Anda di halaman 1dari 8

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 7 & 8 BLOK D4, PARCEL D 62502 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
PROGRAM / PROGRAM TAHAP / LEVEL NO. DAN TAJUK MODUL/MODULE NO. AND TITLE NCS CORE ABILITIES (Z-009) L1 03 - MANAGING SYSTEM 06.01 : UNDERSTAND SYSTEMS KEBOLEHAN/ABILITIES 06.04 : ADAPT COMPETENCIES TO NEW SITUATIONS/ SYSTEMS AT THE END OF THE MODULE, TRAINEES WILL BE ABLE TO: 1) UNDERSTAND SYSTEMS 2) ADAPT COMPETENCIES TO NEW SITUATIONS/SYSTEMS. Z-009 / M03 / P( 2)
:

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVE

NO. KOD
TAJUK TUJUAN:

Muka :

drp : 8

MOTIVASI DAN PEMBANGUNAN KENDIRI

Memberi pengetahuan supaya pelatih-pelatih dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berdasarkan pada pembangunan kendiri.

NO KOD
PENERANGAN: 1.

Z-009 / M03 / P( 2)

Muka : 2

drp : 8

PENILAIAN PRESTASI

Terdapat 2 jenis penilaian prestasi pekerja iaitu penilaian formal dan tidak formall 1.1 PENILAIAN TIDAK FORMAL Dilakukan berasaskan pertimbangan hari demi hari.Penilaian tidak formal dengan cepatnya menggalakkan prestasi yang diingini dan menjauhi prestasi yang tidak diingini sebelum ia menjadi kebiasaan. 1.2 PENILAIAN FORMAL Merupakan penilaian yang dilakukan secara formal pada tiap-tiap enam bulan atau setahun sekali.Tujuan penilaian tersebut ialah: (a) Pekerja mengetahui bagaimana diri mereka dinilai. (b) Mengenalpasti pekerja-pekerja yang layak untuk kenaikkan pangkat. (c) Mengenalpasti pekerja-pekerja yang layak untuk diberikan kenaikan gaji. (d) Mengenalpasti pekerja-pekerja yang memerlukan latihan tambahan. Penilaian berterusan harus dilakukan mengenai :(a) Kemahiran (b) Kecekapan (c) Pengetahuan terkini Dilakukan bagi pekerjaan atau jawatan yang :(a) Mahu ditukar corak mengikut zaman (b) Mahu diubahsuai mengikut keadaan baru (c) Untuk menentukan jenis dan tahap kemahiran, kecekapan dan kumpulan pengetahuan terkini yang diperlukan oleh sesuatu pekerjaan atau jawatan 2. PENYESUAIAN KEMAHIRAN DAN KECEKEPAN 2.1 Keadaan yang memerlukan penyesuaian kemahiran dan kecekapan (a) Penemuan teknologi manual kepada automasi (b) Perubahan cuaca/musim musim panas ke musim sejuk (c) Perubahan permintaan pasaran permintaan bertambah (d) Berlakunya keadaan darurat peperangan, banjir (e) Gangguan pembekalan sumber-sumber penting kekurangan bekalan minyak mentah 2.2 Kecekapan-kecekapan yang diperlukan untuk keadaan atau sistem baru dikenal pasti (a) Tugas-tugas/kerja-kerja yang perlu dilakukan (b) Kecekapan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas-tugas/kerja-kerja tersebut. (c) Kemahiran yang diperlukan (d) Buat analisa tugas/kerja (e) Sediakan keterangan jawatan yang telah dianalisa (f) Semak kemahiran / pengetahuan sedia ada

NO KOD
2.3

Z-009 / M03 / P( 2)

Muka : 3

drp : 8

Diantara rancangan-rancangan untuk memperolehinya adalah dengan: a) Daftar kemahiran dan kecekapan pejawat-pejawat (i) Diwujudkan jika tiada (ii) Dikemaskinikan (berterusan) b) c) (i) (ii) (iii) (iv) Pemilihan pejawat merujuk kepada daftar tersebut Jika tiada pejawat yang mempunyai kemahiran yang dikehendaki :Beri latihan Khusus Lanjutan Mengiklankan untuk mengambil orang-orang baru yang mempunyai kemahiran yang dikehendaki Menggunakan khidmat konsultan untuk memperolehi orang-orang Menggunakan khidmat pakar secara sambilan

(v) baru (headhunting) (vi) 2.4

Memperolehi bantuan untuk memindahkan kecekapan kepada keadaan baru. Diantara bantuan yang diperlukan ialah: (a) Memberi latihan menambah kecekapan (competency augmentation) (b) Tempat kerja (in house) (c) Menggunakan khidmat konsultan (d) Institusi latihan dalam negeri (e) Institusi latihan luar negeri PEMBANGUNAN KENDIRI

3.

Tumpuan kepada permasalahan pekerja dianggap boleh menjejaskan masa yang sepatutnya digunakan untuk menguatkan produktiviti terutama apabila sesuatu tugas itu perlu dilakukan secepat mungkin. Penekanan kepada ciri kemanusiaan yang berlebihan boleh mengganggu matlamat organisasi yang mahu mencapai keuntungan supaya terus berada di dalam pasaran. Walaupun orientasi perhubungan manusia cuba mencari penyelesaian masalah yang boleh memuaskan hati setiap pihak namun konflik di antara pihak pengurus dan pekerja bawahan masih tetap berlanjutan. Perhatian kepada orientasi perhubungan manusia sering mangakibatkan kurangnya tumpuan ke atas kualiti pengurus.Antaranya kemampuan untuk membuat keputusan yang sukar. Aspek-aspek seperti keselamatan,perlindungan diri kurang ditekankan.Begitu juga dengan kemampuan menyelesaikan masalah dikalangan pekerja bawahan turut terjejas. Tema mengenai self-actualization dan interpersonal competence memberi kesan kepada pembangunan organisasi.Perkembangan perlakuan individu dipengaruhi 2 faktor iaitu: faktor dalaman dan faktor luaran. (a) (b) Faktor dalaman merupakan persepsi individu tentang sejauh mana cabaran diperolehi daripada pekerjaan dan pencapaiannya. Faktor luaran merupakan keadaan pada organisasi itu memberi kesan kepada individu seperti polisi organisasi,keadaan bekerja,gaji dan perhubungan interpersonal.Faktor itu perlu perkembangan dan dirancangkan sebagai satu kaedah untuk memotivasikan pekerja.

NO KOD
4.

Z-009 / M03 / P( 2)
KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI

Muka :

drp : 8

Cuba kenal pasti kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri kita. Gunakan kelebihan yang kita ketahui pada diri secara maksimum .bagi melaksanakan tugasan yang diberi. Jangan pendam kelebihan yang ada pada diri kita. Ini akan secara tidak langsung menonjolkan keburukkan diri sendiri.diketahui orang lain. Contohnya, semasa kita dan rakan-rakan berada bersama dia dalam sebuah bengkel dan kita masih belum lagi mengenali dirinya, peluang untuk kita menarik perhatiannya cerah apabila kita mempunyai keunikan tersendiri seperti kelakar atau seorang yang periang kita yang pasti membuat rakan-rakan kita ketawa. Penting bagi individu itu mengenali dirinya serta kualiti dan kekuatan yang dimiliki. Ia bagi memastikan dirinya berjaya menghadapi sebarang dugaan hidup serta cabaran mendatang. Kekuatan yang dimiliki adalah aset penting yang bakal memajukan dirinya dan memberikan 'kuasa' pada personalitinya. 4.1 TEKNIK UNTUK MENGENAL DIRI. Cuba tenangkan diri sekarang ini. Ambil kerusi dan duduk di hadapan cermin bilik. Tanya pada diri, Apa kekuatan yang aku ada dalam diri sekarang ini?, Apa yang menyebabkan orang lain tertarik kepada aku? Selepas kita mengenali beberapa kekuatan yang ada pada diri kita, catatkan di atas sehelai kertas. Tampal di tempat yang selalu kita lihat. Pastikan tulisan yang ditulis dapat dibaca dengan jelas. Bacalah setiap hari perkataan yang terdapat pada kertas itu. Semoga kekuatan itu melekat dalam kotak fikiran dan kita menjadi lebih yakin untuk berada di khalayak ramai.

4.2

KENALI KELEMAHAN DIRI Sekali lagi, duduk di hadapan cermin. Ambil lagi beberapa minit untuk bertanya pada diri kita. Apa keburukan diri aku sebenarnya?, Apa kelemahan diri aku ya?, Rasanya kenapa orang tak berapa suka pada aku ha?. Kemudian tuliskan kelemahan diri kita pada sehelai kertas dan tampal bersebelahan kertas yang ditulis kekuatan yang kita miliki. Contoh, jika kita orang yang tidak mempunyai keyakinan diri kerana tidak cantik ataupun kacak, tuliskan maklumat ini di atas kertas itu. Dengan cara ini, kita akan sedar kelemahan diri dan berusaha memperbaiki kekurangan itu. 5. PANTAU DIRI SENDIRI

Daripada satu segi, setiap individu mempunyai dua diri. Yang pertama adalah diri awam, dan yang kedua adalah diri sebenar. Diri awam adalah diri yang dipamerkan kepada orang lain, terutama mereka yang tidak mempunyai hubungan rapat. Keduadua jenis diri itu adalah sebahagian daripada personaliti seseorang. Personaliti dua wajah ini banyak ditemui di kalangan ahli-ahli politik, para pelakon dan jurujual. Tujuan seseorang itu memantau dirinya adalah supaya mereka boleh mendapatkan sebanyak-banyak faedah daripada situasi di mana mereka berada. Tingkah laku mereka berbeza apabila berdepan dengan orang atasannya dengan tingkah laku mereka sewaktu berdepan dengan orang bawahannya.

NO KOD

Z-009 / M03 / P( 2)

Muka :

drp : 8

Mereka pandai meniru-niru gaya orang lain dengan tujuan membuat orang lain menyukai mereka. Malah mereka boleh berdusta dengan cara yang amat meyakinkan mangsanya. Disebabkan gaya dan tingkah laku mereka selalu sahaja berubah-ubah, salah satu kesan negatif daripada personaliti seperti itu mereka dipandang sebagai orang yang tidak boleh dipercayai, tidak berpendirian, dan manipulatif. Orang yang kuat memantau diri mempunyai ramai kawan dan dalam pelbagai situasi mereka mempunyai kawan-kawan yang berlainan. Mereka mempunyai lebih banyak ciri-ciri positif apabila dibandingkan dengan mereka yang tidak kuat memantau diri. Mereka lebih cepat mesra, pandai bercampur gaul, sensitif pada emosi orang lain, bertenaga, bersikap terbuka dan selalu ingin tahu. Mereka juga lebih berani mengambil risiko. Tingkah laku memantau diri sendiri mempunyai kaitan kuat dengan prestasi. Mereka yang kuat memantau diri didapati lebih berjaya dalam aktiviti yang melangkaui sempadan, di mana mereka perlu berinteraksi dengan orang daripada kelompok yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Disebabkan pelbagai kelompok menghendaki pelbagai gaya interaksi, mereka yang pandai memantau diri sendiri juga pandai menyesuaikan diri mereka dengan gaya dan tingkah laku orang dari lainlain kelompok. Hasilnya, mereka dapat berinteraksi dengan licin bagi meninggikan prestasi mereka. Teori Maslow didalam merealisasikan impian seperti di jadual 1

NO KOD

Z-009 / M03 / P( 2)

Muka : 6

drp : 8

MASLOW'S THEORY OF MOTIVATION AND HUMAN NEEDS

LEVELS OF NEEDS Level 5 = Self-Actualization FULFILLMENT OF GOALS & DREAMS Need for self-fulfillment. Desire to realize your full potential and become the best you are capable of becoming. Level 4 = Self-Esteem SELF RESPECT & ACCEPTANCE Need for reputation, prestige, and recognition from others. Contains the desire to feel important, strong and significant. Level 3 = Love & Relationships COMMUNICATION & RESPONSE Need to be loved and to love. Includes the desire for affection and belonging. Level 2 = Your Family & Work SOCIAL SAFETY & SECURITY Need to be safe from physical and psychological harm in the present and future, and trust in a predictable future. Level 1 = Your Body PHYSICAL SAFETY & SECURITY Need to stay alive! Biological and cultural imperatives to live. Includes having enough healthy food, air, and water to survive.

MOTIVATION & BEHAVIOR Level 5 = Self-Actualization CREATIVITY Be a self-starter, have enthusiasm, be creative, be dedicated, enjoy challenges, love to accomplish results! Level 4 = Self-Esteem BRAINPOWER Display your talents and skills, have selfconfidence, appreciate attention and recognition from others. Level 3 = Love & Relationships VALIDATION Join and be active in clubs and groups, be able to talk to others, contribute to society, marry and have a family. Level 2 = Your Family & Work SURVIVAL SKILLS Work, save for future, improve skills and talents, be responsible, and want an organized predictable world. Level 1 = Your Body SURVIVAL SKILLS Eat, sleep, and take care of your bodily needs, provide for clothing, shelter, comfort, be free from pain.

Jadual 1 : Teori Maslow

NO KOD

Z-009 / M03 / P( 2)

Muka : 7

Drp : 8

6. HIRARKI KEPERLUAN MASLOW Satu teori manusia yang popular yang membantu kita memahami motivasi adalah teori Keperluan Hirarki Abraham Maslow. Beliau mengenal pasti 5 teori asas yang menerangkan proses motivasi dalaman: Fizikal, Keselamatan, Sosial, Maruah dan Potensi Diri. 6.1 KEPERLUAN FIZIKAL Sesaorang yang lapar atau penat akan memikirkan makan dan tidur dan bukannya kerja. Tetapi apabila keperluan keperluan fizikal telah dipenuhi, mereka akan kehilangan kuasa untuk memotivasikan diri.

6.2

KEPERLUAN KESELAMATAN Keperluan Keselamatan amat penting. Contohnya, pekerja akan merasa bimbang berkenaan memastikan kerja mereka terjamin dan berkenaan jaminan kewangan apabila mereka bersara dimasa depan. KEPERLUAN SOSIAL Setiap pekerja atau individu ingin untuk merasa untuk dipunyai oleh tempat kerjanya dan berinteraksi dengan pekerja yang lain. Oleh itu sikap setia kawan sesaorang didalam kupulan yang kecil didalam sesuatu organisasi adalah sumber kepuasan terbesar untuk keperluan sosial. Apabila kepuasan keperluan sosial telah dipenuhi, mereka juga akan kehilangan kuasa motivasi. KEPERLUAN MARUAH Keperluan Maruah adalah berkenaan dengan keinginan untuk dihormati oleh orang lain. Bahagian yang penting didalam ini adalah hasil kerja dan penat lelah seseorang pekerja didalam menjalankan atau mengeluarkan satu produk atau hasil di beri perhatian dan dihargai oleh insan lain. Pencapaian matlamat atau penghargaan yang diterima akan menghala kepada pencapaian kepuasan maruah dan keyakinan diri. KEPERLUAN POTENSI DIRI Keperluan kehendak yang tertingg didalam hirarki adalah kehendak potensi diri iaitu kebolehan untuk memaparkan dan menggunakan sepenuhnya potensi diri. Kehendak Potensi diri akan mengambilalih apabila semua tahap kepuasan telah dicapai di dalam keempat-empat tahap kehendak yang lain. Maslow menetapkan bahawa potensi diri sesaorang memaparkan karaktor yag tertentu Mereka selalunya lebih serius dan banyak berfikir Mereka fokus kepada masalah luaran Sifat mereka tidak dipengaruhi dan semulajadi Mereka amat berpegang kuat pada etika

6.3

6.4

6.5

(a) (b) (c) (d)

NO KOD
SOALAN:

Z-009 / M03 / P( 2)

Muka : 8

Drp : 8

1. Nyatakan 2 sebab pentingnya seseorang itu mengenal dirinya dari aspek kekuatan dan kualiti yang di milikinya. a. b. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

2. Senaraikan kelima-lima tahap keperluan manusia mengikut teori Maslow a. b. c. d. e. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

3. Nyatakan 2 kelebihan yang diperolehi oleh sesaorang yang kuat memantau diri sendiri.? a. b. c. d. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

RUJUKAN: 1. Ahmad Atory Hussain, Pengurusan Organisasi, Utusan Publications & Distributaors Sdn.Bhd. (muka surat :112-125). 2. John M.Ivancevich,Ph.D(University of Houston), Thomas University of Houston. Business and Management (muka surat :246-251). 3. Sofian Ibrahim (UTM), Prinsip pengurusan, ( muka surat:127-128). 4. www.pts.com.my N.Deuning,DBA

Anda mungkin juga menyukai