Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN SEJARAH

Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah lagi seluruh manusia mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain sejarah adalah masa lalu seseorang manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan manusia itu. Semenjak kecil lagi kita diperkenalkan akan pelajaran sejarah, sama ada sejarah yang berkaitan dengan negara, agama, mahupun keturunan dan keluarga. Namun kita tidak dapat memastikan, apakah kepentingan sejarah terhadap menusia itu sendiri. Artikel ini menerangkan segala-galanya tentang sejarah, marilah kita menelusuri jalan-jalan ini kearah memahami tentang sejarah itu sendiri, kerana ia memainkan peranan yang tersendiri dalam proses pergerakan sejarah manusia itu sendiri. Apa yang peliknya, manusia itu memang mempunyai minat yang tersendiri untuk menyelami sejarah, terutama tentang dirinya sendiri, kerana pasti ada sesuatu yang berguna kepada diri mereka selepas banyak pengalaman ditempuh sepanjang hidupnya, lalu berbangga dengan merasakan hidupnya penuh dengan harga diri. Selain itu, manusia cenderung untuk mengenal dirinya selepas menempuh kehidupan yang penuh pancaroba sama ada dipenuhi kenangan pahit atau kenangan manis. Malahan, dengan meneliti sejarah hidupnya, timbul kepuasan emosi yang dapat memacu masa depannya agar lebih gemilang. Ini berlaku kerana sejarah adalah suatu proses yang bersambung dan mempengaruhi satu sama lain, sama ada masa lalu, masa kini dan masa depannya.. Semua ini adalah hasil usaha yang berterusan lalu menjadi pendorong kejayaan seseorang itu, atau natijah kejahatannya yang berterusan, menjadikannya menjalani hidup yang sengsara seperti hari ini. Kepentingan sejarah kepada manusia yang lain adalah sebagai sumber abstrak dan nyata, apa yang dikatakan sebagai abstrak itu kerana, adalah mustahil bagi manusia itu untuk menghidupkan kembali sejarah yang telah berlaku itu secara jasadnya. Maksudnya, manusia itu pernah melihat sesuatu peristiwa dan apabila mengingatkannya kembali, ia tidak dapat mengngat dan menghidupkan kembali keseluruhan peristiwa, bahkan adakalanya manusia itu gagal memahami peristiwa itu sewaktu mereka memerlukannya. Juga dikatakan sebagai sumber nyata bagi manusia itu, kerana manusia itu mampu membentuk dan menggambar kembali sesuatu peristiwa itu, walaupun bukan secara keseluruhannya. Ini bermaksud peristiwa itu pernah berlaku dan boleh digambarkan semula secara sekadar yang diingatinya. Natijah dari kajian sejarah sebagai sumber abstrak dan sumber nyata, dapatlah kita simpulkan bahawa tiada manusia yang tidak mempunyai masa lalunya dan adalah mustahil bagi manusia itu untuk melupakan sejarah yang telah dilaluinya, kecuali manusia itu hilang ingatan. Proses menyimpan dan mengingat ini tidak akan terputus, bahkan jika ia terputus seperti kejadian hilang ingatan, akan mewujudkan kepincangan terhadap manusia sekitar dan individu itu sendiri. Kepentingan sejarah terhadap manusia itu juga dapat dilihat pada hubungan sejarah dengan manusia itu sendiri. Hubungan sejarah dan manusia itu adalah keduanya saling perlu memerlukan, kerana kesedaran manusia itu tentang kepentingan pengalamannya yang lalu.

Sejarah yang berkaitan dengan manusia juga berkait dengan agama dan ahli-ahli agama. Contohnya, ahli agama Tsamawi (agama langit) berkonsepkan bahawa hidup manusia ada permulaan dan pengakhiran yang terakhir, iaitu kiamat. Bahkan, kita juga sedar yang perjalanan sejarah sama ada manusia, mahupun dunia sedang bergerak menuju kematian dan kiamat, dan itu adalah pengakhiran sejarah selama ini. Kesannya, setiap manusia yang waras akan memandang masa depan yang cemerlang dengan merujuk sejarah lalunya, sama ada menebus kembali kehidupan yang lalu ke tempat yang lebih baik, atau mengekalkan kejayaannya dahulu. Namun, bukan mudah untuk menebus atau mengekalkan kejayaan kerana ia berdasarkan kesedaran insan, ditambah pengalaman dan kewarasan serta kekuatan azam dan cita-citanya. Sejarah juga membuktikan bahawa ada yang gagal menebus kembali, bahkan menjadi gila dan bunuh diri atas kekesalan yang dihadapi. Hubungan manusia dan sejarah juga dapat dijadikan sebagai petunjuk dengan melihat masa lalu, untuk melangkahi masa depan dengan penuh keyakinan dan kekuatan. Kesimpulan yang dapat diperhatikan ialah sejarah amat penting kerana ketiadaan masa lalu akan menyebabkan tiadanya juga masa kini dan hasilnya tiada masa depan. Seterusnya, kita melihat sejarah dan kepentingan dari sudut psikologi dan falsafah manusia itu sendiri. Orang-orang Barat dan sekular sangat menyanjung sejarah, sehingga ada yang menganggapnya sebagai falsafah dan agama. Tetapi, ini tidak dapat diterima oleh orang yang beragama Islam, kerana agama Islam tidak terpisah dengan kehidupan penganutnya,

Anda mungkin juga menyukai