Anda di halaman 1dari 2

Apakah Itu Derma Organ ?

Pendermaan organ adalah proses memindahkan organ dan tisu daripada penderma

yang masih hidup atau telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami kegagalan

organ tahap akhir. Pemindahan organ (transplan) merupakan kaedah rawatan yang terbukti

berkesan dan dapat menyelamatkan nyawa. Pemindahan organ tidak akan berlaku

sekiranya tiada penderma. Di Malaysia, hanya penderma yang meninggal dunia secara mati

otak sahaja yang boleh mendermakan organ dan tisu. Manakala penderma yang meninggal

dunia secara biasa (jantung terhenti) hanya boleh mendermakan tisu.

Cara Mendaftar Pengikrar Derma Organ

Pusat Sumber Transplan Nasional merupakan satu-satunya agensi kerajaan

yang mengendalikan rekod data pengikrar pendermaan organ di seluruh Malaysia

semenjak tahun 1997. Melalui pelbagai proses penaiktarafan, kini agensi ini

menjalankan dan mengendalikan proses pendaftaran secara atas talian (online

registration). Data pengikrar pendermaan organ dikumpul dan disimpan di dalam

satu pangkalan data yang dilindungi di Pusat Data MyLoca, Cyberjaya. Pendaftaran

ini bertujuan bagi membolehkan anggota kesihatan memeriksa pendaftaran

pengikrar pendermaan organ sekiranya berlaku kematian yang berpotensi untuk

pendermaan organ. Ia mungkin dapat membantu di dalam proses mendapatkan

kebenaran bertulis daripada pihak keluarga terdekat di dalam membuat apa jua

keputusan. Keputusan ahli keluarga dan kebenaran bertulis amat diperlukan di

dalam proses pendermaan organ. Anda perlu memberitahu keluarga tentang

pendaftaran anda sebagai pengikrar pendermaan organ supaya niat murni anda akan

tercapai kelak
Rekod oleh Pusat Sumber Transplan Nasional (PTSN) menyatakan bahawa lebih 6500

pesakit di seluruh negara yang masih menunggu organ untuk didermakan terutama kumpulan

kritikal yang amat memerlukan buah pinggang, jantung, hati dan paru-paru. Pada masa yang sama,

ramai juga yang nekad ke luar negar untuk mendapatkan sendiri organ yang dikehendaki walaupun

terdapat pelbagai risiko seperti penipuan oleh sindiket penjualan organ antarabangsa. Sumber

daripada Berita Harian pada 27 Mei 2006 dilaporkan oleh Ketua Penyelaras Transplan PTSN, Dr

Lela Yasmin Mansor berkata hal ini kerana ada yang terpaksa menunggu terlalu lama untuk

mendapatkan organ sumbangan rakyat tempatan. Beliau berkata PTSN menerima laporan ada

pesakit mencari sendiri bekalan organ di luar negara terutama China dan India selepas terlalu

menunggu terlalu lama sumbangan penderma tempatan

2- Sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Dr. Zaki Morad Mohd Zaher, Presiden Persatuan

Transplantasi Kebangsaan (Utusan Malaysia, 12 Disember 2005:12) purata penderma hanyalah

seorang penderma bagi setiap sejuta rakyat. Hal ini kerana menurut beliau seorang penderma organ
boleh menyelamatkan 8 nyawa hal ini juga secara tidak langsung telah memberi impak yang posutif
kepada diri peesakit dan keluarga mereka.

Anda mungkin juga menyukai