Anda di halaman 1dari 10

1.

AMALAN BAIK KEMAHIRAN MENULIS HURUF KECIL J,G DAN Y DALAM


KALANGAN MURID 1 MUMTAZ SEKOLAH KEBANGSAAN AMAN JAYA
DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘TUTIK’

ABSTRAK

Murid- murid Tahun1 Mumtaz menghadapi masalah dalam kemahiran menulis huruf
j,g,dan y iaitu huruf yang mempunyai ekor. Untuk menangani masalah ini, kajian ini
bertujuan untuk mencari kaedah yang terbaik menggunakan buku garis biru merah
untuk memastikan ekor huruf ini berada pada kedudukan yang betul. Kaedah TUTIK
telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini.TUTIK bermaksud Tulisan Cantik.
Ia bertujuan untuk membetulkan tulisan murid supaya dapat menulis dengan cara
yang betul dan urutan yang betul. Kaedah ini telah diaplikasika dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Dapatan amalan ini telah membuktikan murid- murid
telah menunjukkan perubahan tingkah laku iaitu huruf j,g, dan y ditulis dengan betul
dan mengikut urutan yang tepat. Secara keseluruhannya dapatlah bahawa
kemahiran menulis huruf dapat ditingkatkan sekiranya guru menggunakan kaedah
yang sesuai dengan tahap pembelajaran mereka. Amalan penyelidikan untuk
mengatasi masalah pembelajaran murid malah dapat menggilap kreativiti dan inovasi
guru.

Kata kunci: Teknik TUTIK,ekor huruf,buku garis


1. PENDAHULUAN

Sistem pendidikan negara kita kini kea rah kecemerlangan dan pendidikan bertaraf
dunia. Selaras konsep k-ekonomi dan hasrat negara mencapai taraf negara maju,
guru harus melengkapi diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran supaya cekap dan
berkesan dalam menghadapi isu dan cabaran dalam bidang pendidikan. Pelbagai
transformasi telah diwujudkan untuk memaju dan memantapkan system pendidikan
di Malaysia. Bermula dengan sistem pondok pendidikan zaman penjajahan, Laporan
Barnes (1950), Laporan Fenn Wu(1951), Ordinan Pelajaran(152), Penyata Razak
(1956), Penyata Rahman Talib(1960), Laporan Kabinet (1974) sehingga sekarang.

Potensi individu dikembangkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (PFK)


ialah unsur intelek, unsur bahasa,unsur emosi, dan unsur jasmani. Unsur intelek
yang dikembangkan ialah memberi fokus kepada daya fikir dalam aspek 3M iaitu
berfikir secara kritis dan kreatif, memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.

1.1PENGENALAN

Dalam KBSR, menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik


yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya
disusun menjadi ayat. Takrif lain menyebut menulis sebagai satu kegiatan
penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan- perkataan
dan seterusnya ayat- ayat yang bermakna. Kamaruddin Husin (1999) mentakrifkan
penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik.
Kesimpulannya kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi
dan penting berbanding kemahiran berbahasa yang lain, untuk dikuasai oleh murid-
murid bukan sahaja dalam pembelajaran Bahasa tetapi untuk beberapa mata
pelajaran lain.

Berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu


Tahun Satu (DSKP), merujuk kepada keupayaan menulis perkataan dan ayat , serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan
ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.Murid
juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
bahan ilmu dan imaginatif.

1.2 REFLEKSI PENGALAMAN LALU

Kami telah mengajar selama 12 tahun di sekolah yang berbeza. Sepanjang


perkhidmatan kami sebagai guru tahap satu, kami mendapati bahawa rata-rata murid
lemah dalam akademik kerana beberapa sebab.

Antara puncanya ialah kurang memberi tumpuan dalam kelas ketika guru
mengajar. Murid lebih suka bermain dengan rakan sebelah, memandang keluar
tingkap dan bermain-main dengan alat tulis atau permainan yang dibawa. Ada juga
murid yang tidak ada asas prasekolah. Kemungkinan ibu bapa memandang remeh
akan keperluan untuk mendapatkan asas prasekolah ini kerana undang- undang
tidak dilaksanakan sepenuhnya. Seterusnya berlakunya konflik dalam keluarga
yang menyebabkan perpisahan dan penceraian. Murid yang datang dari keluarga
yang bermasalah ini kerap ponteng, tidak bermotivasi untuk belajar dan
menimbulkan masalah disiplin dalam kelas. Sikap ibu bapa yang tidak mengambil
berat akan perkembangan pelajaran anak-anak juga menyumbang kepada
kelemahan dalam akademik murid.

Masalah guru yang bercuti lama seperti cuti bersalin, berkursus dan cuti sakit
juga menyebabkan perkembangan pelajaran murid terganggu. Guru ganti selalunya
diambil dari individu yang kurang berpengalaman dalam bidang pendidikan. Kaedah
pengajaran guru yang menggunakan kaedah “chalk and talk” juga membosankan
murid. Murid cepat bosan, mengantuk dan tidak memberi perhatian dalam kelas.
Masalah kemiskinan juga menyebabkan murid lemah dalam pelajaran. Murid kerap
ponteng sekolah kerana tiada wang belanja untuk makan di sekolah.

Kami berasa sedih kerana kerana tidak dapat membantu murid-murid yang
mengalami masalah ini. Mereka masih gagal menulis huruf dengan betul walaupun
sekadar huruf vokal. Tulisan mereka juga amat buruk sehingga sukar untuk
dicamkan. Kami amat bimbang kerana ramai murid dalam kelas mengalami masalah
seperti kemiskinan, konflik keluarga, ibu bapa yang sibuk mencari nafkan sehingga
lupa untuk memberi perhatian terhadap pendidikan anak- anak. Masalah tulisan
buruk ini menjadi sesuatu yang amat membimbangkan. Jika masalah ini berterusan
murid akan terbiasa dan menganggap tulisan mereka adalah betul. Kami ingin
membantu mereka agar dapat menulis dengan kemas, betul dan cantik. Abjad huruf
ada 26 sahaja namun masih ada 9 orang murid kami yang masih gagal menulis huruf
ketika sesi imlak dijalankan.
2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian kami adalah tentang kelemahan tiga orang murid Tahun 1 Mumtaz
menulis huruf j,g dan y dengan cara yang betul, iaitu ekor huruf –huruf ini hendaklah
di bawah garisan. Tulisan tiga orang murid ini tidak mengikut cara yang betul dan
ekor huruf- huruf tersebut terletak di atas garisan. Kesalahan ini tidak harus
dibiarkan kerana bimbang akan menjadi kebiasaan hinggalah mereka beralih ke
sekolah menengah.

2.1 TINJAUAN MASALAH

Masalah tulisan yang salah kedudukannya ini menyebabkan tulisan murid kelihatan
tidak kemas dan tidak cantik. Bentuk tulisan sebegini akan mengelirukan pemeriksa
kerana apabila huruf ‘j’ ditulis atas garisan, ia menjadi huruf ‘J’( huruf besar).
Kedudukan ekor huruf yang salah menyebabkan kesalahan dari segi tatabahasa,
iaitu kesalahan meletakkan huruf besar di tengah ayat.

Masalah tulisan ini perlu dikaji kerana murid yang gagal dibetulkan
kebiasaannya terbawa- bawa hingga ke sekolah menengah. Apabila kebiasaan ini
terbawa hingga ke peringkat yang lebih tinggi, ia akan sukar dipulihkan kerana murid
tidak didedahkan cara menulis huruf yang betul. Berpandukan dari pengalaman
mengajar 12 tahun, kami mendapati murid memegang pensel dengan
menggenggam keseluruhan pensel dan ini menyebabkan motor halus tidak
digunakan sepenuhnya. Pensel hendaklah dipegang di antara jari tengah, jari hantu
dan ibu jari. Cara murid duduk juga mempengaruhi bentuk tulisan mereka. Semasa
menulis bahagian belakang hendaklah tegak dan tangan memegang pensel yang
condong ke arah murid.

Guru hendaklah menunjukkan cara menulis huruf mengikut urutan yang betul.
Contohnya huruf ‘y’ hendaklah dimulakan dengan bentuk ‘u’ dahulu kemudian
barulah dituliskan ekornya. Begitu juga dengan huruf ‘j’ dan ‘y’. Seringkali kami
mendapati murid menulis huruf dengan memulakan dari ekornya dahulu. Antara
sebab perkara ini berlaku ialah murid tidak didedahkan dengan asas menulis yang
betul iaitu menulis huruf mengikut urutan yang betul.

Cara yang selalu digunakan oleh murid ialah memulakan dari ekor huruf.

Contoh:

Rajah 1: Cara menulis huruf yang salah

Cara yang betul untuk menulis huruf ialah memulakan dari bahagian atas, kemudian
barulah dilukiskan ekornya.

Contoh:

Rajah 2: Cara menulis huruf yang betul

Apabila kesalahan murid tidak dibetulkan, ia akan menjadi satu kebiasaaan dan
murid tidak tahu cara menulis yang betul. Kemahiran menulis hendaklah dipraktikkan
sekurang-kurangnya selama 30 minit setiap hari. Malangnya kerja bertulis
adakalanya dibuat oleh ibu atau kakak murid kerana bimbangkan anak atau adik
akan didenda oleh guru. Hal ini menyebabkan kemahiran menulis murid tidak dapat
dipertingkatkan. Lagi pula kemahiran menulis di sekolah pula tidak sampai 30 minit
kerana lembaran kerja hanya memerlukan murid menulis beberapa perkataan
sahaja.

2.3 TINJAUAN LITERATUR

Ramai pengkaji telah membuat kajian dalam bidang kemahiran menulis. Bidang ini
merupakan kemahiran paling tinggi dalam berbahasa seperti bertutur, membaca dan
memahami.

Smith(1998), menjelaskan bahawa ramai murid bermasalah pembelajaran


menghadapi masalah menulis dan kemahiran menulis tulisan mekanis ini
memerlukan seseorang menterjemah pemahaman bahasa ke dalam sistem
simbol.Pengamatan terhadap bentuk huruf yang pelbagai dan mengikut kategori
huruf kecil dan huruf besar memberi kesan kepada murid. Pendapat ini ada
benarnya kerana berdasarkan pengalaman kami, murid boleh menyebut huruf
dengan lancar tetapi ada yang tidak dapat menulis huruf yang mereka sebutkan
dengan betul.

Grave(1893), menyatakan bahawa murid sekurang-kurangnya mesti menulis


setiap hari atau minimum 4 hari dalam seminggu. Setiap sesi menulis pula sekurang-
kurangnya 30 minit. Guru perlu menilai prestasi murid dengan apa-apa yang
ditulisnya dan membaca apa- apa yang telah ditulis. Oleh yang demikian murid akan
lebih memberi dan menilai apa-apa yang ditulis dan apa-apa yang difahami.
Kenyataan ini ada kebenarannya kerana kemahiran menulis yang sering diulang-
ulang akan meningkatkan keupayaan motor halus murid untuk menulis huruf dengan
lebih cantik.

Levin(1987) pula menyatakan cara memegang alat tulis akan mempengaruhi


bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus
menyebabkan kanak- kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang
butang baju dan memasang manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor
halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Masalah ini menyebabkan
ketidaktentuan cengkaman pada alat tulis. Kenyataan ini ada kebenarannya kerana
murid jadi keliru untuk memegang pensel dengan cara yang betul. Mungkin cara ibu
dan cara guru mengajar memegang pensel adalah berbeza.

Sassoon (1993) pula mengatakan guru kurang memberi penekanan kepada


pengajaran menulis di kelas, khususnya cara memegang alat tulis dengan betul,
menulis mengikut urutan yang betul, saiz huruf yang seimbang dan sekata dan jarak
antara huruf dan perkataan. Kenyataan ini ada kebenarannya guru hanya mahukan
murid menyelesaikan kerja bertulis tanpa meneliti cara murid menulis huruf dengan
urutan dan saiz huruf yang betul.

Kamaruddin Haji Hussin(1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran


perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk grafik itu disusun hingga
melambangkan bunyi Bahasa yang dapat dibaca. Hal ini bertepatan dengan
penghasilan karangan, sajak, pantun,puisi dan catatan yang merupakan pelahiran
perasaan dan idea orang yang menulisnya.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, objektif yang ingin dicapai ialah menigkatkan kemahiran menulis
huruf j, g dan y dalam kalangan murid Tahun 1 Mumtaz dengan menggunakan teknik
“TUTIK”

4.0 SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian, soalan kajian dibina seperti berikut:


i. Adakah kemahiran menulis huruf j, g dan y dapat ditingkatkan dengan
menggunakan teknik “TUTIK”.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Dalam kajian ini, kami telah memberi tumpuan kepada 3 orang murid Tahun 1
Mumtaz. Mereka sangat lemah dari segi akademiknya. Selain lemah dalam
kemahiran membaca, mereka juga lemah dalam kemahiran menulis huruf. Kelas ini
terdiri dari 10 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan. Ada yang tidak
mendapat asas prasekolah dan ada juga yang kerap ponteng semasa di
prasekolah.Masalah kerap ponteng ini berlanjutan hingga mereka di alam sekolah
yang sebenar. Walaupun terdapat 3 orang yang masih gagal menulis huruf dengan
cara yang betul, kami rasa amat bersalah kerana tidak dapat mengubah tabiat
menulis mereka.

6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah istilah bagi memerihal penyelidik dan menyiasat amalan
sendiri untuk menambah baik. Dalam konteks pendidikan, guru akan mengumpul
data dan menginterpretasikannya untuk memahami aspek pengajaran dan
pembelajaran yang menjadi tumpuan utamanya atau bidang yang menarik perhatian
guru. Kajian tindakan merupakan alternative guru untuk menambah baik
pengajarannya melalui tindakan yang dirancang untuk menambah keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
6.1 MODEL KAJIAN

Kami telah menggunakan model Kurt Lewin (1946) untuk melaksanakan tindakan
ini. Mengikut model Kurt Lewin, terdapat empat peringkat dalam satu kitaran iaitu
merancang, membuat tindakan, melihat keberkesanan dan refleksi.

Reka bentuk kajian tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan
dikenali sebagai Kurt Lewin’s Action Research Spiral yang menunjukkan
penambahbaikkan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah
dikaji.

Anda mungkin juga menyukai