Anda di halaman 1dari 1

KELAB RAKAN PRIHATIN KELANTAN (PRiHATIN)

Lot 2249, Kg. Pengkalan Kubor, Salor,


15100 Kota Bharu, Kelantan
PPM-031-03-20022020
(013-9014444)

Rujukan Kami : PRIHATIN/014/ (14)


Bertarikh : 10 Disember 2023.

Kepada ,
YAYASAN TAKWA WILAYAH PERSEKUTUAN
Tingkat 3,
Lot 1, Bangunan Tabung Haji,
148, Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur

Tuan,

PERKARA: KERJA-KERJA MENYIAPKAN PEMBINAAN RUMAH ASNAF MANGSA BANJIR.

Kami dari Kelab Rakan Prihatin Kelantan (PRiHATIN) yang dilantik oleh Yayasan Takwa Wilayah
Persekutan untuk melaksanakan kerja-kerja Pembinaan rumah asnaf mangsa banjir ingin
memohon kerjasama dari pihak tuan untuk mendapatkan tempoh lanjutan bagi kerja-kerja seperti
yang dinyatakan diatas.

Merujuk kepada surat yang dipersetujui, tarikh mula dan tamat kerja yang telah dipersetujui
adalah pada 01 Ogos 2023 hingga 21 November 2023

Seperti yang pihak tuan sedia maklum, terdapat sebab-sebab kelewatan kerja diatas adalah
seperti berikut

1. Kerja-kerja terpaksa di hentikan kerana faktor cuaca yang tidak menentu hujan lebat dan
angin timur mounsun yang merencatkan perjalan gerak kerja harian.

2. Seperti yang tuan sedia maklum,kesukaran untuk mendapatkan bahan binaan dari
pembekal

Pihak kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dan
memberi tempoh lanjutan 45 Hari sehingga tarikh 05 Januari 2024 bagi rumah Encik
Anuar bin Mat Ali dan Encik Mohd Nafi bin Idris bagi kerja-kerja diatas.

Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih


“ Keperihatinan Kita Tanggungjawab Bersama “

Yang benar

………………………………………………..
MAZWAN BIN ISMAIL
PENGERUSI,
(KELAB RAKAN PRIHATIN KELANTAN (PRiHATIN)

Anda mungkin juga menyukai