasih diucapkan kepada al Fadhil ustaz atas kesudian menyampaikan ceramah sebentar tadi.
DIharapkan dengan ceramah itu dapatlah kita memperbaiki kelemahan dan kesilapan kita dalam
berwudhu dan solat agar kita sama2 dapat menunaikan solat dengan lebih sempurna.Insyallah.

Cenderahati

Seterusnya, Majlis menjemput _____________________untuk naik ke pentas bagi menyampaikan


cenderahati kepada alfadhil ustaz mohd kamal.
Terima kasih diucapakan kepada ___________________________ atas kesudian menyampaikan
cenderahati sebentar tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderhati itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Saya
menjemput al Fadhil ustaz untuk ke ruang makan kerana ada sedikit jamuan yang telah disediakan.

Baik bagi pelajar tingkatan 4 anda boleh beredar masuk ke kelas dalam keadaan teratur dan boleh
rehat mengikut waktu rehat kamu.

Bagi pelajar tingkatan 2 dan 3 anda boleh keluar rehat dan masuk semula ke kelas untuk PDPC
seperti biasa.

Bagi pelajar tingkatan 1 anda tunggu di sini kerana kamu akan rehat di dalam dewan dan kita akan
mulakan slot seterusnya jam 1030 nanti.

Anda mungkin juga menyukai