Anda di halaman 1dari 11

SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

DEFINISI Bahasa Syariah adalah berasal daripada kata nama / root word (shara'a) yang memberi makna: jalan lurus yang membawa manusia kepada kebaikan. punca/sumber air mengalir yang menjadi tempat tumpuan kepada semua hidupan Istilah Syariah adalah segala perkara yang digariskan oleh Allah kepada hambaNya merangkumi seluruh hukum-hakam yang pelbagai sama ada dalam bentuk praktikal ataupun kepercayaan bagi memastikan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat ( aqidah, ibadat, perundangan, akhlak, muamalat dan sistem kehidupan seluruhnya ). Syariah Hukum-hakam ini dinamakan al-syariah berdasarkan kepada komitmen / istiqamah serta ketelusan terhadap kebenaran dan kebahagian bagi kehidupan sejagat. Al-Deen / Al-Millah Berdasarkan kepada ketundukkan dan pengabdian kehidupan sejagat di atas muka bumi ini hanya kepada kekuasaan Allah semata-mata.

Menurut ahli fiqh: Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah swt melalui Rasulnya untuk hambanya supaya mereka mentaati segala hukum dan peraturan yang terkandung di dalamnya Fiqh:  Imam al-Ghazali: Mengetahui dan memahami hukum-hukum syarak yang berhubung dengan perbuatan manusia mukallaf samada berkaitan dengan ibadah, muamalah dan seumpamanya. Fiqh pecahan dari hukum yang terhasil dari undang-undang dasar Islam. Hukum: Merupakan titah Allah swt yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf samada ianya berupa tuntutan atau pilihan Terbahagi kpd:  Wajib  Sunat  Haram  Makruh  Harus

Hukum dapat dibahagikan kpd tiga aspek:  Hukum tafsili: kewajipan solat, puasa, zakat dan haji- ibadah khusus  Hukum berkaitan dengan aqidah  Hukum berkaitan dengan akhlak seperti perbuatan mendekatkan diri kpd Allah swt, melibatkan sesama manusia spr berjual beli, perbuatan yang tergolong dalam jinayah spr hudud, qisos dan takzir.

MAQOSID SYARIAH Mendidik manusia menjaga lima prinsip asas:  Menjaga agama  Menjaga nyawa  Menjaga aqal  Menjaga muruah  Menjaga harta

Skop syariah Islam


Skop syariah Islam meliputi 3 aspek: 1 ) Hubungan manusia dengan Allah S.W.T dan alam ghaib yang lain 2 ) Hubungan manusia sesama manusia 3 ) Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi seperti haiwan, benda atau tumbuh-tumbuhan. Dalam aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah Taala terbahagi kepada 3 aspek: 1 ) kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di peringkat individu. Contohnya perintah-perintah khusus terhadap individu dalam konteks hubungan secara langsung manusia dengan penciptanya iaitu dalam ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa dan lain-lain. 2 ) Perintah supaya dilaksanakan secara kolektif atau berjamaah yang merupakan tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Contohnya, seperti perintah berdakwah yang menjadi tanggungjawab bagi setiap mereka yang beragama Islam untuk menyampaikan dakwah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, melaksanakan jihad dan tuntutan fardu kifayah yang lain. 3 ) Perintah yang tidak mampu atau tidak boleh dilaksanakan diperingkat individu atau kelompok tetapi ia menjadi tugas serta kewajipan pemerintah. Perintah ini berkaitan dengan perlaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah seperti hudud, qisas dan tazir. Jelaslah di sini pembahagian ini menunjukkan tanggungjawab serta peranan yang harus dimainkan oleh setiap umat Islam sama ada diperingkat individu, masyarakat dan negara. Hal ini menunjukkan kesyumulan agama Islam itu.

CIRI-CIRI PERUNDANGAN ISLAM Undang-undang Islam merupakan ciptaan Allah S.W.T yang mempunyai ciri-ciri khusus dan berbeza dengan sistem perundangan ciptaan manusia. Antara cirri-ciri perundangan Islam ialah: 1 ) Berorientasikan wahyu - ia adalah syariat Rabbani kerana sumber utama syariah ialah wahyu Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad dengan 2 pendekatan. Pertama, wahyu dalam bentuk lafaz dan makna iaitu al-Quran, dan kedua wahyu dalam bentuk makna sahaja iaitu al-Sunnah. 2 ) Ganjaran bersifat dunia dan akhirat - ganjaran di akhirat adalah yang utama, manakala di dunia hanyalah untuk menjaga kemaslahatan individu dan masyarakat di dunia. Segala kesalahan manusia dalam kehidupan ini tidak akan terlepas begitu sahaja walaupun telah dikenakan hukuman di dunia sekiranya tidak bertaubat kepada Allah S.W.T. 3 ) Bersifat Universal Ini bermakna meliputi semua tempat dan masa melangkauwi georafi di mana sahaja berada. Sifat ini juga dapat menjamin kemashlahatan manusia 4 ) Syumul dan lengkap - Kesyumulan Islam merangkumi segenap aspek hidup manusia, memenuhi segala kepentingan manusia sama ada dalam bentuk daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat. Ia mengatur hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. 5 ) Sepadu dan seimbang - Seluruh ajaran Islam dan sistem-sestemnya ditegakkan di atas dasar sepadu. Setiap bahagian mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Oleh itu, umat Islam perlu mengamalkan syariat Islam ini secara menyeluruh dan bukanlah mengambil sebahagian tertentu sahaja.

6 ) Tetap dan anjal - Ciri ini membawa maksud bahawa segala prinsip dan dasar syariah Islam yang ditentukan Allah taala adalah bersifat tetap dan tidak boleh diubah oleh individu lain.

Sumber Perundangan Islam i. Sumber yang disepakati ii. Sumber yang tidak disepakati y Sumber yang disepakati: i. ii. iii. iv. Al-quran Al-Sunnah Al-Ijmak Al-Qias

y Sumber yang tidak disepakati: - istihsan - masoleh mursalah - istishab - sharun man qoblana - qaulus-sohabi - saddul-zaroik - uruf

Istihsan
y Bahasa: suatu perkara yang baik Istilah :pindahnya seorang mujtahid dari qias jali kepada qias khofi atau sebaliknya kerana ada dalil yang membolehkan berbuat demikian untuk kebaikan. Contohnya sisa makanan dari burung helang yang diharamkan memakannya tetapi sisanya adalah halalkan kerana ia makan dengan paruh dan tidak bercampur dengan air liurnya

Istishab
y y Menetapkan sesuatu berdasarkan kepada keadaan yang berlaku sebelumnya sehingga ada dalil menunjukkan ada perubahankeadaan tersebut Contohnya seorang yang mengambil wuduk tiba-tiba dia berasa was-was samada wuduknya ada atau tidak ada.

Masoleh Mursalah
y y y y Bahasa:Kebaikan yang terbesar Istilah: Perkara yang dilakukan demi untuk menjaga kepentingan ummat Islam dan menolak keburukan Penetapan hukum yang dipertimbangkan untuk menjaga kemaslahatan atau kepentingan dan menolak keburukan dalam masyarakat Contoh: solat tarawih, talak tiga.

Sharun man qoblana


y y Iaitu shariat sebelum Nabi Muhammad saw ia meliputi hukum-hukum syariat terdahulu yang diceritakan dalam al-Quran dan al-sunnah. Contoh: berpuasa, ambil tanah untuk membuat masjid.

Qaus as-sohabi
y Iaitu ijtihad para sahabat Nabi Muhammad saw samada percakapan atau perbuatan. Contoh: ijtihad Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar

Saddul-zaroik
y y Menutup atau mencegah hal yang dapat manarik orang kepada hal yang dilarang oleh agama. Contoh: menutup aurat, menyewa kenderaan atau bengunan untuk keburukan atau kejahatan.

Uruf
Segala sesuatu yang sudah dikenali atau menjadi kebiasaan kepada masyarakat samada dari segi perkataan atau perbuatan. y Contoh: menghurmati tamu, jual beli, pakaian, dan amalan hidup yang lain yang tidak bertentangan dengan hukum atau syariat.

KEPERLUAN MANUSIA KEPADA SYARIAT


y y y y y y
Syariat sebagai panduan dalam menempuh kehidupan di dunia kerana manusia dicipta serba kekurangan Syariat adalah peraturan agar manusia memperoleh kejayaan dan kebahagiaan Untuk memelihara kepentingan manusia kerana kadang-kadang manusia menjadi pelupa, mementingkan diri dan digoda oleh nafsu dan syaitan Menjadikan seorang hamba yang sentiasa dekat dengan Allah Menghasilkan pembangunan yang seimbang antara fizikal dan spiritual Mewujudkan masyarakat dan negera yang aman diredhai oleh Allah

KESAN PENGABAIAN SYARIAT


y y y y y Kemurkaan daripada Allah Tidak mendapat keredhaan Allah Hubungan dengan manusia dan alam juga terjejas-wujud penganiayaan Hidup manusia tidak teratur Keadilan tidak akan tercapai

Rujukan

http://qasoaljawabpelbagai.blogspot.com/2008/12/skop-siasah-syariah-dalam-islam.html http://caraislam.blogspot.com/2009/10/skop-dan-perlaksanaan-syariah-islam.html http://www.zawiyahsam.com/?p=1350 http://www.zawiyahsam.com/wp-content/uploads/2011/08/syariat-tarekat-hakikat-danmakrifat.jpg

Anda mungkin juga menyukai