Anda di halaman 1dari 3

Pendermaan Organ : Anugerah hidup

Sedasawarsa ini sering meninti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap
empat penjuru dunia ini tentang isu pendermaan organ. Pendermaan organ
merupakan satu proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang sama
ada organ atau tisu untuk tujuan transplantasi. Transplantasi merupakan suatu
pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami
kegagalan fungsinya dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma
yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, organ yang diderma dapat
digunakan sebagai organ ganti untuk menyelamatkan pesakit. Ini dapat
mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ
supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa
mereka dari maut. Antara organ dan tisu yang boleh didermakan ialah buah
pinggang, jantung, paru-paru, mata dan sebagainya. Pendermaan organ
bukanlah suatu yang baru di Malaysia kerana ia adalah satu kaedah rawatan
yang telah diterima ramai di Negara kita. Bilangan pesakit yang memerlukan
pemindahan organ semakin meningkat dari tahun ke tahun, namun bilangan
pengikrar yang ingin menderma setelah kematian masih rendah.
Malah sejak tahun 1999, negara kita atas dasar keperluan, Jawatankuasa
Bertindak Kesedaran Awam Penderma Organ telah ditubuhkan bagi
menggalakkan rakyat di Negara kita mendaftarkan diri sebagai pengikrar
penderma organ. Dengan pertubuhan ini, rakyat kita dilihat semakin optimis
memberi respons terhadap pendermaan organ yang sebelum ini seringkali
menimbulkan ketakutan dan stigma negatif. Perkembangan positif ini dibuktikan
menerusi peningkatan jumlah individu yang membuat ikrar atau mendaftar
untuk menderma organ. Berdasarkan laporan data dari Pusat Sumber Transplan
Nasional, seramai 205,478 daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini,
iaitu 28.3 juta mendaftar sebagai pengikrar penderma organ kardeverik.
Peningkatan ini sebagai satu kerjayaan yang kecil kerana menghampiri sasaran
kerajaan untuk mencapai jumlah penderma seramai 287,000, iaitu satu peratus
dari bilangan penduduk negara kita.
Sehubungan itu, Pusat Sumber Transplan Nasional diwujudkan bukan sahaja
untuk menambah bilangan pengikrar penderma organ, malah untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat, selain memberikan maklumat dan tentang
kepentingan pendermaan organ. Dalam masyarakat kita, masih terdapat
segelintir bilangan rakyat yang mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu
pendermaan organ. Jadi, pengetahuan tentang isu ini perlu disebarkan supaya
rakyat kita dapat mengetahui kepentingannya sekali gus mengubah tanggapan
mereka yang masih berada di takuk lama. Tambahan pula, Semua agama di
seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktirafkan
pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia. Maka , rakyat kita
hendaklah berjasa kepada masyarakat kita dengan menghulurkan bantuan
terhadap pesakit dengan menjadi pengikrar penderma organ.
Penderma dibahagi kepada dua jenis iaitu penderma hidup dan penderma
kadaverik. Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau

sebahagian hati, dan tulang sahaja. Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada
dua jenis iaitu Pendermaan ada pertalian saudara dan Pendermaan tiada talian
saudara. Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun
risikonya rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai
pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami
isteri sahaja. Hal ini demikian kerana hendak mengelakkan kegiatan jual beli
organ berlaku. Sesiapa pun boleh mendaftar sebagai penderma organ. Mereka
yang berumur kurang daripada 18 tahun haruslah mendapat kebernaran ibu
bapa atau penjaga.
Penderma Kadeverik adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan
ini amat digalakkan dan diutamakan di negara kita dan tidak memberikan risiko
kepada penderma. Penderma kadaverik juga terbahagi kepada dua jenis iaitu
kematian otak dan kematian jantung berhenti berdegup. Mati otak ialah satu
keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang
menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti penghidupan seperti
pernafasan dan dengupan jantung mati. Ini boleh terjadi akibat kecederaan otak
yang menyebabkan bengkak otak ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk,
pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah yang tidak normal atau
tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk, barah otak dan sebagainya. Untuk
pendermaan organ, seseorang yang kematian otak tidak akan mempunyai tindak
balas dan tidak bernafas. Dengan bantuan mesin, jantung akan berfungsi
seketika. Namun organ-organ lain akan mengalami kerosakan dan akhirnya
degupan jantung akan berhenti dengan sendiri walaupun dengan sokongan
mesin. Pengesahan kematian akan dilakukan oleh dua orang doktor pakar yang
bertauliah melalui dua ujian yang berasingan. Doktor-doktor tersebut tiada
kaitan dengan tugasan pengambilan atau transplantasi organ. Ujian pengesahan
yang dijalankan adalah mengikut protokol yang diterima pakai di merata dunia.
Setelah disahkan mati otak, sijil pengesahan akan dikeluarkan dan mesin
bantuan pernafasan akan diberhentikan. Sekiranya untuk pendermaan organ,
mesin akan diberhentikan di dewan bedah sebelum organ diperolehi. Penderma
yang meninggal dunia secara jantung terhenti boleh mendermakan semua jenis
tisu jika meninggal dunia di hospital. Bagi mereka yang meninggal di rumah
hanya boleh mendermakan mata (kornea). Pihak keluarga perlu menghubungi
hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu tersebut di rumah.
Sebagai analoginya, Tee Hui Yee yang berumur 14 telah mendapatkan jantung
baru bagi menggantikan jantung mekanikal yang telah digunakan sejak setahun
lalu. Penderma yang berumur 15 tahun yang maut dalam kemalangan jalan raya
bukan sahaja mendermakan jantungnya, tetapi juga menderma paru-paru, hati
dan buah pinggang yang dipersetujui oleh anggota keluarga dan warisnya.
Dengan baik hatinya, kini Hui Yee dapat hidup sebagai remaja normal dan juga
boleh kembali ke sekolah. Penderma itu telah memberikan kehidupan yang baru
teerhadap orang yang memerlukan bantuan.
Tidak salah jika kita berbuat kebaikan kepada mereka yang memerlukan.
Kehidupan yang bermakna adalah kehidupan harmoni yang dapat dikongsikan
bersama orang lain. Kita mempunyai hak untuk membuat keputusan ke atas

badan sendiri. Ramai pesakit di Malaysia masih menunggu untuk mendapatkan


pemindahan organ. Dengan adanya ikrar daripada penderma organ, kita dapat
mengubah kehidupan seseorang yang mempunyai kegagalan fungsi organ.
Alangkah murninya hati seseorang mengikrarkan diri memberikan semua organ
dalamannya, dengan harapan selepas kematiannya, masih dapat membantu
orang lain. Kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada
mereka yang memerlukan bantuan ibarat hulurkan bantuan, ringankan beban.
Marilah kita bersama-sama mendaftarkan sebagai pengikrar penderma organ
supaya umat manusia dunia kita menjadi penyayang!

Anda mungkin juga menyukai