Anda di halaman 1dari 3

ANNISA BT SUIB IP5H

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Mengelola lawatan ilmiah ke agensi-agensi sukan merupakan satu tugasan amali yang perlu dilaksanakan oleh guru pelatih di institut pendidikan guru. Tugasan amali ini adalah seiring dengan sukatan pelajaran bagi kursus PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Dengan adanya tugasan ini juga, ianya lebih membantu guru pelatih yang mengambil kursus ini untuk memahami dan memperjelaskan lagi segala yang dipelajari serta m

Alhamdulillah, pada tanggal 22 Februari 2012 yang lalu, guru pelatih dari pengkhususan Pendidikan Seni Visual dan Pengajian Tamil Ambilan Januari 2010 (Semester 5) telah mengadakan lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan juga Jabatan Belia dan Sukan negeri Pulau Pinang. Segala yang direncanakan berjalan seperti yang dirancang dalam tentatif program dengan jayanya.

Secara peribadinya, saya kurang menghayati lawatan ilmiah yang dijalankan tersebut. Hal ini kerana saya agak merasa malu berkenaan dengan pertanyaan dan teguran Puan Tan sebelum kami bertolak. Sebaik sahaja kami semua menaiki bas, perkara pertama yang diajukan oleh Puan Tan ialah siapakah di antara kami yang menjadi ketua untuk lawatan tersebut. Malangnya, tidak ada seorang pun di antara kami yang dilantik menjadi ketua. Sebaik sahaja mendengar soalan tersebut, saya mula terfikir bahawa lawatan ini adalah untuk melihat sejauh mana komitmen kami dalam mengelola sesebuah lawatan ilmiah. Di situ, saya telah melihat satu kekurangan kami dalam mengelola lawatan pada hari tersebut. Ketua adalah penting bagi memastikan semua berada dalam keadaan terkawal sepanjang kami berada dalam tempoh lawatan tersebut. Mungkin juga saya kurang menghayati lawatan tersebut memandangkan pada hari tersebut saya kurang sihat.

Sebaik sahaja tiba di kompleks Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, kami diarahkan menunggu dalam satu kumpulan di hadapan pintu sementara menunggu beberapa orang ahli jawatankuasa setiap kelas bagi kursus PJM 3112 berurusan dengan pihak pengawal keselamatan bagi tujuan memaklumkan kedatangan kami. Tempat pertama yang kami lawati ialah gimnasium bagi atlet-atlet sukan gimnastik. Di sana banyak peralatan yang belum pernah kami lihat dengan mata kasar sebelum ini. Kami dibenarkan menyentuh dan mencuba peralatan tersebut. Peluang yang diberikan tersebut sangat saya hargai. Kurangnya, nasib kami tidak begitu baik
PJM 3112 PENGURUSAN & PENGELOLAN PJ & SUKAN | Lawatan ilmiah Ke Agensi Sukan 1

ANNISA BT SUIB IP5H

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

kerana pada hari tersebut tiada latihan yang dilakukan oleh para gimnas dan kami tidak berpeluang melihat aksi-aksi mereka yang mengagumkan secara langsung pergerakan tersebut dilakukan. Bukan itu sahaja, kami juga terkilan kerana tidak dapat mencuba kebanyakan peralatan tersebut kerana keadaan etika berpakaian kami yang kurang sesuai pada masa tersebut (baju formal). Kami juga mengambil kesempatan untuk mengajukan beberapa soalan kepada seorang staf pentadbir yang menjadi pegawai penerangan kepada kami pada hari tersebut.

Pada pandangan saya juga, saya merasakan seolah-olah pihak MSN Negeri Pulau Pinang seperti tidak bersedia dengan kedatangan kami. Hal ini kerana individu yang ditugaskan untuk menjadi pegawai penerangan kepada kami tidak begitu pakar ketika memberi penerangan kepada kami. Beberapa soalan yang diajukan oleh kami tidak mendapat jawapan seperti yang diharapkan dan menerima maklum balas daripada beliau bahawa beliau tidak begitu arif dengan hal-hal tersebut kerana beliau merupakan staf dari unit pentadbiran. Tambahan pula, kami tidak disediakan langsung sebarang hidangan atau kudapan sepanjang berada di sana. Bukan makanan yang menjadi persoalannya, namun pada pandangan saya adalah menjadi adab kita melayani tetamu yang berkunjung ke tempat kita.

Semasa di MSN Pulau Pinang, kami juga telah berpeluang untuk berbualbual dengan seorang jurulatih tinju yang berasal dari Indonesia dan sudah lapan tahun berkhidmat di MSN. Banyak maklumat yang kami terima sepanjang perbualan yang ringkas itu. Namun begitu, saya amat tertarik apabila beliau menyatakan betapa tingginya martabat seseorang guru itu diangkat di Indonesia sehingga mereka diberi gelaran pejuang tanpa tanda jasa. Saya sangat bersemangat dan bangga menjadi guru apabila mendengar penjelasan daripada beliau. Sedikit sebanyak kenyataan tersebut telah membuatkan saya agak berminat untuk mendengar apa yang cuba beliau sampaikan dan menaikkan semangat saya untuk bergelar guru.

Beralih kepada lawatan ke Jabatan Belia dan Sukan pula, keadaan di sini adalah lebih baik. Kami telah dibawa ke tempat yang disediakan untuk kami dalam satu sesi penerangan mengenai latar belakang dan fungsi JBS itu sendiri. Setelah mendengar penerangan daripada Encik Hafiz dan juga En. Rozaimie, kami diberi
PJM 3112 PENGURUSAN & PENGELOLAN PJ & SUKAN | Lawatan ilmiah Ke Agensi Sukan 2

ANNISA BT SUIB IP5H

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

peluang untuk menanyakan sebarang soalan mengenai jabatan tersebut. Saya sangat berbangga sekali dengan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan yang lain. Pihak JBS tidak perlu menunggu lama untuk mendengar persolaan daripada kami. Ada sahaja soalan yang diajukan oleh rakan-rakan dan sememangnya persoalan tersebut banyak memberi input kepada kami.

Selepas berakhirnya sesi penerangan dan soal jawab, kami dibawa untuk melihat prasarana yang ada di kawasan tersebut. Kami juga telah memasuki gimnasium untuk bina badan dan mengambil peluang mencuba peralatan yang ada. Sememangnya ianya sangat menyeronokkan melihat telatah kawan-kawan mencuba peralatan tersebut sambil melakukan aksi-aksi lucu. Namun begitu, sedari lawatan di MSN Pulau Pinang sehinggalah ke JBS Pulau Pinang, kami masih menekankan aspek-aspek keselamatan dan ianya sangat diberikan keutamaan ketika kami mencuba peralatan-peralatan tersebut. Sebaik sahaja selesai melihat segala prasarana yang ada di JBS, kami telah dijemput untuk menjamu sedikit kudapan bagi mengalas perut. Secara jujurnya, saya sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak JBS berbanding MSN. Saya juga sangat berbangga dan berpuas hati dengan rakan-rakan yang lain kerana mereka mudah mendengar arahan dan agak menepati masa. Segala kekurangan sepanjang lawatan tersebut yang telah saya nyatakan bukanlah bertujuan untuk mencari kesalahan atau menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada diri sendiri agar tidak melakukan perkara yang sama pada masa hadapan kelak.

PJM 3112 PENGURUSAN & PENGELOLAN PJ & SUKAN | Lawatan ilmiah Ke Agensi Sukan

Anda mungkin juga menyukai