Anda di halaman 1dari 14

Kemahiran Berfikir Secara Kritis Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai.

Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Senarai kemahiran berfikir secara kritis:
y y y

y y y y y y

membanding dan membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens

Membanding dan membeza: Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu. Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara dua tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan seperti nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti segi tiga dan piramid, dua peristiwa dan sebagainya. Alat berfikir yang boleh digunakan ialah Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza.

Membuat kategori, Kemahiran mengkategori ialah aktiviti minda yang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan mimilih maklumat serta meletakkan sesuatu perkara itu di bawah satu label /

tajuk dan sebagainya, anda sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda mengklasifikasi dan mengkategori.

Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan. Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap bahagian itu berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.

Menerangkan sebab.

[Pengenalan KBKK] [Alat-Alat Berfikir] [Kemahiran Berfikir Kritis] [Kemahiran Berfikir Kreatif]

[Kemahiran Membuat Keputusan] [Kemahiran Menyelesaikan Masalah] [Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KBKK] [FAQ] [Panel Penulis] [Webmaster] [Laman Utama]

Pelbagai Kecerdasan Dan Kemahiran Berfikir

angkal JIP MPSS Sukatan Pelaja ran Tutorial & Kuiz Contoh Soalan Rencana & Not a Ujian Personali ti Penyelidikan Latihan Menga jar Pautan-Pautan

1. Apakah Tujuan Unit Ini?


Dalam unit ini anda akan memahami lapan kecerdasan dan kemahiran berfikir yang perlu diperkembangkan di kalangan pelajar anda dalam p&p untuk pembelajaran masteri. 2. Mengapa Lapan Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir Perlu Diperkembangkan? 1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu diperkembangkan 2. Kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup. 3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, pelajar anda haruslah mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 3. Bagaimanakah Lapan Kecerdasan Diperkembangkan? 1. Menurut Howard Gardner, seorang mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan berikut: Bahasa Logik-matematik Ruang (spatial) Muzik Kinestetik Interpersonal Intrapersonal Naturalistik

1. Ciri-ciri setiap kecerdasan itu diberi dalam Jadual 1. 2. Guru harus mengenal pasti pelajar yang pintar cerdas atau berbakat
dan membantu mereka memperkembangkan lagi dalam kecerdasan itu dengan aktiviti pengayaan.

3. Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai atu topik yang


berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa p&p.

Jadual 1: Ciri-ciri Lapan Kecerdasan Kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan

Bahasa Logik Matematik Ruang

Menulis karangan, sajak, puisi, pnatun dan memberi ucapan Menaakul, kiraan, membuat analisis Mencorak, melukis, mengukir Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memain alat muzik

Penulis, penyajak, penceramah Saintis, jurutera, akauntan Pelukis, pengukur Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik Atlit, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon Diplomat, ahli politik, peniaga Pengarang, penyajak, ahli falsafah Pemburu, petani, ahli sains

Muzik

Kinestetik

Gerakan, tarian, lakonan, sukan, memain permainan

Interpersonal

Perhubungan manusia

Intrapersonal

Nilai murni, pendirian, falsafah

Naturalistik

Mengecam sifat semula jadi, memburu dan pertanian

semulajadi

4. Ini bermakna, selain daripada penguasaan isi kandungan atau kemahiran dalam mata pelajaran itu, guru harus juga mengembangkan kelapan-lapan kecerdasan tersebut di kalangan pelajar. 5. Misalnya, dalam mata pelajaran bahasa guru harus:

Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan bahasa seperti penulisan karangan, sajak atau puisi, memberi ucapan, dan perbahasan. Kecerdasan interpersonal boleh juga dikembangkan apabila pelajar anda membuat pendirian atau pegangan atau memberi pendapatnya. Mengembangkan kecerdasan lain dengan kaedah atau aktiviti berikut: Pembelajaran koperatif: mengembangkan kecerdasan interpersonal Lakonan, permainan, simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep: mengembangkan kecerdasan ruang Menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu: mengembangkan kecerdasan muzik.
1. Dalam mata pelajaran Sains, anda harus: 1. Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran:

Menaakul secara logik Membuat kiraan Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir Membuat sistesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan Membuat keputusan Menyelesaikan masalah
2. Mengembangkan kecerdasan yang lain seperti bahasa, ruang,

kinestetik, muzik, interpersonal dan intrapersonal dengan aktiviti yang sesuai seperti tersebut di atas 3. Apakah Kemahiran Berfikir? 1. Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek. 2. Terdapat beberapa istilah berikut yang biasa digunakan untuk mengkelaskan kemahiran berfikir: 1. Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi: 1. Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat. 2. Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjanakan idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang. 3. Perkataan kemahrian berfikir yang biasa digunakan bermaksud kemahiran berfikir aras tinggi. 2. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK): 1. KBKK adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat. 2. KBKK adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru. 3. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran berfikir secara kreatif. 3. Pemikiran Vertical dan Lateral: 1. Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logik dan kritis. Contoh: Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku? 2. Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik; pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif. Contoh: Bagaimanakah kita boleh ukur tinggi sesuatu pokok? 4. Pemikiran bertumpu dan bercapah: 1. Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam menganalisis sesuatu data atau maklumat. Contoh: Ali deman. Dia tidur di bilik darjah. Mengapa

Ali tidak faham apa yang cikgu mengajar? 2. Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan? 3. Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan melalui mana-mana istilah tersebut di atas harus dikuasai oleh pelajar anda: 1. Membuat kaitan: Pelajar anda harus boleh mengaitkan dengan cepat dan luas mengenai sesuatu. Contoh: Apakah boleh dikaitkan dengan BUKU? 2. Membanding dan membeza: Pelajar anda harus boleh membanding dan membezakan dua atau lebih benda, cerita, atau cara dengan mengenal pasti ciriciri persamaan dan perbezaan serta membuat huraian atau kesimpulan. Contoh: Banding dan bezakan dua cerita: "Sang Kancil dan Buaya" dengan "Anjing dengan Bayang-bayang". 3. Mengkelaskan: 1. Pelajar anda harus boleh mengkelaskan pelbagai benda, cerita dan cara di dalam kelas-kelas yang sesuai. 2. Kemahiran ini melibatkan kemahiran membanding dan membezakanciri-cirinya serta mengkelaskannya di dalam kelas-kelas yang sesuai. Contoh: Kumpulkan yang berikut ke dalam kelas-kels yang sesuai: buku, anjing, pokok bunga raya, harimau, Ahmah. 4. Menilai: Pelajar anda harus boleh menilai sesuatu benda, tindakan, watak, cerita, atau cara untuk menentukan sama ada baik, menarik, kelebihannya, akan berjaya, atau kreatif. Contoh: Ali terlupa bawa pensel ke sekolah. Ahmad meminjamkan penselnya kepada Ali. Nilaikan perbuatan Ali dan Ahmad. 5. Menyusun atur: Pelajar anda harus boleh menyusun atur perkataan, ayat, idea, tugas, tindakan, atau cara mengikut sesuatu urutan, ploa, hierarki atau keutamaan yang dikehendaki. Contoh: Susunkan tugas berikut mengikut keutamaan: 1. Siram pokok bunga. 2. Baiki tayar basikal yang bocor. 3. Buat latihan matematik.

1.

Mengenal pasti pernyataan benar dan palsu:

Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataanbenar dan palsu dengan menggunakan pengetahuannya atau dengan menaakul secara logik. Contoh: Yang manakah pernyataan benar? 1. Matahari terbit di Barat. 2. Lembu makan rumput. 1. Mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat: 1. Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat 2. Pernyataan berasaskan fakta senang dibuktikan sama ada benar atau salah 3. Pernyataan berasaskan pendapat adalah pandangan seseorang dan pernyataan itu susah dibuktikan sama ada benar atau salah. Contoh: 1. Sekolah Ali mendapat 75% kelulusan dalam Peperiksaan PMR pada tahun ini. (Pernyataan berasaskan fakta; faktanya ialah 75% kelulusan dalam Peperiksaan PMR pada tahun ini) 2. Pelajar akan belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka belajar dengan muzik. (Pernyataan berasaskan pendapat; pendapat ialah sekiranya mereka belajar dengan muzik.) 2. Mengenal pasti pernyataan berat sebelah: Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan yang berat sebelah. Contoh: Kenal pasti sama ada pernyataan berikut adalah berat sebelah: Lebih daripada 90% pengguna termasuk Awie menggunakan sabun X berbanding dengan sabun Y. 2. Makanan kesihatan X mengandungi lebih banyak Vitamin A tetapi harganya lebih tinggi berbanding dengan makanan kesihatan Y. 1. Mengenal pasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab: 1. Pelajar harus boleh mengenal pasti sebab bagi sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Kenal pasti sebab daripada dua pernyataan berikut: Ali terlanggar kereta. Kakinya patah. 2. Pelajar harus juga boleh menyatakan pelbagai sebab 1.

mengapa sesuatu tindakan atau kejadian berlaku. Contoh: Aminah menangis. Mengapa? 2. Mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat: 1. Pelajar harus boleh mengenal pasti akibat sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Kenal pasti akibat daripada dua pernyataan berikut: Ali tidak membuat kerja rumah yang diberi oleh gurunya. Bapa Ali menasihatinya. 2. Pelajar anda harus juga boleh meramal pelbagai akibat bagi sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Ahmad membandu keretanya dengan laju. Apakah yang mungkin akan terjadi? 3. Membuat inferens atau kesimpulan awal: Pelajar anda harus boleh membuat generalisasi atau hipotesis dengan mendapatkan satu pola dan membuat satu pernyataan umum atau hipotesis. Contoh: Aminah boleh menjahit baju. Siti juga boleh menjahit baju. Apakah generalisasi atau pernyataan umum yang boleh dibuat? 4. Mentafsir: Pelajar harus boleh mentafsir perkataan, ayat, gambar, atau graf. Contoh: Mentafsirkan ayat berikut: 1. Orang itu panjang tangan. 2. Air tenang jangan disangka tiada buaya. Mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci: 1. Pelajar harus boleh mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci untuk pemahaman yang lebih jelas. 2. Idea utama dalam sesuatu perenggan menggambarkan isi kandungan di dalam perenggan itu. 3. Idea sokongan menerangkan idea utama. 4. Butir-butir terperinci menghuraikan dengan lebih mendalam tentang idea utama atau idea sokongan. Contoh: Kenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci di dalam maklumat berikut: Ali suka bermain bole sepak. Dia bermain dengan kawankawannya. Mereka bermain di padang kampung mereka. Padang itu kecil. 2. Merujus atau meringkas: 1. Pelajar harus boleh merumus atau meringkaskan 1.

sesuatu maklumat. 2. Kemahiran merumus melibatkan kemahiran mengenal pasti dan menyusun idea utama dan idea sokongan yang penting dan kemudian menyatakannya secara ringkas. Contoh: Ringkaskan perenggan yang diberi di atas. 3. Membuat keputusan: Pelajar anda harus boleh membuat keputusan mengikut langkah-langkah berikut: 1. Janakan pelbagai pilihan. 2. Ramalkan akibat untuk sesuatu pilihan. 3. Tentukan kriteria seperti keselamatan, kos, masa, minat, atau kriteria lain tuk membuat pilihan. 4. Pilih pilihan terbaik berasaskan kriteria. Contoh: Anda ingin membeli kasuk sukan. Apakah yang harus diambilkira untuk memilih jenis kasut sukan? 1. Menyelesaikan masalah: 1. Pelajar harus boleh menyelesaikan dua jenis masalah iaitu yang memerlukan idea baru dan memerlukan analisis. 2. Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan idea baru dengan mengikut langkah berikut:

1. 2. 3. 4.

Janakan cara atau idea untuk menyelesaikan masalah itu. Pilih cara yang difikirkan baik. Laksanakan cara yang telah dipilih itu. Nilai sama ada cara itu berkesan.

Contoh: Persatuan Pengakap bercadang membersihkah satu kawasan pantai yang tercemar tetapi menghadapi masalah kewangan. Bagaimanakah persatuan itu boleh mendapat wang? 1. Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan analisis dengan mengikut langkah berikut:

1. 2. 3. 4. 5.

Tentukan faktor yang mungkin menyebabkan masalah itu berlaku. Janakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah itu. Pilih cara yang terbaik Laksanakan cara yang telah dipilih itu. Nilai sama ada cara itu berkesan.

Contoh: Kebanyakan pelajar di sekolah X lemah dalam mata pelajaran Matematik. Bagaimanakah masalah itu boleh diselesaikan?

4. Bagaimanakah Kemahiran Berfikir Boleh Dikembangkan? 1. Guru harus mengembangkan kemahiran berfikir tersebut di atas dengan pendekatan penyerapan. 2. Dalam pendekatan penyerapan, kemahiran berfikir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran dikembangkan. 3. Pelajar perlu juga tahu akan jenis kemahiran berfikir yang digunakan serta langkah-langkah dalam proses berfikir. 4. Dalam perkembangan kemahian berfikir, guru harus juga menegaskan proses berfikir iaitu langkah-langkah dalam kemahiran berfikir itu. 5. Contoh: Dalam topik "Benda-benda Hidup", mata pelajaran Sains sekolah rendah, guru boleh mengembankan kemahiran membanding dan membeza sera mengkelaskan benda hidup selain daripada mengenal pasti pelbagai benda hidup. 6. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berhubung dengan kemahiran membuat ayat yang mudah, anda boleh mengembangkan kemahiran menyusun atur dengan memberi perkataan dan meminta pelajar menyusunnya untuk mendapatkan ayat yang bermakna. Contoh: Susun perkataan berikut supaya menjadi ayat yang bermakna: Badminton dengan bermain Ali kawan-kawannya 7. Apabila pelajar telah tahu tentang setiap kemahiran berfikir tersebut di atas, anda harus memperkukuhkan penguasaannya dengan menggunakan pelbagai aktiviti. 8. Lihat contoh di bawah ini: Ali dan Ahmad nampak seorang tua sedang berdiri di tepi jalan. Orang tua itu hendak melintas jalan tetapi tidak berbuat demikian kerana rasa takut dan kereta terlalu banyak. Ahmad sendiri melintas jalan. Ali membantu orang tua itu melintas jalan. 1. Guru boleh mengembankan kemahiran berfikir aras rendahdgn soalan berikut: a. Siapa yang nampak orang tua di tepi jalan? b. Apakah yang hendak dibuat oleh orang tua itu? c. Siapakah dibantu oleh Ali untuk melintas jalan? 2. Guru boleh memperkembangkan kemahian berfikir aras tinggi dengan soalan atau aktiviti berikut: a. Mengapakah orang tua itu tidak melintas jalan? b. Apakah akan terjadi sekiranya Ali tidak membantu orang tua itu? c. Apakah pendapat anda tentang tindakan Ali dan Ahmad? d. Bandingkan watak Ali dengan watak Ahmad?

e. Bagaimanakah orang tua itu boleh melintas jalan sekiranya tiada Ali? f. Tuliskan sepucuk surat kepada Majlis Bandaraya untuk memberi cadangan bagi orang awam melintas jalan yang sesak. g. Perbahasan: dua kumpulan akan bahaskan yang berikut: "Kereta persendirian harus tidak dibenarkan dibandar". h. Projek: Buat satu kajain tentang jalan raya yang sangat sesak dn menyusahkan orang awam melintas jalan raya berhampiran rumahanda. i. Melukis jejantas untuk orang tua melintas jalan. 2. Aktiviti yang boleh digunakan tuk mengembangkan kemahiran berfikir termasuk: a. b. c. d. e. f. g. h. soal jawab sumbang saran permainan pertandingan kuiz teka teki perbahasan projek:

mereka bentuk mereka cipta mengkaji menyelidik membuat eksperimen menghasilkan sesuatu produk menyelesaikan sesuatu masalah
1. Aktiviti untuk mengembangkan kemahiran berfikir yang tersebut di atas boleh dilakukan secara kelas, kumpulan atau perseorangan.

5. Rumusan 1. Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, guru harus megembangkan lapan kecerdasan dan kbkk di kalangan pelajar. 2. Lapan kecerdasan yang dikemukakan oleh H. Gardner ialah bahasa, logik-matematik, ruang, muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan naturalistik. 3. Anda harus tahu pelbagai istilah yang digunakan untuk mengkelaskan kemahiran berfikir seperti:

a. b. c. d. y

Kemahiran berfikir aras rendah dan tinggi Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Pemikiran vertical dan lateral Pemikiran bertumpu dan bercapah

Kemahiran berfikir yang harus dikuasi oleh pelajar adalah: a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m. n. o. p. q. membuat kaitan membanding dan membeza mengkelaskan menilai menyusun atur mengenal pasti pernyataan benar atau salah mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat. mengenal pasti pernyataan berat sebelah mengenal pasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat membuat inferens atau kesimpulanan awal membuat generalisasi atau hipotesis mentafsir mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci merumus atau meringkas membuat keputusan menyelesaikan masalah

5. Guru harus menggunakan pelbagai aktiviti untuk mengembangkan lapan kecerdasan dan kemahiran berfikir yang tersebut di atas. 6. Dalam perkembangan kemahiran berfikir, guru harus memberi penegasan terhadap proses berfikir.
Kembali ke Atas

Anda mungkin juga menyukai