Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

KERTAS KERJA MERENTAS DESA ANJURAN PISMP AMBILAN JANUARI 2010

KEJOHANAN MERENTAS DESA IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

LATAR BELAKANG
Kejohanan Merentas Desa Mini merupakan acara yang mesti dilaksanakan oleh guru pelatih sebagai tugasan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan subjek WAJ 3112 untuk semester 5 ini. Kejohanan ini akan melibatkan semua guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2010. Melalui acara inilah bakat-bakat guru pelatih dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan didik supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan selain dari menyesuaikan dan mendedahkan guru pelatih dengan cara-cara untuk menganjurkan sesuatu kejohanan atau majlis sukan.

RASIONAL
Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan guru pelatih yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian guru pelatih sebagai seorang bakal guru yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar. Selain itu, program ini juga dapat mendedahkan para guru pelatih tentang bagaimana konsep kepegawaian sukan itu dapat diaplikasikan semasa menganganjurkan acara-acara yang berkaitan dengan sukan.

MATLAMAT
Kejohanan Merentas Desa Mini ini bertujuan untuk menarik minat guru pelatih dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan guru pelatih yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan.

OBJEKTIF
Meningkatkan kebolehan,kemahiran dan bakat guru pelatih. Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan didalam diri guru pelatih. Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan guru pelatih. Mengenalpasti guru pelatih yang berpotensi dan berbakat dalam bidang sukan. Memastikan guru pelatih seimbang dari segi jasmani,rohani, emosi dan intelektual. Mewujudkan semangat daya saing yang positif dan kerjasama di kalangan guru pelatih semasa beraktiviti. Mengeratkan hubungan antara pensyarah, staff dan guru pelatih dengan menjadikan bidang sukan sebagai aktiviti yang menyeronokkan.

TARIKH
Selasa - 1 Mac 2012

TEMPAT
Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang, IPG Kampus Perempuan Melayu.

KUMPULAN SASARAN
Pismp Ambilan Januari 2010

STRATEGI PELAKSANAAN
Penubuhan Jawatankuasa Merentas Desa Mengadakan Mesyuarat menentukan tempat, masa, dan tugas untuk memastikan kejohanan berjalan dengan lancar. Menjalankan latihan merentas desa pada setiap kali perjumpaan latihan sukan. Menyediakan borang-borang penyertaan dan pemarkahan. Memberikan taklimat dan jadual serta pelan merentas desa kepada pegawai sukan yang terbabit. Kejohanan diadakan pada 1 Mac 2012

JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN MERENTAS DESA IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Penyelaras

: Nurhafiza Binti Abdullah

Pen. Penyelaras

: Nur Kamaliah Binti Othman

Rayuan

: Nur Hamizah Binti Rahmat

Pelepas

: Huzaifah Binti Abd Talib

Permulaaan/Penamat

: Nuraihanah Binti Mahedzar

Pegawai Check Point

: Norsila Binti Saat

Siaraya dan Alatan

: Maria Ulfa Binti Mohamedon : Masturah Binti Madzlan

Fotografi Dokumentasi

: Nur Asyikin Binti Salleh

Protokol

: Siti Aisyah Binti Nazri

Pengadil/Data

: Janarineseh Binti Aripin

Kawalan Keselamatan dan Pasukan Kecemasan : Noridayu Binti Roslan Minuman Murid & Jamuan Ringan Hadiah dan Cenderamata Jawatankuasa Check Point : Rosnadia Binti Abd Rahman : Nur Zafirah Binti Abdullah : Fatin Athirah Binti Yusof : Nurul Syamim Binti Adam

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL 1 2 3

PERKARA Hadiah - Medal( acara merentas desa) Air Mineral Pegawai Jamuan + Jemputan Rela JUMLAH BESAR

JUMLAH RM 50.00 RM 17.00 RM 80.00 RM 147.00

ATURCARA KEJOHANAN MERENTAS DESA IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

TARIKH MASA

: 1 MAC 2012 : 7.30 PAGI

TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN PUTERI GUNUNG LEDANG IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

7.30 pagi 8.00 pagi 8.30 pagi 10.30 pagi 11.30 pagi

: Pensyarah, pegawai kejohanan dan peserta berkumpul : Aktiviti memanaskan badan : Peserta dilepaskan : Peserta dijangka sampai di Komplek Sukan Puteri Gunung Ledang : Majlis perasmian : Majlis penyampaian hadiah : Bersurai

12.00 tgh hari 12.30 tgh hari

Anda mungkin juga menyukai