Anda di halaman 1dari 12

Komponen Elektronik Light Emitting Diode (L.E.

D) / Diod Pemancar Cahaya Light emitting diode atau diod pemancar cahaya merupakan sebuah jenis diod yang dapat memancarkan cahaya apabila diberikan tegangan 1.8 V dengan arus sebesar 1.5 mA. Dioda pemancar cahaya banyak digunakan sebagai lampu indicator atau lampu pilot serta lampu peragaan (Display). Diod pemancar cahaya juga dapat digunakan sebagai pemancar cahaya yang tidak terlihat oleh mata iaitu sinar infra merah. Bahan dasar pembuat diod adalah Silicon Carbide (SiC). Diod ini berbentuk bulat atau segi empat. Warna diod pemancar cahaya ini ada berbagai macam, antaranya merah, kuning, hijau, biru dan sebagainya. Pada skema rangkaian LED ditunjukan dengan simbol seperti berikut :

Simbol Diod Pemancar Cahaya

Kekutuban Diod Pemancar Cahaya Untuk mengenalpasti kekutuban diod ini, ia dapat dikenalpasti dengan melihat kepada kaki diod itu sendiri. Kaki yang pendek selalunya berkutub negative (katod) manakala kaki yang panjang berkutub positif (anod). Cara lain untuk mengenalpasti kekutubannya ialah dengan melihat ke atas badannya dimana yang berbentuk bulat berkutub positif (anod) dan berbentuk terpotong atau rata berkutub negatif (katod). Selain itu, dengan melihat ke dalam badannya di mana terdapat satu elemen dinamakan sebagai post yang menyerupai bentuk bendera. Ia merupakan kutub positif (anod).

Gambarajah Kekutuban Diod Pemancar Cahaya

Perintang (resistor) Perintang adalah suatu komponen elektronik yang mempunyai rintangan elektrik yang digunakan untuk mengawal pengaliran arus eletrik. Arus yang melepasi perintang adalah berkadar songsang dengan nilai perintang. Ianya diperbuat daripada filem karbon/filem logam/lilitan wayar/seramik. Perintang diwakili oleh simbol R. Unit ukuran bagi rintangan adalah Ohm (). Perintang dapat dibahagi kepada dua, iaitu : a. Perintang tetap b. Perintang boleh laras / boleh ubah

a) Perintang Tetap

Perintang tetap adalah perintang yang memiliki nilai hambatan yang tetap dan tidak boleh di ubah-ubah. Perintang ini memiliki batas kemampuan daya misalnya : 1/16 watt, 1/8 watt, watt, watt dsb. Ini bererti perintang jenis tetap ini hanya dapat beroperasi dengan daya maksima sesuai dengan kemampuan dayanya.

Simbol Perintang Tetap

Nilai rintangan diwakili oleh kod warna pada komponen Jadual di bawah menunjukkan kod warna 4 jalur yang digunakan mengikut standard EIA.

Kod warna perintang 4 jalur Contoh:

Jalaur 1 (kuning) Jalur 2 (ungu) Jalur 3 (kuning) Jalur 4 (perak) Formula: AB x 10c +/- D% = 47 x 104 +/- 10%

Kaedah Pengujian Perintang Pengujian boleh dilakukan dengan menggunakan; a. Multimeter analog b. Multimeter digital

Menggunakan Multimeter analog 1. Baca nilai mengikut kod warna 2. Pilih julat (range) ohm meter yang sesuai (Rx1,Rx10, Rx100, Rx1k, Rx10k) 3. Pintaskan kaki meter (lead) 4. Laraskan bacaan meter kepada 0

5. Ukur perintang dan baca skala 6. Darabkan skala dengan julat yang dipilih

Menyukat/Menguji Perintang Menggunakan Multimeter digital 1. Set tombol kepada 2. Ukur perintang 3. Baca nilai yang ditunjukkan oleh display

Jumlah Rintangan Terdapat dua kaedah sambungan perintang 1. Sambungan secara SESIRI 2. Sambungan secara SELARI

Sambungan secara sesiri

R = R1 + R2 + R3

R1 =

R2

R3

R4

Sambungn secara selari

R =

Formula: R= R1 x R2 x R3 R1 + R2 + R3

b) Perintang Boleh Ubah

Pemuat (capacitor)

Pemuat adalah merupakan elemen pasif yang direka bagi menyimpan tenaga medan elektriknya sendiri. Selain dari perintang, pemuat adalah juga merupakan komponen yang banyak digunakan dalam litar elektrik, dimana ianya digunakan secara meluas dalam industri elektronik, komputer, sistem perhubungan dan sisitem kuasa. Sebagai contoh, ianya digunakan dalam litar salun dibahagian penerimaan radio dan juga sebagai elemen peringatan dinamik di dalam system computer.

Pemuat adalah peranti elektrik yang dibina daripada dua plat pengalir dimana plat tersebut diletakkan secara selari dan ianya dipisahkan oleh bahan penebat yang dipanggil dielektrik. Secara praktikal plat tersebut adalah daripada foil aluminium, manakala bahan dielektrik yang sering digunakan adalah mika, seramik, udara, minyak, kertas berparafin, teflon dan kaca. Jika satu sumber bekalan, v disambungkan kepada pemuat, sumber tersebut akan memberikan cas positif, (q+) pada satu plat dan juga cas neatif, (q-) pada plat yang lagi satu. Pemuat akan menyimpan cas elektrik tersebut, jumlah cas yang tersimpan, q adalah berkadar terus dengan voltan yang dikenakan. Dimana C adalah merupakan pemalar berkadaran dan dikenali sebagai kemuatan sesuatu pemuat. Kemuatan merupakan ukuran yang menunjukkan kebolehan pemuat menyimpan cas. Unit kemuatan ialah Farad (F). Satu farad adalah kemuatan bila satu coulomb cas disimpan dengan upaya satu volt merentasi platnya.

q = Cv 1Farad = 1 Coulomb/volt. Kebanyakan pemuat yang digunakn di dalam kerja elektronik mempunyai nilai kemuatan dari nilai pikofarad (pF) ke nilai (F). Pemuat biasanya dikelaskan mengikut jenis bahan dielektrik yang digunakan. Secara umumnya pemuat boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu: a) Pemuat tetap (kapasitor mika, pemuat seramik, pemuat filem-plastik danpemuat elektrolit)

b) Pemuat boleh ubah Kapasitor atau pemuat boleh ubah adalah kapasitor yang memiliki nilai kemuatan yang dapat diubah-ubah. Kapasitor ini terdiri daripada : i. ii. iii. Pemuat udara pemuat trimmer varakror.

Contoh pemuat trimmer

NAMA PROJEK 1 Litar sesiri PENGENALAN Projek elektronik yang akan dilakukan pelajar adalah litar sesiri dan litar selari. Pelajarpelajar akan diperkenalkan dengan komponen-komponen elektronik dan diajar cara membuat sambungan litar sesiri dengan betul. Pelajar juga akan diajar bagaimana cara untuk menggunakan multimeter untuk mengukur serta membuat perbandingan voltan pada setiap perintang di dalam litar sesiri dan litar selari. OBJEKTIF Pelajar akan dapat membaca dan menterjemahkan lukisan projek. Pelajar akan dapat mengenali serta menggunakan alatan tangan elektronik dan komponen-komponen elektronik. Pelajar akan memperolehi kemahiran menyambung litar sesiri dengan lengkap. Pelajar akan memperolehi kemahiran mematri dengan teknik yang betul. Pelajar akan dapat mengenalpasti kecerahan cahaya pada LED 1 dan LED 2 pada litar. BAHAN-BAHAN Wayar penyambung Bekalan kuasa Papan jalur LED perintang PERALATAN Multimeter Pematri Penyedut timah Pemegang pematri Playar muncung tirus Penjalur wayar Bahan pematri Pemotong wayar (cutter) LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 1. Pelajar-pelajar dilarang sama sekali untuk menggunakan alat alat elektrik yang telah haus dan rosak.

2. Pelajar diingatkan supaya tidak membuat penyambungan terlalu banyak perkakas elektrik pada satu masa kerana ia akan membebankan litar elektrik. 3. Pelajar dilarang menyentuh wayar elektrik yang terputus atau tergantung kerana dikhuatiri wayar itu hidup. 4. Sebelum menukar mentol, pelajar diingatkan supaya mematikan suis terlebih dahulu. 5. Plag perlu dicabut dahulu dari soket elektrik sebelum pelajar membaiki sebarang alat elekktrik dan elektronik. 6. Pelajar tidak dibenarkan membaiki sebarang kelengkapan elektrik dan elektronik sekiranya kurang pasti.

LANGKAH-LANGKAH KERJA Pelajar membaca, melihat dan memahamkan lukisan kerja yang telah diberikan. Bacaan diambil dan dikira untuk mengetahui nilai perintang supaya dapat disusun secara sesiri mengikut kedudukan di dalam litar skematik yang dibekalkan. LED yang dibekalkan diuji untuk memastikan kaki katod dan anod serta ianya berfungsi. Wayar penyambung dipasang pada papan jalur untuk menyambung antara bekalan kuasa dengan litar sesiri. Perintang yang telah ditentukan nilainya disambung pada papan jalur mengikut kedudukan yang betul dengan membengkokkan kakinya. Seterusnya, LED 1 dan LED 2 juga dibengkokkan kakinya dan dipasang pada papan jalur.

Setelah selesai, penyambungan diperkemaskan lagi dengan setiap sambungan dipatri.

Kemudian, lebihan kaki tadi dibuang dengan menggunakan pemotong wayar (cutter). Akhir sekali, apabila penyambungan litar sesiri telah selesai dipatri, litar di uji dengan menyambungkan bekalan kuasa.

Bacaan voltan pada setiap perintang dan LED diambil dan direkodkan.

KEPUTUSAN Perintang

Voltan

Julat pada multimeter Julat 10V

220 ohm 1K ohm 6K8 ohm 12K ohm Total of voltage: VJ = VR1 + VR2 + VR3 + VR4

VR1 VR2 VR3 VR4 VJ =

Jadual 1 LED LED 1 LED 2 Jadual 2 PERBINCANGAN Kecerahan

KESIMPULAN

Pelajar-pelajar berjaya menterjemahkan lukisan projek melalui beberapa kaedah dan kemahiran seperti memotong plat besi menggunakan Band Saw Machine,menebuk lubang menggunakan mesin gerudi dan penggunaan alatan tangan menggegas dengan teknik yang betul dan selamat serta memahami dan mempraktikkan langkah-langkah keselamatan semasa di dalam bengkel logam sehingga terhasilnya tanggam pada plat besi berbentuk U (plat B) dengan bantuan tenaga pengajar.

Anda mungkin juga menyukai