Anda di halaman 1dari 5

CADANGAN KERTAS KERJA BINA INSAN GURU FASA 1 2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

KUALA LIPIS PAHANG

ANJURAN: Program Ijazah Perguruan dengan Kepujian Pengajian Sosial SEMESTER 1 2011

TARIKH: 14 FEBRUARI 2011

TEMPAT: TAPAK PERKHEMAHAN HUTAN LIPUR LATA JARUM RAUB PAHANG CADANGAN KERTAS KERJA BINA INSAN GURU FASA 1 2011 INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN 1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar dari kelas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Pengajian Sosial semester 1 dan dua kelas pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian TESL semester 1. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, .pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

2.0 MATLAMAT Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Selain itu, BIG khidmat masyarakat ini juga dapat menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.

3.0 OBJEKTIF 1. Memenuhi sukatan pelajaran Bina Insan Guru 2011. 2. Melatih guru pelatih menggunakan ilmu dan kemahiran dalam perlaksanaan sesuatu situasi. 1. tindakan, amalan atau aktiviti melibatkan realiti sebenar seorang guru. 2. Bergaul dan bekerjasama antara guru pelatih dengan penduduk kampung. 3. Memberi sumbangan kepada rakyat dan masyarakat setempat. 4. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah. 5. Memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan kerja secara berkumpulan. 6. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan antara komuniti pendidikan 7. dengan masyarakat. 8. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan. 9. Membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

4.0 SINOPSIS Program ini merupakan suatu program perkhemahan selama empat hari tiga malam . sambil beramal ini ialah memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir, membuat perancangan dan pengendalian semua aktiviti. Melalui program ini, pelajar diuji keupayaan daya tahan mereka di dalam aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial semasa melaksanakan semua aktiviti. Di samping itu, program ini ingin memupuk kesedaran dikalangan pelajar tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan melalui penglibatan langsung dalam aktiviti. Melalui program ini juga, nescaya akan wujud guru minda kelas pertama.

5.0 PENGANJUR 1. Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPTAA, 2. Jawatankuasa Kerja Bina Insan Guru Fasa I: PISMP Pengajian Sosial sem 1/2011 PISMP TESL 1 sem 1/ 2011 PISMP TESL 2 sem 1/ 2011

6.0 TARIKH DAN MASA Tarikh : 14 - 17 Februari 2011

7.0 TEMPAT Nama tapak perkhemahan : Hutan Lipur Lata Jarum Lokasi : Terletak di dalam Hutan Simpan Dong Jarak jauh dari kota terdekat : 35 km dari Bandar Raub

8.0 PENSYARAH 1. Encik Abdul Khabir Bin Mat Dahang - Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar 2. Encik Shafie bin Majid - penyelaras BIG 3. Tutor setiap kumpulan a. En Fauzi bin Ngah (Pengajian Sosial) b. (TESL 1) c. (TESL 2)

9.0 PESERTA 62 orang guru pelatih dari kumpulan Pengajian Sosial, TESL 1 dan TESL 2 : b. Pengajian Sosial : Guru pelatih lelaki : 12 orang Guru pelatih perempuan :10 orang b. TESL 1 : Guru pelatih lelaki : 3 orang Guru pelatih perempuan : 20 orang c. TESL 2 Guru pelatih lelaki : 3 orang Guru pelatih perempuan :17 orang Lihat lampiran A

10 .0 AHLI JAWATANKUASA Lihat lampiran B

11.0 Tentatif Program Lihat lampiran C

12.0 Anggaran Perbelanjaan

13.0 Penutup Program Bina Insan Guru Fasa I 2009 ini diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim dan daya ketahanan yang tinggi serta dapat diterapkan kepada setiap peserta bagi menempuh cabaran akan datang. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protokol dan etika sosial sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke 21.

Anda mungkin juga menyukai