Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJK (C) MASJID TANAH Kod Sekolah: MBC0057

1. Nama Guru TTEY CUI XIAN

2. Judul MASALAH PEMBELAJARAN 3. Bidang: Bahasa Malaysia

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 6 jam

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis
Mempunyai anak yang bermasalah dalam bertutur, membaca, mendengar dan berfikir adalah
cabaran kepada ibu bapa dan guru. Oleh itu, Masalah Pembelajaran cuba menyingkap dan
membincangkan secara lengkap definisi dan teori serta tanda-tanda awal yang membantu ibu
bapa dan penjaga mengenal pasti masalah ini pada peringkat awal. Intervensi klinikal dan
intervensi tingkah laku turut disentuh dalam penulisan ini bagi memberi pendedahan kepada ibu
bapa dalam membantu kanak-kanak ini seawal mungkin. Beberapa model intervensi dan analisis
tugasan yang dimuatkan boleh menjadi rujukan dan contoh kepada ibu bapa dan guru-guru dalam
mendidik anak-anak istimewa ini mampu menjalani proses pembelajaran seperti kanak-kanak
normal dan hidup berdikari.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Melalui pembacaan buku ini, guru dapat merujuk kemusykilan-kemusykilan yang dihadapi
semasa pengajaran di kelas. Contohnya,individu yang mempunyai masalah pembelajaran
biasanya akan turut mempunyai masalah dalam pencapaian dan perkembangan akademik.
Perbezaan yang ketara wujud antara potensi pembelajaran individu terlibat dan perkara yang
mereka pelajari.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Melalui pembacaan buku ini, guru akan lebih jelas dengan masalah pembelajaran yang begitu
luas ilmunya. Selain itu, guru dapat memahami masalah pembelajaran adalah ketidakupayaan
kehidupan seorang kanak-kanak. Masalah pembelajaran bukan sahaja melibatkan soal akademik
seperti membaca, menulis dan pengiraan Matematik tetapi juga merangkumi semua aspek dalam
kehidupan harian, contohnya memakai pakaian, mengemas bilik dan sebagainya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(TEY CUI XIAN) ( )
MOHD ZURI GHANI, AZNAN CHE AHMAD, ZAINUDDIN MOHD ISA, 167

Anda mungkin juga menyukai