Anda di halaman 1dari 2

Nurul Aina Zakaria Copyright 2010

TEKS PERHIMPUNAN HARI ISNIN


PANTUN PEMBUKA BICARA
Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah.

Majlis diteruskan lagi dengan lafaz Ikrar Rukunegara. Dengan itu, majlis mempersilakan saudara ______________ untuk melafazkan ikrar. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ______________ di atas lafaz ikrar sebentar tadi.

DOA
Sekarang dipersilakan saudara ______________ untuk membacakan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ______________ atas bacaan doa sebentar tadi.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Yang Berusaha Puan Guru Besar SK Durian Mas 2, Pn. Hjh Saudah Ab. Rahman Guru Penolong Kanan (1), En.Muhamad Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Mazuki Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En.Suhaimi Guru-guru dan Murid-murid yang dikasihi sekalian.

GURU BERTUGAS MINGGU INI


Untuk makluman semua murid , guru yang bertugas pada minggu ini ialah, Cik/Puan : Encik : Jadi, jika terdapat sebarang masalah yang timbul, murid-murid boleh berjumpa dengan guru-guru yang bertugas.

UCAPAN SYUKUR
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-Nya, dapat kita kembali berkumpul pada perhimpunan pagi ini.

LAPORAN MINGGUAN
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari guru yang bertugas pada minggu lepas. Dengan segala hormatnya dipersilakan guru bertugas ______________ untuk menyampaikan laporannya. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru bertugas.

NYANYIAN
Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, guru-guru dan murid-murid diminta berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik/tanpa iringan muzik.

NILAI MURNI IKRAR

Nurul Aina Zakaria Copyright 2010


Kini, dijemput pula guru bertugas ________________ untuk menyampaikan Tema Nilai Murni pada minggu ini. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru bertugas.

NYANYIAN
Sebelum kita mengakhiri majlis kita pada pagi ini, guru-guru dan muridmurid diminta berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu Wilayah & lagu Sekolah bersama iringan muzik/tanpa iringan muzik.

BUKU PERATURAN
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan buku peraturan dari guru yang bertugas pada minggu ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan guru bertugas ______________ untuk membacakan buku peraturan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru bertugas.

PANTUN PENUTUP
Akhir kata, saya ingin menyusun jari dan memohon maaf andai ada tersalah bahasa. Saya akhiri majlis ini dengan serangkap pantun : Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi.

PANTUN JEMPUT UCAPAN


Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi, Ucapan guru besar dinanti-nanti, Membuat majlis bertambah seri.

PENUTUP
Majlis diakhiri dengan bacaan Surah al-Asr dan tasbih kifarah. Sekian, terima kasih.

UCAPAN GURU BESAR


Bagi menyerikan lagi majlis perhimpunan kita pada pagi ini, dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Guru Besar SK Durian Mas 2 , Puan Hjh Saudah bt Ab. Rahman untuk menyampaikan ucapan. Terima kasih atas ucapan Puan Guru Besar. Diharap murid-murid mengambil perhatian di atas teguran dan nasihat yang telah diberikan.

Anda mungkin juga menyukai