Anda di halaman 1dari 26

PENDERMAAN

ORGAN
PERSPEKTIF
AGAMA MENGENAI
PENDERMAAN
ORGAN

PENGENALAN
Apa yang dimaksudkan dengan Pendermaan

Organ?

Adalah satu prosedur pembedahan yang melibatkan


pemindahan organ dari penderma kepada penerima
organ.

Pendermaan organ dapat menyelamatkan nyawa dan


mempertingkatkan kualiti hidup penerima organ.

TERDAPAT 2 JENIS PENDERMAAN ORGAN;


1. Pendermaan Organ Kadaverik.

(setelah meninggal dunia)

Di dalam kes seumpama ini, organ dikeluarkan selepas


penderma meninggal dunia.

Kebenaran ahli keluarga si mati bole memberi keizinan


untuk pendermaan organ.

Seseorang yang telah meninggal dunia boleh mendermakan


buah pinggang, hepar, jantung, paru-paru dan juga tisu
seperti kornea (mata), kulit, injap jantung dan tulang.

Sambungan
2. Pendermaan Organ Semasa Hidup.

Seseorang yang masih hidup boleh mendermakan


sebahagian dari hatinya (liver) atau salah satu buah
pinggang.
Penderma organ pada kebiasaan adalah ahli keluarga atau
pasangan suami isteri.
Pendermaan organ dari penderma hidup melibatkan
perancangan tertentu.
Pendermaan organ dari penderma hidup adalah sumber
organ yang penting memandangkan kekurangan organ dari
penderma kadaverik.

CONTOH BAHAGIAN PENDERMAAN ORGAN

PENDERMAAN ORGAN

SEMUA AGAMA UTAMA

DI DUNIA MENYOKONG
PENDERMAAN ORGAN

PENDERMAAN ORGAN

Pendermaan organ adalah satu kaedah

rawatan yang tidak disebut secara spesifik


tentang hukumnya di dalam al-Quran ataupun
al-Hadith kerana ianya adalah satu
perkembangan baru dalam dunia perubatan.

PENDERMAAN ORGAN
Justeru itu, fatwa dibuat berlandaskan

kepada prinsip-prinsip penentuan hukum


syariah yang berikut:

i. Al-Quran.
ii. Al-Sunnah.
iii. Ijmak (Persepakatan para ulama).
iv. Qias (Perbandingan antara hukum-hukum yang sudah
ada dengan hukum-hukum yang baru).
v. Istihsan (mengutamakan yang terbaik mengikut
hukum fiqh).
vi. Masalih Mursalah (yang diterima baik dan diamalkan
secara berterusan).

vii.

Sad al-dhariah (menutup hukum keburukkan


daripada berleluasa).
viii. Syaru man Qablana (sumber hukum dan
pandangan daripada ulama terdahulu)
ix. Istishab (hukum yang diambil oleh para sahabat)
x. Amal Ahli Madinah (pelaksanaan hukum yang
dilaksanakan oleh penduduk Madinah)

Fatwa dibuat berdasarkan Prinsip :


1.

Keperluan mengatasi larangan

2. Memilih jalan yang paling kurang

mudarat
3. Mudarat

berikhtiar

perlu

dirawat

dengan

KEPERLUAN MENGATASI LARANGAN

maka sesiapa terpaksa (kerana darurat)


sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula ia
melampaui batas, maka tidaklah ia berdosa.
(Surah al-Baqarah, ayat 173)

MEMILIH JALAN YANG PALING KURANG

MUDARAT
barangsiapa yang menyelamatkan satu
nyawa,
maka
seolah-olah
ia
telah
menyelamatkan
nyawa
umat
manusia
keseluruhannya.
(Surah al-Ma`idah, ayat 32)

MUDARAT PERLU DIRAWAT DENGAN

BERIKHTIAR
Allah telah menyediakan kemudahan untuk
kamu.
Dia tidak meletakkan kamu dalam
kesusahan.
(Surah al-Baqarah, ayat 185)

PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF


AGAMA ISLAM
Pendermaan organ diharuskan dengan syarat

tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan


nyawa pesakit.

Tidak mendatangkan kemudaratan yang lebih besar

kepada penerima organ ataupun penderma organ


(sekiranya penderma masih hidup).

Pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan

niat untuk membantu orang lain semata-mata


kerana Allah s.w.t dan bukannya bagi tujuan lain.

PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF


AGAMA ISLAM (samb.)
Organ dan tisu juga tidak boleh diperniagakan

kerana islam melihat jual beli organ dan tisu sebagai


suatu perkara yang haram.
Pendermaan organ juga perlu mendapat keizinan

dan persetujuan penderma dan ahli keluarganya


atau waris
Terdapat beberapa fatwa-fatwa yang ada di Malaysia

berkaitan pendermaan organ.

FATWA-FATWA DI MALAYSIA BERKAITAN


PENDERMAAN ORGAN
Di antaranya ialah :TAHUN

FATWA

1970

Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ


daripada penderma kadaverik kepada penderma hidup.

1989

Majlis Fatwa Kebangsaan menerima diagnosis mati otak


sebagai diagnosis untuk kematian.

1995

Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan penggunaan graf


tisu untuk merawat pesakit.

Majlis Fatwa Kebangsaan adalah merangkumi ke semua negeri di

seluruh malaysia.
Negeri Perlis(1965),Sarawak(1996),Selangor(2000),Johor(2001) dan
Pulau Pinang(2010) juga mengeluarkan fatwa mengenai hukum
pendermaan organ yang harus ketika dalam keadaan darurat.

PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF


AGAMA BUDDHA
Menurut K. Sri Dhammaneda Nayake Therra dalam agama

Buddha, ada 3 cara untuk berbakti, iaitu :1.


2.

3.

Menderma barang-barang yang berbentuk duniawi.


Menderma anggota tubuh seperti mata, buah
pinggang dan lain-lain.
Berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan
orang lain.

PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF


AGAMA BUDDHA
Agama Buddha tidak menentang teknologi-teknologi

moden khususnya yang berkaitan dengan pendermaan


organ, bahkan ia menggalakkan mereka yang mempunyai
kemampuan meneroka bidang tersebut.
Menggalakkan pemindahan dan pendermaan organ

asalkan tidak dijual beli.


Menderma organ dan tisu bagi tujuan menyelamatkan

nyawa orang lain adalah cara hidup yang paling mulia di


sisi agama Buddha

PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF


AGAMA HINDU
Agama berasaskan kepada kasih sayang. Kasih

sayang, belas kasihan dan murah hati adalah aspek


praktikal yang menjadi pegangan penganutpenganut agama Hindu.
Seorang penganut agama Hindu boleh
mendermakan apa saja termasuklah organ-organnya
baik semasa hidup atau selepas meninggal dunia.
Umat Hindu digalakkan untuk melakukan
pemindaan organ tubuh sebagai wujud nyata
pelaksanaan kemanusian (manusia yajna).

PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF


AGAMA HINDU
Ia dibenarkan dengan alasan bahawa pengorbanan

(yajna) kepada orang yang menderita agar dia bebas


dari penderitaan dan dapat menikmati kesihatan
dan kebahagiaan daripada organ tubuh yang telah
meninggal dunia.
Pengorbanan yang tulus ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang ganjaran.
Kesimpulannya, agama Hindu tidak menegah dan
menyekat penganut-penganutnya untuk menderma
organ sekiranya ia dapat menyelamatkan nyawa
orang lain.

PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF


AGAMA KRISTIAN
Asas kepada sokongan agama Kristian

terhadap pendermaan organ:Nilai

kasih sayang
Pengorbanan
Jasad (tubuh badan) hanya sementara
Keperluan untuk lanjutan hayat

PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF


AGAMA KRISTIAN (samb.)

Dibuat dengan motif dan tujuan yang tidak bercanggah dengan


kehendak Tuhan.
Dibuat secara sukarela, tiada paksaan dalam menuntut seseorang
Kristian untuk mendermakan organ.
Tidak dilakukan untuk mendapatkan keuntungan, komersial, nama,
pangkat, populariti dan sebagainya.
Mematuhi etika dan garis panduan umum aspek klinikal dan
perubatan pendermaan organ.
Tubuh badan duniawi hanyalah bersifat sementara, oleh itu ia tidak
diperlukan selepas mati, hanya roh sahaja yang diperlukan.
Tubuh badan hanya pinjaman daripada tuhan, akan dikembalikan
apabila mati nanti.

PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF


AGAMA SIKH

Pada dasarnya, agama Sikh tidak melarang

pendermaan mata dan organ-organ lain.


Menderma mata dan organ-organ lain selepas

kematian merupakan satu pemberian yang tidak


ternilai untuk seseorang.

KESIMPULAN
Kebanyakan agama di Malaysia tidak menghalang

untuk pendermaan atau pemindahan organ bagi


tujuan rawatan kepada pesakit yang menghidap
kegagalan organ sekiranya tidak ada alternatif lain
untuk merawat malah memandangnya sebagai satu
amalan yg baik.
Pemindahan organ dilakukan dengan keikhlasan
hati seseorang tanpa mengharapkan sebarang
ganjaran dan tidak berunsurkan aktiviti jual beli
organ manusia.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai