Anda di halaman 1dari 20

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID:

HAL EHWAL MURID(HEM)

SAHSIAH DISIPLIN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Ponteng Sekolah?


Kegagalan menghadirkan diri ke sekolah secara sengaja tanpa alasan atau tanpa
sebab yang munasabah yang berpunca daripada keinginan murid itu sendiri, dan
bukannya kes-kes yang dimaafkan seperti, sakit, kemalangan dan sebagainya.
Ponteng Sekolah adalah salah satu daripada salah laku disiplin murid.

1. Apakah yang harus dilakukan oleh pihak ibu bapa/waris sekiranya anak di
bawah jagaan tidak dapat hadir ke sekolah?
Pihak ibu bapa/waris wajib menghubungi pihak sekolah dengan memberi makluman
awal kepada pihak sekolah sebab ketidakhadiran anak ke sekolah sekurang-
kurangnya melalui panggilan telefon atau pesanan ringkas, tetapi perlu disusuli
dengan surat pemakluman yang ditandatangani oleh ibu bapa/waris atau dokumen-
dokumen yang berkaitan seperti sijil cuti sakit dan sebagainya kepada pihak sekolah.

1. Apakah tindakan yang boleh dikenakan terhadap murid yang Ponteng


Sekolah?
Tindakan yang boleh dikenakan adalah dengan merekodkan di dalam SSDM
sebagai salah laku disiplin dan seterusnya diberi surat amaran kepada ibu
bapa/waris, dan seterusnya boleh diambil tindakan buang sekolah sebagai hukuman
kesalahan disiplin tersebut.

1. Berapakah jumlah hari murid yang tidak hadir tanpa alasan / ponteng sekolah
yang membolehkan surat amaran ketidakhadiran dikeluarkan oleh pihak
sekolah kepada murid dan ibu bapa/waris?
Bergantung kepada situasi ketidakhadiran murid sama ada secara berturut-turut atau
secara berkala, dari hari pertama murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.

A.Sekiranya secara berturut-turut,

Surat Amaran 1
Dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir ke sekolah sejumlah 3 hari pertama tanpa
sebab secara berturut.

Surat Amaran 2
Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab secara berturut selama 7
hari berikutnya selepas Surat Amaran 1 dikeluarkan (sejumlah 10 hari tidak hadir
tanpa sebab dari hari pertama tidak hadir tanpa sebab secara berturut)

Surat Amaran Terakhir


Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab secara berterusan selama
7 hari seterusnya secara berturut selepas Surat Amaran 2 dikeluarkan.(sejumlah 17
hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama tidak hadir tanpa sebab secara
berturut)
Surat Makluman Nama Dikeluarkan dari Daftar Sekolah / Buang Sekolah
Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab secara berterusan untuk
14 hari persekolahan seterusnya secara berturut selepas Surat Amaran Terakhir
dikeluarkan.(sejumlah 31 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama tidak
hadir tanpa sebab secara berturut)

B. Sekiranya secara tidak berturut/berkala,

Surat Amaran 1
Dikeluarkan sekiranya situasi murid tidak hadir ke sekolah sejumlah 10 hari pertama
tanpa sebab secara berkala / tidak berturut.

Surat Amaran 2
Dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab sejumlah 10 hari berikutnya
secara berkala / tidak berturut selepas Surat Amaran 1 dikeluarkan. (sejumlah 20
hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama murid tidak hadir tanpa sebab)

Surat Amaran Terakhir


Dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab sejumlah 20 hari berikutnya
secara berkala / tidak berturut selepas Surat Amaran 2 dikeluarkan. (sejumlah 40
hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama murid tidak hadir tanpa sebab)

Surat Makluman Nama Dikeluarkan dari Daftar Sekolah / Buang Sekolah


Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab untuk 20 hari
persekolahan seterusnya secara berkala / tidak berturut selepas Surat Amaran
Terakhir dikeluarkan. (sejumlah 60 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama
tidak hadir tanpa sebab secara berturut)

1. Sekiranya murid mula tidak hadir tanpa sebab ke sekolah selama 5 hari secara
berturut, dan kemudian murid hadir ke sekolah untuk beberapa hari selepas itu
dan seterusnya tidak hadir 12 hari tanpa sebab secara berturut, adakah pihak
sekolah boleh mengeluarkan Surat Amaran berdasarkan Tidak Hadir Tanpa
Sebab secara berturut?
Untuk situasi ini, pihak sekolah boleh mengeluarkan Surat Amaran 1 mengikut
pengiraan secara berturut untuk 3 hari pertama. Namun begitu memandangkan
murid hadir ke sekolah pada hari ke-6, maka pengiraan ketidakhadiran murid
tanpa sebab secara berturut terbatal.

(Surat Amaran 1 secara berturut juga terbatal sekiranya telah dikeluarkan)

Sekolah perlu membuat pengiraan semula berdasarkan ketidakhadiran secara


berkala / tidak berturut bermula dari hari pertama murid tidak hadir tanpa sebab.

1. Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah selama 10 hari berturut, tetapi untuk
hari ke 4 dan hari ke 5 murid tidak hadir bersebab (alasan yang munasabah
dan diterima oleh PGB), adakah Surat Amaran 1 boleh dikeluarkan?
Untuk situasi ini, pihak sekolah boleh mengeluarkan Surat Amaran 1 mengikut
pengiraan secara berturut untuk 3 hari pertama ketidakhadiran. Namun begitu,
memandangkan pada hari ke 4 dan hari ke 5, murid tidak hadir bersebab,
maka pengiraan ketidakhadiran murid tanpa sebab secara berturut terbatal.

(Surat Amaran 1 secara berturut juga terbatal sekiranya telah dikeluarkan)


Sekolah perlu membuat pengiraan semula berdasarkan ketidakhadiran secara
berkala / tidak berturut bermula dari hari pertama murid tidak hadir tanpa sebab,
dan surat Amaran 1 boleh dikeluarkan semula apabila cukup 10 hari murid tidak
hadir tanpa sebab, mengikut pengiraan ketidakhadiran secara berkala.

1. Adakah Penolong Kanan Pentadbiran atau Penolong Kanan HEM boleh


tandatangan Surat Makluman Nama Dikeluarkan dari Daftar Sekolah / Surat
Buang Sekolah?
Tidak boleh. Hanya PGB sahaja yang mempunyai kuasa untuk tandatangan Surat
Makluman Nama Dikeluarkan dari Daftar Sekolah / Surat Buang Sekolah.

1. Bolehkah sekolah mengeluarkan Surat Amaran / Surat Buang Sekolah


mengikut format sendiri?
Surat Amaran/Surat Buang Sekolah wajib mengikut format yang telah ditetapkan
oleh pihak BPSH, KPM di mana surat-surat tersebut dijana dan dicetak melalui
Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) selepas kesalahan ketidakhadiran dikunci masuk
oleh Guru Kelas.

1. Apakah hukuman yang boleh dikenakan kepada murid merokok?

 Kesalahan kali pertama : Rotan 1 kali


 Kesalahan kali kedua : Rotan 2 kali
 Kesalahan kali ketiga : Rotan 3 kali
 Kesalahan kali keempat : Gantung sekolah
 Kesalahan kali kelima : Buang sekolah

1. Apakah hukuman yang boleh dikenakan kepada pembuli?

 Diberi amaran keras


 Dilarang menggunakan kemudahan di sekolah atau asrama
 Dikenakan Hukuman Rotan tidak melebihi 3 kali
 Gantung sekolah
 Buang Sekolah

1. Apakah perlu dilakukan jika saya dibuli?


Lapor kepada guru, maklumkan pada ibu bapa

1. Apakah perbuatan yang boleh dianggap sebagai buli?


Buli membawa maksud perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang murid
atau kumpulan murid supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru
atau perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang murid atau kumpulan
murid yang biasanya lemah untuk menggertak atau menakutkan murid atau
kumpulan murid berkenaan. buli boleh dikatagorikan kepada buli berbentuk fizikal,
lisan, isyarat dan memulau.

PPDA

1. Apakah yang dimaksudkan dengan PPDa?


PPDa bermaksud pendidikan pencegahan dadah.

1. Apakah strategi pelaksanaan PPDa di sekolah?


Terdapat empat strategi pelaksanaan PPDa di sekolah iaitu, pengurusan dan
kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
1. Adakah program ujian air kencing (urin test) boleh dilaksanakan di sekolah?
Ya, ujian air kencing (urin test) boleh dilaksanakan di sekolah, namun hanya boleh
dilaksanakan di sekolah menengah dan dilaksanakan oleh AADK.

1. Adakah semua murid yang telah menjalani ujian air kencing (urin test) perlu
dimasukkan ke dalam SSDM?
Ya, semua murid yang menjalani ujian air kencing perlu direkodkan dalam SSDM
samada positif atau negatif.

1. Adakah pelaksanaan program PPDa perlu dilaporkan kepada PPD dan JPN?
Ya, perlu dilaporkan melalui link yang telah dibekalkan oleh PPD dan JPN.

PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH

1. Apakah KPI RMT?


KPI RMT ialah RMT dilaksanakan bermula pada hari pertama persekolahan bagi
murid Tahun 2 hingga Tahun 6

1. Berapakah tempoh pelaksanaan RMT?


Tempoh pelaksanaan bantuan RMT adalah tidak melebihi 190 hari persekolahan
setiap tahun.Sekiranya berlaku lebihan hari bayaran, pentadbir perlu menanggung
jumlah bayaran tersebut bai nilangan hari yang lebih atau pentadbir sekolah akan
dikenakan surcharge.
Catatan / rekod dalam Laporan Harian hendaklah dilaksanakan setiap hari.

1. Bolehkah pembayaran RMT dibuat pada bulan Ramadhan?


Pembayaran RMT pada bulan Ramadhan hanya bagi murid bukan beragama Islam.
RMT bagi murid bukan beragama Islam diteruskan seperti biasa. Pemberian
makanan untuk dibawa pulang bagi murid Islam adalah TIDAK DIBENARKAN.
Borang pesanan harian perlu dilampirkan bersekali dengan borang tuntutan bayaran.

1. Adakah murid yang layak menerima bantuan secara automatik?


Tidak. Bagi murid yang layak, proses permohonan adalah seperti proses biasa
(pengisian borang) iaitu murid perlu mengisi dan menyerahkan borang PB1
(Permohonan Bantuan Persekolahan KPM bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan) bersama dokumen sokongan yang disahkan bagi tahun semasa.
Senarai murid yang layak perlu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bantuan
peringkat sekolah dan diminitkan.

1. Bagaimanakah kelayakan murid di luar norma diputuskan?


Kelayakan murid di luar norma perlu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa
Bantuan peringkat sekolah dan perlu ada justifikasi berdokumen. Senarai nama
murid perlu dimasukkan dalam kategori cicir.

Contoh kes:
Murid A dari segi pendapatan adalah tidak layak tetapi waris menghadapi penyakit
kritikal dan menanggung kos rawatan yang tinggi. Oleh itu, murid boleh
dipertimbangkan untuk menerima bantuan dengan melampirkan bil rawatan.

1. Apakah aspek pematuhan menu RMT?


Penyediaan menu makanan hendaklah mematuhi senarai menu yang telah
diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti di dalam Buku Panduan
Pengurusan RMT. Menu RMT perlu dipilih mengikut 20 jenis menu yang telah
ditetapkan.
Bilangan hidangan yang disediakan perlu mengikut bilangan pesanan yang dibuat
oleh pihak sekolah.

1. Bolehkah makanan dihidang secara buffet?


Tidak. Makanan tidak boleh dihidangkan dalam bentuk buffet.

1. Bagaimanakah pelantikan pembekal makanan RMT dilaksanakan?


Perolehan bagi program RMT ini adalah dikecualikan daripada sebutharga/tender
sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2/2016.

Perolehan dibuat secara lantikan terus dengan mengeluarkan kenyataan tawaran


(Borang B1) mengikut keutamaan seperti berikut:

a. Pengusaha kantin
b. PBG
c.Keluarga guru / kakitangan sekolah

1. Bilakah Surat Setuju Terima perlu ditandatangani?


Surat Setuju Terima antara pihak sekolah dan pembekal makanan (Borang B2) perlu
ditandatangani sebelum RMT bermula.

1. Apakah dokumen yang perludisediakan oleh pihak sekolah?


Pihak sekolah menyediakan Dokumen Perjanjian Pembekalan Makanan RMT
menggunakan templat dokumen perjanjian (Lampiran B) dalam tempoh dua (2) bulan
dari Surat Setuju Terima yang ditandatangani.

Sesalinan dokumen perjanjian perlu diserahkan kepada PPD / JPN (bagi yang
tiada PPD).

KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

1. Siapa Ketua Isi Rumah?


KIR merupakan ahli yang dipertanggungjawabkan sebagai ketua untuk menjaga
kebajikan ahli penghuni yang tinggal bersama dalam satu kediaman.

1. Jika murid tinggaJ bersama penjaga yang tiada hubungan keluarga seperti di
rumah kebajikan/ perlindungan/ yayasan, siapa KIR murid?
KIR murid adalah Pengetua/ Penyelia di tempat kediaman tersebut.

1. Siapa Ahli Isi Rumah (AIR)?


AIR merupakan penghuni biasa yang tinggal bersama dalam satu kediaman.

1. Adakah Bantuan 'one-off atau berkala yang diterima oleh KIR atau murid
diambil kira sebagai PIR?
Tidak

1. Jika murid tersenarai di bawah kategori penerima eKasih namun terdapat


keraguan dari segi pendapatan KIR murid, apakah tindakan yang boleh
dilakukan Oleh pihak sekolah?
 Semak maklumat terkini murid dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
khususnya pendapatan terkini ibu dan bapa/ penjaga utama dan penjaga kedua.
 Kenal pasti KIR semasa kepada murid (ibu bapa/ penjaga utama dan penjaga kedua/
ibu tunggal/ bapa tunggal/ moyang/ datuk/ neneW adik-beradik/ saudara/ ibu angkat/
bapa angkat/ lain-lain penjaga.
 Nyatakan justifikasi murid tidak layak terima Bantuan KWAPM semasa Mesyuarat
Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS).

1. Bagaimana pihak sekolah boleh mengesahkan DSA?


Pihak sekolah memastikan maklumat murid dalam Sistem APDM adalah terkini dan
lengkap. Berdasarkan maklumat tersebut, pihak sekolah boleh mengemukakan
Borang PB-1 dan PB-2 kepada ibu bapa/ penjaga murid. Setelah semakan
dilaksana, pihak sekolah boleh mengesahkan DSA melalui Mesyuarat JBPS

1. Murid Tahun/ Tingkatan berapakah yang layak memohon Bantuan Kecemasan?


Murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima yang memenuhi syarat asas kelayakan
permohonan.

1. Adakah murid yang baharu sahaja mengikuti persekolahan di Sekolah


Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan layak menerima Bantuan KWAPM?

 Murid baharu layak menerima Bantuan KWAPM seperti berikut:


Bantuan Am Persekolahan (BAmP): Layak terima sekiranya maklumat murid dalam
Sistem APDM lengkap diisi mengikut tempoh yang ditetapkan dan memenuhi kriteria
penerima bantuan.

 Bantuan Kecemasan (BK):


Layak terima sekiranya memenuhi kriteria kes kecemasan.

1. Adakah murid yang berada di Kelas Peralihan layak terima Bantuan BAmP
KWAPM dan berapakah kadar bantuan tersebut?
Layak pada tahun pertama Kelas Peralihan sahaja. Kadar adalah sama
sebagaimana penerima BAmP KWAPM Tingkatan Satu di Sekolah Menengah.

1. Adakah murid yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas layak menerima
BAmP KWAPM dan berapakah kadar bantuan tersebut kepada murid ini?
Layak. Kadar adalah sama sebagaimana penerima BAmP KWAPM yang lain. Tetapi
bagi Murid Berkeperluan Khas di Sekolah Menengah hanya layak terima BAmP
KWAPM pada tahun pertama sahaja.

1. Adakah murid bertaraf pemastautin/ penduduk tetap dan merupakan anak


angkat/ dijaga oleh warganegara Malaysia layak menerima Bantuan KWAPM?
Tidak layak.

1. Adakah murid yang berpindah ke sekolah bukan di bawah pentadbiran


Kementerian Pendidikan Malaysia layak menerima Bantuan KWAPM?
Tidak layak.

1. Adakah murid yang berhenti sekolah layak menerima Bantuan KWAPM?


Tidak layak.

1. Adakah murid penerima Bantuan KWAPM yang berpindah ke sekolah di bawah


pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia layak menerima Bantuan
KWAPM?
Layak terima.

1. Jika murid telah menerima bantuan kewangan daripada agensi/ pihak luar atau
biasiswa contoh Biasiswa Kecil Persekolahan (BKP)/ Baitulmal, adakah murid
tersebut masih layak menerima Bantuan KWAPM?
Layak terima.

1. Adakah ibu bapa/ penjaga kepada murid penerima Bantuan KWAPM yang telah
meninggal dunia layak menerima bantuan ini?
Layak terima sekiranya murid meninggal dunia dalam tahun semasa.

1. Berapakah kadar Bantuan KWAPM?


Bantuan Am Persekolahan (BAmP) Rendah RM100.00 / Menengah RM150.00
Bantuan Kecemasan Rendah RM300.00

1. Siapakah ahli Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekoıah (JBPS)?


Keahlian JBPS seperti berikut:

 Pengetua/ Guru Beşar (Pengerusi);


 Penolong Kanan HEM (Pengerusi Ganti sekiranya ketiadaan Pengerusi)
 Guru yang menguruskan Bantuan KWAPM;
 Sekurang-kurangnya dua (2) orang wakil daripada Persatuan lbu Bapa dan Guru
(PIBG) selain guru/ kakitangan sekolah; dan
 Ketua Kampung/ Ketua Masyarakat Setempat sekiranya perlu.

1. Berapakah kekerapan mesyuarat JBPS perlu diadakan dalam masa setahun?


Mesyuarat perlu diadakan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun atau mengikut
keperluan semasa. Laporan mesyuarat perlu disediakan.

1. Adakah JBPS boleh menolak murid daripada menerima Bantuan KWAPM


sekiranya timbul keraguan pada pendapatan ibu bapa/ penjaga utama dan
penjaga kedua contohnya melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
Nasional semasa?
JBPS melalui mesyuarat berhak menolak murid tersebut dengan disertakan
justifikasi penolakan.

1. Adakah murid perlu memohon untuk mendapatkan Bantuan KWAPM?


Ya, perlu membuat permohonan melalui Borang PB-I dan Borang PB-2.

1. Apakah kategori kes kecemasan?


Kategori kes kecemasan adalah seperti berikut:

 Bencana alam atau kebakaran tempat kediaman yang menjejaskan peralatan


persekolahan;
 KIR meninggal dunia atau menghidapi penyakit kronik atau mengalami keilatan kekal
yang menjejaskan pendapatan keluarga dan persekolahan murid;
 Murid bukan penerima Bantuan KWAPM yang KIR meninggal dunia, menghidapi
penyakit kronik atau mengalami keilatan kekal yang menjejaskan pendapatan
keluarga dan persekolahan murid jika memenuhi syarat asas kelayakan penerima
Bantuan KWAPM;
 Murid yang tercicir daripada persekolahan kerana kemiskinan.
1. Berapakah tempoh sah laku permohonan Bantuan Kecemasan?
Empat (4) bulan daripada tarikh kes kecemasan berlaku

1. Adakah murid boleh membuat permohonan Bantuan Kecemasan Iebih


daripada satu (1) kali dalam tahun yang sama?
Boleh. Murid layak memohon Bantuan Kecemasan bagi situasi yang dinyatakan
dalam tahun semasa.

1. Adakah adik beradik yang bersekolah di sekolah yang sama boleh memohon
Bantuan Kecemasan atas sebab yang sama?
Boleh.

1. Adakah adik beradik berlainan sekolah boleh memohon Bantuan Kecemasan?


Boleh. Jika di bawah tanggungjawab KIR sama yang layak dan pemohon bersekolah
di sekolah di bawah pentadbiran KPM.

1. Berapa lamakah tempoh pengagihan bantuan perlu dilaksanakan oleh sekolah


kepada murid penerima Bantuan KWAPM?
Bantuan KWAPM perlu diserahkan kepada murid yang layak dalam tempoh tiga
puluh (30) hari daripada tarikh peruntukan diterima oleh sekolah.

1. Bagaimana kaedah agihan Bantuan KWAPM kepada pelajar?


Pengagihan Bantuan KWAPM adalah melalui:

 dikreditkan terus ke akaun bank murid; atau


 pemberian secara tunai.

1. Adakah murid perlu mempunyai atau membuka akaun di Bank Simpanan


Nasional sahaja bagi tujuan pengkreditan bantuan ke akaun?
Pihak Kementerian tidak menetapkan pembukaan akaun di mana-mana bank.
Terpulang kepada pihak sekolah/ murid dalam memudahkan urusan untuk
kemasukan dan pengeluaran duit bantuan tersebut.

1. Adakah Bantuan KWAPM boleh dikreditkan ke akaun ibu bapa/ penjaga atau
ahli keluarga lain?
Tidak boleh. Hanya ke akaun murid atau akaun bersama ibu bapa/ penjaga bagi
murid di bawah umur.

1. Adakah murid boleh dikenakan caj ke atas Bantuan KWAPM tersebut?


Tidak boleh. Sekolah perlu mengagihkan sepenuhnya Bantuan KWAPM tanpa
pemotongan apa-apa caj kepada murid.

1. Adakah sekolah boleh menyimpan lebihan peruntukan dalam akaun Kumpulan


Wang Kerajaan ke tahun hadapan?
Tidak boleh.

1. Adakah lebihan peruntukan perlu dikembalikan kepada Bahagian Kewangan


KPM?
Ya, lebihan peruntukan hendaklah dikembalikan kepada Bahagian Kewangan, KPM
melalui cek atas nama Akauntan Negara Malaysia KPM-T sebelum 31 Oktober
tahun semasa.
BIASISWA

1. Apakah bantuan biasiswa yang boleh diberikan kepada pelajar sekolah?

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menguruskan biasiswa:


a. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Ting 1 – Ting 6
b. Biasiswa Sukan (BS)
c. Biasiswa Kecil Negeri (BKN)
d. Di samping itu terdapat juga lain seperti Biasiswa Telekom Malaysia,
Biasiswa Bank Negara Malaysia, dll yang disalurkan melalui JPN

1. Siapakah murid yang layak menerima Biasiswa?

Kriteria kelayakan secara amnya adalah seperti berikut:


a. Murid warganegara Malaysia.
b. Murid Tingkatan 1 hingga 6 di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah
c. Bantuan Kerajaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan
kokurikulum berdasarkan merit tahun semasa;
d. Jumlah pendapatan kasar tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
e. Biasiswa Sukan perlu cemerlang dalam bidang sukan.
f. Bagi biasiswa lain bergantung kepada agensi berkaitan.

1. Berapakah jumlah biasiswa yang diberikan kepada murid yang layak?

Murid yang layak akan menerima bantuan biasiswa mengikut jenis biasiswa
dan tingkatan semasa.

Contoh : BKP Ting1 – Ting 5 : RM 70.00 sebulan / RM840.00 setahun


BKP Ting 6 : RM90.00/RM110 sebulan
BKN Ting 1 – Ting 3 : RM 50.00 sebulan
BKN Ting 4 – Ting 5 : RM 70.00 sebulan

1. Bagaimanakah untuk membuat permohonan Biasiswa?


Murid-murid yang layak perlu mengisi borang PB1, PB2 dan PB3 serta dihantar
kepada Guru Biasiswa sekolah.

1. Bagaimana untuk mengetahui permohonan yang dikemukakan berjaya?


Anda akan dimaklumkan oleh Guru Biasiswa Sekolah.

1. Adakah wang biasiswa digunakan untuk tujuan pembelajaran sahaja?


Ya, wang biasiswa hanya boleh digunakan bagi tujuan pembelajaran dan perkara
yang berkaitan dengan aktiviti persekolahan sahaja.

1. Adakah menjadi kesalahan jika murid mengeluarkan wang yang diberikan


untuk tujuan lain dan mengabaikan keperluan persekolahan?
Ya, surat amaran perlu dikeluarkan dan tindakan tarik balik penganugerahan boleh
dibuat jika penyalahgunaan wang biasiswa dilakukan secara berterusan. Murid juga
boleh disekat daripada mengemukakan permohonan pada tahun berikutnya oleh
Jawatan kuasa Biasiswa Peringkat Sekolah.

1. Bolehkah murid menggunakan wang biasiswa untuk membeli komputer?


Tidak dibenarkan.
1. Bolehkan murid menyimpan wang bantuan biasiswa tanpa menggunakannya.
Tidak dibenarkan. Jika murid tidak menggunakan wang tersebut menunjukkan murid
berkenaan tidak memerlukan bantuan persekolahan semasa.

1. Bolehkah biasiswa yang diterima ditarik balik?


Ya, boleh jika:
a) Murid menerima biasiswa atau bantuan kewangan lain;
b) Murid didapati telah mengemukakan maklumat palsu di dalam Borang
Permohonan BKP;
c) Murid telah dikenakan tindakan disiplin kerana melakukan kesalahan berat yang
diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa Peringkat Sekolah.

1. Bolehkah murid/penerima biasiswa memegang kad ATM?


Ya. Murid perlu menyimpan kad ATM sendiri. Guru tidak dibenarkan untuk
menyimpan kad tersebut.

3K

1. Berapakah tempoh perjanjian bagi perkhidmatan kantin penyelamat


(caretaker). Adakah sama dengan perjanjian biasa?
Tidak sama. Perjanjian bagi perkhidmatan kantin penyelamat (caretaker) adalah
sehingga 30 November tahun semasa sahaja.

1. Adakah perjanjian untuk pengusaha kantin penyelamat perlu dibuat baharu


dan disetemkan?
Ya. Dokumen perjanjian WAJIB dibuat baharu dan dimatikan setem hasil selepas
perjanjian ditandatangani dan kos ditanggung oleh pengusaha penyelamat.

1. Bolehkah nama bil air dan elektrik bangunan kantin dinamakan atas nama
Pengetua atau Guru Besar Sekolah?
Tidak Boleh. Bil air dan elektrik bangunan kantin WAJIB dinamakan atas nama
Pengusaha Kantin yang berkuatkuasa pada waktu semasa serta kos penukaran
nama bil ditanggung oleh pengusaha kantin.

1. Adakah nugget, hot dog dan meatball boleh dijual di kantin sekolah?
Tidak boleh. Makanan diproses seperti kentang goreng (french fries) / daging
burger / sosej / bebola (ikan / ayam / daging & makanan laut) / nugget / kek ikan /
sate ikan (lok cheng) termasuk sebarang penyediaan makanan yang mengandungi
produk di atas adalah dilarang dijual di sekolah.

1. Adakah penjualan makanan di luar pagar sekolah dibolehkan?


Penjualan makanan dan minuman di dalam lingkungan 40 meter dari pagar sekeliling
sekolah adalah dilarang bagi semua premis makanan termasuk penjaja statik,
penjaja beredar dan penjaja sementara. Walau bagaimanapun, penjaja statik atau
peniaga gerai sedia ada berlesen di dalam lingkungan 40 meter dari pagar sekeliling
sekolah, dibenarkan menjual makanan dan minuman tetapi perlu mematuhi senarai
makanan dan minuman yang dilarang dijual.

a. Adakah pemakaian pelitup muka semasa di luar bangunan atau kawasan


terbuka di sekolah diwajibkan?
Tidak wajib. Walaubagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka di kawasan
terbuka adalah amat digalakkan. Pengecualian pemakaian pelitup muka hanya
dibenarkan dalam keadaan berikut:
a. Bersendirian;
b. Semasa aktiviti sukan dan rekreasi termasuk aktiviti pendidikan jasmani;
c. Ketika berucap dan membuat persembahan;
d. Sewaktu makan dan minum;
e. Guru yang mengajar di hadapan kelas;
f. Kanak-kanak berusia lima (5) tahun dan ke bawah;
g. Individu berkeperluan khas yang tidak mampu mengurus diri dan tingkah laku; dan
h. Individu mempunyai masalah pernafasan (dengan syarat mengemukakan laporan
perubatan yang telah disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar).

1. Bolehkah langsir dipasang di setiap bilik darjah dan bilik-bilik khas?


Penggunaan langsir dibenarkan untuk tujuan menghadang cahaya matahari.

1. Adakah saringan suhu di sekolah sudah tidak perlu dilaksanakan lagi?


Penggunaan penyukat suhu di sekolah adalah salah satu saringan kesihatan (gate
keeping) amat digalakkan penggunaannya untuk mencegah penyakit-penyakit
berjangkit yang lain seperti Influenza dan HFMD.

1. Adakah penggunaan Buku Biru (Buku Rekod Kesihatan Murid) masih


digunapakai pada masa sekarang?
Buku Rekod Kesihatan Murid masih digunapakai untuk murid Tahun 6 sehingga
Tingkatan 5 bagi tahun 2022. Sebaliknya, perekodan kesihatan murid selain
daripada itu adalah dengan menggunakan sistem e-RKM yang telah diperkenalkan
pada 2018.

1. Adakah Program Imunisasi Kesihatan percuma kepada semua murid di


sekolah?
Tidak, program ini hanya PERCUMA kepada semua murid Warganegara sahaja.
Murid yang bukan warganegara perlu membayar kos imunisasi ini di Pejabat
Kesihatan Daerah yang berdekatan.

KAUNSELING DAN KERJAYA

1. Bolehkah saya tahu berapakah nisbah GBK sepenuh masa dengan murid di
Sekolah Rendah
Bil. Murid Bil. GBKSM

≥ 350 1
851 - 1350 2

1351 - 1850 3
1851 - 2350 4

2351 -2850 5
2851 -3350 6

1. Bolehkah saya tahu berapakah nisbah GBK sepenuh masa dengan murid di
Sekolah Menengah

Bil. Murid Bil. GBKSM


500 1

501 - 1000 2
1001 - 1500 3

1501 - 2000 4
2001 -2500 5

2501 -3000 6

1. Apakah peranan Guru Bimbingan Dan Kaunseling di dalam membantu murid?

 GBK perlu memenangi jiwa murid


 Memberi Perkhidmatan yang mesra, selesa dan kondusif
 GBK boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan yang luar norma sosial dalam
kalangan murid-muridnya
 Murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan personaliti
mereka.

1. Apakah bentuk program yang boleh anak saya dapatkan dengan GBK?
Semua program yang dilaksanakan oleh GBK tertakluk kepada 4 fokus utama iaitu:
 Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Murid;
 Peningkatan Disiplin Diri Murid
 Pendidikan Kerjaya Murid
 Psikosoial dan Kesejahteraan Mental Murid

1. Apakah bentuk sesi kaunseling yang boleh anak saya ikuti dari GBK?
Sesi Kaunseling Individu, Bimbingan Individu, Kaunseling Kelompok dan Bimbingan
Kelompok ialah bentuk sesi yang akan GBK laksanakan

1. Berapakah jumlah sesi Individu dan kelompok yang perlu dilakukana oleh
seorang GBK dalam tempoh setahun?

 KPI Sesi Individu :


 Minima 5 sesi seminggu (150 sesi setahun)
 KPI Sesi Kelompok : Minima 1 sesi seminggu
(40 sesi setahun)

1. Jika anak saya berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling,berapakah


tempoh masa setiap sesi dilaksanakan?
Tempoh masa yang diperlukan bagi setiap sesi individu dan kelompok ialah 35
hingga 40 minit bagi satu sesi.

1. Sebenarnya berapakah jumlah Kelas Ganti yang boleh diberikan kepada GBK?
Jumlah waktu bagi seorang GBK mengambilkan kelas ganti ialah tidak melebihi 8
waktu seminggu. Jumlah waktu ini dimasukkan dalam jadual waktu perkhidmatan
dan menggunakan modul / aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan B&K

PENGURUSAN SPBT

1. Sekiranya ada murid berpindah sekolah, perlukah Buku Teksnya dipulangkan


di sekolah asal (lama).
TIDAK, Murid boleh membawa buku teks dan buku aktiviti yang sama
penggunaannya bersama surat iringan berkaitan daripada sekolah asal. (rujuk
Lampiran 4- Makluman Perpindahan Murid dan Buku Teks SPBT)

1. Adakah Buku Teks DLP dibawa bersama murid semasa berpindah ke sekolah
baharu.
YA, Jika sekolah baharu adalah sekolah DLP dan sealiranya.

1. Bolehkah murid membawa bersamanya buku teks dari sekolah SJKC ke


sekolah SK / SJKT semasa berpindah ke sekolah baharu?
YA, Murid hanya membawa buku teks yang sama penggunaannya sahaja, dan
pulangkan semula yang tidak sama di sekolah asal.

1. Sekiranya ada murid yang berpindah ke MRSM, bolehkah membawa buku teks
bersamanya?.
TIDAK, Murid perlu memulangkan semua buku teks yang dipinjamkannya di sekolah
asal termasuk perpindahan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Sekolah Swasta.

1. Sekiranya ada murid yang berpindah ke MRSM, bolehkah membawa buku teks
bersamanya?
TIDAK, Murid perlu memulangkan kesemua buku teks yang dipinjamkannya di
sekolah asal termasuk perpindahan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Sekolah
Swasta (SPI KPM bertarikh 23 Jun 2017)

1. Sekiranya ada lebihan buku teks di BOSD, adakah murid bukan warganegara
boleh diberi pinjaman buku teks tersebut?
TIDAK, Pinjman Buku Teks KPM hanya kepada murid warga negara sahaja.

1. Murid bukan warganegara tidak layak menerima bantuan SPBT. Adakah syarat
kelayakan ini juga sama dengan murid tanpa dokumen?
YA, Sebab bantuan Skim Pinjman Buku Teks KPM hanya kepada murid warga
negara sahaja.

ASRAMA

1. Siapakah yang layak untuk tinggal di asrama?


Murid yang layak untuk tinggal di asrama

1. Tinggal jauh dari Kawasan sekolah


2. Tiada kemudahan pengangkutan
3. Ibu bapa bekerja di luar negeri
4. Keluarga kurang berkemampuan

1. Berapakah kadar yuran makan sehari yang dikenakan untuk seorang murid
asrama?
Yuran yang dikenakan ialah RM3.00 bagi murid dari keluarga berpendapatan
RM5000.00 ke atas dan RM1.00 bagi keluarga berpendapatan RM4999.00 ke
bawah

1. Bilakan waktu murid dibenarkan balik bermalam?


Waktu balik bermalam ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah. Murid dibenarkan
balik setiap dua minggu sekali.

1. Adakah murid asrama dari keluarga B40 dikecualikan dari membayar yuran
makan asrama?
Tidak.

1. Adakah murid yang tinggal di asrama sekolah harian akan kekal tinggal di
asrama sehingga tamat persekolah?
Tidak. Setiap tahun murid perlu memohon untuk kemasukan semula ke asrama.
Hanya murid yang layak akan ditawarkan semula kemasukan ke asrama.

Anda mungkin juga menyukai